Dozen Roses Love Note

Friday, December 31, 2010

Kek birthday terakhir 2010 untuk sambutan pertama 2011

Assalamualaikum semua.....
Ingatkan kek semalam tu kek terakhir untuk 2010, tiba2 pagi tadi semasa cik antan kat sekolah daftarkan angah Kak Tinie kawan cik antan telefon nak menempah kek. Esok memang birthday Kak Tinie, 1 Januari...selain Kak Tinie, ada 3 orang lagi rakan cik antan yang akan menyambut birthday esok, Tn. Haji Elias dan Kak Zuraidah di SMK Astana, dan juga rakan sekolah cik antan dulu Fariza Abd. Rahim....jadi untuk keempat2nya Happy Birthday ye....semoga sentiasa dalam keberkatan Allah hendaknya...Amin

Ikut suka je...

Assalamualaikum semua...
Balik daripada pendaftaran angah tadi terus memasak untuk makan tengah hari, nak masak yang beria2 tak de lah...malam tadi pergi pasar malam, hubby beli tempe 3 keping, jadi tengah hari ni goreng je lah... cik antan bukan orang jawa jadi masak ikut suka je lah mana yang ada...
Yang cik antan gunakan.....

Tempe Goreng
  • 3 keping tempe (potong nipis)
  • 5-7 tangkai cili kering diblend dengan 3 ulas bawang merah dan putih
  • Ikan bilis secukupnya
  • sedikit kacang tanah
  • daun kari
  • garam dan gula secukupnya
Cara cik antan buat...(ikut suka2 je ni....)
  1. Tempe digaul garam kunyit dan digoreng garing. Toskan.
  2. Ikan bilis dan kacang tanah juga digoreng. Toskan.
  3. Tumiskan cili dan bawang yang diblend tadi hingga garing, masukkan garam dan gula serta daun kari.
  4. Akhir sekali masukkan tempe, kacang dan ikan bilis. Gaul rata.
# cik antan buat ni simple2 je....banyak lagi bahan lain yang boleh dimasukkan, contohnya seperti kentang dan sebagainya.....( keluarga cik antan memang suka tempe, masak macammana pun liciiiiinnnn)

Angah dah Tingkatan 1

Assalamualaikum semua..pagi tadi cik antan ke SMK Taman Jasmin 2 daftarkan angah ke tingkatan 1.
Ni masa diorang tengah beratur mendengar taklimat.
P/S : Semoga angah terus bersemangat meneruskan perjuangannya di sekolah menengah....ibu tetap mendoakan yang terbaik untuk angah...

Thursday, December 30, 2010

Selamat Bertunang Hanbali & Akma

Assalamualaikum semua..lagi n3 sebelum tidur hari ni...hari ni tak de masak yang special2, cuma petang tadi siapkan tempahan kek di bawah ni. Kek coklat lembab ni ditempah oleh cikgu SMK Taman Jasmin melalui jiran cik antan Kak Norsiah. Esok pagi2 cik antan akan hantar kek ni pada Kak Nor otw nak pergi daftarkan angah ke sekolah sebab angah kan nak masuk Tingkatan 1.
Hanbali dan Akma ni mesti pilih tarikh 1.1.11 untuk bertunang kan...cantik tarikh tu...Jadi untuk Hanbali dan Akma selamat bertunang, didoakan semoga cepat naik pelamin dan untuk cikgu yang menempah TQVM, maaf sebab belum sempat tanya nama..terima kasih daun keladi ye..juga terima kasih untuk Kak Nor...

Wednesday, December 29, 2010

Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum......n3 sebelum tidur malam ni, sambil2 tengok bola. Malam ni cik antan dengan famili makan kari kepala ikan, tapi jangan tak tahu bukan cik antan masak ye...kari ni hubby cik antan beli tadi di Restoran ZK, Kampung Attap.
dia jual sekali dengan bekas ni RM80
Ini pulak udang masak apa ye....bukan cik antan jugak yang masak, kawan cik antan Kak Haziyah yang masak untuk makan2 tadi di Banting, ada lebih...jadi rezeki cik antan dapat bawa balik...cik antan tak sertakan resepi ye...nanti cik antan cuba masak dulu baru cik antan sertakan resepi..bolehkan Kak Zi...

Unik.....

Assalamualaikum semua...Haaaa....tengok gambar kat bawah ni...inilah tempat cik antan bermesyuarat selama 3 hari di Banting. Sebenarnya ini ialah bangunan pejabat SMK Sungai Manggis, Teluk Datok, Banting.
Unik kan??? Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah bulat. Kalau cari kat google atas nama sekolah bulat, memang sekolah inilah yang akan keluar...tak percaya klik sini...ala2 bangunan condong gitu....
Mulai sesi persekolah 2011, pejabat sekolah dah berpindah ke salah satu bangunan sekolah yang baru siap dibina dan bangunan bulat ini akan dijadikan bilik kebal sekolah....kepada pemilik2 kereta minta maaf ye.....tapi no plat tak jelas kan....

Makan-makan di Banting

Cotton Soft Japanese Cheesecake.....
Assalamualaikum semua....bertemu lagi untuk hari ni....kek kat atas ni cik antan buat untuk makan2 di Banting hari ni...kat atasnya cik antan letakkan blueberry filling. Maaf ye kawan2 blueberry fillingnya tak cukup dah habis.... Resepinya terima kasih pada Alma daripada MyResipi, kalau nak tengok resepi asal boleh klik kat sini... Kat bawah ni cik antan c n p resepinnya yang cik antan buat...

Cotton Soft Japanese Cheesecake
Bahan-bahan ( 9 inci )

Bahan A:

· 250g cream cheese

· 50g butter

· 100 ml susu segar (fresh milk)

· 6 biji kuning telur

· 1 sdb jus lemon

· 1/4 sdk garam

· 60g tepung kek / tepung superfine

· 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:

· 6 biji putih telur

· 140g gula (granulated sugar)

· 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil @ masukkan dalam loyang lain. Kmdn, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Tuesday, December 28, 2010

Banting, Kerepek dan Kuih Koci Labu

Assalamualaikum semua...bertemu lagi malam ni, cik antan masukkan dulu n3 untuk malam ni sebelum menyiapkan kerja2 yang tidak siap siang tadi. 3 hari ni, cik antan kan kat Banting, jadi tak sah lah kalau tak beli kerepek. Jadi, tadi masa makan tengah hari kami semua ke restoran Bahar Ali untuk makan. Cik antan tak sempat nak ambik gambar kat restoran tu. Lepas makan kami semua ke Kerepek House, Fazz Enterprise di Jalan Besar Sungai Lang, Kanchong Darat, Banting.....
Tengoklah kerepek2 yang banyak bersusun tu....
habis jugaklah duit cik antan kat sini......
Balik dari makan tengah hari, salah sorang rakan cik antan belikan kuih koci labu...
Inilah rupanya....sedap.....cik antan tak pernah rasa lagi sebelum ni....
Sapa2 yang ada resepi kuih koci labu ni harap2 boleh lah kongsi ye......sedap betul.....

Monday, December 27, 2010

Pucuk Mengkudu Masak Lemak

Assalamualaikum semua....
Hari ni cik antan mula bekerja ke Banting semula, 3 hari lah nampak gayanya berulang alik ke Banting. Letih rasanya memandu ke Banting dari Kajang...ye lah jauh..tapi itulah tuntutan tugas yang perlu dilaksanakan kerana Allah... Balik dari Banting tadi badan dah betul2 terasa letih, tapi perlu jugak ke dapur memasak untuk makan malam ni. Jadi inilah hasilnya pucuk mengkudu masak lemak, pucuk mengkudu ni cik antan bawa balik dari Mentakab semalam, sepatutnya pucuk mengkudu ni dimasak dengan ikan. Kalau adik ipar cik antan di Kota Bharu dia masak dengan isi ikan rebus. Tapi dalam peti sejuk tak de pulak ikan yang sesuai, dan akhirnya setelah dicadangkan oleh hubby cik antan, maka pucuk mengkudu tu dimasak dengan ayam...Bila dirasa sedap.....tekak kami sekeluarga lah, jadi sesiapa yang nak mencuba bolehlah....Sebenarnya tak de lah resepi yang betul2, ini main campak2 je ni. Daun mengkudu tu cik antan potong2 dan rebus dulu sebab nak buang pahitnya. Lepas tu cik antan masukkan bawang merah yang dihiris, santan dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan ayam, masak hingga ayam masak. Kalau tumbuk kunyit hidup lagi sedap sebenarnya...tapi badan dah letih sesangat...kalau masuk cili padi pun sedap kot, tapi sebab ingat nak makan dengan sambal tempoyak, jadi cik antan tak lah campurkan cili padi. Jadi sesiapa yang ada pucuk mengkudu tu cubalah.....pucuk mengkudu ni pun elok untuk kesihatan.....

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Ana 9A

Assalamualaikum, bertemu kembali setelah cik antan balik dari kampung Mentakab, kampung hubby cik antan. Hubby dengan anak2 baru je lepas tengok bola kat TV , bukan main seronok tu sebab Malaysia dah menang 3-0. Tahniah untuk pasukan Malaysia, walaupun bukan kemenangan mutlak lagi tu.....Sebenarnya n3 malam ni tentang kisah2 yang berlaku semasa cik antan balik Mentakab.
Haaa....inilah ciskek yang cik antan katakan tu. Kek ni khas untuk anak sedara yang lulus dengan cemerlangnya dalam peperiksaan PMR baru2 ni. Tahniah Ana...Ana ni memang pandai sejak sekolah rendah lagi....
Tengoklah apa yang bergayut tu...rumah MIL cik antan ni dah lama kena tinggal sebab MIL cik antan duduk dengan SIL cik antan di Klang, jadi ini pulak jadi penghuninya..puas kami menghalau...
Ini masa majlis potong2 kek, cik antan terpaksa masukkan gambar tangan je lah atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...
Seri muka ni pun cik antan bawa dari Kajang, saja untuk makan-makan....resepinya terima kasih untuk NanaSham dari MyR, kalau nak resepinya klik kat sini ye....
Dalam pada banyak2 pokok di sekeliling rumah MIL cik antan ni, cik antan tertarik dengan pokok ni...mesti semua kenal pokok apa ni kan... cuma cik antan terkejut sebab pertama kali nengok pokok kesum berbunga.. orang lain mungkin dah biasa tengok kot....Kami balik pun tak lama sebab kebetulan SIL cik antan nak antar MIL cik antan balik sebab dia ada appoinment check up kat hospital awal bulan Januari nanti....

Friday, December 24, 2010

Talam Tokyo

Talam Tokyo lagi....Assalamualaikum...sebelum tidur malam ni cik antan masukkan entri Talam Tokyo ni....Talam Tokyo ni diode oleh jiran cik antan Kak Nor, katanya ada majlis makan2 kat rumah saudaranya. Ni baru keluar pengukus ni...panas2 lagi belum masuk kotak pun lagi. Cik antan kena hantar subuh2 esok sebab esok Kami sekeluarga nak balik Mentakab....Haa.... untuk dibawa balik ke Mentakab cik antan buatkan Seri Muka dan ciskek, tapi entrinya lepas cik antan balik nanti ye...Tungguuuuuu.....(macam biasa resepi kat label Resepi ye....cik antan ni pemalas sikit, sekali lagi terima kasih untuk Maz)

Thursday, December 23, 2010

Roti Goreng Sosej

Assalamualaikum semua, bertemu sekali lagi petang ni..... Untuk anak-anak minum petang hari ni cik antan masak yang simple2 je, roti goreng sosej.. resepi ni senang tak payah nak adun2 gitu, cik antan ambik resepinya daripada blog Kak Wan, Blog Citarasawan. Jadi sesiapa yang nak tengok resepi asal boleh klik kat sini. Yang kat bawah cik antan c n p. Terima kasih Kak Wan. Layan... Roti Goreng Sosej

Bahan-bahan:

6 keping roti sandwich (cik antan buat 10 keping)
6 batang sosej ( ni pun 10 batang, habiskan sepeket )
2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - dipukul
Breadcrumbs (serbuk roti) secukupnya
Minyak untuk goreng terendam

Cara-cara :

1. Gelek roti dengan pengelek hingga nipis.
2. Celup sosej ke dalam putih telur, letakkan di atas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Buat hingga habis.
3. Kemudian celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti.
4. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan.
5. Hidang dengan sos cili atau mayonis.

Result PMR keluar hari ni......

Assalamualaikum semua...dah dua tiga hari tak update blog, bukannya apa, ada urusan yang lagi penting yang perlu cik antan selesaikan, jadi aktiviti memasak dikurangkan sikit....anak2 merengek jgk lapar tapi terpaksa cik antan buat2 tak dengar. Untuk makan malam dan tengah hari pun masak yang simple2 je... Haaaa...hari ni keputusan PMR diumumkan, sempat jugak cik antan ke sekolah tadi, nak tengok result anak2 didik cik antan, walaupun tak lah mengharapkan diorang dapat keputusan cemerlang pun... tapi alhamdulillah ada lah peningkatan daripada peperiksaan2 sebelum ni.. Cik antan pergi sekolah dah lewat, jadi budak2 pun dah tak ramai kat sekolah.Jadi inilah yang mampu dirakamkan camerawoman tak bertauliah ni.
Bila sebut je result PMR dan tarikh 23 dan 24 Disember jer cik antan seolah2 fobia sebab teringat kisah tahun lepas. Kalau2 ada pengunjung blog ni yang pernah terbaca n3 pertama cik antan tentang Telinga dan Payung mesti tahu kan. Jadi peristiwa tu dah setahun berlaku. Sekurang-kurangnya jadikan cik antan lebih berhati-hati dan beringat dalam membesarkan anak2 yang aktif2 ni....

Tuesday, December 21, 2010

Tertunai Hajat di Hati

Assalamualaikum semua, n3 kali ni tentang minum petang keluarga cik antan tadi... haaa... tertunai hajat di hati cik antan nak makan bubur Asyura utara. Sebenarnya malu jugak nak tunjuk sebab asyura ni agak lembik sikit, tapi tak apalah asal cik antan dah dapat makan. Tengok...tak cantik rupanya, resepinya main agak2 je... sebab nak buat sikit je kan... jadi, sapa2 yang nak buat kena pandai2 lah ubah suai resepi ni ye....
Resepi Bubur Asyura Utara
Bahan-bahan:
  • 400gm tepung beras
  • 2 liter air
  • 400ml santan pekat
  • 2 tongkol jagung
  • 6 ulas nangka ( potong dadu )
  • 4 biji pisang ( potong nipis )
  • 100gm kacang hijau ( direbus )
  • 50 gm kacang tanah ( disangai )
  • Daun pandan
  • Gula pasir secukupnya
  • 200gm gula merah ( masak )
Cara-caranya:
  1. Larut tepung dan air dan kacau di atas api.
  2. Masukkan santan pekat dan daun pandan, kacau seketika.
  3. Masukkan gula pasir dan gula merah. Kacau hingga agak pekat.
  4. Masukkan jagung, nangka, pisang, kacang tanah dan kacang hijau.
  5. Kacau hingga betul2 masak.
  6. Sejukkan dan bolehlah dipotong.
# Bahan-bahan lain yang boleh dimasukkan ialah keledek dan keladi yang direbus terlebih dahulu. Sukatan di atas boleh diubah suai mengikut selera.

Sunday, December 19, 2010

Lagi......

Assalamualaikum, lagi kek karot tempahan Ustazah Nazuha....terima kasih Nazuha.

Saturday, December 18, 2010

Yang baru dan yang dah lama......

Assalamualaikum... entri cik antan malam ni masih juga tentang kek karot yang telah ditempah. Kek karot di atas ni baru ditempah oleh Ustazah Nazuha malam tadi dan telah dihantar tengah hari tadi. Terima kasih Nazuha sebab setia dengan Antan Bertingkah, katanya kek ni mak ciknya yang tempah sama dengan 3 kek yang lepas.
Kek edible image ni pulak ditempah oleh Sal yang juga pelanggan setia Antan Bertingkah. Sal dah menempah 3 minggu yang lepas untuk hari jadi anaknya....terima kasih Sal....
Ini pulak menu makan malam untuk malam ni, sup tulang....

Thursday, December 16, 2010

Puding Jagung Berkrim

Assalamualaikum. Kesian pulak bila anak2 merengek lapar petang2 ni. Jadi cik antan buatlah hidangan yang paling mudah dan cepat. Bahan2 pun cukup. Seronok tengok anak-anak makan. Puding jagung berkrim...... cik antan yang bagi nama tu, resepi ni cik antan dapat daripada Kak Munirah, kawan cik antan, harap-harap Kak Muni tak marah cik antan kongsikan resepi dia kat sini. Jangan marah ye Kak Muni, semoga rezeki Kak Muni bertambah-tambah lepas ni.
Puding Jagung Berkrim

Bahan-bahannya:
  • 1 kotak fresh milk ( 1 liter )
  • 1 kotak whipping cream ( 200ml @ 250ml )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan gula ( cik antan kurangkan jadi 1/2 cawan)

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk.
  2. Kacau atas api sederhana hingga pekat, mendidih dan masak.
  3. Tuang dalam cawan2 kecil ( puding ni lembik, tak boleh dipotong, jadi kena masukkan dalam bekas2 kecil )

Mendung...sayu....

Assalamualaikum semua, kali ni cik antan tak masukkan n3 masak memasak, n3 kali ni tentang apa yang dirasai dan dilalui...mungkin ada yang boring....tapi tak apalah....Semalam cik antan dapat notis daripada TNB yang bekalan elektrik kawasan cik antan akan dihentikan sementara dari jam 9.30-6.00 petang. Tapi daripada pengalaman yang lepas tak adalah selama itu dihentikan...jadi pagi tadi elektrik mula dihentikan lebih kurang jam 10.45 dan rasanya dalam pukul 12.00 tengah hari bekalan elektrik dah ada semula. Semasa pekerja TNB menjalankan kerja mereka tu sempat jugak cik antan snap gambar... bukan apa tiba2 hati ni tersentuh melihat pekerja2 TNB ni bekerja. Cuaca hari ni pulak mendung jadi bertambah sayu rasanya.... Kalau difikirkan betapalah bahayanya pekerjaan mereka kan...kalau lah berlaku sedikit kesilapan sahaja macam2 boleh berlaku. Tapi demi mencari rezeki yang halal dan demi kelangsungan hidup di bumi Allah ini hidup mesti diteruskan.
Sebenarnya gambar ni diambil dari bilik cik antan ketika cik antan bersiap2 untuk ke Hospital Serdang untuk melawat kawan cik antan yang dirawat di situ. Cik antan dan kawan2 sampai di Hospital Serdang lebih kurang jam 12.30 tengah hari dan kami terus ke HDW Hospital Serdang tempat rakan cik antan, Kak Mala dirawat. Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan untuk melawat pada satu-satu waktu. Sedih melihat keadaan Kak Mala, wayar2 berselirat di tubuhnya dan dia terpaksa ditidurkan sebab menurut anaknya dah 3 @ 4 malam dia tak tidur. Sejak dimasukkan ke hospital dia terlalu banyak berfikir. Masih memikirkan baju sekolah anak2 yang belum dibeli dan masih sempat berpesan pada anak sulungnya untuk membeli baju sekolah adik2. Sedih betul cik antan mendengar cerita anaknya, ditambah lagi bila melihat wajah anak kecilnya yang baru berusia 4 tahun dan anak2nya yang lain. Cik antan terus memikirkan bagaimanalah keadaannya kalau ini berlaku pada diri cik antan. Jadi pengunjung2 blog cik antan yang berkunjung dan membaca coretan cik antan kali ini, cik antan berharap dapatlah sama2 kita berdoa seikhlasnya dari hati untuk kesihatan rakan cik antan ni ye....Itulah juga pesan dariapada ahli keluarganya.

Wednesday, December 15, 2010

Bubur Asyura

Assalamualaikum. Alhamdulillah, diam tak diam kita dah masuk musim asyura...jadi tadi cik antan menolong kejiranan cik antan memasak bubur asyura. Kalau tak silap cik antan ni asyura kawasan tengah kan....ala2 bubur lambuk gitu. ni asyura yang dah hampir masak....
Ini pulak daging yang ditumis untuk dimasukkan ke dalam bubur tadi. Antara bahan2 yang dimasukkan selain daging ialah beras, kacang yang berjenis2, kacang kuda, kacang tanah, kacang hijau, kacang merah...katanya seelok2nya 7 jenis kacang. Selain tu dimasukkan jugak jagung dan barli. Cik antan pun tak pandai sangat masak bubur asyura ni...
Ini pulak masa awal2...tengok tengah menggelegak tu....tapi walau apa2pun cik antan mesti teringat pada keenakan bubur asyura utara yang lemak manis tu. Teringin sangat nak makan. InsyaAllah akan cik antan buat nanti sekadar untuk makan2 dengan anak2. Tapi kena cari bahan2nya dulu seperti nangka, pisang, keledek, jagung dan macam2 lagilah.
Ini pulak menu berbuka puasa kami sekeluarga tadi. Masak lemak labu dan ikan terubuk masin goreng ditabur bawang goreng. Alhamdulillah anak2 cik antan pun berpuasa kecuali si kecik 2 orang tu je. Cik antan pun tak memaksa si Aqil berpuasa sebab dia baru 5 tahun. Tapi tadi dia berpuasa jugak sampai pukul 2 petang, padahal tak kejut pun dia bangun sahur pagi tadi. Harap2nya tahun depan bolehlah dia berpuasa penuh satu hari.

Tuesday, December 14, 2010

Cupcake Kawah Gunung Berapi

Assalamualaikum. Hari ni cik antan nak berkongsi cupcake coklat yang cik antan buat untuk anak2 makan petang tadi. Dah berhari2 diorang dok minta cik antan buatkan kek untuk diorang pulak sebab dua tiga hari ni dok buat kek yang ditempah jer kan...Cik antan pun tergerak hati nak buat cmc tapi buat cupcake je lah. Teringat pulak cream frosting semalam masih berbaki jadi mulalah operasi membuat chocolate moist cupcake dengan inti cream cheese frosting, sebab dulu cik antan pernah belajar cupcake ni. Tapi cik antan guna resepi cmc Amy Heng. Buat separuh resepi jer.... Jadi inilah hasilnya....cc yang diletakkan cream cheese frosting di atasnya. Eh eh tadikan kata nak buat inti....jangan tak tahu memang cik antan buat inti tapi bila masak tengoklah hasilnya kat bawah ni.....
Cupcake cik antan macam kawah gunung berapi. Bahagian yang diisi cream frosting tu mula2 menggelembung lepas tu membentuk kawah...(macam belajar geografi pulak). Bila tengok balik resepi cream frosting yang belajar dulu, rupanya tak masuk butter, cream frosting yang ini kan ada butter, mungkin itulah sebabnya....kalau2 sifu2 kek tengok dan baca ni mesti diorang gelakkan cik antan kan....apa nak buat saya budak baru belajar. Jom layan resepi cmc Amy Heng daripada buku Delicious Cakes

Kek Coklat Lembab
Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 400 gm gula perang
  • 11/2 tsp esen vanilla
  • 4 biji telur
  • 325 ml air
  • 280 gm tepung kek*
  • 70 gm serbuk koko*
  • 11/2 tsp baking powder*
  • 3/4 tsp baking soda*
  • 1/2 tsp garam ( cik antan tak masuk pun )
  • * diayak bersama

Cara Membuatnya:

  1. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul rata
  3. Masukkan bahan yang diayak dan air berselang seli. Kacau rata.
  4. Bakar selama 60 minit @ hingga masak.

Monday, December 13, 2010

Terima Kasih Nazuha

Assalamualaikum. Tempahan kek kali ni cik antan terima sekali lagi daripada Ustazah Nazuha. Nazuha tempah 2 biji kek karot dan sebiji cmc. kek karot yang diletakkan strawberry... ok tak?
yang ini pulak macam biasa je lah...
cmc.....
Talam Tokyo ni cik antan buat untuk makan2 dan separuh diberi pada Ustazah Nazuha. Tapi Talam Tokyo kali ni tak berapa cantik atasnya lembik sikit, tapi sedap bila masuk ke mulut. Terima kasih ye Nazuha tak putus2 menempah kek.....Tempah lagi kay.... ( nak resepi Talam Tokyo tengok kat label Resepi ye..... )

Sunday, December 12, 2010

Ikatan Kasih Ekkram Amalia

Assalamualaikum...Jadi inilah buah tangan hubby cik antan untuk majlis perkahwinan anak bosnya hari ni...Kek yang tengah tu lah yang cik antan bakar semula. Tapi tak pe...masa masih ada.
Ikatan Kasih Ekkram Amalia...semoga kekal bahagia selamanya....

Saturday, December 11, 2010

Kek Ekspres......terkejut.....

Hari ni memang cik antan nak membakar 3 biji kek sebab esok hubby cik antan nak jadikan buah tangan untuk majlis perkahwinan anak bossnya....tiba2 dalam pukul 6 petang cik antan dapat panggilan daripada kawan cik antan yang bertanyakan kalau2 ada stok kek sebab hari ni birthday anaknya. Stok kek memang tak ada sebab cik antan biasanya bakar kek bila ada order je...tapi untuk tak menghampakannya cik antan dulukan kek yang untuk esok...tapi deconya ringkas je lah sebab ordernya mengejut dan lebih kurang 6. 45 dia dah sampai untuk ambil kek. Jadi inilah hasilnya kek ekspres....terkejut...harap Aslizam berpuas hati. Sorry ye As, whipping cream pun tak sempat cair nak buat fresh cream. Nak snap gambar pun dan menggigil-gigil.....Anyway Happy Birthday untuk anak As.... sorry ye sayang... acik dah tak sempat nak deco cantik2....jangan serik ye....

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Lepas maghrib semalam hubby dengan cik antan ke Giant sebab nak beli barang sikit. Dalam pada dok memilih barang tu cik antan tengok hubby beria-ria memilih bunga kantan dan daun kesum ( cik antan tanam daun kesum kat belakang rumah tak hidup2...nape ye...). Ingatkan dia nak masak asam pedas. Bila bangun pagi tadi lepas sarapan dia dah keluarkan ikan patin dari peti sejuk...dah tau dah...nak makan gulai tempoyak ikan patin ler tu....mak mertua cik antan baru jer bagi tempoyak. jadi inilah hasilnya.....
Disebabkan jodoh dah dengan orang Pahang, tambahan pula orang Pahangnya pun berasal dari Bandar Ikan Patin...kenalah ambik tahu jugak sedikit sebanyak cara memasak orang Pahang walaupun tak mungkin dapat menandingi kesedapan masakan ibunya...

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan patin
  • 10 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan masing2)
  • 1" kunyit hidup
  • 2 - 3 sudu besar tempoyak
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • garam
  • asam keping ( ikut selera masing2)

Cara memasaknya:

  1. Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk.
  2. Masukkan dalam periuk tambah sedikit air dan masak hingga kering.
  3. Kemudian masukkan air dan tempoyak.
  4. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
  5. Masukkan garam. Masaklah hingga mendidih.

# Petua yang cik antan dapat semasa mengajar di Kuantan dulu daripada pengusaha kantin tempat cik antan mengajar, tempoyak tu diblender dulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk supaya kuahnya pekat dan cantik bercampur.

Talam Suji dan Nasi Goreng Kuali

Assalamualaikum, Salam hujung minggu. Dah dua tiga hari cik antan tak update blog. Sebenarnya agak sibuk dan kurang sihat. Bermula dengan malam tahun baru hari tu cik antan dah mula sibuk sebab ada kenduri kahwin di kejiranan cik antan. Jadi pada malam tu dalam hujan yang renyai-renyai kami menolong tuan rumah memasak bermula selepas Isyak hinggalah 1. 45 pagi. Esoknya jam 7. 00 pagi dah kembali mula memasak. Jamuan makan berakhir lebih kurang pukul 3. 30 petang. Balik je ke rumah cik antan rasa dah tak sedap badan, lepas ambil wuduk untuk solat maghrib cik antan dah menggigil, makan malam tu pun dah tak lalu, perut dah mula tak selesa. Mungkin sebab terlalu letih, tidur tak cukup dan kena hujan malam sebelumnya kot.
Pagi esoknya ( Rabu) cik antan dah mula bekerja ( ada urusan rasmi yang perlu cik antan selesaikan ) di Banting. Dalam keadaan badan yang lenguh2 tu gagahkan lah jugak memandu ke Banting. Tengah hari tu demam dah ok tapi gastrik pulak yang tak baik2. Dah lama sebenarnya cik antan tak kena gastrik ni. Peritnya rasa....Sampai hari ni pun sekali sekala masih terasa pedihnya perut ni. Walaupun dalam keadaan perut yang tak selesa tu, hati ni nak jugak memasak untuk makan2. Jadi Khamis malam Jumaat hari tu siaplah jugak Talam Suji, jadi bolehlah cik antan bawa ke Banting semalam untuk makan2.
ni antara yang ditinggalkan di rumah....
Resepi ni cik antan dapat daripada Chef Asma tapi dah diubahsuai sikit.

Resepi Talam Suji
(sumber : Chef Asma)
Bahan-bahannya : ( Lapisan Bawah )
Bahan A
  • 180g tepung suji
  • 450 ml air
Bahan B
  • 200g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 200 ml santan
  • 250 ml air
  • pewarna kuning
Cara-cara membuatnya :

  1. Rendam Bahan A selama 1/2 jam
  2. Satukan Bahan B, kacau rata dan tapis dalam A
  3. Kacau atas api sederhana hingga naik wap.
  4. Kukus selama 25 minit.
Lapisan Atas

Bahan A
  • 265 gm gula merah ( tu je yang ada malam tu, tapi cik antan rasa ok je )
  • 60 gm gula pasir
  • 500 ml air
Bahan B

  • 150 gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 250 ml santan
  • 1/2 sdt garam
  • 1 sdt chocolate emulco ( optional)
Cara2 membuatnya :

  1. Rendam A untuk hancurkan gula
  2. Satukan Bahan B, kacau rata
  3. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis.
  4. Kacau atas api sederhana hingga naik wap
  5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus 30 mint. ( cakar2 sikit permukaan lapisan bawah tu...)

Tengah hari semalam, masa rehat kami keluar makan kat Tesco Banting, ada kawan2 cik antan yang order Nasi Goreng Kuali. Jadi inilah rupanya...di keliling nasi goreng tu dituang tomyam, dalam tomyam tu ada udang, cendawan dan bawang holland. Di atas nasi goreng tu ditabur telur dadar. Ada pulak sup masam dalam mangkuk...harganya RM5.00.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails