Dozen Roses Love Note

Sunday, February 27, 2011

Sagu je..


Assalamualaikum semua...

Untuk makan2 di sekolah along hari nisebab dia dah nak balik ke asrama, kak antan masakkan sagu je.
Kebetulan ada lebih sagu hijau kat rumah.
Akak guna 2 cawan sagu, jadi airnya lebih kurang 5 cawan dan gulanya 1 1/2 cawan. Makan dengan kelapa parut. Ok lah anak2 semua suka...

Saturday, February 26, 2011

Puding Jagung


Assalamualaikum semua....

Buat puding petang tadi untuk minum petang, kebetulan along pun ada kat rumah.
Selalunya kak antan buat yang guna susu dan whipping cream, tapi kali ni buat yang simple je, yang biasa dibuat. Resepi daripada kawan kak antan Kak Liza...nak resepi jom layan...
Bahan-bahannya:

2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
1/2 tin jagung cream style

Cara2nya:
Campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sederhana hingga mendidih dan masak....

Friday, February 25, 2011

Puding Roti


Assalamualaikum semua.....
Dah 2 atau 3 hari tak update blog...walaupun badan terasa letih ni masukkan jugaklah n3 puding roti ni. Petang tadi kak antan ke Pilah jemput along. Hubby akak ke Perak, jadi akak lah yang terpaksa menjemputnya... 
Sebenarnya puding roti ni kak antan buat untuk pot luck tadi. Pagi tadi kat sekolah akak diadakan ceramah Maulidur Rasul, lepas tu kami buat pot luck sikit, jadi itulah yang kak antan bakarkan puding roti ni. Nampak rupa dalam gambar ni macam telur dadar lah pulak kan...Sesiapa yang nak resepi bolehlah klik kat Puding Roti Sos Kastard kat popular post ye....

Tuesday, February 22, 2011

Semalam Telur Rebus..hari ni ayam..

Assalamualaikum semua...

Menu makan malam tadi, ayam goreng bercili campur nenas. Sebenarnya malam tadi kak antan masak masakan yang sama tapi menggunakan telur rebus yang digoreng. Anak2 kak antan berselera sungguh makan. Jadi malam ni, kak antan tukarkan pulak dengan ayam goreng. Sebenarnya cara masaknya sama je macam masak sambal tumis biasa, cuma kak antan masukkan nenas dan sedikit sos tomato. Jadi rasanya ala2 masam manis gitu....

Projek Telekung Ateh

Assalamualaikum semua.....

Alhamdulillah...petang tadi siap jugak telekung ateh yang dah lama terbengkalai...Sebenarnya dah lama kak antan beli kain dan potong telekung ateh ni...tapi tak berjahit. Tujuan asal nak beli yang ready made je...tapi tak berkenan pulak sebab kainnya yang terlampau nipis. Jadi singgah Kamdar, beli kain putih yang agak tebal, puas hati sikit....Jadi inilah rupanya telekung yang jahitannya tak begitu kemas, sebab kak antan dulu tak belajar pun jahit telekung, pandai2 sendiri je....

Sunday, February 20, 2011

Tempahan Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum semua...

Kak antan masukkan n3 kek coklat kukus yang baru disiapkan...

Kedua-duanya ditempah oleh Nor Azmar juga..sebab katanya anaknya suka sangat makan... Terima kasih Azmar...masih resepi yang sama, boleh tengok kat sini...

Mini Family Gathering

Assalamualaikum semua...

Hari ni kat rumah kak antan ada mini family gathering. Bukan apa mak mentua kak antan, abang ipar dan keluarga datang dari Temerloh dan adik ipar kak antan datang dari Klang. Jadi macam family gathering le jugak.
Jadi pagi tadi sempat jugaklah kak antan menalam. Yang sempat ditalamnya ialah Talam Suji. Inilah rupa talam suji yang dah nak habis ni..Nak resepi klik kat sini...
Bahagian bawahnya tak cukup pewarna kuning, jadi warnanya pudar je lah...
Untuk makan tengah hari adik ipar kak antan masak, masak lemak ayam dicampur dengan betik muda...sedap...cubalah..rasanya dah jadi macam labu air..




Untuk minum petang adik ipar kak antan buatkan pisang goreng...dan gambar2 yang kat atas tu ialah gambar cucur udang dan tauhu bakar yang sangat famous di Semenyih. Gerai tauhu ni memang sentiasa penuh dengan pelanggan yang nak membeli tauhu, cucur udang ataupun nasi ayam. Kuahnya memang best. Abang ipar kak antan yang dari Temerloh pun sanggup ke Semenyih nak membeli tauhu tu dan katanya tadi, dia terpaksa beratur 40minit, baru dapat membeli.
Ni pulak si comel yang sentiasa dikerumuni anak2 kak antan. Anak buah kak antan yang paling kecik setakat ni...Si Awan suka sangat main dengan Izzati ni...pandai pulak tu berposing bila orang nak ambik gambarnya...

Friday, February 18, 2011

Kek Lapis Asam Manis Kukus

Assalamualaikum semua....

Bertemu lagi dalam arena masak-memasak ni. Dah dua tiga hari tak memasak jadi tangan ni macam ditarik2 je nak memasak apa2. Jadi petang tadi cuba2 buat kek ni lepas tengok kat rumah DJ hari tu... Memang menjadi, keknya lembut, gebu dan basah2 gitu...cuma rupanya taklah secantik yang kat rumah DJ....jadi sapa2 yang nak resepi asal boleh klik kat sini... DJ guna, biskut marie..akak ubah sikit guna tepung Hong Kong...
Akak mohon c n P resepinya ye Dayang...

Kek Lapis Asam Manis Kukus

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali (akak guna tepung Hong Kong)
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong

Thursday, February 17, 2011

Kebetulan dan Kenangan Lalu.....

Assalamualaikum semua....
Hari ni kak antan masukkan n3 bukan tentang masak-memasak, tapi tentang aktiviti di sekolah kak antan dan tentang kenangan lama yang sering datang mengusik jiwa... Sebenarnya aktiviti ni dah hampir 2 minggu berlangsung tapi tak sempat nak dimasukkan n3, jadi hari ni curi2 masukkan n3 ni sebab sebenarnya kak antan sekarang ni sibuk dengan tugas2 hakiki yang perlu disiapkan..tugas2 kat sekolah le...masak-memasak kan tugas sampingan...tapi masak untuk anak2 n hubby makan tu hakiki lah jugak kan...

Oklah berbalik aktiviti dan kenangan kat atas tadi tu, sebenarnya tahun ni kak antan ditugaskan mengajar subjek Kesusasteraan Melayu, sebab guru asalnya dah bertukar sekolah. Memang le masa kat UPM dulu minornya KM ni, tapi sejak mengajar dari Julai 1995 tidak pernah ku tahu apa yang terjadi dalam KM ni. Tiba2 tahun ni kena mengajar dan kebetulannya pulak tahun lepas sukatan untuk KM juga bertukar. Jadi bila dapat je buku2 teks untuk KM ni kak antan pun belek2 lah isi kandungannya, tiba2 mataku terpaku pada tajuk Nyanyi Sunyi Di Desa Sepi karya Firdaus Abdullah, maka terimbaulah kenangan lalu sewaktu aku masih bergelar pelajar...ceewah kan cikgu sastera tahun ni...

Sebenarnya semasa di UPM dulu, kami kena adakan Program Malam Pengucapan Puisi, jadi sajak kat atas tu merupakan salah satu sajak yang dipilih untuk dilagukan oleh kumpulan koir, jadi salah sorang ahli kumpulan tu kak antan lah. Sebenarnya kalau program2 lain sbelum tu kak antan dan kawan2 baik kak antan lebih sukakan bidang tarian, tapi masa Malam Pengucapan Puisi ni hubby kak antan (masa tu belum bertunang pun lagi) dah warning2 tak suka, jadi kat bawah pentas je lah jawabnya...tapi tak pe, memang itulah yang sepatutnya...

Tiba-tiba.....(ada unsur suspen tak?)untuk Majlis Bulan Bahasa dan Kemanusiaan tadi kak antan kena sediakan satu persembahan untuk majlis perasmian...blur jugak sekejap...apalah aku nak buat...maka teringatlah kak antan akan sajak kat atas ni, maka dicarilah olehku pelajar2 yang sanggup membuat persembahan tersebut dan kedapatanlah olehku seramai 10 orang yang sanggup tapi...... bila tiba hari jadinya hanya 6 orang sahaja yang tinggal. Apalah dayaku...hanya itulah yang mampu aku lakukan...macam prosa klasik lah pulak kan...namun alhamdulillah walau ada kekurangannya, tak adalah pulak kak antan dengar yang negatif
Jadi inilah rupa kejadiannya, itulah rupa anak2 murid kak antan yang sanggup membuat persembahan pada hari tersebut. Murid2 kak antan ni selepas persembahan, mereka minta maaf dengan kak antan sebab mereka sedar yang meraka tak cukup persediaan, namun jawapan kak antan mereka pasti dah melakukan yang terbaik dan jadikan apa yang berlaku hari itu sebagai kenangan yang akan mereka simpan untuk hari tua seperti kak antan.

Tiba2 hari ni...tiba2 lagi...semasa kak antan masuk ke salah satu kelas yang kak antan ajar, kak antan terpandang di papan putih mereka...Are You Still Playing Your Flute...aik...macam pernah dengar je...itu salah satu poem teks sastera dalam BI tingkatan 4 dan 5, dan bila dibaca memang benarlah penulisnya ialah Zurinah Hassan dan semasa dulu kak antan membacanya dalam versi BM Masihkah Kau Bermain Seruling....dan kami juga pernah adakan aktiviti Sepetang Bersama Zurinah Hassan...dan semasa inilah Zurinah Hassan mendeklamasikan sajak tersebut, banyak betul kenangannya tentang sastera ni, jadi memang wajarlah kot tahun ni kak antan mengajar sastera...

# kenangan lama begitu indah sekiranya dikenang....pasti kusimpan kukuh dalam lipatan kenanganku....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua....
Walaupun dah malam, nak jugak ucapkan Salam Maulidur Rasul pada sapa2 yang singgah, yang sudi singgah yang tak sengaja tersinggah atau yang tersesat kat blog akak ni. Hari ni memang tak masak apa2. Ada perkara yang perlu diselesaikan hari ini, walaupun bercuti. Badan dah letih sangat2 ni, mata dah ngantuk...tapi nak jugak khabor satu perkara...akak balik rumah petang tadi tengok kek pisang akak semalam licin... nampak gayanya tak perlulah akak risau lagi dah...

Monday, February 14, 2011

Kek Pisang


Assalamualaikum semua....
Petang tadi masa singgah kedai, anak2 merengek minta belikan pisang. Jadi belilah sesikat pisang berangan. Jadi teringin pulak nak buat kek pisang. Cubalah cari kat mana2 yang dapat resipi. Jadi akhirnya jadilah kek pisang kat atas ni. Kak ambik resipi Yani daripada MyR tapi ada yang diubahsuai sama ada bahannya ataupun cara nak membuatnya. Jadi kalau sapa2 nak resipi asal, boleh klik kat sini....Jadi jom tengok resepi asal yang kak antan alter sikit2 tu.


Bahan2nya

  • 2 1/2 biji pisang dilecek
  • 140 gm butter
  • 100 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • sedikit coklat rice
Cara2
  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu dan dikacau rata
  3. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama2 soda dan baking powder
  4. Masukkan pisang dan esen vanilla
  5. Akhir sekali masukkan fresh cream dan coklat rice
  6. Kacau sebati dan bakar pada suhu 160' selama 1 jam
# Cara membuatnya akak ubah sikit sebab kuantiti telur yang sikit, jadi susah nak pukul pakai mixer. Jadi kek akak mungkin tak begitu gebu, tapi rasanya tetap sedap...sori ye Yani akak pandai2 je ubah...
Tapi yang jadi masalhnya sekarang, disebabkan anak2 akak tak berapa sihat pulak, jadi diorang semua tak nak makan...selalunya berebut2. Esok pulak cuti, kalau kerja, boleh bawa ke sekolah...macam manalah nak habiskan kek ni... huhuhu...
Haaa...masih ingat cerita jiran kak antan, yang kak antan buatkan kek sempena CNY hari tu, tadi masa akak keluar bukak pagar masa hubby akak balik dari Kuantan tadi, dia hulurkan benda2 ni dalam hujan2 lebat tu. Itulah yang selalu buatkan akak dan hubby segan dengan jiran akak ni... macam2 dia bagi kalau dia sambut CNY..

Sunday, February 13, 2011

Donat

Assalamualaikum semua....
N3 untuk minum petang tadi...Melayan anak2 yang nakkan donat yang ada coklat. Jadi kak antan celupkan coklat diorang taburkan coklat rice dan yang warna-warni tu..kak antan pun tak tau apa namanya..Resepi donat ni kak antan ambik kat blog Yatiememories, jadi kalau nak tengok akak link kat sini....tq ye Yatie...akak c n p resepinya kat bawah ye....
Bahan2nya:

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara Membuatnya:

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum semua.....
Dah siap makan semua...kak antan dah banyak hari dok mengidam nak makan asam pedas ayam yang macam kat rumah Kak Nor. Mengidam? aish...bukan mengidam yang tu... rasanya cukup dah kot 5 orang. Lagipun kak antan kalau mengandung alamatnya dapur tak berasap sebab alahnya teruk sangat. Walaupun ikut resepi macam yang kat rumah Kak Nor, tapi adalah jugak yang diubah2 sebab bahan2 yang tidak mengizinkan. Jadi jom lah kita makan....

ASAM PEDAS AYAM
resipi : Ana Wahid
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dan direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia

*2 biji buah keras dan sedikit belacan (akak tambah)

6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
1 sudu besar halba ~ k.nor letak 1 sudu kecil ( sama akak pun letak 1 sudu kecil)
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk (akak letak 2 batang)
daun kesum - ikut suka banyaknya ( huhuhu...ini yang sedihnya, daun kesum xde..x lengkap asam pedas akak)
1 biji tomato - dibelah empat (akak tak de tomato jadi akak gantikan dengan 5 biji belimbing buluh )
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan belimbing, gula dan garam secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan

Bihun Goreng Putih

Assalamualaikum semua....
Dah breakfast? Selamat berhujung minggu ye... mesti ramai yang keluar jalan2 hari ni.. kak antan? huhuhu lepas lunch hari ni hubby nak bertolak ke Kuantan sebab esok dia ada kerja kat sana.. tinggal sorang lagilah dengan anak2.. apa nak buat dak khereja dia cam tu kan...
Pagi ni untuk breakfast kak antan goreng bihun singapore ni. Semalam tengok kat rumah Sheila, jadi pagi ni kak antan goreng jugak lah walaupun bahan2nya tak berapa cukup. Karot tak de, tapi kak antan letak je lah apa yang ada. Jadi hasilnya bihun goreng putih yang dimasukkan lada hitam, ayam, sotong dan batang saleri...ok lah kan...

Saturday, February 12, 2011

Kelas Lagi....

Assalamualaikum semua....
Dah malam2 ni baru boleh masukkan N3, itupun bukan tentang apa yang dimasak hari ni, tapi tentang aktiviti kak antan hari ni... Pagi2 tadi dah ke sekolah ada satu perjumpaan antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar yang perlu dimasukkan ke kelas intervensi iaitu pelajar yang masih tidak tahu membaca dan menulis. Tapi yang menyedihkan, daripada 67 orang pelajar yang terlibat, hanya 4 keluarga sahaja yang datang..jadi jawabnya lebih ramai guru daripada ibu bapa. Apa nak dikata... siapa yang nak disalahkan... sekolah cuba melaksanakan pelbagai program untuk membantu, tapi kami amat sukar untuk mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
Kak antan balik ke rumah pun dah pukul 1 tengah hari, jadi selepas zohor kak antan terus ke Bangi kerana nak ikut kelas Continental Cake...walaupun kak antan dah pernah mengikuti kelas ni dulu, apa salahnya menambahkan ilmu kan, tambahan pula daripada guru2 yang berbeza, pasti berlainan caranya...kat atas ni kek tiramitsu...
Ini pulak chef Azimah sedang menuang chocolate ganache ke atas kek Banana Bagatelle
Ini pulak kek karot..rupanya akak tak ambil gambar kek yang dah siap di sapu cream frosting...
Inilah rupa kek tiramitsu yang dah siap dipotong...yummy...

Friday, February 11, 2011

Bagaimana ingin kupujuk hati ini....

Assalamualaikum semua....
Mendayu2 pulak rasanya tajuk kat atas tu ye... Mood nak buat apa2 pun hilang sebenarnya... Apa yang berlaku hari ini betul-betul menimbulkan rasa tidak puas hati... atau mungkin jugak kak antan yang terlebih emosional... entahlah... tak perlulah ditanya apa yang berlaku... cuma sekarang kak antan cuba untuk memujuk hati yang betul2 dibaluti rasa geram ..ceewah bersastera pulak... Mungkin sujudku perlu lebih lama hari ini untuk memohon pada Allah supaya ditenangkan hati.... dan jangan mengambil remeh terhadap segala apa yang berlaku....
Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang sering alpa dan tidak mensyukuri segala nikmatmu.... sesungguhnya nikmat yang Kau kurniakan kepadaku terlalu banyak... redakanlah hati ini dalam menghadapi segala yang berlaku.. Amin....

Thursday, February 10, 2011

Talam Labu

Assalamualaikum semua...
Tengoklah kuih kat bawah tu...semangat orang Kedah ni...Hijau Kuning.
Sebenarnya kak antan buat talam labu tadi, stok labu banyak kat rumah. Lembut je talam labu ni, kak antan ikut resepi Kak Hanieliza. Jadi resipinya boleh tengok kat sini...
Resepinya kak antan c n p kat bawah ni ye....

TALAM LABU

Lapisan bawah - [labu ]

1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Happy 4th Birthday Eriqa

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni awal sikit sebab hanya masukkan tempahan yang disiapkan malam tadi dan awal pagi tadi.
Kek Coklat Lembab tempahan Kak Tini
Happy 4th Birthday Eriqa... semoga menjadi anak yang cerdik dan solehah...
Haaa....inilah kek bluberri semalam, yang ditempah oleh Hartini juga untuk birthday anaknya...

Wednesday, February 9, 2011

Kek Bluberri

Assalamualaikum semua....
Petang ni kak antan bakarkan kek coklat dan kek blueberri yang ditempah oleh Kak Tini dan Hartini. Disebabkan Hartini menempah 1/2 kilo je, jadi kak antan bancuhkan 1 adunan dan dibahagi 2, jadi yang separuh tu bolehlah anak2 kak antan makan.
Comot je kan rupa kek ni... tapi anak2 kak antan suka... kira ok lah tu... jadi jom kita layan resepinya...

Bahan2nya:
  • 250gm butter
  • 200gm gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 100ml susu cair
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh perisa bluberri
  • 4 sudu makan blueberry filling
Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair dan kemudian masukkan perisa bluberri.
  4. Masukkan blueberry filling dan dikacau sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan dibakar pada suhu 160' selama 1 jam.
  6. Boleh diletakkan bluberry filling di tengah lapisan adunan sebelum dibakar.
N3 tentang kek2 yang ditempah esok baru boleh dimasukkan, sebab sampai sekarang kek2 tu belum siap dihias.....

Tuesday, February 8, 2011

Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum semua....
Dah makan? Mesti dah siap kemas semua kan.... kak antan malam ni makan spaghetti je... balik sekolah tadi sms hubby tanya kalau malam ni makan spaghetti je boleh tak? Tetiba dia call, dia kata ok, tapi....ada pulak tapinya...tapi pelik sikit... kalau pelik, abaikan je lah yang pelik tu, kita pakai yang ok je.....
Jadi confirmlah malam ni makan spghetti je... kak antan masak yang jenis simple je... tak de cheese, tak de daun parsli bagai.... janji anak2 makan...
Bahan2nya:
  • 1 bungkus spaghetti ( direbus dan toskan seperti biasa )
  • 1 kotak fresh milk
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom
  • 1 tin cendawan butang ( dihiris nipis )
  • 200 gm daging kisar
  • 1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
  • 5 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • lada sulah
  • garam
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih
  2. Masukkan bawang besar dan daging kisar, masak hingga kering
  3. Masukkan Prego Carbonara mushroom, kacau, kalau perlu tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan susu segar dan kemudian cendawan
  5. Masukkan lada sulah dan garam
  6. Bancuh tepung gandum dengan air dan masukkan
  7. Tunggu sehingga pekat seperti yang dikehendaki.

Monday, February 7, 2011

Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut

Assalamualaikum semua.....
Petang tadi kak antan bakar kek kat atas ni, teringin nak makan
tengoklah sarangnya tu...
kak antan bakarkan 3 buku ni...satu untuk kawan hubby kak antan, sebuku untuk anak2 makan2 dan sebuku untuk makan2 kat sekolah esok...
Maaf ye... atas sebab2 tertentu kak antan tak dapat nak berikan resepinya.... harap semua faham, ini permintaan seseorang...

Sunday, February 6, 2011

Puyuh Goreng

Assalamualaikum semua....
Menu santapan kami sekeluarga tengah hari tadi, sebelum along balik ke asrama. Pagi tadi hubby kak antan belikan burung puyuh. Tapi bukanlah yang fresh,yang frozen je... bolehlah untuk anak-anak makan....
Kak antan goreng biasa je, gaulkan dengan garam kunyit dan masa nak goreng golekkan dalam tepung gandum
tengoklah tergolek2 tu....

Ais Krim Goreng

Assalamualaikum semua....
Sebenarnya ais krim goreng ni kak antan buat semalam untuk minum petang. Teringin sangat bila tengok kat rumah Kak Nor dan Mr. Mama dulu. Jadi bila along ada ni, akak cuba lah buat. Jadi inilah hasilnya. Jadi kalau nak tau cara membuatnya boleh tengok kat rumah Kak Nor kat sini....
kak antan gunakan acuan kat atas ni untuk potong roti tu..jadi resepinya kak antan c np kat bawah ni..

AISKRIM GORENG by Lina Pg
sumber: Ina@Hana
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
* 10 keping roti putih ( kak antan pakai 18 keping )
* 9 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak

Cara-cara:
1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu (akak guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak betul2 panas

Saturday, February 5, 2011

Makan-makan di Mentakab

Assalamualaikum semua....
N3 ketiga hari ni....semua tentang aktiviti makan2 di Mentakab semasa kak antan balik sana Khamis lepas.
Masa otw balik hari tu, kak antan hantarkan sekali 2 kotak talam tu dan hubby kak antan singgah pasar Kajang sebab nak cari batang keladi, dia teringin nak makan, jadi nak minta maknya masakkan. Jadi tengah hari tu, inilah hidangannya...Batang Keladi Masak Gulai Tempoyak. Bahan2nya: Batang Keladi, ikan bilis, tempoyak, bawang besar, dan cili padi. Cili padi ditumbuk bersama2 garam dan dimasukkan dalam periuk bersama2 air. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dihiris, bila air dah mendidih masukkan batang keladi yang dah disiang, kemudian masukkan santan dan tempoyak. Perasakan dengan garam dan asam keping, kalau belum cukup masinnya...
Sebelah petangnya barulah dipotong kek along tu... tengoklah isi dalamnya....
Ini pulak menu makan tengah hari semalam. Ayam Goreng Sos Black Pepper (kak antan bagi nama tu) ayam diperap dengan garam, kunyit, gula dan sos black pepper. Sedap...resepi adik ipar kak antan..
Tak puas makan gulai keladi masak tempoyak, sekali lagi dimasakkan sambal tempoyak, kali ni ditambah dengan pucuk ubi kayu dan pucuk kaduk
Siput sedut..biras kak antan masak, dicampurkan dengan keladi... cili padi dan serai.
ni pulak masak lemak kulat sisir, dicampur dengan ikan bilis, bawang dan pucuk cekur manis.
Ntah berapa banyaklah makanan berlemak yang kak antan makan.. bertambah tinggilah kolestrol kak antan....kena jaga kalori lepas ni nih...ye ke...boleh percaya ke...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails