Dozen Roses Love Note

Thursday, October 27, 2011

Samperit Comel

Assalamualaikum semua....

Petang ni nak berkongsi resepi biskut raya..... mesti macam pelik je orang baca kan.... patutnya berkongsi masa bulan puasa hari tu... Akak ni tak pandai pun buat biskut, sikit2 tu adalah... dan samperit ni antara kuih yang agak banyak ditempah... dan 5 balang kat bawah ni sebenarnya tempahan untuk Deepavali semalam. Tapi nak dijadikan cerita, masa akak nak buat biskut ni resepi akak hilang, sampai sekarang tak jumpa2, tapi nasib baiknya resepi ni akak dah kongsikan dengan cikgu sekolah akak dan biras akak, jadi dengan muka tak malunya terpaksalah akak minta balik... kira buruk siku ke tu.... Sebenarnya ada lagi biskut yang sepatutnya akak siapkan, tapi disebabkan akak balik kampung mengejut hari tu, 5 balang ni je lah yang dapat akak siapkan... tapi alhamdulillah diorang ni cukup memahami... Resepi samperit ni senang je.. jadi sesiapa yang rajin bolehlah mencuba....
Bahan-bahannya:

200 gm butter
160 gm gula ising
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
Kristal sugar untuk hiasan

Cara-caranya:

Pukul butter dan gula ising
Masukkan telur dan esen vanilla - pukul lagi
Masukkan tepung dan pukul sebati.
Terap mengunakan acuan kat bawah ni...

Taburkan gula kristal 
Bakar pada suhu 150'C hingga kekuningan bawahnya...

P/s: sekarang ni sedang mengumpulkan mood untuk siapkan tempahan tat dah lama tak siap2. Sejak suami akak tak ada ni mood nak memasak pun hilang... walaupun waktu dia ada kat rumah... nak buat cam mana ye... 
Maaf dipohon kepada Wong, Lau Bee Bee dan Azmar yang tak dapat nak siapkan tempahan untuk Khamis lepas dan juga kepada Fadhilah, Ani dan Fira untuk hari Jumaat.

Wednesday, October 26, 2011

Agar-agar Roti

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 pencuci mulut yang dibuat semasa majlis tahlil mak mentua akak Sabtu lepas, masa hari Jumaat akak kukuskan Seri Muka, dan untuk Sabtu akak buatkan Agar-agar Roti ni.
Resepi agar-agar ni sempat suami akak godak2 kat internet tapi bila akak nak link kan tak jumpa pulak... jadi tuan empunya resepi kalau terbaca n3 ni tolong inform akak ye... bukan niat tak nak link kan tapi akak tak jumpa. Jadi jom semak resepi, jadi sesiapa yang tahu ni resepi siapa tolong bagi tahu ye....

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 paket agar-agar (20 gm)
Air secukupnya ( bila dimasukkan dalam periuk tenggelam agar2)
3 sudu besar gula

Bahan B
3 keping roti
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar sunquick
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna kuning dan hijau atau warna yang disukai

Cara-caranya:

Masakkan agar-agar dan air sehingga hancur
Masukkan gula

Roti dicarik-carikkan dan diblender bersama-sama telur, susu cair dan susu pekat.
Kemudian tuangkan ke dalam agar-agar tadi atas api yang perlahan, kacau rata.
Masukkan sunquick dan esen vanilla. Tunggu sehingga masak.
Asingkan dua cawan atau lebih untuk dicampurkan dengan pewarna.
Tuangkan agar-agar ke dalam loyang dan tuangkan 2 bahagian yang berwarna secara berselang seli @ mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba.... agar-agar ni memang sedap sebab terasa susu dan sunquick tu...

Tuesday, October 25, 2011

Daging Salai Masak Lemak campur Pucuk Ubi dan Belimbing Buluh

Assalamualaikum semua....

Masukkan pulak n3 tentang daging salai masak lemak... sebenarnya ni bukan menu hari ni pun, menu minggu lepas. Suami akak bawa balik daging salai dari Kuala Lipis, masa dia ke sana dulu.
Akak masak daging salai ni campur sikit dengan pucuk ubi dan belimbing buluh....resepinya agak2 je
Bahan2nya:

  • Daging salai
  • Santan
  • Serai
  • Pucuk ubi
  • Belimbing buluh
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Asam keping
  • Sedkit kunyit
Cara2nya
  1. Tumbuk bawang dan lada kecik. Masak atas api hingga kering air.
  2. Masukkan santan dan serai yang diketuk dan kunyit.
  3. Masukkan daging, pucuk ubi dan belimbing.
  4. Masukkan asam keping kalau tak cukup masam dan garam secukupnya.

Happy Birthday Abah

Assalamualaikum semua...

Disebabkan hari ni cuti, jadi akak cubalah masukkan n3 yang dah lama tertunggak disebabkan kesibukan minggu-minggu lepas.
 Blueberry cheesecake ni ditempah oleh Kak Liza untuk birthday suaminya dua minggu lepas.
Maaf ye Kak Liza, deconya agak simple...

Sunday, October 23, 2011

Pergi Tak Kembali....

Assalamualaikum semua....

Lama tak update blog.... sebenarnya akak baru je sampai dari kampung ..... dari Mentakab. Ibu mertua akak telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 19 Oktober 2011 yang lepas.
Hari Rabu lepas akak dapat call dari suami akak jam 12.30 lebih kurang mengatakan ibu mentua akak sedang nazak dan pada masa tu dia dalam perjalanan dari Kuantan balik ke Mentakab dan lebih kuarang pukul 1 tengah hari suami akak call balik cakap mak dah tak ada.
Akak serba salah sebenarnya sebab akak di Kajang dan suami di Kuantan... tapi akak buat keputusan, akak memang terpaksa drive sendiri balik ke Mentakab, walaupun setelah 16 tahun berkahwin, akak belum pernah drive sendiri ke Mentakab. Akhirnya selepas uruskan anak-anak, kami bertolak jam 3.30 ke Mentakab dan sampai lebih kurang jam 6.00 petang. 
Sempatlah kami sekeluarga menatap wajah ibu mentua akak buat kali terakhir kerana dia disemadikan selepas isyak malam tu jugak.
Jadi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan, semoga roh ibu mentua akak ditempatkan dalam kalangan orang-rang yang beriman.... Amin...

Monday, October 17, 2011

Jentayu


Jentayu

Di paruhmu kemilauan sinar

Menyepuhi sejuta rasa

Kemuliaan di hatimu

Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi

Awan gemawan membawa rindu

Kasihmu menentangi kezaliman ketidakadilan


Chorus:

Jentayu.... patah sayap bertongkat paruh

Jentayu.... patah paruh bertongkat siku

Jentayu..... patah siku bertongkat dagu

Jentayu.... patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu untuk semua

( End of Chorus )

Pinjamkanlah syahdumu


Assalamualaikum semua....

Tak tau entah kenapa tiba2 teringat pada lagu Jentayu nyanyian Sheila Majid dan Nora ni... tiba2 je macam mengagumi sifat2 yang ada pada jentayu, terutamanya jika dihayati pada chorus lagu tersebut. Wujud ke burung jentayu?... entahlah... cerita jentayu dan garuda mungkin hanya lagenda yang wujud dalam Hikayat Merong Mahawangsa... sama juga seperti cerita Hang Tuah Lima Bersaudara yang juga lagenda... tidak dapat dipastikan kewujudannya... namun sesiapa yang ingin membaca Lagenda Burung Jentayu bolehlah membacanya di sini... dan rasa-rasanya tak salah kalau semangat dan sikap jentayu dijadikan satu inspirasi.... betul tak?..

P/S : Mampukah aku menjadi jentayu?....

Sunday, October 16, 2011

Majlis Graduasi SMK Jalan Bukit Kali Ke-2

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah, akak memang memang memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Majlis Graduasi Kali ke-2 ini dapat dilaksanakan dengan jayannya. Mungkin gambar-gambar di bawah ini dapat menceritakan segalanya... terima kasih kepada yang menyumbangkan gambar-gambar sebab SU semalam terlalu sibuk sehingga tak sempat nak merakamkan detik-detik yang berlalu...majlis diadakan di Ballroom Hotel Equatorial, Bangi.
 back drop
 sebelum majlis bermula
 perarakan masuk perasmi bersama-sama pentadbir

 dimulakan dengan membawa Piala Seri Bitara
 bacaan doa
 Ucapan perasmian oleh Dr. Zulkefli Hj. Aini, Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) KUIS
 sesi penganugerahan sijil
 mc yang begitu komited dan profesional
 barisan AJK slaid show yang banyak jasa
 penerima anugerah Seri Bitara dan bapanya
 semasa biodatanya dibacakan
 bersama ibu tercinta
 antara graduan yang hadir
 bergambar kenangan selepas majlis
 barisan AJK yang bertungkus lumus demi kesempurnaan majlis
 barisan pentadbir
 barisan pentadbir dan AJK
 selepas majlis makan di Coffee House
 mungkin ini dapat menggambarkan semua perasaan

TERIMA KASIH SEMUA.. JASA KALIAN TETAP DIKENANG...

Sunday, October 9, 2011

Rutin Baru Bermula

Assalamualaikum semua

Mulai saat ini rutin baru akak dah bermula, suami akak baru je bertolak ke Kuantan... Esok dah mula bertugas kat sana... maknanya semua hal anak-anak di sini terpaksa akak yang uruskan. Jadi weekend wife je lah nampak gayanya.... Sebenarnya bukan tak biasa, cuma sementara nak membiasakan tu mungkin terasa sikit. Dulupun masa dia bertukar ke sini dari Kuantan, 5 bulan akak uruskan anak-anak kat sana.. memanglah terasa juga penatnya sebab terpaksa uruskan anak-anak pagi-pagi sorang-sorang. Semoga anak-anak semua sihat bila abahnya tiada di sini. Doakan ye, permohonan pertukaran akak ke Pahang tahun depan diluluskan. Entah berapa tahun le pulak nak berkelana di Kuantan, dulu dah 3 tahun setengah... Tapi bila difikirkan penat jugak berpindah randah ni.... tapi apakan daya... dah itu tuntutan tugas suami... namun ada baiknya sebab dapat menambahkan kenalan. Tapi bila difikirkan fasa nak menyesuaikan diri tu... memanglah agak menyedihkan, sebab di sini kita dah tahu kawan yang boleh ketawa dan menangis bersama-sama... Hal anak-anak pulak banyak yang perlu diuruskan... sekolah mana yang sesuai... kalau dulu sekolah rendah je... sekarang dah ada yang sekolah rendah.. ada sekolah menengah... ada yang nak masuk darjah satu... ada yang nak masuk tadika.... mak ai... banyaknya yang perlu diurus dan difikirkan. Tak perlulah fikirkan semua tu lagi... yang penting sekarang ada perkara yang lebih penting perlu akak uruskan untuk hari Sabtu nanti... doakan semunya berjalan lancar ye... Lepas majlis ni nanti barulah tenang sikit hati akak nak fikirkan semuanya..

Sambal Terung Telunjuk

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tentang menu tengah hari semalam. Sambal terung telunjuk... akak panggil terung telunjuk, tak taulah yang lainnya panggil apa.
Resepi ni mengikut Kak Radhiah... ustazah kat sekolah akak.... memang best... pedas....

Bahan-bahannya
  • 10 biji terung telunjuk - dibelah 2
  • 1 keping tempe - potong dadu ( sebenarnya yang ini akak tambah sebab ada stok tempe)
  • Sedikit ikan bilis - ketiga-tiga bahan ni digoreng garing
  • 10 tangkai cili padi - diblender
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris
  2. Bila bawang dan kekuningan masukkan cili padi yang diblender tadi - hati2 pasti bersin...
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  4. Masak hingga kering, bila dah kering masukkan bahan-bahan yang digoreng garing tadi. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan...


Saturday, October 8, 2011

Merai dan yang dirai....

Assalamualaikum semua...

N3 kedua hari ini... sebab weekend kali ni agak free kan... 
Koleh kacang ni tempahan Fadhillah sebab katanya suaminya suka makan... dia nak separuh je...
Yang kat atas ni, suami akak bawa ke pejabat... ada mihun, talam keladi..
dan separuh lagi koleh kacang tadi... sebenarnya ada pot luck kat pejabat suami akak... sebabnya untuk meraikan dia lah... semalam kan last day dia kat Putrajaya... esok dah nak ke Kuantan... minggu depan dah start bertugas kat sana... huhuhu.. tinggalkan kami kat sini buat smentara waktu kan...
Mihun ni pulak akak bawa ke sekolah.... sebab sekolah akak pun ada pot luck juga sempena ada GSTT yang dah habis tempoh mengajar.... tapi....yang musykilnya.... akak tak nampak pulak dia semalam.... jadi jawabnya.... kami je lah yang makan... hihihi..

Pertama kali dan mungkin terakhir...

Assalamualaikum semua....

Macam lain macam je tajuk kat atas kan... Tak apalah...
 Sebenarnya yang kat atas ni tempahan daripada Ani dan Fira..
 Mereka berdua ni baru pertama kali menempah... dan mungkin juga yang terakhir kan... yelah akak pun dah berapa bulan je lagi kat Kajang ni... ada lagi 2 bln kot. insyaAllah...
Mereka berdua ni menempah Talam Tokyo dan Seri Muka, tapi diorang nak rasa dua-dua, jadi dibahagi separuh-separuh... terima kasih ye...

Wednesday, October 5, 2011

Cheese Tart

Assalamualaikum semua...

Dah dua tiga hari tak updatekan blog sejak balik dari Mentakab Ahad lepas.....Alhamdulillah khabarnya hari ni mak mertua akak dah boleh keluar hospital. Tak lah anak2nya susah hati sangat kan...
 Blueberry cheese tart ni sebenarnya ditempah Sabtu lepas. Sebaik menghantar kami pun terus bertolak balik ke Mentakab. Nak resepi boleh klik sini
 Giant cheese tart ni sebenarnya akak buat malam tadi... lebihan daripada yang hari Sabtu tu, kalau tak dihabiskan nanti berbuang je kan.... ni dah kes malaslah ni...
Koleh kacang tempahan Zawiyah, yang dikorbankan di sekolah tadi....

Saturday, October 1, 2011

Nilai kasih sayang

Assalamualaikum semua.... Hari ini tak ada n3 masak- memasak, memang tak memasak pun. Masukkan n3 dari wad kenanga Hospital Temerloh. Ibu mertua akak dimasukkan ke sini selepas sesak nafas pg td. Akak dpt call dr sil akak jam 4.15pg. Bila berada di wad dapat disaksikan dan dibuat penilaian kasih sayang seorang anak mahupun kasih sayang seorang isteri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails