Dozen Roses Love Note

Thursday, September 30, 2010

Hajat...

Sebenarnya hajat di hati malam ni nak uploadkan gambar kek karot yang disiapkan hari Selasa lepas, cari punya cari kamera tak jumpa2. Rupanya hari ni hubby bawa kamera ke pejabat sebab dia ada jamuan hari raya jabatan dan kamera pulak tertinggal kat pejabat. Nak buat cammana kan... tunggu esok lusa sajalah.
Bercakap pasal hajat, tengah hari tadi di sekolah cik antan diadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk bakal jemaah haji sekolah cik antan tahun ni, 6 orang semuanya. Alhamdulillah harap semuanya akan mendapat haji yang mabrur. Harapan cik antan akan sampailah pulak giliran cik antan dan hubby nanti.
Malam ni pulak diadakan majlis solat hajat untuk calon2 PMR dan SPM sekolah cik antan. Harapan cik antan biarlah anak2 didik cik antan ni akan berjaya di dunia dan akhirat. Bagi cik antan pulak hari ni si angah mula menduduki peperiksaan PSRA untuk sekolah agamanya. Hajat di hati biarlah ada salah seorang anak lelaki cik antan yang dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah agama.. cuma takut harapan tinggal harapan. Apa-apapun cik antan tetap ingat pesan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Murabbi Cinta, ' jangan harapkan anak kita jadi orang agama tetapi didiklah anak2 kita jadi orang yang beragama'

Sunday, September 26, 2010

Kek Karot dan Kek Gula Hangus

kek karot
kek gula hangus
Kedua-dua kek ini ditempah oleh Cikgu Hindun, pelanggan setia Antan Bertingkah. Kek karot katanya untuk rumah terbuka kakaknya dan kek gula hangus untuk diri sendiri. Cik antan hantar kek gula hangus ni panas-panas lagi sebab baru dimasak sebelah paginya.



Talam Tokyo

Percubaan pertama cik antan buat talam tokyo. Sebab dah ada pengukus trio kenalah rajin2 mencuba. Resipi ni cik antan ambik dari blog Ilham Dapur dan hasilnya memang best. Cubalah...

Keempat...

Kek karot keempat tempahan Ustazah Nazuha. Terima kasih Nazuha...

Happy Birthday Insyirah

cmc + edible image tempahan daripada cikgu Aida SK Taman Jasmin.

Semoga Terus Cemerlang.....

Homemade Chocolate23 pek... tempahan daripada Kak Ros
harapan Kak Ros, pelajar2nya akan terus cemerlang dalam PMR akan datang...

Saturday, September 25, 2010

Pengukus baru....

Pengukus TrioSemasa cik antan mencari2 resepi talam ( kononnya nak cuba buat talam), cik antan terbaca tentang pengukus trio ni dalam blog Journal Resipi Bdaria, rupanya dia beli dpd Chef Asma, jadi cik antan pun menyimpan hasrat untuk memilikinya. Bila diberitahu pada suami cik antan yang chef Asma ada di Puchong dia pun terus bersetuju untuk tolong belikan sebab staff pejabat dia ramai yang tinggal di Putra Perdana dan salah seorangnya jiran belakang Chef Asma rupanya. Jadi tertunailah impian cik antan...cuma sekarang ni impian baru ialah belajar buat talam. Chef Asma akan buat kelas pada 23 Oktober tapi cik antan tak pasti boleh join ke tak sebab biasanya masa tu sibuk sikit dengan tugas2 rasmi......

Birthday Zamir

Tempahan pertama selepas raya.... cmc tempahan Kak Nor untuk birthday anaknya Zamir... Happy Birthday Zamir

Wednesday, September 15, 2010

Yang terakhir....

Sebenarnya ni tempahan terakhir yang cik antan siapkan sebelum balik kampung....carrot cake
chocolate moist cake... tempahan cikgu Nazuha dari Sk Taman Jasmin

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidil Fitri

Pada kesempatan ini cik antan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog cik antan ni (walaupun 2-3 orang je) Cik antan juga menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata mahupun kekasaran bahasa. Sesungguhnya manusia lemah seperti cik antan ni tak kan terlepas daripada melakukan kekhilafan. Esok cik antan akan balik ke Kedah jumpa mak cik antan, jadi antan tak bertingkah untuk beberapa hari... tapi tak boleh enjoy sangat sebab angah nak ambik UPSR lepas ni... ok salam sayang daripada cik antan. Wassalam...

Kek Gula Hangus dan Kek Buah Kukus

Kek-kek ni tempahan Kak Tinie dan Kak Jam untuk beraya.Kak Tinie nak bw balik Kelantan.

2 biji kek buah kukus Kak Jam, sori Kak Jam tersilap langkah... berat sama tapi saiz berbeza...
yang siap untuk dihantar... ingatkan ini tempahan terakhir sebelum raya, rupanya ada lagi yang nak menempah.. mungkin tak sempat cik antan nak uploadkan gambarnya nanti... lepas raya lah ye.....

Saturday, September 4, 2010

Blueberry Cheese Cake lagi......

Tempahan daripada Sal.....
sori ye Sal.... puas cari strawberry, tapi tak ada.... kurang serinya....

Biskut Raya

Biskut raya cik antan

ini je lah yang termampu cik antan buat sebagai percubaan. Satu jenis lagi tak sempat ambik gambar... tahun depan???? sama ada lebih giat atau tak langsung.....

Kilauan kristal....




Gelang kristal swaroski, tempahan Kak Zana untuk anaknya.. sebenarnya yang merah je.. yang coklat tu dah lama ditempah cuma cik antan baiki sebab putus...

Ketiga...

Tempahan Kak Mala
ni tempahan ketiga Kak Mala untuk birthday anaknya pada 2 September... TQ Kak Mala....

Thursday, September 2, 2010

Jasa Bonda

Hari ini cik antan ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat ada perkongsian ilmu tentang Program Peningkatan 2Q BM PMR dan SPM. 2 orang penceramah yang terlibat. Ceramah yang diberikan pun ok, dapat menambahkan pengetahuan, lebih2 lagi dalam tatabahasa BM.

Tapi apa yang menarik perhatian ck antan ialah lagu yang dipasang penceramah yang kedua Puan Zahariah dari SMK Darul Ehsan iaitu lagu Jasa Bonda. Cik antan dah pernah dengar lagu ni dulu masa di Kuantan, memang menyentuh perasaan. Naluri keibuan pasti akan tersentuh. Jadi untuk anak-anak didikku yang mungkin membaca blog ini hayatilah lagu ini sebaik-baiknya... juga pada rakan-rakan yang lain kenanglah jasa ibu.... pulanglah sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang tak lama lagi... ciumlah tangan ibumu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails