Thursday, February 6, 2020

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera..

Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak uruskan blog ibu ni.. tapi tiba-tiba macam tergerak je nak menulis tentang hobi baru ibu ni.. Sebenarnya bukan hobi baru pun, dah lama ibu minat nak ada bunga hydrangea ni, tapi sekarang ni macam bersungguh sikit. Dulu abah dah pernah belikan ibu pokok bunga ni, tapi akhirnya mati tak terjaga, jadi bila ibu minta semula dia memang berat nak belikan. Tapi tak tau lah macam mana dia termakan jgk dengan pujukan ibu, jadi dapatlah jgk sepasu masa kami ke pasar tani.

 Inilah pokoknya... tapi masa mula2 beli tu bunganya belum kembang, bila bunganya dah kembang cam gini.. hati ibu pun berbunga2 jadinya. Masa balik Alor Setar penghujung Disember hari tu, ibu ajak abah ke Gunung Jerai, ibu selalu tengok member2 sebelah Utara update pemandangan kat atas Gunung Jerai, cantik sangat tengok bunga2 Hydrangea ni kat situ..
 Kat atas Gunung Jerai
 Geramnya lahai...
 Cantik kan? 
 Lepas balik dari Gunung Jerai tu mungkin abah pun dah minat kot dengan bunga ni, ibu tak payah dah bersungguh-sungguh nak minta memang dapat pun.. Jadi, ibu dapat lagi 3 pokok dari pasar tani. Siang malam ibu dok tengok bunga tu je lah.. tapi bunga2 yang baru ni macam tak berapa sihat. Ibu pun bertanya pada sifu bunga ni melalui fb, jawapannya hydrangea ibu ni Hydrangea dari tanah tinggi sebab itulah bunganya tak tahan. Bezanya pada daun, katanya daun yang tanah tinggi ni lebih lebar, berkilat dan tebal. Kecewanya ibu saat tu sebab drpd pembacaan ibu pokok dari tanah tinggi memang tak akan berbunga bila di tanah rendah.
Dalam pada kecewa tu, ibu dan abah singgah pula 1 nurseri ni, masuk je terpegun ibu tengok bunga Hydrangea dia yang besar2. Kesilapan ibu, ibu tak tanya pokok tu dari mana, ibu cuma tanya pokok ni tahan panas ke? daun pun bukan jenis yang berkilat macam kat rumah tu. Abah pun dah teruja terus dia belikan ibu 2 pasu tu.. memang berbunga2 hati ibu. tapi bila ditanya selepas tu barulah ibu tau pokok ni pun dari CH. Jadi maknanya bila bunga2 tu semuanya layu, memang tak akan berbunga dah la... Huhuhu.. bila ibu bagi tau abah, abah cakap tu tugas ibu lah nak membungakannya.. Jadi siapa2 yang tau cara nak membungakan pokok Hydrangea dari tanah tinggi ni bagi tau ibu tau.. 

Monday, October 3, 2016

Bisnes

Assalamualaikum semua...

Tengok gambar tak ada kaitan kan dengan tajuk... dah lama akak menyepi, hari ni barulah rajin nak menulis. Malas betul akak ni ye... Sebenarnya semalam ke Bukit Pelindung, konon2nya nak tengok panorama bandar Kuantan... itulah kan bak kata orang sastera hajat di hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. Akak tak pernah panjat Bukit Pelindung ni.. tahun lepas ada jgk sekolah buat aktiviti untuk budak2 memanjat.. tapi akak tak dapt nak ikut sekali, tapi masa tu cikgu2 naik kereta ke atas sebab katanya memang tinggi, jadi semalam bila alami sendiri memang tak daya akak, dah tak da stamina dah. kena sedar diri dah tua. Suami akak cakap tahap ketinggian akan panjat tu hanya suku perjalanan je.. mak ai... nanti kena suruh sekolah buat aktiviti lagilah boleh akak join naik ke puncak dengan kereta... hihi...

Macam tu jugaklah dengan aktiviti memasak akak, dah tak ada kudrat sangat nak melayan tempahan. Sekarang ni terima pun sikit2 je.. seronok tengok kawan2 berniaga, namun apakan daya, memasak untuk makan anak2 pun dah letih. Sekarang ni seronok tengok adik2 aktif berniaga online.. katanya santai2 sambil berbaring... best kan?.. online kat fb je tapi masyuk... alhamdulillah.. tapi setakat ni tak tergerak pulak hati nak berniaga gitu.. kita tumpang seronok je lah tengok adik2 berjaya mencapai target yang dihajati.. teringat dulu2 ada jugak sampai tak tidur malam menyiapkan tempahan, kuat betul masa tu.. cukup bertenaga.. tapi sekarang, lebih suka nak lepak2 layan anak2 bulus. 

Oklah ye.. tak tau dah nak tulis panjang2 hajat di hati nak kacau inti creampuff  untuk minum petang, nanti akak update kat instagram akak je lah, itu je media sosial akak yang aktif sekarang..



P/S : IG akak - yumyadiza

Monday, September 5, 2016

Bertanya Khabar

Assalamualaikum semua,

Dah lama betul tak ke sini, hampir dua tahun lamanya.. nasib baik blog akak ni masih wujud. Malam ni sekadar nak menyapa kalau2 masih ada yang mengingati. Insya-Allah kalau berkesempatan akan cuba diaktifkan semula blog ni walaupun bukan dengan gambar-gambar masakan.

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikm semua....

1 2 3 4 5 6 7 8... erk....8.... ye 8 bulan blog ni ditinggalkan sepi. Apalah yang jadi kat dalam ni ye... Tiba-tiba je semalam rasa teringin nak update... tapi hari ni baru hajat terlaksana. 8 bulan... kalau mengandung dah nak bersalin pun... kalau baby dah merangkak dah kan... itulah dia tahap kemalasannya... apa nak dikata.

Sepanjang 8 bulan pelbagai peristiwa dah terjadi... kita pun dah hampir sampai ke penghujung tahun... anak-anak murid akak yang Tingkatan 3 nya dah selamat menduduki PT3... cuma kertas jawapannya aja yang belum selamat disemak...masih ada lagi tu... yang tingkatan limanya... terus menghitung hari... berapa hari lagi ek?...9 hari... mak ai... itu maknanya along pun lagi 9 hari nak menduduki SPM... mulalah ibunya yang tak senang duduk... September hari tu Ateh ambik UPSR... dah macam2 cerita pulak UPSR tahun ni... dah rezeki Ateh gitu ye... terima je lah..

Aktiviti masak memasak? macam angin sepoi2 bahasa gitu.. tak lah macam dulu... nak kata tak ada langsung tu, kadang-kadang ada lah jugak...cuma kadang-kadang tu yang tak dayanya call pukul 3 nak ambik pukul 7... minta maaflah ye... kudrat akak ni bukanlah sepantas kilat... macam angin sepoi-sepoi bahasa jugak... kena slow and steady... dah tua-tua ni dah tak fokus sangat... kalau kalut-kalut nanti karang kuih-kuihnya ke laut.. ada yang 100gm disukat 200gm nantinya...

Diam tak diam bulan Jun hari tu dah 2 tahun akak tinggal kat Kuantan ni... dah masuk bulan Oktober ni pulak maknanya dah 3 tahun suami akak bertukar ke Kuantan... tak tau lah kali ni berapa lama pulak kami kat sini... cuma harap2nya biarlah lama sikit... sempatlah nak bernafas kat sini... 19hb Oktober baru-baru ni genap 3 tahun mak mertua akak tinggalkan kami, semoga rohnya tenang di sana. Rasa macam baru je lagi... tiba-tiba teringat mak kat Kedah.. semoga mak sihat-sihat ye.. Kedah.. tunggulah insya-Allah bulan 12 nanti kami balik kot... Kedah... malam ni Kedah lawan Pahang kat Stadium Darul Makmur... Helang nak lawan Gajah... sapa nak menang? Tak kisah lah kan sapa-sapapun menang... hasrat hati memanglah nak Kedah menang... tapi kalau Pahang menang pun nak kata apa.. dah Pahang Juara Piala Malaysia tahun lepas kan.. lagipun dah dekat 20 tahun sebilik dengan orang Pahang... hehe... kalaupun Pahang menang... tapi Kedah tetap hebat bagi akak sebab Kedah kan pasukan dari Liga Malaysia je dulu... tapi dah sampai ke semi final... apa-apapun sebelum jantung akak penat macam orang berlari 200m, malam nanti akak akan sibukkan diri dengan tempahan seri muka dan mungkin sibukkan diri dengan kertas jawapan PT3.. .. kalau akak tengok nanti, macam akak pulak yang dok kejar bola...

Sebenarnya mood akak sekarang ni bagai menanti buah yang tak gugur... jadi mood pun down je... dok tunggu bilalah nak dapat kunci rumah yang kami beli 2 tahun lepas.... janjinya bulan Oktober... ini dah nak masuk November dah... kalau boleh tahun depan naklah duduk rumah sendiri... kat rumah sewa ni banyak barang-barang akak yang tak keluar kotak sebab tak de ruang nak letak. Tengok member-member dok tayang roti sarang lebah lah, roti piza lah... teringin jgk nak buat... tapi BM nya ntah kat kotak mana-mana... dah bersusun-susun... sekarang dok pujuk hati.. mungkin ada lah hikmahnya kunci tu lambat... kita manusia hanya merancang kan... tapi perancangan Allah lebih sempurna... Dia yang lebih tahu apa yang baik buat hambanya...

Akak ni kalau jawab karangan PT3 dah terpesong dah ni.. dah lari tajuk... tajuk Salam Maal Hijrah...hehe... jadi di kesempatan ini akak nak mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua.. maafkan segala kesalahan akak... semoga kita semua dapat berhijrah ke kehidupan yang lebih baik dan yang pastinya kita lebih dekat kepadaNya...
Insya-Allah bila rajin akak update lagi ye..... Assalamualaikum...

Tuesday, February 11, 2014

Yasin 7 Mubin


Assalamualaikum semua....
Dah bersarapan?
Pagi ni akak nak menceritakan pengalaman yang dah hampir sepuluh bulan berlaku, sekadar ingin berkongsi dengan pengunjung-pengunjung AB yang semakin sepi.
Tarikh 23 April 2013 pasti akak ingat... kerana kejadian itu berlaku sehari selepas anniversary akak 22 April. Pada 23 April tu handphone akak dicuri... Gelap rasanya seketika, dah la baru guna hp tu lebih kurang 3 bulan. Hilangnya pulak dicuri dalam kelas sendiri. Itulah pelajar-pelajar sekarang, salah cikgu jer yang nampak.... kesalahan diorang...
Selepas disedari, semua pelajar dikumpulkan... spot check diadakan... tapi hampa... perasaan akak... memang sedih.. sebab hp akak semua suami yang belikan... tapi akak reda andai itu dah ditakdirkan bukan rezeki akak. Syukur Alhamdulillah sebab dalam hp tu tak ada gambar-gambar akak yang tidak bertudung, yang banyaknya hanyalah gambar-gambar masakan.
Akak seolah-olah dapat mengagak siapa yang punya angkara, tetapi tidak ada bukti nak sabitkan kesalahan. Pelajar yang disyaki pulak boleh bertanya pada akak..."Cikgu, hp awak hilang di mana"... pelajar Cina kan... itulah cara mereka bertanya.
Sampai rumah terus call suami akak, jadi dia dah call celcom untuk blok dulu talian akak, terus dia buatkan sim card yang baru... nasib baik hp yang lama masih boleh dipakai. Jadi dapatlah akak berhubung dengan kawan-kawan akak, yang kebanyakan nombornya masih ada dalam hp lama.
Shima kawan akak nasihatkan akak baca Yasin 7 Mubin, katanya untuk mengembalikan barang yang hilang. Dia suruh akak google di internet, jadi akak pun mulalah google apa yang dikatakan Yasin 7 Mubin tu. Alhamdulillah... dapatlah jugak akak baca sebanyak 3 kali. Hampir sebulan kejadian tu, badan disiplin yang bertindak pun macam sepi jer... mungkin tak ada bukti yang kukuh, akak cuma reda je andai itu memang bukan rezeki akak. Yang dijumpai hanyalah casing hp itu sahaja yang dimasukkan ke dalam beg salah seorang pelajar lain. Pelajar yang akak syaki pula tiba-tiba bertanya, "Cikgu awak tak report polis ke hp awak hilang"
Jalan terakhir disiasat menggunakan CCTV, tetapi agak sukar sebab tiada CCTV di dalam kelas, yang ada hanyalah di tangga. Memang bila diperhatikan pada rakaman CCTV ada keganjilan pada sikap pelajar yang akak syaki tadi, dan berdasarkan keganjilan itu sahajalah pelajar itu dipanggil dan disiasat. Sebelum itu rakan yang bersama-sama dengannya yang dilihat melalui rakaman CCTV itu dipanggil dulu untuk disiasat.... dan Alhamdulillah kawannya mengaku bersubahat dan memang dialah yang mencuri hp akak. Bila pelajar itu dipanggil, dia memang tidak boleh mengelak lagi, tapi sebab mungkin kes dah agak lama, katanya hp tu kawannya dah hilangkan dan dia berjanji akan membayar balik harga hp akak sebagaimana harga asal. Ibunya dipanggil, tetapi ibunya tidak mahu bertanggungjawab, jadi terpaksa dialah menyelesaikannya sendiri. Dia berjanji pada akak akan membayarnya secara beransur-ansur dan bayarannya dapat diselesaikan hanya selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lepas hasil upah yang diperolehnya dengan bekerja di restoran neneknya dan bantuan bapanya.
Bagi akak itulah berkat bacaan Yasin 7 Mubin yang dibaca. Jadi nasihat akak, seandainya ada kehilangan barangan yang berharga, bacalah Yasin 7 Mubin. Cara untuk membacanya bolehlah lihat DI SINI

Wednesday, January 29, 2014

Rindu.....

Assalamualaikum semua....

Rindunya nak menaip di sini... Sekian lama blog ini menyepi..... hampir 4 bulan... sebabnya seperti biasa... tak perlu nak menyalahkan kerja yang bertimbun-timbun... yang pastinya tentulah MALAS... jadi.. tak perlu nak membangau menyalahkan perkara lain, padahal diri sendiri yang salah.... pucuk pangkalnya diri sendiri...
Tiba-tiba... ketika BW ke blog tertentu untuk mencari pantun dan pepatah... terasa rindu pulak nak update blog ni yang dah lama terpadam daripada rutin seharian... Terasa teringin nak menaip... tapi rasanya mungkin n3 selepas ini bukan tentang masak memasak lagi... sebab apa yang dimasakkan dah dimasukkan ke page fb akak... mungkin kalau ada resepi-resepi yang nak dimasukkan jer barulah dimasukkan di sini.
Aktiviti memasak? Awal-awal tahun ni memang aktiviti memasak akak agak berkurang... sebabnya akak yang agak keberatan untuk menerima tempahan... biarlah segala kecelaruan yang berlaku pada awal tahun ni berkurangan dulu, barulah akak bersedia untuk menerima tempahan... bukanlah merajuk... tapi banyak sangat insiden yang berlaku awal2 tahun ni yang pada awalnya menyebabkan kecelaruan fikiran... terasa diri seperti melukut apabila terpaksa menumpang di sekolah orang, ditambah lagi dengan karenah pihak pengurusan yang pada awalnya menyebabkan jiwa agak kacau... tapi... Alhamdulillah.... setelah dipujuk hati untuk reda atas segala ketentuanNya... akak jadi semakin tenang... bibir dah boleh mengukir senyum... itulah hikmahnya... segala ujian yang berlaku menjadikan kita semakin dekat denganNya seandainya itu yang kita mahu.
Akak sedar, tak perlu nak membebankan fikiran dengan cara memprotes kerana akhirnya kita sendiri yang tertekan... tak tahu sama ada betul ataupun tidak pada pendapat akak... Seandainya kita reda atas segala ketentuanNya, kita akan menjadi umatNya yang paling bahagia dan tenang. Alhamdulillah, suami pun jenis yang tak suka merumitkan keadaan.. sentiasa memberi nasihat supaya jangan merungut bila ada masalah tidak menyiram minyak pada api yang sedang membakar...
Sejak cuti akhir tahun yang lepas, akak kembali berminat dengan hobi lama... hehehe...gila membaca novel... tambah2 pulak sekarang ni banyak pula drama-drama di tv yang diadaptasikan daripada novel-novel di pasaran... jadi masa yang terluang, walaupun sedikit akan dipenuhi dengan hobi ini lah... seingat akak, dulu akak rajin membeli novel ni masa along baru berumur 3 bulan.... masa tu along ditinggalkan di Alor Setar... setiap minggu akak akan balik ke Alor Setar dan pada setiap minggu itulah akak akan membeli novel untuk dibaca di Puduraya.... tapi bayangkanlah Puduraya pada ketika itu... kalau sekarang... mesti selesa kan... itu kenangan lebih kurang 17 tahun dulu dan esok... along akan menyambut hari lahirnya yang ke-17. Jadi sekarang... novel-novel yang ada dah boleh dibuat library....

P/S : Untuk along... selamat ulang tahun sayang.... ibu doakan along menginjak usia remaja menjadi anak yang bertanggungjawab... menjadi abang yang boleh dijadikan contoh... ibu doakan along membesar berjaya di dunia dan akhirat... kasih sayang dan doa ibu dan abah akan sentiasa mengiringi setiap jejak langkah along... semoga along berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang akan diduduki pada tahun ini...Insya-Allah

Sunday, September 1, 2013

Selamat datang September

Assalamualaikum semua...

Dah lama betul rasanya tak menaip di sini... hari cuba juga rajin-rajinkan diri
Hari ni sibuk dengan hari sukan Awan... si bongsu akak ni... 
Sukan Tahunan dia hari ni selepas ditunda sebab jerebu hari tu...
Dipilih sebagai pembawa bendera
Ini tak ada kaitan, cuma nak masukkan maskot rumah merah yang memenangi pertandingan maskot terbaik.
Bersedia untuk acara 4 x 25m
Tak sangka pulak kumpulan Awan dapat tempat pertama
Acara terakhir... Tarik Tali.. kumpulan Awan dapat no 3
Acara penyampaian hadiah...

Sebenarnya akak teringin nak menulis untuk bulan Ogos, tapi sebab kemalasan yang melanda, jadi sampai bulan September baru boleh nak masukkan n3...
Ogos yang berlalu meninggalkan banyak peristiwa... 4hb Ogos Awan menyambut hari jadinya yang ke-6, dah besar anak bongsu ibu... Awan dilahirkan awal 21 hari... tarikh sepatutnya 25 Ogos... tapi alhamdulillah Awan membesar dengan baik..

8 Ogos kita semua sama2 menyambut Aidil Fitri... tahun ini, giliran beraya di Mentakab...tapi sempat juga kami balik ke Alor Setar, walaupun sekejap.

25 Ogos... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk akak menyamnut ulang tahun ke-42 tahun ni... itulah Awan tak nak lahir sama tarikh dengan ibu dia...

31 Ogos semalam satu Malaysia merayakan Hari Kebangsaan... semoga negara Malaysia yang berdaulat ini terus aman makmur...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...