Dozen Roses Love Note

Thursday, March 31, 2011

Sorry... Naruto

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang kek karot yang ditempah oleh Sal. Sal tempah kek karot ni untuk birthday anaknya Syazwan semalam.
 Sal cakap anaknya minat team Barcelona ataupun Naruto, tapi puas kak antan cari gambar naruto tapi tak ada. Jadi terhasillah kek yang macam ni...
Sorry ye Syazwan, harap Syazwan suka....

Wednesday, March 30, 2011

Alhamdulillah dan Tahniah...

Assalamualaikum semua....

N3 kali ni tentang aktiviti di sekolah kak antan. Semalam diadakan Pesta Pantun di sekolah kak antan untuk peringkat Zon Kajang.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun ada jugaklah sedikit sebanyak kekurangannya.
 dan yang lebih menggembirakan kak antan ialah anak2 didik kak antan ni menang tempat ketiga Zon Kajang. Walaupun kemenangan tu taklah sehebat mana, namun sekurang2nya anak2 didik kak antan dapatlah bawa balik piala.

Memang betul2 diakui, kami memulakan perjuangan, tanpa meletakkan sebarang harapan. Kak antan pun tak lah beria2 sangat melatih budak2 ni. Sebab bagi kak antan cukuplah sekadar penyertaan. Tapi anak2 didik kak antan ni memang membuktikan bahawa mereka memang individu yang hebat. Tahniah anak2 didikku...Alhamdulillah dan Terima kasih...kalian memang membanggakan cikgu dan kalian sememangnya hebat....

Tuesday, March 29, 2011

Happy Befday Afifah Shamad

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang tempahan cheesecake yang cuba kak antan siapkan semalam...
 Terima kasih Kak Habsah, tak pasti sama ada pernah berjumpa ataupun tak...

Monday, March 28, 2011

Lagi Tempahan Talam

Assalamualaikum semua....

N3 kedua hari ni masih lagi tentang tempahan talam. Kali ni ditempah oleh Kak Khobsah, cikgu sekolah kak antan. Kak Sah tempah apa2 jenis talam. Tapi sebab Talam Tokyo yang menadapat perhatian sekarang, jadi talam tokyolah yang menjadi pilihan...
 TQ Kak Sah...
Macam biasa resepi kat sini..

Saja Suka-suka

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang aktiviti saja suka-suka (buang masa kot)
Hari Sabtu hari tu ikut hubby kak antan pergi ke Sungai Petani.
 Duduk kat Park Avenue, Sungai Petani
 Bila sampai kat hotel, anak2 kak antan gian nak swimming, tapi hujan...
Ni masa perjalanan balik...along tak de..kat asrama, berempat je lah...

Sunday, March 27, 2011

Gulai Lemak Ketam

Assalamualaikum semua....

Baru nak masukkan n3, sebenarnya ni apa yang dimasak semalam, Gulai Lemak Ketam campur nenas..sedapnya... akak guna serbuk kari masak lemak cap o. Tak tahulah kat sini orang panggil gulai atau kari, kalau kat Kedah memang kami panggil gulai lemak. Kak antan ingat lagi, kalau kecik2 dulu mak kak antan masak gulai lemak ni pakai rempah gulai lemak cap tarbus. Sekarang rempah tu masih ada, cuma pasarannya tak sampai ke sini. Kak antan kalau balik Alor Setar selalu jugak beli buat bekalan. Tapi sekarang nasib baik ada cap O ni. Ini pun rempah yang dipakai sejak dulu di Kedah. Sebenarnya pemilik syarikat Olah Enterprise ni cikgu kat sekolah kak antan dulu, cikgu Nordin, dia gunakan nama isterinya Olah. Rempah ni akak jumpa kat Tesco, terus beli....
Sebenarnya resepi yang akak guna, resepi main campak2 je....

Bahan-bahannya

  • 3 ekor ketam
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • santan secukupnya
  • Nenas secukupnya (jika suka)
Cara memasaknya

  1. Bawang merah dan putih ditumbuk dan dibancuh dengan serbuk kari.
  2. Masukkan dalam periuk, tambah sedikit air dan dimasak sehingga kering air.
  3. Masukkan santan dan kemudian masukkan ketam.
  4. Masukkan nenas, garam dan biarkan sehingga mendidih dan masak.
* Tumis atas darat
tak tahu orang kat sini panggil apa
Beberapa ulas bawang merah dimayang.
Tumiskan dalam minyak (agak-agak) beserta daun kari.
Bila garing, tuangkan ke dalam kuah gulai tadi, kacau dan tutup sebentar.

Friday, March 25, 2011

Roti Bun Kacang Merah

Assalamualaikum semua...

N3 malam ni tentang roti yang kak antan buat petang tadi. Dah lama mengidam nak buat roti. Memang dulu kak antan pernah ikut satu kelas buat roti, tapi tak pernah nak praktikkan. Jadi hari mencuba-cubalah. Jadi terhasillah bun kacang merah kat atas tu dan roti pintal kat bawah ni. Rupanya memang tak cantik, tapi nak makan tu bolehlah....Jom layan resepi...

Bahan2nya
  • 500 gm Tepung Protein Tinggi
  • 10 gm Yis kering
  • 2 biji telur
  • 80 gm mentega
  • 200 ml susu segar sejuk
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp garam(jika perlu)
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan ke dalam mixer bahan2 kering dan adun terlebih dahulu
  2. Masukkan butter dan telur, adun 5 - 10 min - low speed
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit - adun high speed 6 - 8 min
  4. Rehatkan selama 30 min
  5. Bentuk ikut kesukaan
  6. Bakar dalam suhu 180 - 190' selama 10 - 15 min.

Sama Tapi Tak Serupa

Assalamualaikum semua....

Sebenarnya kek karot ni ditempah oleh orang yang sama iaitu Nor Azmar, sebaik kak antan serahkan kek coklat semalam. Masih sama untuk birthday anaknya, tapi kali ni untuk dipotong di rumahnya pada hari Sabtu.
 Happy Birthday Aiman Zakwan...
 Kat bawah ni pun ditempah oleh Azmar, sebabkan dah agak lambat Mar menempah, Mar menempah ni bila kak antan dah sampai ke rumah, kak antan tak sempat nak membeli bekas yang sama, jadi bekas untuk kek coklat kukus ni memang tak sama, tapi keknya tetap serupa....
TQ Mar...

Thursday, March 24, 2011

Happy 3rd Birthday Aiman Zakwan

Assalamualaikum semua....

Tempahan CMC daripada Nor Azmar sempena birthday anak sulungnya hari Sabtu nanti.
 Kek ni katanya akan dihantar ke taska anaknya hari ni untuk dipotong esok...
Happy 3rd birthday Aiman Zakwan...semoga membesar menjadi anak yang pintar dan soleh. Amin...

Tuesday, March 22, 2011

Debar ke?...

Assalamualaikum semua....

Pesan2 kat bawah ni sepatutnya diingat tahun lepas...
ihsan Mr. google

Esok keputusan SPM 2010 nak diumumkan... kak antan debar ke? Sebenarnya kak antan tak mengajar secara langsung pelajar tingkatan 5 tahun lepas, cuma ada satu kelas tu yang kak antan masuk kelas diorang seminggu sekali dan kak antan mengajar diorang masa cikgu BM diorang cuti bersalin. Tapi walau apapun kak antan memang rapat dengan pelajar2 kelas ni. Jadi khas untuk pelajar2 Tingakatan 5 Naluri 2010, cikgu tetap mendoakan yang terbaik buat kalian. Ingatlah walau apapun keputusannya esok, terimalah dengan hati yang terbuka, segala yang bakal kalian peroleh adalah hasil usaha kalian sebelumnya, namun sekiranya keputusan yang diperoleh tidak setimpal dengan usaha kalian, ingatlah mungkin Allah telah menjanjikan yang lebih baik untuk kalian...

Monday, March 21, 2011

Jom Pandang Belakang...

Assalamualaikum semua....

N3 hari ni saja suka2 je...kak antan nak ajak semua jenguk belukar belakang rumah kak antan. Kak antan ni jarang2 jenguk kat belakang tu sebab dapur rumah kak antan tak ada tingkap kat belakang, ada pintu je. Pintu pulak jarang2 bukak, jadi sekali-sekali bukak kadang2 tu terkejut jugak tengok kat belakang tu. Kononnya tak ada masa nak jenguk kat belakang tu, kalau cakap kat hubby kak antan, mesti dia senyum je...nyindir le tu...habih dah isterinya sibuk sangat kan....sibuk apa lah tu...
 Banyak pokok2 kat belakang ni hubby kak antan  yang tanam. Ni pokok kaduk yang naik junjung.
 Daun pudina... yang tak pernah dipakai..tak tau dah berapa kali hidup dah berapa kali mati... tiba2 subur je balik...
 Pokok selasih, hubby kak antan baru cucuk2, tak taulah hidup ke tak...
 Pokok ubi kayu... sekali sekala nak makan pucuk buat ulam ke, sayur ke, pecal ke.. boleh sangat...
 Haaa..... inilah dia pokok ulam raja yang along campak2 je benihnya dulu... sekarang dah merimbun kat belakang rumah akak...
 Pokok bawang kak antan, ingatkan dah mati, rupanya bertambah subur....
 Pokok limau purut, dulu lagi besar, buah dah bergayut-gayut pun, hubby kak antan dan cantas, sekarang dah naik pucuk baru.
Di celah2 ulam raja tu, tumbuh pulak kunyit yang dicampak.. kalau buat masak lemak labu, sedap ni masuk daun kunyit...
serai yang belum sempat ditrim...
Pokok pandan... yang belakang rumah tak berapa rimbun sebab naung dengan pokok belimbing, yang merimbunnya yang kat depan rumah...
Buah belimbing buluh yang tengah membesar... dah bergayut-gayut dah tu...
Pokok kari, induknya tak elok kena serang dengan ulat. Inilah untungnya kan masih ada tanah kat belakang rumah... sebab itulah kak antan tak buat renovation kat belakang ni...sayang tanah....cakap je lah tak de duit..
Tetiba di celah-celah semak tu, ada pokok semalu ni... kadang-kadang terfikir kak antan kalaulah anak2 gadis sekarang ni ibarat pokok semalu mesti gejala sosial kita berkurang kan... ye lah pokok semalu ni bunga dia cantik jugak dipandang sebab warnanya pink, tapi daunnya kalau disentuh, tertutup malu, kalau ditarik kasar terluka jari sebab batangnya yang berduri...(Takut memikirkan anak-anak kak antan yang akan membesar dalam persekitaran yang begitu membimbangkan sekarang)

Sunday, March 20, 2011

Kek Karot, Coklat Kukus

Assalamualaikum semua....

N3 kedua hari ni tentang kek karot yang baru kak antan hantar kejap tadi. Tempahan diterima daripada pelanggan setia kek karot antan bertingkah Ustazah Nazuha. Katanya untuk adiknya bawa ke pejabat esok. Tempahan ni kak antan terima semasa di Lumut.

Terima kasih ye Nazuha....
Kek coklat ni pulak kak antan kukus tadi, sebiji untuk makan-makan kat rumah dan sebiji untuk along bawa balik ke asrama. Nak resepi klik sini. Dah habis cuti, esok dah mula kerja semula...back to normal....

Bercuti di Lumut

Assalamualaikum semua....

Dah 4 hari rasanya tak update blog..sebabnya kak antan sekeluarga ke Lumut. Memang tak ada perancangan awal pun, hubby kak antan lah punya last minute program, untuk kami lah untuk dia mungkin tak. Macam kak antan selalu cakap bulan ni dia memang banyak outstation, dua kali kena ke Lumut, tiba2 balik kerja hari Rabu hari tu dia kata esok ikut ke Lumut, kelam kabut jugak kak antan dibuatnya hari Khamis tu, sebabnya, along baru balik hari Rabu, selalunya kalau dia balik banyak barang keperluan yang perlu dibeli. Jadi semuanya kena settle kan hari Khamis sebelum bertolak. Jadi pagi Khamis tu, macam lipas kudung jugaklah kak antan. Hubby kak antan ke pejabat dulu hari Khamis tu. Pagi2 lagi dah ke Tesco beli keperluan along dan barang dapur apa yang patut. Balik memasak pulak untuk dibawa bekal. Akhirnya perancangan awal nak bertolak pukul 12.30 terlewat jugak sampai 1.10. Jadi jom layan gambar2 yang sempat dirakamkan juru kamera tak bertauliah ni dengan kameranya yang....tak tau nak cakap apa...
 Pemandangan sawah padi yang masih lagi belum ditanam.
 Pokok nipah.. gambar agak jauh, sebenarnya anak2 kak antan dah tak kenal pun pokok nipah ni...
 Pokok kelapa...sekarang dah susah nak tengok pokok kelapa yang tinggi gini kalau kat bandar.

 Kami sampai dalam pukul 5.30. Lepas solat, terus semuanya ke kolam renang, suka sangat anak2 kak antan.
 Ni hari kedua, sebelah paginya diorang turun mandi kolam lagi.. suka sangat dengan budak2, masing2 dok melayan si Aqilah yang diorang kenal kat kolam renang tu je..
Petang hari kedua, lepas hubby akak habis meeting, kami ke Teluk Batik
Ateh yang semakin tembam..
Si kecik Awan
Aqil dengan Angah

Makan ais krim
Along



Balik je dari Teluk Batik, terus mandi lagi kat kolam renang tu..

Itik dengan pelampung tu, beli kat Teluk Batik, suka sangat lah diorang berdua tu
Laling kak antan, kalau dia tahu kak antan masukkan gambar ni mesti marah ni...


Suka sangat menyakat adik
sayang sangat kat itik dia tu....
Tragedi tak diduga, tengoklah dahinya yang dah benjol tu... dalam pada dok main air, dia suka nak selamkan muka dia kat dalam air, tak perasan dah tepi kolam, jadi dahinya terhantuk kat tepi kolam tu meraung jangan cakaplah.. dengan benjolnya yang serta merta biru, panik jugak kak antan. Nasib baiklah lepas didemah dan tuam birunya dah semakin hilang, cuma benjol je yang lambat sikit hilang.

Ni sebelum bertolak balik, tengah hari semalam
Kak antan sekeluarga duduk di Marina Cove, jadi ni pemandangan dari bilik kak antan
kawasan belakang resort yang masih dipenuhi hutan. Lebih kurang 1 km je ke Teluk Batik

Tempat permainan air yang berbayar. Kak antan sekeluarga tak pergi pun ke situ, katanya dewasa RM7, kanak-kanak RM4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails