Dozen Roses Love Note

Monday, January 30, 2012

Rutin baru dan birthday along...

Assalamualaikum semua....

Malam ni tiba2 rajin pulak nak menaip kat sini... 
Sebenarnya hari ni 30 Januari 2012, genaplah 15 tahun usia anak sulung akak, Muhammad Haziq bin Adnan.
Maaflah yer along, semalam... disebabkan sibuk sediakan makan untuk tetamu yang nak datang, tak sempat ibu nak bakarkan kek untuk along bawa balik ke asrama, nanti bila2 along balik cutilah ye... harap2 cuti Maulidur Rasul nanti along dapat balik...
Harapan ibu untuk along... semoga along rajin2 belajar, sebab tahun ni dah nak ambik PMR... tapi di samping tu yang paling utama jangan lupakan segala suruhanNya... itu je lah yang ibu harapkan daripada along.
Semoga along sedar bahawa dalam hidup ini semuanya memerlukan pengorbanan untuk berjaya dan bahagia... tidak semua kebahagiaan itu mudah untuk dikecapi.
^
^
^
dan 
^
^
^
Hari ni rutin baru akak bermula.... hari ni akak mula mengajar di sesi petang...
Buat permulaan ni terpaksalah betul2 agihkan masa dulu sebab tahun terakhir akak mengajar di sesi petang ialah pada tahun 1999... dah lama tu kan....
Perasaan????
Biarlah akak sendiri yang tahu.... tak perlulah dipaparkan di sini
Yang baiknya, akak boleh kenal rapat dengan cikgu2 yang selama ni mungkin hanya sekali-sekala bertegur sapa, ataupun mungkin tak pernah bertegur sapa pun tapi hanya senyum dari kejauhan saja...
Yang paling penting... akak kena positif... inilah yang telah direncanakan untuk akak...
Alhamdulillah.... akak reda...

Sunday, January 29, 2012

Happy birthday..

Assalamualaikum semua....

Lama rasanya tak bersiaran kat blog ni... sebenarnya selalu jgk bw, tapi melalui hp je... kadang2 tu malas nak berebut komputer ni dengan anak2. Cuti sekolah sempena CNY ni semua ada kat rumah... tapi petang ni dah sunyi... along dah balik asrama, Aqil dan Awan dan ikut abahnya balik ke Kuantan... sunyi sangat rasanya...
 Sebenarnya saja jer nak menempek ciskek ni kat sini... tempahannya dah lama, dah lebih seminggu. Tempahan ni akak hantar hari Jumaat lepas sebelum cuti CNY, ditempah oleh Sal... sebenarnya sebelum ciskek ni banyak jugak tempahan lain yang akak siapkan... tapi bila mood dah selalu hilang ni, nak ambik gambar pun kadang2 malas... hantar je lah... 

Masa cuti CNY hari tu sebenarnya akak balik ke Mentakab sebab nak diadakan tahlil untuk arwah MIL akak, hari Sabtu tu terpaksa akak drive sendiri ke Mentakab, sebabnya jadual suami akak yang terlalu padat sampai tak sempat nak balik Kajang jemput kami, akhirnya kami jumpa kat Mentakab jer... balik hari Sabtu tu memang memenatkan... perjalanan yang sepatunya boleh sampai dalam masa 2 jam dah jadi 4 jam... letihnya rasa memandu, tapi apakan daya... selagi kami terpisah... itulah yang terpaksa dihadapi...
Lepas kenduri hari Ahad, Isnin tu akak terus ikut suami ke Kuantan... akak sekeluarga kat sana hinggalah Jumaat petang, baru bertolak balik ke Kajang... seronok rasanya, seminggu dapat berkumpul bersama-sama keluarga semula... tapi petang ni, kalau diikutkan hati.....

Tuesday, January 17, 2012

Demam pai kembali..

Assalamualaikum semua...

Malam ni cuba melawan virus M yang datang menyerang... cuba jugak update blog, masukkan tentang n3 pai yang virusnya kembali menyerang....
 sebenarnya 40 biji semuanya pai ayam, ditempah oleh Kartini.... pertama kali menempah dengan akak selepas makan masa mesyuarat koperasi hari tu...
 ini pulak 9 biji pai ayam dan 9 biji pai nenas yang ditempah oleh Kak Endon...
Untuk yang ingin mencuba akak masukkan sekali lagi resepinya kat sini....

Kulit Pai


Sumber : Kak Zai - Teratak Impian
Dikongsikan oleh : Antan Bertingkah

Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing ( akak guna 20 gm sahaja)
150 gm mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang ( akak tak letak)

Cara-cara

·                    U ntuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan air. Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan di dalam peti sejuk selama sejam.
·                     Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan ke dalam acuan tat yang bersaiz besar, ( ukuran dasarnya 5cm dan atasnya 7.5cm). Tekan2 supaya nipis, potong sekelilingnya dan cucukkan dasarnya dengan garfu. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit.

 ini acuan yang akak guna untuk memotong penutup atasnya, untuk bahagian bawah akak gunakan saiz yang lebih besar untuk memotongnya
 inilah acuan tat tadi....

Untuk intinya

Inti Pai Ayam
Bahan-bahannya
  • 1 paket ayam kisar jenama Ramly
  • 1 tin cendawan butang di potong
  • 1 tin sup cendawan 
  • 3 labu bawang besar didadu
  • 2 biji kentang didadu dan digoreng sebentar
  • tepung gandum dan air untuk memekatkan ( 2 @ 3 sudu besar tepung)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit butter untuk menumis.
Cara-caranya
  1. Panaskan butter dan tumiskan bawang besar yang didadu hingga layu.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga kering
  3. Masukkan sup cendawan yang telah dikacau dengan sedikit air.
  4. Masukkan cendawan yang telah dipotong dan kemudian kentang.
  5. Masukkan serbuk lada hitam mengikut selera, boleh tambah garam mengikut selera.
  6. Masukkan tepung gandum yang telah dikacau dengan air untuk memekatkan.
  7. Sejukkan dan sedia untuk diisi ke dalam pastry.
Kulit pai tak perlu keluarkan dari acuan tadi, masukkan inti dan tutup bahagian atasnya, tekan bahagian tepinya dengan garfu dan cucuk-cucukkan atasnya menggunakan pisau.
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur dan kemudian bakar selama 30 minit.

Ini pulak koleh kacang yang ditempah oleh Azmar dan Zawiyah... nak resepi klik di sini...

Friday, January 13, 2012

Tempahan Hari Ini

Assalamualaikum semua...

Hari masukkan n3 untuk tempahan yang dihantar hari ini...
 Talam Keladi dan Seri Muka tempahan daripada Fira... terima kasih Fira...
dan puff inti kaya... sekali lagi ditempah oleh Kak Zaharah sebab yang ditempah sebelum ni tak cukup kata anak-anaknya...Tq Kak Zaharah...

Thursday, January 12, 2012

Tempahan....sibuk....lupa..

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tempahan untuk minggu ni... kata kawan2 akak, diorang kena tempah untuk sibukkan akak, supaya bila sibuk akak akan lupa sekejap.... ye ke...
 45 pcs cream puff untuk mesyuarat ALK Koperasi
 20 pcs untuk Kak Zaharah, tapi lain dari selalu, Kak Zaharah nak isikan kaya...
 permintaan anak-anaknya
 15 biji pai ayam, juga utk mesyuarat ALK Koperasi
 Lebih inti ayam tu, esoknya akak isikan dalam puff pastry...
20 pcs cp tempahan Kak Zana dan 20 pcs Zawiyah...
Tq semua...
Tapi tefikir...betul ke lupa...

Friday, January 6, 2012

Kalau Boleh...

Assalamualaikum semua....

Lama tak update blog... tak ada mood langsung...

Kalau boleh.... tak nak sedih2....
Kalau boleh..... nak kuatkan semangat
Kalau boleh..... nak senyum je sepanjang masa.....

Tapi....

Bila tengok bantal teringat dia.... dia suka berebut dengan Ateh...
Bila tengok pisang teringat dia.... ada 3 biji pisang tanduk yang tak sempat digoreng untuk dia...
Bila tengok nasi goreng teringat dia.... dia suka sangat makan nasi goreng..
Bila tengok bola teringat dia.... dia suka jadi keeper bila main bola... suka hempas2 badan...
Dia ada di mana-mana.....

Ibu rindu nak peluk Awan....
Ibu rindu bau masam Awan bila bangun tidur....

Cuba pujuk hati fikirkan yang positif...
Cuba nak keluarkan aura positif... macam Dr Muhaya cakap dalam ceramahnya..
Supaya sekeliling menjadi positif....
Cuba bayangkan yang positif.... supaya kehidupan menjadi positif...

Tapi...

Bila wajahnya melintasi ruang mata...
Bila suaranya terngiang-ngiang di telinga...
Pandangan ini pasti akan kabur seketika.....

Dan

Mengalirlah.......

Monday, January 2, 2012

Muhammad Qhalisy Mikhail

Assalamualaikum semua.....

Pagi ni akak masukkan aktiviti akak semalam, untuk tahun baru... semalam akak menghadiri majlis cukur jambul Muhammad Qhalisy Mikhail yang baru berusia 17 hari.
 Pada sesiapa yang pernah memabaca n3 tentang pasangan ni di sini dan di sini, jadi inilah pengikat kasih mereka.
 Tahniah kepada Hafiza dan Hisham
Semoga Muhammad Qhalisy Mikhail, membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ayah bonda...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012

Assalamualaikum semua dan salam tahun baru.....

Tahun 2011 telah melabuhkan tirainya dan kini kita sudah berada dalam tahun 2012. Semoga tahun 2011 yang berlalu meninggalkan seribu kenangan yang dapat memberikan pengajaran kepada kita.
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara 2012, harapan akak semoga tahun ini akan membawa ketenangan dan kebahagiaan untuk kita semua... pasti ramai yang memasang azam baru dan pasti ada juga yang meneruskan azam lama yang belum selesai.
Kenangan manis akak untuk tahun 2011, akak mendapat ramai kenalan di alam maya melalui blog akak ni dan harapan akak hubungan ini akan terus memesrakan kita walaupun tidak pernah bertentang mata.
Harapan akak tahun 2012 ini akan menyatukan kembali keluarga akak... semoga sinar 2012 akan membawa sinar kebahagiaan untuk akak sekeluarga dan juga untuk semua rakan akak, InsyaAllah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails