Dozen Roses Love Note

Saturday, July 31, 2010

Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tartorder daripada Kak Liza - 30 BCT saiz M
order daripada Hartini 30 BCT saiz s
order daripada Kak Zana 15 BCT saiz s

Happy 18th Birthday Syahmi

Blueberry Cheese Cakeorder daripada Kak Suhaibah untuk birthday anak keduanya Syahmi
bila dah siap baru Kak Su perasan, Syahmi sebenarnya baru 17 tahun. Saya faham sebab apa Kak Su silap. Apa2 pun Syahmi mesti suka kan.... Happy Birthday Syahmi... TQ Kak Su.

Thursday, July 29, 2010

Yang telah lama kutinggalkan.....

Jahitan manik...sebenarnya dah lama cik antan tinggalkan. Kalau awal tahun 2009 dulu, ada jgk cik antan terima tempahan untuk jahitan manik ni..
Ha....ni lengan jubah Kak Norzihan yang diminta untuk dipendekkan dan dijahit manik. Sorry ye, Kak Zihan, dah berapa bulan lamanya jubah ni dalam simpanan cik antan.

Sunday, July 25, 2010

Kelas Laksa

Hari ni cik antan ikut kelas laksa di Prima Saujana, Kajang. Jadi cik antan belajar 3 jenis laksa. Laksam Terengganu
Laksa Johor
Laksa Sarawak
ni ketiga2 jenis laksa, cik antan upload jgk kat fb, ramai ler kawan2 cik antan yang terliur. Nanti ye kawan2 bila2 senang cik antan akan praktikkan.

Saturday, July 24, 2010

Order daripada Kak Zaharah

Blueberry Cheese Tart
Order daripada Kak Zaharah sebab anak bujangnya nak pulang bercuti

Telur dalam Telur

Terkejut jugak cik antan bila pecahkan telur ni malam tadi, ingatkan dah nak jadi anak, tapi bila dicedok dengan sudu bahagian yang kecil tu rupa2nya telur jgk.
Tengok tu....ada kuning telur di tengah-tengahnya...

Roti Jala a.k.a roti kirai

Cik Antan rasa mesti semua tahu apa benda ni kan...Haa... ni kan corong roti jala atau ada yang panggil roti kirai dan seingat cik antan kecik-kecik dulu family cik antan panggil roti sorai. Corong ni memang dah biasa dengan semua orang, tapi tidak dengan cik antan...sebab cik antan belajar buat roti jala menggunakan plastik.
Pelik kan...tapi itulah kenyataannya. Memang arwah nenek cik antan buat roti jala menggunakan plastik. Alah...plastik bungkus beras tu...digulung buat macam corong jual kacang tu....unik kan..Jadi, bila nak pakai corong ni cik antan memang tak pandai, tapi niat di hati nak mencuba, jadi cik antan belilah...bila ada kelapangan nanti boleh lah cik antan mencuba.

Order Dpd Mah

Hari Jumaat lepas Mah order 2 buku kek karot melalui fb2 buku ni kek Mah lah ni..
semuanya 4 buku, ni baru keluar dari oven ni...bila bawa ke sekolah sebuku dibeli oleh Kak Ara dan sebuku lagi oleh Kak Azlina Nee. TQ

Lagi Kek Buah Kukus...

Kek buah kukus kali ni ditempah oleh Kak Suhaibah dan Kak Jam

Friday, July 23, 2010

Cuba-cuba

kali pertama cik antan cuba buat kulit tat...
dulu cik antan hanya cuba buat fillingnya saja, kulitnya cik antan beli yang ready made


Tempahan Kak Zana

sebuku kek buah kukus ni tempahan Kak Zana
2 buku lagi rezeki anak2 murid cik antan

Wednesday, July 21, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Happy Belated Birthday Mak Usu

Kek yang dibuat untuk adik ipar cik antan di Klang. Birthday dia sebenarnya pada 9 Julai, tapi masa ke rumahnya 10 Julai tu cik antan rasa tak berapa sihat, jd kek dihantar pada minggu berikutnya. Kebetulanya pulak pada minggu berikutnya tu mak mentua dan abang ipar serta biras dan anak-anaknya ada sekali. Dan yang baru cik antan tahu rupanya birthday adik ipar cik antan ni sama dengan birthday abangnya....
Haa....tengoklah tangan-tangan yang menunggu tu.......

Kek Buah Kukus

Berasa teringin nak makan kek buah kukus
ok lah kot kan....

Sunday, July 18, 2010

Anak-anak dan Harapan

Diam tak diam dah lebih seminggu cik antan tak update blog ni, memang tempahan pun agak kurang yang masuk dan perasaan malas betul-betul menguasai cik antan. Lagi pulak minggu lepas memang cik antan agak kurang sihat. Bukannya apa, rasanya penangan makan durian yang agak banyak lebihan buat kek coklat durian Hapizah minggu lepas tu.
Hari Jumaat lepas, cik antan mohon cuti, sebabnya nak ke sekolah along, ada hari pengambilan kad kemajuan di sekolahnya. Seingat cik antan ni kali kedua cik antan mohon CRK, bukannya apa cik antan ni bukannya jenis yang suka ambik cuti, rasa bersalah pulak kalau orang lain terpaksa ganti kelas kita. Sebab tu lah kalau demam sikit-sikit dan masih mampu ke sekolah, cik antan tetap akan ke sekolah.
Berbalik pada kisah kad kemajuan along tadi, cik antan dan suami sampai di sekolahnya SMSTJ lebih kurang pukul 8.50 pagi, program bermula jam 9.00 pagi, jadi terpaksalah kami tunggu lebih kurang 10 minit, biasalah tu..Bila tengok keputusan along alhamdulillah. Bagi cik antan memang cik antan tak sangka keputusannya begitu, ditambah pula semasa menjelangnya peperiksaan along begitu sibuk dengan latihan band yang disertainya, namun alhamdullillah dia boleh seimbangkan antara akademik dan aktiviti luar.
Sehari sebelum cik antan ke SMSTJ cik antan bersembang-sembang dengan salah seorang rakan cik antan yang mempunyai anak yang sebaya dengan along, anak rakan cik antan ni sejak dari tahun 1 tidak pernah dapat tempat selain daripada tempat pertama, dan sekarang sedang belajar di SAMBES, dan sekarang walaupun di tingkatan satu anak rakan cik antan tadi masih lagi mengekalkan kecemerlangannya dengan mendapat pertama.
Semalam cik antan ke Klang sebab ada family gathering di rumah adik ipar cik antan, dan semasa bersembang-sembang dengan biras cik antan tentang anaknya kini yang sedang belajar di tingkatan 3, anaknya juga sentiasa mendapat tempat pertama dalam tingkatannya. Terdetik dalam hati cik antan, pandai-pandainya anak orang. Sebab itulah suami cik antan agak tertekan sebab anak-anak saudara sebelahnya semua pandai-pandai.
Bagi cik antan pulak, bukannya tak nak anak-anak pandai tetapi tidaklah terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Sepanjang pengalaman cik antan membesarkan along sehingga sekarang cik antan tahu prestasinya tidaklah terlalu teruk tetapi along ni dulu banyak kes disiplinnya. Semasa di Kuantan selalu jugak cik antan suami isteri dipanggil oleh HEM kerana masalahnya. Sentiasa rakan-rakan dan juga pengetua cik antan menasihati cik antan supaya jangan terlalu susah hati. Namun alhamdulillah semasa dia di tahun 6 dia banyak berubah dan bila mendapat tahu dia mendapat 5A, rakan-rakan cik antan di Kuantan ramai yang tidak menyangka dan terkejut.
Tahun ni angah pulak akan menduduki peperiksaan UPSR. Harapan????ntahlah, seperti biasa cik antan tak lah meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cik antan takut, kalau jatuh sakit.....setiap anak ada kekurangan dan kelebihannya. Memang harapan semua ibu ingin melihatnya anak-anaknya berjaya, dan harapan cik antan biarlah berjaya di dunia dan di akhirat. Itulah doa cik antan setiap kali selepas solat. Seikhlasnya cik antan tidak mengharapkan anak-anak cik antan untuk mendapat tempat yang pertama untuk setiap kali peperiksaanya, cukuplah sekadar mencapai tahap cemerlang. Bila harapan diletakkan terlalu tinggi, bukan sahaja anak-anak yang tertekan, kita juga akan turut tertekan. Dan harapan cik antan biarlah anak-anak tahu walau apa-apapun keputusan yang diperoleh, cik antan tetap sayangkan mereka.

Friday, July 9, 2010

Kek Coklat Durian

Kek coklat durian yang diode oleh Hapizah, kawan lama masa di Kuantan, tapi sekarang ni di Bandar Tun Hussein Onn. Pizah sekarang ni tengah mengandung 8 bulan, jadi kira mengidamlah ni......
tapi sorilah Pizah deco kek ni tak cantik sebab kek sponge tu lembut sangat

Percubaan pertama

Biskut samperit comel, kalau di kampung cik antan biskut samperit yang macam bunga tu, tapi di sini biskut tu dipanggil biskut dahlia. Sebenarnya cik antan memang tak pandai buat biskut, tapi alang-alang dah masuk bidang ni teringin pulak nak cuba-cuba. bila dibawa ke sekolah feedbacknya ialah biskut ni terlampau garing, haaaa...itulah orang tak pandai bakar biskut.
kita cuba lagi lepas ni....sapa2 yang dah ambik resipi dari cik antan jgn lupa mencuba...

Kek Karot tanpa topping

Seperti biasa kek karot tanpa topping ni akan ditempah oleh Sal
TQ Sal...

Monday, July 5, 2010

Murabbi Cinta

Bukan promosi ye...cuma cik antan ingin berkongsi pengalaman membaca buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal yang juga digelar Ustaz Cinta. Hal ini kerana dalam buku-buku Ustaz Hasrizal ni, beliau banyak menulis tentang cinta selepas berumah tangga. Buku Murabbi Cinta ni merupakan buku ketiga yang cik antan baca hasil tulisan Ustaz Hasrizal. Pertama Aku Terima Nikahnya dan kedua Bercinta Hingga Ke Syurga. Bagi cik antan, buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal ni memang patut dibaca oleh semua, tidak kira yang sudah berkahwin, mahupun yang belum. Satu kerugian bagi cik antan kerana cik antan hanya dapat membaca buku ini setelah ada sesetengah anak cik antan sudah besar. Tak dapatlah cik antan nak praktikkan apa yang yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal pada anak-anak cik antan yang dah besar tu. Mungkin sebab ada salah dan silapnya dalam didikan yang diberikan, anak kedua cik antan agak suka memberontak dan sukar untuk difahami dirinya.

Bagi remaja yang akan melayari alam berumah tangga cik antan memang menggalakkan anda semua membaca buku Ustaz Hasrizal ni bermula daripada buku Aku Terima Nikahnya. Mungkin jugak kita boleh mengenali Ustaz Hasrizal melalui blognya saifulislam.com

Sunday, July 4, 2010

Aqil dah 5 tahun....

3 Julai lepas, genap umur Aqil, anak keempat cik antan 5 tahun. Jadi cik antan berhajat nak buat muffin dan sebiji kek untuk dihantar ke taskanya. Request dia, dia nak kek Upin Ipin.muffiin chocolate chip
yang dah siap dipek
chocolate moist kek
Selamat Hari Lahir Aqil Fahmi

Saturday, July 3, 2010

Terima Kasih

Kek karot 1/2 kg ni ditempah oleh Ummikatanya untuk Ketua Bidangnya Kak Norzihan kerana Kak Norzihan telah menolongnya
Terima kasih Ummi, tapi sorry tulisannya tak cantik, kak cuba buat tulisan berangkai, tapi tak menjadi.


Cheese Cake lagi.....

Cheese cake kali ni ditempah oleh Kak Tini setelah melihat kek Zawiyah hanya untuk makan-makan


sengaja tukarkan strawberry dengan fresh cherry
p/s : bila pertama kali cik antan terjumpa fresh cherry ni di Giant ingatan cik antan terus terimbau kepada kawan cik antan di Kuantan, Zainuriah. Masa tahun 2007 kecoh jgk kami kawan2nya kerana dia mengidam nak makan ceri ni semasa dia mengandungkan anak keduanya. Alhamdulillah di saat-saat akhir sebelum dia bersalin dapat juga dia makan ceri ni. Kalau tak meleleh air liur adik Adeeba. Selepas cik antan terjumpa ceri ni di Giant, cik antan terus menelefonnya, dan dia kata kat Giant di Kuantan pun dah selalu ada sekarang ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails