Tuesday, May 31, 2011

Happy Birthday Angah...

Assalamualaikum semua...

Hari ni 31 Mei, genaplah 13 tahun umur anak kedua akak, angah ataupun nama yang diberi Muhammad Luqman. Sebenarnya ada cerita di sebalik nama yang diberi, tapi tak perlulah dituliskan di sini sebab susah pulak akak nak menyusun ayatnya...
Mengimbau kenangan mengandungkan angah agak besar cabarannya sebab jarak antara along dan angah agak rapat. Tahun 1998 pulak negara kita dilanda fenomena El Nino yang agak teruk hingga menyebabkan negeri Selangor terpaksa dicatu airnya. Akak ingat lagi bila terjaga tengah malam bila terdengar air paip turun akak terpaksa bangun membasuh pinggan mangkuk yang memenuhi sinki dan membasuh kain baju yang di dalam mesin. Sejurus selepas kelahiran angah pulak akak diserang penyakit tekanan darah tinggi secara tiba2, sedangkan semasa mengandungkan dia tak ada pulak. Terpaksa ditahan di wad selama 2 minggu. Namun alhamdulillah, walaupun semasa dilahirkan berat angah hanya 2.18kg, tapi sekarang dialah yang paling besar dalam keluarga. 

Doa ibu, angah akan membesar menjadi anak yang baik, hormat kepada orang tua dan patuh kepada ajaran agama.

Bubur Skoteng

Assalamualaikum semua..

N3 tentang bubur yang dibuat petang semalam. Bila cuti2 sekolah ni bertambah ramai kat rumah ni.
 Inilah bubur skoteng yang dibuat dan dicampur dengan sagu
 Rupa skoteng yang dah kembang, rasanya kenyal2 gitu... Skoteng ni mesti direbus dulu. Masak air hingga mendidih dan masukkan skoteng, tunggu sampai skoteng jernih sepenuhnya..
Untuk yang semalam ni, akak guna 100 gm skoteng, 30 gm sagu, santan pekat 250 ml, air secukupnya dan gula merah secukupnya bersama-sama secubit garam dan tak lupa dua helai daun pandan.

Saturday, May 28, 2011

Selamat Hari Guru dan Selamat Bercuti

Assalamualaikum semua...

N3 pagi2, cuba masukkan awal2 sebab internet kat rumah akak ni ikut suka dia jer nak pejam ke nak celik... tak tau nape.... modem dah nak rosak kot... lampu DSL tu selalu jer berkelip2. Gambar2 kat bawah ni sepanjang sambutan hari guru kat sekolah akak semalam... tak lah dimasukkan semua gambarnya.... 
 muka terkejut jer kan....
 acara berbalas pantun main2 dengan budak2...dua-dua menang...
 masa jamuan kat Equatorial Bangi dengan Kak Tinie
ibu2 semuanya dah kenyang ni....

Selamat bercuti untuk semua rakan pendidik, ibu2 pun bercuti sekejap jugak daripada rutin menyiapkan anak2 ke sekolah kan... akak rasa macam tak cuti jer ni... kelas tambahan on, paper exam banyaknya nak diperiksa, fail2 yang perlu dihantar belum siap... tolong.....ada ke sape2 nak tolong...

Friday, May 27, 2011

Tahniah...

Assalamualaikum semua...

Kek yang dihantar pagi tadi.
 Kek karot yang ditempah oleh Zawiyah untuk anak muridnya...
Bahagian tulisan tetap jugak buruk.. dulu masa darjah satu selalu dah kena pukul tangan dengan cikgu sebab tulisan buruk... tapi masih jgk tak cantik...

Wednesday, May 25, 2011

RVC: Sekadar mencuba untuk birthday seorang rakan...

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang Red Velvet Cake yang akak cuba buat semalam. Sekadar mencuba untuk makan-makan dan meraikan hari lahir seorang rakan guru...
 Inilah rupa kejadiannya, dengan deco yang tak kemas dalam dalam operasi nak menghabiskan strawberi dalam peti sejuk...jadi akak susun je lah kat atas kek tu... nasib baik strawberi tu warnanya merah kan...cuba bayangkan strawberi tu warnanya biru... nak sebut red velvet pun dah macam teragak2 kan...
 Ini masa kat sekolah
 Kek coklat... bukan akak buat
 Jeli kelapa muda..pun bukan akak buat... ini kawan akak si Wan Nazrul yang buat... ramai yang pandai masak kat sekolah akak... jadi sebab itulah akak kata, akak memasak sekadar suka-suka.... untuk menambahkan ilmu di dada. Menu utamanya laksa Penang yang ditempah daripada kawan akak yang lagi pandai memasak, Siti Hajara.
 Inilah orangnya... yang menyambut hari jadinya hari ini... baru masuk 30 tahun.... sebaya akak...oooppps....baca dulu habis-habis...sebaya akak 10 tahun lalu....
 Acara makan beradab... tapi suap strawberi...
Comotnya...lah...sapa lah yang buat kek ni yer....

Akak ambik resepinya daripada blogresepi... nak terjah klik kat sini....

Nanti akak copy paste kan resepinya...akak tak ubah apa2 pun..... tak pandai... n3 kat blog ni pun banyak resepi yang di copy paste, tak de resepi akak sendiri pun....itu tandanya akak ni bukannya pandai... sekadar ingin mencuba dan berkongsi... jadi terima kasihlah banyak2 pada blogger2 yang memang tak kedekut ilmu untuk berkongsi... pasti murah rezeki semuanya...

Red Velvet Cake Recipe
Source: Joyofbaking

·         2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour (I used normal flour)
·         1/2 teaspoon salt
·         2 tablespoons (15 grams) cocoa powder
·         1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
·         1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
·         2 large eggs
·         1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk – see recipe below
2 tablespoons liquid red food coloring (I added to 4 tablespoon)
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda
1 tespoon baking powder (I added this too)
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two – 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 25 – 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the freezer for at least an hour. (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)
Buttermilk Recipe
Add 1 tablespoon of white distilled vinegar, cider vinegar, or lemon juice to 1 cup (240 ml) of milk. Let this mixture stand 5 to 10 minutes before using.
Cream Cheese Frosting
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cup confectioner sugar
Mix everything in a big bowl and whip the cream until stiff peaks formed.
Assemble: With a serrated knife, cut each layer in half, horizontally. You will now have four layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting. Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.
Makes one- 9 inch (23 cm) four layer cake.

P/s : Sapa2 yang nak cuba tu translate sendiri ye....

Tuesday, May 24, 2011

Sambal Bacang

Assalamualaikum semua...

Menu makan malam hari ni..
 Ikan kerapu masak 3 rasa dan sambal bacang
 Resepi campak2 jer... akak pakai sos 3 beradik tu, bawang besar, bawang putih, lada kecik, serai, daun limau, garam dan gula
Sambal bacang dan daun ulam raja... Jom makan...

Kasih dan Harapan

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang blueberry cheesecake yang ditempah oleh Kak Mala, cikgu sekolah akak...
 Kak Mala menempah sebab anaknya nak melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma minggu depan. Kek ni pasti sebagai tanda kasih dan harapan untuk anaknya.
Terima kasih Kak Mala

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...