Saturday, May 14, 2011

Kek Ais Krim dan Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum semua...

N3 sebelum masuk tidur, sebenarnya nak cuba try...blogger ni dah ok ke tak...terbukti dah ok lah ye....upload gambar pun kejap jer....Sebenarnya kak antan baru balik dari rumah Kak Ani, baby sitter anak-anak akak. Dia buat makan-makan malam ni sempena sambutan hari jadi anak bongsunya dan sambutan hari ibu...
 Jadi inilah kek ais krim untuk Abby anak bongsunya yang menyambut hari jadi yang ke-15. Kek ni diode dari Baskin Robin....memang sedap...tapi bagi akak tak berapa sesuai bagi golongan yang berumur, bagi budak2 oklah.....sebabnya manis sesangat.....
Ini pulak untuk ibu-ibu, Blueberry Cheese Cake, rasanya Kak Ani ode dari Secret Recipe.

Thursday, May 12, 2011

Tempahan Cream Puff lagi

Assalamualaikum semua...

Cream Puff yang sememangnya mendapat sambutan, hari ni akak bawa 60 biji ke sekolah..
10 biji ditempah oleh Nik Arina, 20 biji oleh Huda dan 30 biji oleh Nor Azmar...terima kasih semua...

Wednesday, May 11, 2011

Tempahan untuk makan-makan hari ini...


Assalamualaikum semua....

Kak antan masukkan n3 tentang tempahan untuk hari ni...hari ni kami adakan pot luck sebab salah seorang guru kat sekolah kak antan akan mula bersara Sabtu nanti. Jadi inilah tempahan yang membuatkan akak betul2 sibuk semalam...
60 biji krim puff yang ditempah oleh Puan Choong...nak resepi klik sini...cuma untuk intinya akak gunakan instant kastard.... 250 gm instant kastad + 700 ml susu, pukul hingga sebati...
Koleh kacang ditempah oleh Zawiyah... juga nak resepi klik sini...
Roti jala bersama kari ayam...kari ayam tak sempat posing...ini kali pertama akak ambik tempahan untuk roti jala, sebelum ni tak berani...roti jala ni ditempah oleh Puan Mallika n the gang...resepinya yang akak boleh bagi tahu 1 kg tepung + 3 biji telur, sedikit garam...airnya susah akak nak bagi sukatan sebab akak tak sukat...acuannya...akak tak pakai acuan biasa tu..akak pakai acuan tradisi keluarga..hehehe...ada sesiapa boleh teka...cubalah...nanti n3 bila2 akak bagi tahu...tapi janji jangan ketawa tau...tapi teka lah dulu...

Seri Muka Gula Merah

Assalamualaikum semua....

Baru berkesempatan nak masukkan n3...seri muka ni ditempah oleh Kak Suhaibah kerana suaminya teringin nak makan seri muka gula merah. Kecik? Ye lah, akak bahagi empat sebab Kak Su nak bawa balik dan makan2 kat sekolah....Resepi bahagian pulutnya sama dengan seri muka sebelum ini...klik kat sini
Untuk bahagian atasnya sama dengan bahagian atas talam suji...klik kat sini...
Inilah yang dah siap dibahagi empat...terima kasih Kak Su..harap suami Kak Su berpuas hati....

Monday, May 9, 2011

Setem Kak Syima

Assalamualaikum semua....

Hari ni gantung setem jer kot.....
Setem ni direka khas oleh Kak Syima untuk follower dan pengunjung blognya bersempena Kak Syima yang akan menyambut ulangtahun kedua blognya pada 11 Mei nanti....Tahniah ye Kak Syima, semoga terus aktif berblog....dan semoga persahabatan ini akan terus kukuh....Terima kasih untuk setem yang cantik ni...
Sesiapa yang berkenan bolehlah mendapatkannya di blog kat Syima...tak per tak habis nye... Kak Syima datangkan dalam 3 pilihan warna, tapi akak berkenan yang hijau ni jugak...

Sunday, May 8, 2011

Seri Muka

Assalamualaikum semua...

N3 sebelum masuk tidur hari ni tentang seri muka yang kak antan buat hari ni untuk minum petang tadi
 Sebenarnya resepinya akak ambik dari Myresipi...resepi NanaSham, tapi adalah yang diubahsuai sikit2. Jadi sesiapa yang nak resepi asal boleh klik kat sini ye...
Resepi yang kat bawah ni, yang akak dah ubahsuai sikit2 ye....

Bahan-bahannya
  • 500 gm beras pulut ( akak rendam lebih kurang 3 jam)
  • 400 ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
Untuk lapisan atas
  • 120 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung kastard
  • 220 gm gula pasir halus
  • 4 biji telur gred A
  • 450 ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300 ml air + beberapa helai daun pandan dikisar
Cara-caranya
  1. Toskan beras pulut, dan satukan dengan santan, garam dan minyak. Ratakan dan kukus selama 30 minit.
  2. Bila sudah masak, keluarkan dari loyang dan tekan pulut menggunakan sudu.
  3. Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
  4. Kacau atas api sederhana sehingga pekat atau naik wap.
  5. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit.
  6. Bila sejuk bolehlah dipotong.

Kad Hari Ibu...TQ Yatie dan Kak Noor

Assalamualaikum semua...

Semalam tayang kek hari ibu,malam ni gantung kad hari ibu pulak...
 Terima kasih Yatie @ Sinar Kehidupanku
dan Kak Noorsafone @ Story of Mama. 
Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik, biarpun hanya pada pandangan anak2 kita...InsyaAllah

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...