Dozen Roses Love Note

Monday, February 25, 2013

Chewy Brownies


Assalamualaikum semua....
Pagi2 ni nak masukkan n3 tentang Chewy Brownies yang dah licin pun. Akak buat minggu lepas. Resepinya daripada seorang kawan lama... senior akak masa sekolah dulu2. Resepi ni akak dapat dah hampir 2 tahun, minggu lepas baru berkesempatan mencuba...
Asalnya resepi chewy Brownies ni tak ada lapisan cheese, tapi sebab akak nak menghabiskan stok cheese yang ada akan lapiskan aje dengan cheese.
Untuk yang ingin mencuba...

Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
500 gm gula
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh double action baking powder ( akak tambah)
1 cawan marjerin atau butter cair
Badam atau apa-apa jenis kekacang kalau suka
Cara Membuatnya:

Campurkan kesemua bahan dan pukul sebati
Adunan memang pekat seperti dodol.
Ratakan dalam dulang yang sudah dialas.
Bakar 160' celcius selama 30 minit.

Akak buat separuh daripada adunan di atas, jadi akak gunakan loyang 8 x 8 inci.

Untuk sesiapa yang ingin letakkan cheese 

250 gm cream cheese
70 gm gula kastor
1 biji telur
Sedikit esen vanilla

Pukul semuanya dan tuangkan atas adunan yang telah dibakar tadi dan bakar semula selama 20 minit atau sehingga cheese masak...

P/S : Kata Kak Liza, penyumbang resepi ni, ilmu itu milik Allah... jadi sebab itulah dipanjang2kan...Terima kasih Kak Liza Suryani, semoga akak sekeluarga sentiasa di bawah keredhaan dan keberkatan Allah...

Monday, February 18, 2013

Jom pergi....

Assalamualaikum semua...
Hari ni masukkan n3 tentang aktiviti akak semasa cuti minggu lepas. Hari Sabtu tu lepas menghantar semua tempahan... ( macam banyak sangat kan ) akak sekeluarga balik ke Mentakab. Hari Ahad tu ada kenduri kahwin anak sedara sepupu suami, lepas ni dapat cucu lah ye... sebenarnya dah ada pun kalau cucu sedara sepupu tu.... Balik dari kenduri, kami ke Santuari Gajah di Kuala Gandah... dah lama jugak dok dengar nama jer, jadi hari Ahad tu berkesempatanlah jugak ke sana....
Ini sticker yang akan kita dapat bila mendaftar di santuari tu.... ada yang cakap eloknya simpan ni kan... satu hari nanti boleh dijadikan kenangan.. kenang balik masa bersama-sama keluarga... betul gitu? 
Sebenarnya muka tak puas hati tu.... sebab tak dapat bagi gajah makan... suami akak malas nak beratur belikan tebu, ramai sangat orang katanya.. 
 Dok tengok orang bagi makan je lah.... Kesian anak ibu....
 Sepatutnya boleh tunggu turn mandikan gajah... tapi Ahad tu ramai betul pengunjung... cuti CNY kot... kalau tak silap akak mandikan gajah kena bayar... sebenarnya bukan sebab bayaran, tapi akak malas nak basah2, mana bawa baju tukar pun...
 Jadi tengok je lah belalai gajah ni....
 Balik dari Santuari Gajah, kami singgah di Deerland, dewasa bermula dari 12 tahun kena bayaran rm6 dan 3 - 11 tahun kena bayaran rm3. Dengan tiket yang dibeli tu akan diberikan kentang yang dah dipotong untuk diberi makan kepada rusa2 di situ... Sini barulah diorang puas hati dapat bagi makan.
 Sedar2 dah tak ada kat sebelah... nun di hujung, seronok sangat bagi makan rusa.
 Deerland ni mcam mini zoo, macam2 haiwan ada kat situ... nak tengok burung unta boleh....
 kalau nak peluk ular sawa albino ni pun boleh
 Tak tau burung apa, tapi cantik sangat.
 Diorang suka tengok farret ni, sebab sama macam kat dalam cerita zoo...
 Diusap2nya farret, macam Mia Sarah buat...
Ini pulak kat tempat arnab....

Jadi... sesiapa yang berkesempatan, bolehlah bawa anak jalan2....

Saturday, February 16, 2013

Mood cuti lagi...


Assalamualaikum semua...
Apa khabar semuanya ye... pasti sihat dan gembira bersama2 keluarga tersayang.
Akak ni masih lagi dalam mood bercuti, almaklumlah cuti sepanjang minggu... sempatlah jugak balik ke Mentakab dan Kajang...
Tempahan 1 Feb, oleh Asfarida untuk anak buahnya.


Chocolate Cheese Brownies, tempahan Kak Masayu.
Juga tempahan daripada Asfarida
Tempahan daripada Zarina untuk anak lelakinya.
Ini pulak RV Brownies, tempahan daripada Najilla pada hari Jumaat sebelum cuti.
Khas untuk jirannya.
Tempahan hari Sabtu
Sekali lagi daripada Asfarida, juga untuk anak buahnya.
Tempahan daripada Cikgu Tang Chai, sempena hari jadinya dan makan besar kot...
Terima kasih semua...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails