Monday, June 6, 2011

Balik Mentakab

Assalamualaikum semua...

2 hari tak bersiaran...akak sekeluarga balik ke Mentakab. Bnayk aktiviti yang dijalankan kat sana, walaupun balik 2 hari jer... aktiviti hari Sabtu tak sempat dirakamkan sebab kamera tertinggal.
 Semuanya dapat berkumpul... aktiviti semalam.... bakar lemang...
 kek karot yang dideco semalam untuk anak sedara dari KB. Lenny menyambut birthday yang ke-4 semalam
 Ini pun kek karot untuk Zurena, SIL kak antan yang menyambut anniversarynya yang ke-6, juga semalam....
 cantik tak ayam bakar ni posing...
 inilah birthday girlnya...
 ramai betul pembantu....
 lebih kurang 3.30 petang, kami terpaksa bertolak balik ke Kajang sebab hari ini, awal2 pagi hubby akak nak ke Kota Bharu pulak... tengoklah jalan yang jem tu.. kami sampai lebih kurang pukul 6.45 petang.
 Nasi kerabu yang dimasak SIL akak Zurita yang tinggal di KB


 inilah rupa lemangnya...
sedap.....

Friday, June 3, 2011

Bakso Simple

Assalamualaikum semua...

Menu makan malam hari ni...bakso simple @ kosong. Memang betul2 kosong tak der rencah2nya pun.
 Anak-anak akak memang suka sangat bakso ni, especially meat ball tu...

 Inilah rupa bungkusan meatball yang akak guna, hubby akak belikan, akak pun tak tahu dari mana.Tapi memang sedap..akak pernah beli kat pasaraya tapi tak sedap...
 Resepi bakso akak simple jer... tak taulah betul2 bakso atau bukan

Bahan2nya:

1 paket meatball
1 labu bawang besar yang agak besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai diketuk
2 sudu besar lada hitam
minyak untuk menumis
air secukupnya
( boleh masukkan daging yang direbus bersama air rebusan daging kalau ada)

Blender bawang, halia dan lada hitam
Tumiskan bahan yang diblender hingga wangi dan masukkan serai
Masukkan meatball
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan mereneh seketika
Perasakan dengan garam
Sedia dimakan dengan bihun yang dah dicelur

Akak buatkan sambal kicap,.
Lebih sedap dimakan dengan tauge dan kobis yang dipotong halus.
Ini menus simple sarapan pagi tadi, jemput2 oat dengan kuah kacang...

Selamat Hari Jadi Ibu

Assalamualaikum semua...

Gambar ciskek lagi....
 Kali ni ditempah oleh Encik Fauzi, kawan sepejabat hubby akak, khas untuk birthday isteri tercinta..
Selamat ulang tahun ye...

Thursday, June 2, 2011

Asam pedas ikan pari

Assalamualaikum semua

Menu makan tengah hari hari ni, masih lagi ikan pari... asam pedas ikan pari campur belimbing buluh.
 Resepinya main campak2 jer, mungkin sama jer dengan resepi orang lain. Jom tengok resepinya. Akak masukkan belimbing tu secara kebetulan jer, bila keluar belakang rumah nak ambik serai tadi,nampak belimbing bergayut-gayut terus je lah petik.Terbaca pg tadi Kak Jee dok mencari belimbing buluh, kalau dekat2 boleh hantar...

Bahan-bahannya:

Ikan pari secukupnya
15 tangkai lada kering
1 labu bawang besar sederhana besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
sedikit belacan
air asam jawa
2 batang serai
sedikit belimbing buluh
daun kesum.. ( suka2 sebab daun kesum yang hubby tanam kat belakang rumah dah hidup)

Lada kering, semua bawang, buah keras dan belacan diblender hingga halus dan tumiskan hingga naik bau.
Masukkan serai yang sudah diketuk dan belimbing buluh
Masukkan air asam jawa dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan pari dan tunggu hingga mendidih lagi dan masukkan daun kesum.
Perasakan dengan garam. Siap.... 
 Ini pulak ciskek yang akak siapkan pagi tadi.Kek ni ditempah oleh Kak Nor jiran akak sempena birthday suaminya Cikgu Kamal hari ini. Tahun lepas Kak Nor tempah kek karot, tahun ni beralih rasa ke ciskek pulak

Projek semalam....


Assalamualaikum semua....

Projek yang disiapkan semalam...
 Kek hantaran yang ditempah melalui Sal... tuannya berhajatkan kek fondant biru putih
 Pertama kali membuatnya, tanpa sebarang bimbingan...harap tuan punyanya berpuas hati..
 untuk makan tengah hari semalam... akak masak simple jer... ikan pari bakar cicah air asam
untuk minum petang akak bakarkan kek gula hangus @ kek sarang semut

Wednesday, June 1, 2011

Skoteng

 Assalamualaikum semua...

Seperti yang dijanjikan, inilah dia rupa skoteng.... perhatikan betul2. Katanya diimport dari Indon... akak pun tak tahu sebenarnya. Rasanya kenyal2 gitu... mungkin daripada tepung pulut kot.. macam caca kalau kat sini,cuma skoteng ni bila direbus jadi jernih...
Keseluruhannya putih... tapi di hujungnya ada merah dan hijau....Katanya banyak dijual di Melaka, tapi akak beli kat Yummie Bakery, kat Bandar Baru Bangi jer.... kebetulan jumpa...

Buat ratu hati kami..

Assalamualaikum semua..

n3 pertama untuk bulan Jun ni tentang kek yang dihantar semalam.
 Blueberry cheesecake ni ditempah oleh Encik Mus, kawan sepejabat hubby akak. En. Mus menempah bagi pihak dirinya dan anak-anak sempena birthday isterinya hari ini...
Selamat ulangtahun Kak Ju, harap Kak Ju suka...didoakan Kak Ju terus berbahagia di samping suami dan anak2 tersayang.

P/s : Apa perasaan korang ye... kalau dapat kek dari suami dan anak2 macam ni...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...