Dozen Roses Love Note

Tuesday, August 31, 2010

Baju raya.....

Alhamdulillah dalam kemeriahan orang ramai menyambut hari kemerdekaan hari ni, sempat jugaklah cik antan dan hubby bawa anak-anak pergi shopping baju raya. Baju Melayu je... baju2 lain dah lama beli dah sebelum puasa hari tu lagi. Tak lengkap rasanya kalau pagi raya tak berbaju Melayu.
Tema tahun ni merah lagi... mulanya cik antan plan nak warna kuning, tapi mr hubby dah berkenan warna merah cik antan ikut je lah asalkan bahagia.. ada apalah sangat pada warna tu. yang pastinya minggu depan cik antan terpaksa tingkatkan produktiviti untuk siapkan baju kurung cik antan dan anak dara cik antan yang sorang tu... apa nak buat, tak sedap pulak rasanya nak beli yang readymade. Tak pe insyaAllah siap tu... tempahan biskut yang tak seberapa tu dah siap, yang tinggal hanya tempahan kek... bolehlah diselang selikan. Minggu depan cuti sekolah pun dah bermula, cik antan balik kampung hari Rabu... tak sabar rasanya... yang penting sekarang habiskan minggu terakhir puasa ni dengan dipenuhi dengan amal ibadat. InsyaAllah.....Wassalam.

Yang dah tersurat.....

Birthday cake 3 tingkat..... kek karot 2 kg
Blueberry Cheese Cake 1 kg
CMC 1/2 kg
Inilah hasilnya kek tempahan Cikgu Muniandy sempena hari jadi abang iparnya. TQ Cikgu Muniandy.. harap semuanya berpuas hati.... Happy 50th birthday Mr. PM Murthy....pasti ramai yang tak faham dengan tajuk di atas kan.... tak apalah Biarlah Rahsia....

Salam Merdeka...

Iklan ni dah lama sebenarnya, tapi oklah tu. Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Bagi kita yang lahir selepas merdeka ni mungkin erti kemerdekaan itu sendiri tidak begitu dihayati berbanding golongan dulu yang hidup dalam zaman penjajahan. Namun bagi diri cik antan, kita sepatutnya memahami dan menghayati erti kemerdekaan itu selari dengan era kehidupan kita. Apa yang dapat diperhatikan di sekeliling kita sekarang seolah-olah rakyat Malaysia kian terjajah dengan gaya hidup barat. Kebebasan yang diperoleh disalahertikan. Jadi kita semua perlulah memainkan peranan masing2. Cubalah sedaya upaya yang boleh.

Pagi tadi ketika menjeling2 tv yang dipasang anak-anak cik antan, terpandang jugak majlis sambutan hari kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. Kebetulannya pada masa tu ada senam berirama (ntah betul ke tak istilah tu )ingatan cik antan terimbau kenangan 27 tahun dulu. Ish3x dah lama dah tu... Bukannya apa cik antan dulu masa berumur 12 tahun pernah juga terlibat dengan aktiviti macam tu, tapi bukanlah untuk sambutan kemerdekaan tapi sempena 25 tahun pemerintahan tuanku Sultan Kedah. Yelah sekurang-kurangnya pengalaman dan kenangan tu tetap ada. Lama jugak kami berlatih hari2 di Stadium Darulaman. Seronok sangat masa tu.. yelah zaman kanak-kanak... Jadi bagi rakan-rakan cik antan yang terbaca blog ni pasti masih ingat kenangan tu kan.....

Ramainya manusia.....

3tier cake standCake stand ni cik antan cuba cari hari Sabtu hari tu bila ada customer nak tempah kek 3 tingkat. Puas meninjau blog2 blogger lain, ada yang beli kat Wisma ICCA, Kota Damansara. Hubby cik antan pun dah godek2 komp ni sebab nak cari kat mana tempatnya. Macam cik antan tulis hubby cik antan ni memang sporting, tapi terfikir kesian pulak kalau bulan2 puasa ni nak ke KL.
Kami cuba cari kat kedai2 bakeri area Bangi dulu. Alhamdulillah... cik antan jumpa kat Bake With Yen, Bangi...tapi kononnya nak bandingkan harga di Yummie... tapi masyaAllah ramainya manusia..... rasa rugi masa dok beratur kat situ. Mesti golongan yang nak buat kuih raya sendiri lah ni yang meramaikan. Kalau yang bisnes rasanya dah siap biskut2 rayanya... Pasal cake stand ni.. akhirnya kami balik ke BWY beli kat situ.

Monday, August 30, 2010

Pelanggan Pertama....

Kek karot.... Kek karot ni ditempah oleh Kak Liza untuk dibawa balik ke Melaka...
tq Kak Liza.... Kak Liza ni sebenarnya pelanggan pertama antan bertingkah....

Thursday, August 26, 2010

Rezeki Ramadhan...

Blueberry Cheese Tart order daripada Hartini 36 biji s dan Kak Liza 20 s.
Hartini mungkin nak bw balik kg sempena cuti 3 hari ni... Kak Liza untuk anak-anaknya makan-makan....TQ
shell yang baru keluar oven..

Penghargaan

Homemade Chocolate 3 kotak coklat ni ditempah oleh Kak Norzihan untuk pelajar-pelajarnya yang cemerlang...
TQ akak... order lg ye....

Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Lahir Untuk Diriku....

Hari ini genap umur cik antan 39 tahun, tahun terakhir meraikan ulangtahun pada angka 3... tahun depan dah masuk era baru. Tapi apa yang pastinya semakin hari semakin hampir untuk bertemuNya...
Azam cik antan agar hidup ini dapat diisi dengan perkara-perkara yang lebih bermakna. Ramai rakan dan anak-anak murid cik antan mengucapkan selamat melalui fb cik antan, terima kasih semua... semoga kalian semua diberkatiNya.
Akhir kata... Ya Allah berkatilah hidupku, suamiku, anak-anakku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan semua muslimin dan muslimat. Jadikanlah aku umatMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan rahmatMu. Amin.....

Saturday, August 21, 2010

Tiga serangkai

3 jenis kek ni ditempah oleh Sal untuk sambutan hari jadi anaknya dan anak-anak saudara....cmc untuk anak saudaranya... Umi
kek karot... nak gambar Upin Ipin untuk anaknya Wana... Upin Ipin letih puasa.....
Bkueberry cheese cake untuk anak saudaranya Nana...
Terima kasih Sal..... Happy Birthday semua...

Thursday, August 19, 2010

Akhirnya... siap juga.....

Sebenarnya dua pasang kain ni dah lama kak Suriyaton bagi pada cik antan untuk dijahit... tapi disebabkan cik antan ni diserang virus malas yang paling kuat jadi.... berbulan-bulan kain ni terperuk kat bilik jahit cik antan. Mungkin bulan Ramadhan ni virus2 tu pun kena ikat jadi, sejak 3 hari lepas hinggalah sahur pagi tadi dapatlah jugak cik antan siapkan dua pasang baju ni....
Sori ye Kak Su... jangan mare.....

Kasihnya Ibu....

Blueberry Cheese Tart ni order daripada Kak Suhaibah sebab anak-anaknya suka dan anak sulungnya pulak balik berbuka puasa di rumah
Kak Su order 50 biji saiz s, semua sekali cik antan dapat lebih kurang 70 biji, jadi 12 biji untuk anak-anak cik antan, baki 8 biji lagi untuk Kamaliza, dia kata nak bagi anak-anak rasa... itulah kasihnya ibu......

Moreh

2 Ramadhan yang lepas, tiba giliran rumah cik antan sediakan moreh untuk surau... sebenarnya kami berkongsi 4 atau 5 buah rumah jadi fikir punya fikir... cik antan sediakan puding jagung ni... kacau dua adunan...
dapat lebih kurang 60 bekas ni.....

Hari Ini Dalam Sejarah

Dah lama jugak rasanya cik antan tak update blog cik antan ni... almaklumlah sibuk bulan-bulan puasa ni.... Tajuk kat atas best tak? Sebenarnya ni peristiwa masa pelancaran bulan kemerdekaan sekolah cik antan, sebab itulah sejarahnya namanya... tapi sebenarnya ada lagi satu sejarah... nak tahu? baca sampai habis..... deklamasi sajak oleh 3 orang pelajar yang mewakili kaum yang berbeza... 1 Malaysia...

Haa..... inilah sejarahnya... buat pertama kalinya pada hari ini 9 Ogos 2010 cik antan mendeklamasikan sajak di khalayak ramai.... sejuk jugak kaki dan tangan.... mana pernah sebelum ni cik antan baca sajak depan orang ramai. Masa di U dulupun masa Malam Pengucapan Puisi cik antan masuk koir nyanyi lagu puisi ramai-ramai... tapi dah jadi cikgu BM kan... sekali sekala kenalah lah tunjuk bakat yang dah lama terendam nih...
Tajuk sajaknya Bersila Di Atas Tikar Merdeka
Cikgu Razak pun deklamasikan sajak jugak, tapi bagi dia dah perkara biasa...

Penutupnya semua menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia... tapi nak dijadikan cerita terbakar pulak PA Systemnya... banyak betul sejarahnya....

Order daripada Ustazah Nazuha

2 biji kek karot ni ditempah oleh Ustazah Nazuha dari SK Taman Jasmin minggu akhir sebelum puasa hari tu...ni order untuk hari Sabtu
ni order untuk hari Jumaat. T kasih Ustazah...


Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, cik antan ingin mengucapkan Selamat berpuasa untuk semua, semoga bulan ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat. Bagi diri cik antan mungkin aktiviti bakeri bulan ni agak kurang, cuma mungkin nanti sibuk untuk menyiapkan tempahan biskut sikit-sikit. Namun alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya diharapkan dapatlah cik antan melipatgandakan amal ibadat pada bulan yang berkat ini. Wassalam.

Friday, August 6, 2010

Untuk si kecilku.....

4 Ogos lepas si bongsuku Awan telah menyambut hari jadinya yang ketiga, jadi cik antan sempatlah membakar sebiji cheese cake untuk dibawa ke rumah pengasuhnya.
Happy Birthday Awan.....ibu sayang Awan...

Tuesday, August 3, 2010

2 dalam 1

Pada 1 Ogos yang lepas cik antan telah dijadualkan bertugas semasa kem motivasi Remaja: Kerana Dirimu Begitu Berharga. Jadual bertugas cik antan adalah pada jam 11 pagi. Cik antan sengaja datang awal ke sekolah untuk menjenguk-jenguk majlis alumni pelajar SMK Jalan Bukit yang juga diadakan pada hari tersebut. Puan Saliha sedang memberikan ucapan
antara yang hadir
banner....
ni pulak Puan Sliha sedang berucap semasa majlis penutup kem motivasi
perasmi.....YB. Dr. Shafie
bertukar-tukar cenderamata
bergambar kenangan.....
senyum.....

Monday, August 2, 2010

Selamat Bersara Kak Limah....

Lambaian Kak Limah kepada warga SMKJB sebelum meninggalkan perkarangan sekolah pada Jumaat lepas.
Kak Limah kelihatan sebak sebelum diarak

guru-guru mengiringi Kak Limah
Paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah yang diketuai oleh Cikgu Razak
Ucapan terakhir Kak Limah yang berupa nasihat kepada anak2 didiknya....
menanti giliran untuk bersalaman dengan Kak Limah
nasihat untuk para pelajarnya....
Sebelum majlis pada hari Jumaat, kami warga SMKJB telah meraikan Kak Limah di Bangi Golf Resort. Kelihatan Mr. Chan Kai Choon, pengetua SMJK(C) Yu Hwa turut hadir untuk meraikan Kak Limah atas dasar kawan lama.
Kak Tinie dan Azura
Kak Ros dan Kak Tinie
bergambar kenangan.....
Kak Limah memotong kek yang dihasilkan oleh rakan cik antan Hajara Rosli
bergambar kenangan bersama-sama Kak Limah...
merenung hari-hari yang bakal mendatang...tiada lagi hilai tawa rakan-rakan, tiada lagi senda gurau bersama teman-teman
p/s : Kami warga SMKJB kehilangan seorang ibu, kakak dan malah teman yang begitu rapat dan akrab. Sepanjang cik antan mengenali Kak Limah bolehlah disimpulkan bahawa beliau merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi. Pernah menerima anugerah guru yang paling awal tiba ke sekolah. Satu perkara yang amat kami hormati adalah kerana beliau berjaya membesarkan dan mendidik anak-anaknya seramai 11 orang sehingga semuanya berjaya. Semoga Kak Limah akan terus ceria selepas bersara. Segala kenangan bersama-sama Kak Limah akan terus terukir dan tersimpan dalam lipatan kenangan kami semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails