Dozen Roses Love Note

Sunday, March 31, 2013

Tempahan semasa cuti

Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu...
Hari ini akak masukkan tempahan sepanjang cuti... Esok dah buka sekolah,jadi dapur Antan Bertingkah kuranglah berasapnya...
 Chocolate Sponge Cake ni ditempah oleh Sal dari SMKTA... sebenarnya tempahan ni akak terima sebelum  cuti hari tu.... Terima kasih Sal... walaupun baru kenal akak beberapa jam aje...
RVC ni pulak tempahan Su dari SMK Astana...katanya sebagai upah untuk anaknya yang ditinggalkan ketika dia ke Bandung..

Talam Cendol ni tempahan daripada kakak kawan sepersekolahan akak...Kak Ngah ni pertama kali menempah... harap berpuas hati.

 Kek Karamel ni pulak ditempah oleh Kak Nor Faizah
Bersama-sama dengan cupcakes ni..

Ini pulak tempahan Talam Suji dan pai ayam oleh Teh Azhua 

Kek Karamel ini pulak ditempah oleh Masliraini
bersama-sama dengan Chocolate Cheese Brownies ni, sempena hari jadi anaknya Sarah hari ini..

Thursday, March 28, 2013

Nostalgia Kek Butter

Assalamualaikum semua...
Hari ni akak membakar kek butter sebab ada yang menempah cupcake butter. Teringat masa akak kecik2 dulu, kalau boleh mamasak kek butter yang elok kejadiannya pun dah kira hebatlah kan... Masa dulu sukatannya pakai cawan aje... akak mula2 belajar memasak kek butter ni semasa ke rumah kawan akak... mak dia memang pandai memasak... buat kek pukul pakai senduk kayu jer... tak de mixer bagai... tapi resepi kat bawah ni yang dah sukat pakai gram...

Bahan2nya

250 gm butter
180 gm gula kastor
4 biji telur
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
100 ml susu segar/cair
1 sudu teh esen vanilla
* diayak bersama2 tepung

Cara membuatnya

Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli
Bakar dalam suhu 170° selama 1 jam atau sehingga masak.

Wednesday, March 27, 2013

Tempahan Sebelum Cuti

Assalamualaikum semua...
Malam ni berkesempatan nak update blog yang agak lama ditinggalkan...
Sekadar memasukkan tempahan2 sebelum cuti sekolah hari tu...
 Kek Karamel tempahan Sarihat

Blueberry Cheese Tart 
Kemuncaknya pada hari Jumaat, 4 biji kek karamel, seri muka dan cheese tart

Wednesday, March 13, 2013

Tempahan minggu lepas

Assalamualaikum semua....
Apa khabar ye semuanya....
Kalau diikutkan hati, malas betul nak update blog sekarang....
Sekadar masukkan tempahan minggu lepas yang berjaya di'snap' gambarnya.... sesetengahnya dihantar ke tuannya tanpa berposing pun..

Chocolate Chewy Brownies tempahan Zarina
CMC tempahan Teh Azhua

Kek Karamel tempahan Asfarida dan Kak Wan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails