Dozen Roses Love Note

Wednesday, May 26, 2010

Yang dulu-dulu.....

Disebabkan hari ini aku tiada tempahan kek jadi cik antan mengambil keputusan untuk memasukkan gambar-gambar kek yang telah lama dibuat ke dalam blog cik antan ini. Semasa kek-kek ini dibuat blog ini sebenarnya belum diwujudkan...Jom kita layan...
Kek Tiramitsu ni sebenarnya bukan cik antan yang buat. Kek ni ialah satu daripada 3 jenis kek yang telah cik antan pelajari...cik antan pernah mencuba membuatnya pada anniversary cik antan baru-baru ini, tetapi disebabkan belum cukup keras cik antan telah mengeluarkannya daripada peti sejuk dan memotongnya, jadi kek cik antan telah runtuh semuanya..tapi bagi cik antan rasanya....tetap yummy...dan yang penting...habis...licin.....
..ini kek kedua yang cik antan pelajari chilled blueberry cheesecake...
kek ketiga forest fruit cake...
....ini pula carrot cake yang ditempah oleh Cikgu Fariza dari SK Taman Jasmin untuk kenduri jirannya...
...figurine kek ni ditempah oleh Puan Deva dari SK Taman Jasmin. Puan Deva sebenarnya menempah 3 biji kek untuk hari jadi ketiga-tiga anak perempuannya yang disambut pada hari Krismas tahun lepas..tapi hanya gambar kek ini sahaja yang diambil...nape ye???
...kek karot ni kalau tak silap aku ditempah oleh Puan Hindun tiga hari sebelum dia mengambil kek yang ditempah untuk pertunangan anak buahnya di bawah..
Kek coklat ini ditempah oleh Puan Hindun untuk pertunangan anak buahnya. Bersama-sama kek ini, beliau juga telah menempah sebiji lagi kek karot dan sebiji kek gula hangus.
Sebenarnya di sebalik gambar kek ini terdapat satu kenangan yang tidak mungkin cik antan lupakan semenjak cik antan terlibat dalam bidang bakeri ini. Cik antan terpaksa berjaga semalaman untuk menyiapkan kek ini kerana bersama-sama 3 kek yang ditempah oleh Cikgu Hindun cik antan juga terpaksa menyiapkan 5 lagi kek iaitu 2 biji cheese cake dan 3 biji karot kek. Apa yang cik antan paling takuti ketika itu ialah oven cik antan meragam. Namun alhamdulillah, semuanya dapat cik antan siapkan mengikut perancangan...dan sebelah petangnya cik antan dan keluarga bertolak balik ke Mentakab...jadi... sepanjang jalanlah cik antan tidur....dan ketika cik antan di kampung cik antan dihubungi oleh Puan Deva yang ingin menempah kek, mungkin untuk menyambut Valentine's Day..tapi maaf Puan Deva.. cik antan di kampung...
Ini pula gambar anak buah cik antan yang menyambut hari jadinya di rumah cik antan pada hujung tahun lepas. Asalnya cik antan berjanji untuk membuatkan kek barbie untuknya tetapi cik antan telah tersilap membeli fondant. Ingatkan putih...rupanya coklat...jadi yang terhasil hanyalah kek coklat yang cik antan hiasi dengan 3 kuntum bunga ros putih...
Happy Birthday Dilla.....

Panorama Alam

Sebenarnya gambar ini telah lama berada dalam handphone cik antan, tetapi cik antan tidak dapat memasukkannya ke komputer cik antan. Akhirnya, cik antan ke kedai telefon dan meminta tauke kedai tersebut memasukkannya ke dalam 'thumb drive' cik antan, jadi dapatlah gambar ini dikongsi bersama-sama.
Gambar ini cik antan ambil semasa melalui Highway Kesas ketika balik daripada menghantar Along pulang ke asramanya. Cik antan begitu kagum dengan fenomena ini...
Keadaan di sekeliling cik antan gelap gelita kerana awan hitam meyelimuti alam, tetapi nun jauh di sana kelihatan hujan yang begitu lebat turun membasahi bumi....
..di hadapan cik antan kelihatannya hujan begitu lebat membasahi alam...
...sungguh besar kekuasaanmu Ya Allah...

Cheese Cake untuk anniversary dan kek karot lagi...

Blueberry Cheese Cupcakes..... Alhamdulillah tidak putus-putus rezeki cik antan sekarang, ada saja tempahan baru. Cupcakes yang terbaru ni ditempah oleh Nik Norasyikin sempena anniversarynya yang kedua. Syikin menempah cheese cake tapi dalam bentuk cupcake. Sebenarnya cik antan belum pernah membuat cheese cupcake, jadi cik antan mengambil keputusan untuk meletakkan ceri di atasnya
Harap Syikin berpuas hati...
yang di bawah ni pula, carrot cake yang ditempah oleh Rahimah dan kak Azlina Nee..
Terima kasih semua sebab menempah.....tempah lagi ye....

Tuesday, May 25, 2010

Good Luck 3 AB

Pada hari Khamis yang lepas Ummi telah menempah kek coklat daripada cik antan untuk pelajar-pelajar kesayangannya, pelajar Tingkatan 3 Abu Bakar.
Inilah hasilnya kek Ummi
Cik antan menghiasnya dengan 4 kuntum mawar
Maaf ye Ummi ejaan nama Ummi tersilap sikit..salah bajet tempat
Maklum balasnya..kata Ummi semua orang suka..
p/s: terima kasih Ummi kerana menempah...

Saturday, May 22, 2010

Majlis Tahlil

Pada hari Jumaat 21 Mei cik antan telah dijemput oleh Isnah Yusnita ke majlis tahlil di rumahnya. Sememangnya kumpulan wanita di kejiranan cik antan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil pada setiap hari Jumaat. Jadi, pada malam tersebut cik antan telah membawa 30 biji 'carrot cupcakes' untuk dimakan bersama-sama pada majlis tersebut.

'cupcakes' yang telah siap dipek

Friday, May 21, 2010

Adam is 4

Kek edible image ini dioder oleh Kak Endon untuk hari lahir anaknya Adam
Kak Endon inginkan kek coklat kerana lazimnya kanak-kanak sukakan kek coklat


Sebiji untuk dipotong di rumah dan sebiji untuk dihantar ke taska
Terima kasih Kak Endon kerana telah menempah, selepas melihat gambar-gambar kek Adam melalui facebook cik antan telah ramai kawan-kawan yang bertanya dan berminat untuk menempah. Alhamdulillah....

Wednesday, May 19, 2010

Merai Tetamu

Pada hari Isnin lepas suami cik antan telah menjemput bekas rakan-rakan sepejabatnya semasa di Kuantan dulu untuk makan malam di rumah. Jadi cik antan telah menyediakan hidangan yang ringkas ini untuk mereka... Nasi Ayam
Ayam yang siap terhidang

Pada malam kedua cik antan telah menyediakan ayam masak merah dan sayur kobis masak lemak dicampur dengan udang kering. Alhamdulillah, berselera mereka makan.
Ayam Masak Merah

Tuesday, May 18, 2010

Penghargaan untuk guru-guru

Sebagai seorang guru cik antan amat menghargai jasa guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak cik antan, jadi cik antan sanggup berpenat lelah menyediakan ini untuk mereka...... 4 buku kek ni untuk guru kelas angah dan ateh...(sek. kebangsaan dan sek. agama)

Terima kasih cikgu
Cik antan juga turut menyediakan homemade chocolate ini untuk semua guru yang mengajar mereka


daripada Ateh untuk cikgunya...
daripada angah....
juga tidak ketinggalan daripada Aqil untuk cikgu tadikanya....
Cik antan juga turut menerima tempahan carrot cake daripada Azlina untuk menjamu rakan-rakan guru....
~Selamat Hari Guru~

Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut

Sudah agak lama sebenarnya cik antan tidak membuat kek gula hangus ni..... sebab itulah banyak lubang di permukaan kek. Sebenarnya cik antan amat berterima kasih kepada kak Sri Sukma dari SMK Astana kerana sudi berkongsi resipi kek ini. Semoga rezeki Kak Sri bertambah-tambah... kek gula hangus untuk pot luck di sekolah cik antan pada 14 Mei lepas
test dulu...
tempahan daripada Kak Tinie dan Kak Suhaibah pada hari berikutnya...
yang dah siap dipek....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails