Dozen Roses Love Note

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Alhamdulillah... tempat kedua...

Hari ni sekadar berkongsi kegembiraan di sekolah.... Alhamdulillah pasukan pantun sekolah akak mendapat tempat kedua dalam pertandingan pantun Zon Kajang. Sejak bertukar ke petang tahun ni akak memang tak dapat banyak membantu, tapi alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu2 lain dan pengalaman tahun lepas mereka ni dapat menjadi naib johan... malangnya semuanya dah Tingkatan 5. 
 Yang jelasnya kelemahan diorang ni yang akak lihat tadi kurangnya keyakinan diri bila final diorang berjumpa dengan pelajar-pelajar Program Permata Pintar. Jadi itu yang perlu diperbaiki...
 Atikah... dua kali menjadi pemantun terbaik...
Aisyah yang sentiasa konsisten...

Sunday, March 18, 2012

Siap jugak akhirnya......

Assalamualaikum semua.....

Petang ni tak masukkan tentang masak memasak lagi... masih melayan mood yang tak bersemangat....
Esok dah mula sesi persekolahan.... petang ni rumah akak kembali sunyi.... lebih kurang seminggu bersama-sama semua anak-anak, petang ni kembali bertiga... memang terasa sunyi.... namun apakan daya.....
Petang tadi cuba jugak siapkan gelang kristal yang dah lama terperuk kat dalam beg akak, bukannya tempahan baru, tapi kawan akak minta panjangkan...asalnya dulu akak jugak yang buatkan.... gelang swaroski ni aktiviti akak masa di Kuantan dulu...bila di Kajang agak suram sebab susah nak beli batu, terpaksa ke KL, akak ni nak drive sendiri ke KL tak lepaslah pulak.... masa di Kuantan senang, masa di Kuantan baru2 ni sempat jugak akak ke kedai batu swaroski ni dan alhamdulillah pekerjanya masih kenal dengan akak....

Wednesday, March 14, 2012

Kuantan dan ke Kota Bharu

Assalamualaikum semua....

Semalam sekadar mengucap salam,hari ni cuba masukkan gambar2 kenangan...
 Kesesakan jalan raya pada hari Jumaat malam Sabtu, ketika akan sekeluarga nak ke Kuantan. Suami akak cakap ini fenomena biasa untuk setiap Jumaat malam Sabtu, bukan sebab cuti sekolah. Sepanjang dia berulang alik dari Kuantan ke Kajang, inilah situasi yang terpaksa dilaluinya...
 Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan hambanya... pada perancangan awal, akak yang akan drive malam tu dengan anak2 untuk ke Kuantan, tapi akak bernasib kerana kebetulan suami akak ada seminar di Nilai sehingga hari Jumaat, jadi dapatlah dia bawa kami balik bersama-sama...alhamdulillah, tak dapat dibayangkan akak terpaksa memandu dalam kesesakan ini pada waktu malam dalam keadaan badan yang letih, kerana sebelah paginya akak dah ke Pilah menjemput along dan bergegas balik ke sekolah.
 Ini pulak pemandangan di Pasar Siti Khatijah, ketika akak sekeluarga ke situ. Gambar hanya diambil menggunakan hp dari tingkat 2, jadi sebab itulah kecik je jadinya... kalau pakai kamera yang canggih tu mesti lagi cantik pemandangannya..
 Semuanya perempuan kan... akak terkilan sebab semasa ke Pengakalan Kubur, hp akak tertinggal dalam kereta, tak dapatlah nak merakamkan apa2 di sana. Kami sekeluarga sempat makan air krim yang agak unik kerana dalam air krim tu diletakkan pulut, roti dan termasuklah juga kacang, sagu, dan cendol. Ais krimnya pulak akak rasa dibuat sendiri sebab terasa macam santan... bila nak ambik gambar ais krim tu baru terperasan hp tertinggal dalam kereta...
Ini pulak gambar dalam perjalanan balik.Sepanjang jalan hujan. Semasa melintasi ladang kelapa sawit ni, dah kelihatan air dah mula memenuhi ladang kelapa sawit...

Tuesday, March 13, 2012

Salam..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Sekadar mengucap salam dan menyapa kepada pengunjung blog ni yang tak seberapa. Akak sekarang di Indera Mahkota Kuantan sempena cuti sekolah ni ye.... Berkumpul satu keluarga untuk seketika. Sebenarnya datang sini Jumaat malam, pagi2 Sabtu terus ke Kota Bharu, rumah adik ipar yang baru kehilangan babynya 2 minggu lepas... dah datang KB tu apa2 lagi kan...capai jgk batik dua tiga pasang... Semalam dah balik Kuantan... Jadi sekarang ni kat Kuantan... ibunya suka, tapi anak2 macam boring sikit sebab tak dpat nak ke mana2, yelah rumah sini segala2nya kurang, nak memasak macam2 pun tak dapat.... sabarlah ye anak2.... Jika diizinkan Allah, bila semuanya berkumpul kembali, pasti semuanya akan jadi seperti sediakala... berdoalah semoga impian itu segera menjadi kenyataan....Amin..

Thursday, March 8, 2012

Yang dah lama...

Assalamualaikum semua...

Masukkan tempahan yang dah lama .....
 Tempahan Cikgu Angie dari SK Taman Jasmin pada hari Ahad
 Kek Coklat
 Blueberry cheesecake
 Tempahan ketua-ketua bidang pada hari Isnin... koleh kacang
dan pai nenas
 Ini pulak tempahan untuk hari Jumaat lepas
20 biji pai epal tempahan Kak Zana pada hari Sabtu lepas....

Selepas menghantar tempahan hari Isnin hari tu akak berniat tak nak terima apa2 tempahan untuk minggu ni sebab terasa penat sangat, badan betul2 nak rehat walaupun penat sebenarnya disebabkan terlalu banyak berfikir rasanya...dan alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, akak memang betul2 tak menerima sebarang tempahan untuk minggu ni. Ada yang bertanya untuk tempahan hujung minggu ni dan minggu depan.... tapi akak tahu pertanyaan diorang dah ada jawapan sebab diorang dah tahu akak pasti ke Kuantan minggu depan... maaf ye...

P/S : Separuh jiwaku pergi.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails