Dozen Roses Love Note

Saturday, April 30, 2011

Bubur Skoteng campur keladi dan sagu

Assalamualikum semua....

Bubur yang kak antan buat petang atau dah agak malam, semalam.Memikirkan santan dan keladi yang masih berbaki dan teringat pulak yang Kak Ummi pun pernah tayang kat rumah dia, jadi terhasillah bubur ni....
Akak campurkan skoteng yang dah direbus, keladi yang dipotong kiub, sagu, gula merah dan santan. Sukatannya skoteng jer yang akak sempat timbang 50 gm, santan pekat dalam 100 ml, yang lainnya main letak2 jer. Akak buat sikit sebab takut anak2 tak suka, rupanya liciiin....

Tempahan lagi...

Assalamualaikum semua

n3 pagi2 yang sempat dimasukkan...tempahan kek karot Ustazah Nazuha yang akak hantarkan malam tadi.
 Nazuha menempah 2 biji kek karot
 Katanya sempena hari keluarga adiknya...jadi, adiknya peunyalah ni...terima kasih Nazuha..
Lagi krim puff yang dihantar semalam, 20biji tempahan Puan Choong untuk anaknya Jason dan yang banyak tu hubby kak antan nak bawa ke pejabat sebab ada makan2....

Friday, April 29, 2011

Penangan Cream Puff CMG


Assalamualaikum semua....

Baru berkesempatan nak masukkan n3 masak-memasak. Semua yang kat bawah ni kak antan bawa ke sekolah hari Khamis lepas sebab kat sekolah ada makan2. Group cikgu2 bahagian belakang bilik guru kak antan buat makan2. Kami yang kat depan ni pergi makan je lah.... sebab kata diorang group depan (group kitaorang lah tu) dah selalu buat makan2.
Talam dan Cream Puff
Talam Tokyo tempahan Pn Lau Bee Bee
Koleh kacang ditempah oleh Norliyanti
Talam Keladi juga tempahan Lau Bee Bee
Cream Puff yang besusun-susun. Gara2 akak buat hari tu, ramai pulak yang menempah, padahal tujuan asal akak buat hanyalah untuk makan2 kat bilik guru sebab si Azmar dah lama teringin nak makan. Tetiba je haaa, Maslina tempah 20biji selepas tengok gambar akak upload kat fb, Azmar tempah 40 biji untuk makan2 dan yang terkejutnya akak Pn Lau Bee Bee tempah 100 biji, 80 untuk makan2 dan 20 untuk dibawa balik untuk anaknya...itulah penangan cream puff CMG, ramai yang puji sedap puff CMG ni, ada yang minta resepi pun dan telah dicuba, seronok sangat sebab menjadi....terima kasih yer CMG. Nak resepi bolehlah klik kat sini....

Terima kasih....

Assalamualaikum semua...

Dah 3 hari rasanya tak masukkan n3 sejak n3 anniversary blog antan bertingkah hari tu. Terasa bersalah sangat sebab tak dapat nak BW blog rakan2. Badan tak berapa sihat dan tempahan pun agak banyak. Bila menagadap komputer je kepala terasa berat. Sebelum menyiapkan tempahan terpaksa makan ubat dulu. Anyway terima kasih pada rakan2 yang sudi gantung bunga kak antan kat dapur memasing ye...pada yang belum ambik tu tetap dipersilakan. Terima kasih diucapkan pada Kak Nor @ Secubit Garam dan Kak Noor @ Story of Mama kerana kirimkan akak kad yang cantik ni ye.....
Kad daripada Kak Nor @ Secubit Garam
Kad daripada Kak Noorsafone. Terima kasih ye kakak-kakakku. Semoga persahabatan ini kekal selamanya....

Tuesday, April 26, 2011

Sudah setahun bertingkah....

Assalamualaikum semua...

Baru balik dari sekolah ni sebab ada sukantara. Jadi hari ni memang tak ada n3 masak-memasaklah nampak gayanya. Hari sebenarnya dah genap setahun Antan Bertingkah bersiaran. Blog ni memanglah blog yang biasa2 jer...
Bila diimbas balik setahun yang lepas, akak ni tercetus minat nak berblog ni bila terbaca blog rakan2 akak, jadi terlintas di hati nak ada blog sendiri. Tambahan pulak masa tu minat memasak dah mula berputik. Tapi sebab akak ni jenis yang tak berapa pandai nak berkawan kot, jadi memang permulaannya sangat suram. Kalau nak tahu dulu akak pernah masukkan shoutbox, tapi bila dua 3 hari kosong jer akak terus remove sebab malu. Tapi ye lah kalau dah kita tak menyapa orang macam mana orang nak menyapa kan...Tapi tak disangka bulan Disember lepas kot...tiba2 Izah datang rumah akak ni...bukan main sukalah akak...ye lah blogger yang dah famous datang rumah akak, lepas tu barulah akak belajar cara2 nak dapatkan kawan, kita kenalah pergi rumah orang bagi salam. Dulu pun pergi, tapi tak bagi salam, cam mana orang nak berkunjung balik kan.
Sesungguhnya akak seronok sangat, sebab sejak berblog ni akak dapat kawan2 baru walaupun hanya di alam maya, tapi seolah2 kita kenal mesra. Jadi untuk kawan2 akak yang selalu berkunjung ke rumah akak ni, tak kiralah dia follower akak ataupun tak sudi-sudikanlah menerima 5 kuntum bunga ros daripada akak ye...
Akak berbesar hati sangat kalau kawan2 sudi menerimanya...

Akak memang tak mampu nak mengingat semua. Tapi akak cubalah ye...
Izah
Niezza
Kak Zie
Mamawandiha
Ziey
Cik cek
Yatie@yatiememories
Kak Norlie
Nazrah
Mr Mama
Estee
Intan
Murny
Kak Zai
AnnaQawina
Puan Kartini
Mimie
Chikadakbiru
Hana
Mamawana
Mamatiera
Dr Inahar
Kak Noorsafone
Sheila Shafea
Fie@Adawieyah
Azlita
Lina Pg
Kak Ummi Kuantan
Marinamasdar
Rosaliza
Yat Maria
Kak Rose
Kak Nor @ secubit garam
Bdaria
Ayu@Dinismum
Yatie@ketuharpanas
Chik Mimi
Ayu @Curlybabe
Maz @ Ilhamdapur
Nur Indah
Sesiapa yang tak dituliskan nama pun diharapkan sudi-sudikanlah mengambil bunga tu yer....tak terjangkau dah ingatan akak nak ingat semua nama.

Monday, April 25, 2011

Cream Puff dengan krim kastard

Assalamualaikum semua....

N3 untuk malam ni ialah tentang cream puff yang akak buat petang tadi. Resepinya akak ambik daripada sifu kita, siapa lagi kalau bukan cik Mat Gebu kita. Cream puff CMG ni memang kelas. Akak buat 2 aduanan...liciiiiin. Malamnya akak buat lagi 3 adunan sebab ingat nak bawa ke sekolah esok, hubby pun kata nak bawa ke ofis, anak2 pun cakap nak bawa bekal ke sekolah.
Untuk kali ini resepinya akak link kan aje ye ke blog CMG ye, jadi sesiapa yang nak resepi bolehlah klik kat sini ye...di sini akak c n p kan resepinya...boleh yer Mat...


BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar ( akak tak letak)
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...
Sorry ler, kelabu asap je gambonya...Untuk adunan petang, akak pakai inti CMG, tapi untuk yang malam akak pakai instant custard jer...

Sunday, April 24, 2011

Cendol...

Assalamualaikum semua...

Sekali lagi masukkan n3 tentang semalam. Sebenarnya cendol ni kak antan dan family nikmati petang semalam. Sekali sekala pekena cendol kan, best....
Sebenarnya cendol ni kak antan beli daripada salah sorang student kat sekolah kak antan. Mak dia buat sendiri. Sebenarnya kami cikgu2 baru tahu. Tahun lepas selalu beli daripada kakaknya yang dah t5,jadi ingatkan tahun ni dah tak boleh beli cendol ni, rupanya masih ada adiknya di t3, bolehlah kami cikgu2 membelinya lagi.
Kak antan gantikan santan dengan susu cair...sedap jugak, nikmatnya rasa bila meneguk cendol yang bercampur susu cair dan gula merah ni....
Ini pulak puding cendol kak antan yang tak berapa jadi. Untuk ni kak antan beli cendol kat luar jer...Sebenarnya puding ni akak buat hari Khamis lepas. Teringin nak makan puding cendol ni, tapi tak ikut resepi betul2 main masuk jer, jadi mungkin sebab itulah tak berapa jadi. Bahagian cendolnya terkurang santan, cair jer...kak antan tak sertakan resepi ye sebab main agak2 jer, nanti kalau dah ada resepi yang proper kak antan cuba lagi dan masukkan resepinya..kena beli cendol dari student kak antan tu jugak baru sedap....

Talam Kentang Berlapis Inti

Assalamualaikum semua.....

Pagi2 ni sebelum internet ni merangkak2 akak masukkan dulu n3 tentang menu makan2 kat sekolah semalam. Semalam kan sekolah ganti.... dan sekolah kak antan adakan gotong royong perdana. Jadi tergerak hati kak antan nak buatkan talam ni untuk makan2 sebelum bergotong royong. Sebenarnya memang kami dah pakat2 nak bawa makanan. Ada yang bawa nasi lemak, bihun goreng, kek, karipap dan macam2 lagi. Pendek kata sebelum nak bergotong royong tu kenyanglah perut.
Resepi Talam Kentang ni akak dapat daripada kelas Talam Pt2 Chef Asma. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah join kelas Talam Chef Asma, memang berbaloi-baloi. Selalu makan talam yang manis2 je kan...sekali sekala kita layan pulak talam yang lemak masin macam ni. Jom layan resepinya...

Talam Kentang Lapis Berinti/ Lapis Kentang Berinti ( nama asal)

Bahan A
  • 200 gm tepung beras
  • 30 gm tepung jagung
  • 1  tbsp tepung hoen kwee putih
  • 270 ml santan pekat
  • 525 ml air
  • 3/4 tsp garam
Bahan B
250 gm ubi kentang yang sudah dikupas, dipotong dadu dan direbus

Cara memasaknya :
  1. Masuk semua bahan A ke dalam periuk dan kacau sehingga naik wap
  2. Masukkan kentang yang telah direbus, kacau, masukkan ke dalam loyang 10" x 10" dan kukus selama 25 - 30 minit.
Lapisan Atas

Bahan A

  • 7 biji telur gred A
  • 50 gm tepung gandum
  • 150 ml santan pekat @ susu segar
  • 250ml air
  • 1/2 tsp garam
Bahan B

  • 250 gm ayam @ daging kisar
  • 2 tbsp rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar ( sederhana besar)dipotong dadu
  • Daun kari
  •  2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah - dikisar
  • Bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis secukupnya untuk menumis
  •  sedikit garam
Bahan C
Cili merah dan daun bawang untuk hiasan

Cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan B hingga wangi
  2. Masukkan daging kisar dan sedikit air,masak hingga empuk dan kering air
  3. Masukkan garam
  4. Bancuh bahan A dan campurkan bahan B 
  5. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tabur cili merah dan daun bawang dan kukus selama 30 min

Ini pulak koleh kacang yang ditempah oleh Kak Sah, juga untuk makan2...

Saturday, April 23, 2011

Happy birthday Husna


Assalamualaikum semua...

Baru nak masukkan n3 yang tertunggak...
Blueberry cheese cake, ditempah oleh cikgu SMK Taman Jasmin 2 melalui Kak Nor. Maaflah tak sempat nak tanya nama cikgu yang menempah.
Anyway terima kasih daun keladi ye...kalau sedap tempahlah lagi...

Friday, April 22, 2011

Alhamdulillah...sudah 16 tahun

Assalamualaikum semua......

N3 hari ni bukan tentang masak-memasak, cuma tentang kehidupan seharian kak antan. Alhamdulillah, hari ini 22 April 2011, maka genaplah 16 tahun kak antan menjadi isteri kepada Adnan bin Hussain....jangan salah baca...hehehe...
Kak antan sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang amat penyayang, sangat memahami dan sanggup menerima diri kak antan seadanya. Sepanjang 16 tahun kami hidup bersama, tidak pernah langsung suaranya ditinggikan pada kak antan, harapan kak antan biarlah ianya berterusan sehingga ke akhirnya.
Dengan dikurniakan 5 orang cahaya mata pelengkap rumah tangga, doa kak antan setiap kali selesai solat, semoga keluargaku sentiasa dalam keberkatan dan keredaanNya. Panjangkanlah umur kami semoga dapat kami bersama-sama membesar dan mendidik anak-anak kami sehingga berjaya.
Semoga kasih sayangNya akan sentiasa melindungi kami anak beranak. 
Untuk suamiku...tidak pernah kupinta harta menggunung, cukuplah sekadar apa yang kita ada. Sentiasa kusyukuri segala nikmatNya. Harapanku semoga kasih sayangmu takkan pernah berkurangan untuk kami. Semoga ikatan ini kekal bahagia hingga hujung usia. Amin.

Wednesday, April 20, 2011

Kuih Tako


Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang kuih tako yang kak antan buat petang tadi. Dah lama sebenarnya teringin nak buat, tambah2 lagi bila setiap hari dok memandang pokok pandan yang semakin besar dan merimbun. Jadi hari ni barulah impian terlaksana...
Resepi kuih tako ni akak dapat semasa mengajar di SMK Pandan Jaya dulu daripada seorang rakan guru. Kalau tak silap kak antan, Kak Masriah namanya...sorry ye akak, sebab dah lama dah lupa nama, yelah dah hampir 13 tahun akak tinggalkan Pandan Jaya. Minta halal ye bila resepi ni dikongsikan di sini.

Bahan2nya
(bahagian bawah)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 1/2 senduk gula
(bahagian atas)

  • 1 cawan tepung jagung
  • 7 cawan santan
  • sedikit garam
Caranya

Sama je bahagian atas dan bawah,campur semua bahan, kacau atas api sederhana sehingga menggelegak dan tuangkan ke dalam acuannya.
Untuk bahagian atas pun diulang cara yang sama...


# Sepatutnya dimasukkan sengkuang cina di bahagian bawahnya, tapi kali ni akak tak masukkan...

Tuesday, April 19, 2011

Dulce de Leche Brownies


Assalamualaikum semua....

N3 malam ni tentang brownies yang dibuat menggunakan ddl yang dihasilkan semalam. Resepinya akak ambik daripada blog Kak Zai..Teratak Impian...terima kasih ye pada semua yang berkongsi resepi ni...Izinkan di C n P ye.. pada yang empunya resepi...
Dulche de Leche Brownies
Sources 1:
Hana & Ayu S'pore
Sources 2:
Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan
  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan-(Ayu gunakan 100g)
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - akak letak 75 gm walnut yang diketuk
  • 250g dulce de leche - hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu-(Ayu pun agak2, tapi lain kali nak scoop lebih sikit.)

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.

Monday, April 18, 2011

Dulce de Leche

Assalamualaikum semua....

Lagi n3 sebelum tidur malam ni...petang tadi akak cuba2 buat dulce de leche ikut cara Maz Ilham Dapur...guna pressure cooker.
Ini rupa susu pekat yang akak guna..
Inilah rupa dulche de leche yang dibuka tinnya....macam pekat jer kan... tak apalah oklah tu kot. Kira jadilah kan...apa2 yang akan jadi dengan ddl ni belum diketahui lagi...kita simpan dulu ye...

Cara2 membuatnya
Susu tu dibuang kertas pembalutnya dan direbus di dalam pressure cooker selama 1 jam 25 min macam yang Maz buat...air dalam pressure cooker biarlah hapus tin susu yang dibaringkan ye....

# Sebenarnya masa merebus tu risau jugak kak antan...takut melotup yo....kalau melotup tak taulah apa jadi dengan akak....

Sunday, April 17, 2011

Ke Pilah....

Assalamualaikum semua....

Hari rehat daripada aktiviti bermain tepung. Hari ni kak antan sekeluarga ke Kuala Pilah melawat along, dah 2 minggu tak melawat dia. Tengok ikan kat bawah pun posing dalam bekas tupperware je. Ni antara lauk yang dibawa, kami makan tengah hari kat sana hari ni...
 Ikan bawal masam masam manis. Tengok punya malasnya akak, nenas tu akak potong nipis je, tak potong dadu pun...Bahan2 untuk masak ikan tu macam biasa je, akak masuk bawang putih, bawang merah, bawang besar, cili padi, sos tomato, cili, tiram dan daun bawang. Cara memasaknya macam biasa je...
 Ateh potong kek birthday sekali lagi di sana...tapi kek kat atas tu bukan kak antan buat ye....nak tahu.. semalam akak join lagi satu kelas. Kami belajar 8 jenis kek, nanti ada masa akak buat n3 tentang kelas tu.
kek yang tinggal separuh ni, untuk along dan kawan2nya habiskan...sebenarnya ada sebiji lagi kek coklat yang ditinggalkan untuk along dan kawan2nya.

Tempahan daripada kawan lama

Assalamuaalaikum semua....

Kek yang sempat akak siapkan semalam. Kek coklat 2 kg yang ditempah oleh Nita, kawan lama kak antan semasa di sekolah menengah dulu.
 Nita sambut hari jadi anaknya di Taman Botani, Putra Jaya semalam, tapi sayang kak antan tak dapat hadir, kek ni pun hubby kak antan yang tolong delivery, tak berkesempatan jugak nak jumpa Nita yang dah 13 tahun kak antan tak jumpa. Last sekali jumpa dia masa reunion tahun 1998 dulu.
Happy birthday Aisyah...aunty harap Aisyah suka dengan kek ni....Muaaah..

Friday, April 15, 2011

Alhamdulillah....

Assalamualaikum semua...

Dah nak tidur, baru boleh masukkan n3, internet lambat sangat, orang Kedah kata berdenyut.....
Alhamdulillah...dua tiga hari ni banyak tempahan yang kak antan terima, kadang2 rasa macam tak menang tangan jugak dibuatnya...semua yang kat bawah ni, yang sempat kak antan siapkan hari ni..
 koleh kacang, tempahan Kak Saliza dan Kak Tinie
 kek karot, tempahan cikgu Harriati melalui Ateh...
 Cappuchino cheese cake
Talam Peanut Butter, kedua2nya ditempah oleh Kak Kham. Kak Kham dan cikgu Harriati ni pertama kali order dengan kak antan...terima kasih ye....

Thursday, April 14, 2011

Puteri Tunggalku dah 9 tahun

Assalamualaikum semua.....

Baru terbaca tentang Nieza Finland yang menyambut hari jadinya hari ni. Rupa2nya sama dengan birthday anak perempuan kak antan Afiqah. Jadi hari ni genaplah umur Afiqah 9 tahun, tapi kalau tengok saiz badannya dah macam budak umur 12 tahun.
 Alhamdulillah, walaupun Afiqah atau mesra dipanggil ateh oleh adik beradiknya yang lain membesar dalam lingkungan lelaki, tapi dia masih memiliki sifat2 seorang perempuan. Afiqah seorang anak yang tak banyak ragamnya, sering membanggakan kami sekeluarga dan harapan akak biarlah dia membesar menjadi seorang anak yang solehah. 
 Jadi untuk birthdaynya hari ni, dia minta nak potong kek di sekolah KAFAnnya, jadi terpaksalah kak antan bakarkan 2 biji kek untuknya.Satu dipotong di sekolah dan satu lagi dipotong di rumah pengasuhnya..
 Ini kek yang nak dipotong di rumah pengasuhnya, mesti ikut selera si kecik Awan,kalau tak.....terpaksalah letak gambar Upin Ipin sebab itu yang dimintanya..
Ini pulak 16 cc khas untuk ketua bidang akak Kak Ros, yang juga menyambut hari jadinya hari ini. Selamat ulang tahun Kak Ros, semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah....Amin.

Wednesday, April 13, 2011

Tempahan Koleh Kacang

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang tempahan yang dihantar semalam.Untuk semalam kak antan dapat tempahan 2 loyang koleh kacang dan blueberry cheese cake.
 Ini kali pertama kak antan dapat tempahan koleh kacang. Ditempah oleh Azmar dan Zawiyah yang betul2 teringin nak makan koleh kacang.
 Kalau sesiapa yang nak mencuba bolehlah cuba resepi kat bawah ni....Resepi daripada chef Asma yang dah diubahsuai sikit.

Bahan-bahan 
(A)
  • 350 gm gula merah
  • 50 gm gula pasir
  • 300 ml air
  • 1 helai daun pandan
(B)
  • 300 gm tepung kacang hijau
  • 1 tsp garam
  • 400 ml santan pekat
  • 1300 ml air
Cara2nya
  1. Masak (A) hingga mendidih dan tapis menjadi 500ml
  2. Satukan bahan (B), kacau sebati dan tapiskan ke dalam kuali
  3. Masukkan bahan (A) ke dalam (B) dan kacau atas api sederhana besar selama 1/2 jam atau sehingga adunan tidak melekat di kuali.
  4. Bila masak masukkan 2 sudu minyak kelapa ( dari tahi minyak)
  5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik plastik dan disapu minyak.(Loyang 10" x 10")
Tahi Minyak
  • Masak 350 ml santan pekat bersama-sama 1/8 sudu garam hingga menjadi tahi minyak.
  • Minyaknya dituang ke dalam adunan yang sudah masak dan disapu di permukaan koleh
  • Taburkan tahi minyak ketika adunan masih panas.

 Ini pulak blueberry cheese cake yang ditempah oleh Sal semalam sempena birthday suaminya...
TQ Sal.

Tuesday, April 12, 2011

Award dari Kak Noor Story of Mama

Assalamualaikum semua....

Bestnya kak antan rasa minggu ni, dapat award, poskad dan malam ni tengok ada award lagi. Seronoknya terhibur rasa hati yang agak gundah gulana ni dengan pemberian award daripada kwan2 di alam siber ni... Terima kasih ye Kak Noor Story of Mama. Respect la pada Kak Noor, baru start berblogging bulan Januari dah ada 500 follower sedangkan kak antan yang dah hampir setahun ni baru ada 100 lebih follower je. Semoga Kak Nor akan terus aktif berblogging...TQ sekali lagi...

Cantiknya bunga sejambak ni bila diletakkan kat blog...

Lagi Tempahan Talam Peanut Butter

Assalamualaikum semua...

Baru berkesempatan nak masukkan n3. Sebenarnya ini talam yang ditempah semalam oleh ketua bidang akak
 Talam Peanut Butter
Terima kasih ye Kak Ros, kedua2 Kak Zihan dan Kak La. Sesiapa yang nakkan resepi, klik kat sini.....

Poskad dari Finland

Assalamualaikum semua...

Jauh terbang hari ni ke Helsinki, pergi ambik kad ni. Terima kasih Nieza dan happy anniversary. Blog akak pun lebih kurang 2 minggu lagi cukup le setahun. Tapi tak tau sempat ke tak nak tempah kad ni...
Terima kasih sekali lagi ye Nieza, semoga terus bersemangat untuk masukkan n3 tentang masak-memasak dan n3 tentang pengalaman di rantau orang...

Monday, April 11, 2011

Award lagi..

Assalamualaikum semua...

Tak sempat lagi nak masukkan n3 tentang masak-memasak, tapi mula2 ni nak gantung award dulu. Tak sangka dapat award lagi. Terima kasih ye Izah sebab bagi akak award ni, ingat dah tak ada, rupanya ada nama akak terselit kat celah2 blogger yang ramai Izah letak tu.


Dua 3 hari ni, tak berapa sempat nak BW, sebab itulah tak perasan award tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails