Dozen Roses Love Note

Wednesday, June 29, 2011

Orang lain dah lama...

Assalamualaikum semua....

Susah betul nak upload gambar dua tiga hari ni.... lambat bebenor.... dah tu dia macam hang jer....
Asalnya nak masukkan 3 keping gambar.... last2nya dah fed up 2 pun cukup lah....
Orang lain dah lama kan buat stampku ni, akak baru dapat. Itupun pesan dengan orang sebab masa wakil Pos Malaysia datang sekolah akak, akak kebetulannya ada bengkel kat luar.... dah le tak ada gambar yang menarik. Eloknya buatlah gambar satu family kan... tapi tak de yang sesuai....
Ada gambar diorang bertiga jer.... mau kecik hati angah dengan Aqil... tapi apakan daya.... dah ajak hubby akak ambik gambar satu family sebab hajat hati nak tempah lagi stamp ni.... buat kenang-kenangan setem sendiri kan.....

Monday, June 27, 2011

Selamat Maju Jaya

Assalamualaikum semua...

Petang ni masukkan n3 tentang coklat yang sempat akak buat semalam. Semalam akak sekeluarga tak ke mana2, cuma menghadiri jemputan majlis pertunangan anak jiran akak. Balik pada majlis tu terus akak siapkan coklat2  ni.
 semuanya 40 pek... setiap pek ada 4 pcs.
 yang coklatnya berintikan almond dan yang pinknya berintikan strawberi.
 Coklat2 ni ditempah oleh ketua bidang akak, Kak Ros untuk anak muridnya yang mendapat A untuk subjeknya, BM
 terima kasih daun keladi ye Kak Ros
Selamat Maju Jaya.....

Sunday, June 26, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum semua.....

Layan je lah ye gambar2 cream puff ni... virus M dah menyerang.....
 tempahan untuk hari Jumaat....
 tempahan untuk hari Sabtu.... bersama-sama talam tokyo
terima kasih.....

Thursday, June 23, 2011

Tetap diingati..

Assalamualaikum semua...

N3 tentang blueberry cheesecake yang baru dihantar tadi.
 Happy Father's Day...
Ditempah oleh Cikgu Haryati dari SK Taman Jasmin, pasti untuk meraikan ayahanda tercinta... masa hantar tadi dia kata..terlambat... tak apa Yati, biar lambat asalkan jasanya tetap diingati...

Wednesday, June 22, 2011

Dilema...

Assalamualaikum semua...

Tiba2 je petang ni terus terjerumus dalam dilema....along call dari asrama petang tadi... dia cakap cikgunya offer untuk 5 orang student form 2 dan 5 orang student form 1 untuk ke Aceh...ada pertukaran pelajar....
Terkedu akak sekejap....haaaaa Aceh.... jauh jugak tu... dah tu dia pulak baru form 2.... nak dilepaskan pun susah hati... tak dibenarkan.... dia dok mengharap sangat tu.... call hubby akak...dia pun kata susah nak cakap. Malam ni bincang balik.... susah2...  

Happy 2nd Birthday Irdina

Assalamualaikum semua...

Cupcake yang disiapkan semalam
 100 semuanya...

 Terima kasih Rozana...

 Happy 2nd birthday Irdina...semoga membesar menjadi anak yang solehah dan membahagiakan ibu bapa

Sunday, June 19, 2011

Roti Jala

Assalamualaikum semua....

Harapan akak semuanya sihat jer petang2 Ahad ni... tentu penuh aktiviti hari ni sempena menyambut hari bapa kan... akak sekeluarga tak ke mana2 pun, cuma pagi tadi ke Pasar Borong Selangor kat Serdang tu... walaupun tak der perancangan nak membeli apa2... habis jugak duit bila ke situ....
 Untuk minum petang ni, teringin pulak nak menjala....
Inilah hasilnya...roti jala hijau kuning. Akak minta maaf ye.. kalau roti jala, akak memang tak pandai nak bagi resepi, akak main bancuh je... tepung gandum, air dan telur, juga sedikit garam...kepekatannya agak2 je lah...

Tempahan semalam

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang tempahan semalam.
 Ditempah oleh Kak Rozlina dari SMK Kajang Utama
 60 biji cream puff
Talam Peanut Butter
TQ Kak Rozlina, harap semuanya berpuas hati....

Friday, June 17, 2011

Happy birthday Kak Zaharah n Syahmi...


Assalamualaikum semua...

Hari ini 17 Jun 2011, birthday Kak Zaharah cikgu sekolah akak dan birthday Syahmi, anak kepada kawan baiknya Kak Khobsah... jadi bertungkus lumuslah akak membuatkan kek semalam untuk diorang berdua. 
 Kak Zaharah bermurah hati nak menjamu cikgu-cikgu makan nasi kerabu, tapi sebab akak terlupa bawa kamera, tak dapatlah nak mengambil gambar masa di sekolah....
 Kek Kak Zaharah yang dikendurikan kat sekolah....
 Kek Syahmi...
 Apam dot-dot yang sengaja akak buat...tapi tak begitu menjadi...sebabnya??? Biarlah Rahsia...
 Talam Skoteng, Kak Zaharah menempah apa2 jenis talam, disebabkan stok skoteng masih ada, akak buatkanlah Talam Skoteng... tapi tak dapat nak ambik gambar dalamnya sebab tak bawa kamera..Resepi nanti akak masukkan kemudian ye....
Cappuchino cheesecake Kak Tinie... saja untuk makan2 di rumah dengan Eriqa..

Thursday, June 16, 2011

Pondok yang senget...

Assalamualaikum semua....

N3 petang ni tentang roti pondo inggeris senget yang dibakar semalam....
Kawan sekolah akak Kak Ainizam teringin nak makan lagi selepas makan yang dulu.....

English Cottage Bread

BAHAN-BAHANNYA : untuk 2 buku
400 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
60 gram gula halus
8 gram garam halus
20 gram susu tepung
2 1/2 camca teh instant yeast
1 biji  telur A
260 ml air sejuk (dari peti ais)
60 gram mentega
80 gm kentang lenyek ( rebus, lenyek dan timbang)
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Wednesday, June 15, 2011

Happy Birthday Amni

Assalamualaikum semua....

N3 hari ni tentang tempahan kek yang akak hantarkan semalam dan hari ini. Walaupun tempahannya daripada tuan yang sama, tapi Kak Mala nak kek coklat pada hari Selasa dan RVC pada hari Rabu.
 CMC untuk puteri bongsunya Amni untuk dibawa ke taskanya...

 Ini pulak RVC yang diorder untuk makan2 di rumah...
Terima kasih Kak Mala. Happy Birthday Amni... semoga membesar menjadi anak yang solehah dan anak yang membahagiakan ibu bapa...

Monday, June 13, 2011

Murtabak Diraja Frozen

Assalamualaikum semua...

Susah betul nak masukkan n3 sekarang sebab internet kat rumah akak ni sekejap ada, sekejap tak de, macam biskut ler pulak...
n3 hari ni nak masukkan tentang murtabak diraja ni, hubby akak beli masa dia pergi ke KB baru2 ni...
 Sebenarnya kami makan murtabak ni sambil layan final piala FA hari Sabtu hari tu... ok jugak rasa murtabak ni.... katanya kat Kelantan famous sangat..
 Masa kat Kuantan dulu, hubby akak pernah beli yang kat Pekan tu...
Inilah kotaknya...

Sunday, June 12, 2011

RVC lagi...untuk yang tersayang..

Assalamualaikum semua....

Hari ini 12hb Jun merupakan hari ulangtahun kelahiran hubby kak antan yang ke-41....Selamat Hari Jadi Abang... didoakan semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki oleh Allah dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
 Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang baik dan abah yang penyayang untuk anak-anak kita. Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan.
Selamat Hari Jadi sekali lagi untuk abang dan ketahuilah kami semua sayangkan abang....

Friday, June 10, 2011

Projek Hari Ini....

Assalamualaikum semua...

Kali ni nak masukkan n3 tentang projek akak pulak untuk hari ini....
 Teruja tengok apam dot-dot ni kat rumah orang, akak tak pernah rasa... jadi hari ni, akak cuba2lah menggodak.. tak taulah jadi ke tak....
 Inilah rupa kejadiannya... along suka sangat2 yang lain pun suka... tapi kecik sangat pulak dot2nya tu.. akak buat 2 kaler jer, bukan apa takut gak tak menjadi. Resepinya akak ambik dari Teratak Dhia, akak copy paste kat sini ye...


Apam Dot-dot

Bahan-bahan
·                     3 biji telur - dari peti sejuk
·                     280 gm tepung gandum
·                     220 gm gula halus – akak kurangkan sebab masukkan inti
·                     150gm susu segar
·                     3 sudu teh baking powder
·                     1 sudu kecil ovallete
·                     Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
·                     Pewarna
Cara-cara
1.             Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.             Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.             Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.             Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.             Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.             Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.             Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
 Ini pulak 3 biji kek yang ditempah oleh Ustazah Nazuha, 2 biji kek karot dan sebiji kek blueberry untuk anniversarynya hari ini
 Dah tak ada ide nak deco, Ateh pun dah cakap.... sama je ibu.... abis nak buat cammana ibu dah tak de ide..
Sorrylah kalau nampak kebudak-budakan dengan cendawan tu ye...
 Ini kek kedua... katanya adik dan emaknya yang menempah. Terima kasih ye Nazuha...selalu menempah dengan akak
Ini pulak kek blueberri 1/2 kg untuk anniversarynya hari ini. Happy Anniversary ye Nazuha..akak doakan Nazuha dan suami berbahagia hingga ke syurga ..... Amin...

Projek Aqil pagi ni...Puding Roti

Assalamualaikum semua...

Pagi ni sambil membakar kek yang ditempah, akak melayan si Aqil anak akak yang 6 tahun tu mengadun puding roti ni. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi dia dah beria-ria sangat nak membuat puding ni.
Dia belajar buat puding ni masa dia join kem kat tadika dia minggu lepas. Sebenarnya cikgunya cuma demo kan aje. Dapatlah diorang bawa balik sorang seketul. Itu yang beria-ria sangat tu.
 Sejak minggu lepas lagi dia dok suruh akak belikan roti dan susu. Jadi dia dok mengendeng jer susu UHT akak kat dalam peti sejuk tu, jadi bila hari ni akak bagi green light dia pun mulakanlah projeknya. Mula2 dia minta bantuan Atehnya memotong roti, akak pun tak tahu berapa keping roti yang dia guna, akak dok memerhati dari jauh jer,...cuma bila dia nak masukkan susu jer akak tolong tuangkan sebab kalau ikut  apa yang dituangnya mahu keras puding ni. Takut kot nak tuang susu banyak2, padahal ibunya tak nak marah pun sebab ibunya pun makan jugak...Akak tuang susu tu agak2 tenggelam roti yang dia masukkan tu...Dia masukkan telur 4 biji dan akak jugak tolong masukkan gula. Main agak2 jer, adalah kot dalam 5-6 sudu makan. Sebenarnya masa akak belum kahwin dulu memang selalu buat puding ni dan memang tak ada sukatan pun main agak2 jer
Puaslah hati dia hari ni.. cuma abahnya je yang tak dapat makan, dapat tengok gambar jelah sebab dia kat KB minggu ni... nanti dia balik suruhlah Aqil buat lagi... mesti lagi dia suka kan sebab projeknya dihargai...

Terima kasih Kak Ummi

Assalamualaikum semua

N3 pagi2 ni nak gantung bunga Kak Ummi kat dapur AB. Terima kasih ye Kak Ummi, Home Sweet Home cantik bunga ni...
Diharapkan Kak Ummi akak terus berblog ye...Ibu-ibu yang baru nak belajar macam saya ni memerlukan sifu macam Kak Ummi ni untuk dijadikan sumber rujukan dan bimbingan. Kami akan terus menyokong Kak Ummi. Salam sayang untuk Kak Ummi.

Wednesday, June 8, 2011

Puding Tauhu

 Assalamualaikum semua.....

Hari ni tergerak nak buat puding tauhu yang ditayang di rumah Mas dan Izah. Sebelum ni kawan akak dah pernah buat, masa jamuan hari jadi yang akak masukkan n3 baru2 ni, masa yang akak buatkan RVC tu. Ada jugak akak mintak resepi dari si Azmar, lebih kurang je lah dengan resepi Kak Nor ni... terima kasih ye Kak Nor atas resepi puding yang sedap ni. Mohon di c n p ye... Resepi ni dicopy dari rumah Mas-Duniaku
Puding Tauhu



Bahan :

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan

Cara membuat Puding Tauhu :

  1. Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  2. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  4. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  5. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  6. Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara Membuatnya :
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails