Wednesday, January 29, 2014

Rindu.....

Assalamualaikum semua....

Rindunya nak menaip di sini... Sekian lama blog ini menyepi..... hampir 4 bulan... sebabnya seperti biasa... tak perlu nak menyalahkan kerja yang bertimbun-timbun... yang pastinya tentulah MALAS... jadi.. tak perlu nak membangau menyalahkan perkara lain, padahal diri sendiri yang salah.... pucuk pangkalnya diri sendiri...
Tiba-tiba... ketika BW ke blog tertentu untuk mencari pantun dan pepatah... terasa rindu pulak nak update blog ni yang dah lama terpadam daripada rutin seharian... Terasa teringin nak menaip... tapi rasanya mungkin n3 selepas ini bukan tentang masak memasak lagi... sebab apa yang dimasakkan dah dimasukkan ke page fb akak... mungkin kalau ada resepi-resepi yang nak dimasukkan jer barulah dimasukkan di sini.
Aktiviti memasak? Awal-awal tahun ni memang aktiviti memasak akak agak berkurang... sebabnya akak yang agak keberatan untuk menerima tempahan... biarlah segala kecelaruan yang berlaku pada awal tahun ni berkurangan dulu, barulah akak bersedia untuk menerima tempahan... bukanlah merajuk... tapi banyak sangat insiden yang berlaku awal2 tahun ni yang pada awalnya menyebabkan kecelaruan fikiran... terasa diri seperti melukut apabila terpaksa menumpang di sekolah orang, ditambah lagi dengan karenah pihak pengurusan yang pada awalnya menyebabkan jiwa agak kacau... tapi... Alhamdulillah.... setelah dipujuk hati untuk reda atas segala ketentuanNya... akak jadi semakin tenang... bibir dah boleh mengukir senyum... itulah hikmahnya... segala ujian yang berlaku menjadikan kita semakin dekat denganNya seandainya itu yang kita mahu.
Akak sedar, tak perlu nak membebankan fikiran dengan cara memprotes kerana akhirnya kita sendiri yang tertekan... tak tahu sama ada betul ataupun tidak pada pendapat akak... Seandainya kita reda atas segala ketentuanNya, kita akan menjadi umatNya yang paling bahagia dan tenang. Alhamdulillah, suami pun jenis yang tak suka merumitkan keadaan.. sentiasa memberi nasihat supaya jangan merungut bila ada masalah tidak menyiram minyak pada api yang sedang membakar...
Sejak cuti akhir tahun yang lepas, akak kembali berminat dengan hobi lama... hehehe...gila membaca novel... tambah2 pulak sekarang ni banyak pula drama-drama di tv yang diadaptasikan daripada novel-novel di pasaran... jadi masa yang terluang, walaupun sedikit akan dipenuhi dengan hobi ini lah... seingat akak, dulu akak rajin membeli novel ni masa along baru berumur 3 bulan.... masa tu along ditinggalkan di Alor Setar... setiap minggu akak akan balik ke Alor Setar dan pada setiap minggu itulah akak akan membeli novel untuk dibaca di Puduraya.... tapi bayangkanlah Puduraya pada ketika itu... kalau sekarang... mesti selesa kan... itu kenangan lebih kurang 17 tahun dulu dan esok... along akan menyambut hari lahirnya yang ke-17. Jadi sekarang... novel-novel yang ada dah boleh dibuat library....

P/S : Untuk along... selamat ulang tahun sayang.... ibu doakan along menginjak usia remaja menjadi anak yang bertanggungjawab... menjadi abang yang boleh dijadikan contoh... ibu doakan along membesar berjaya di dunia dan akhirat... kasih sayang dan doa ibu dan abah akan sentiasa mengiringi setiap jejak langkah along... semoga along berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang akan diduduki pada tahun ini...Insya-Allah

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...