Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Brunch : Nasi Lemak Sambal Sotong

Assalamualaikum semua.....

Sebenarnya hari ni baru nak tayang menu semalam. Nasi lemak ni akak masak semalam. Asalnya nak masak untuk breakfast, dah plan dari malam sebelumnya, tetiba dh tengah malam baru terperasan halia dah habis..jadi terpaksalah tunggu lewat sikit untuk beli halia...
Resepinya sama jer macam nasi lemak orang lain, cuma akak tak gunakan beras basmathi, tapi akak gunakan beras siam cap serindit.. mesti orang Kelantan tahu sangat dengan beras ni... beras ni suami akak beli masa ke KB dulu... tapi adik ipar akak cakap, tak elok sangat makan beras siam ni sebab bahan kimianya banyak sebab itulah beras ni tahan lama...
Selain tu akak masukkan santan cair, halia dan serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula...
Sambal sotong tu pulak, sambal tumis biasa jer... tak de yang istimewanya...
Jadi semalam semuanya kekenyangan makan nasi lemak....

Sunday, January 9, 2011

Lunch : Nasi Goreng Tempoyak

Assalamualaikum semua....
Untuk lunch tengah hari ni, simple je...tengok gambar pun sempoi je, tak de hiasan apa2....kosong je..Sebenarnya malam tadi kak antan tak sedap badan, tiba2 rasa seram sejuk dan bila check suhu badan memang lebih 37' pun...badan terasa lenguh2. Hari ni rasanya dah tak demam, cuma badan je yang masih lenguh2. Kalau ikutkan hati dan badan memang tak nak masak apa2 hari sebab tak larat sangat, tapi hubby pulak kat Langkawi, jadi terpaksalah gagahkan diri memasak untuk anak2. Lagipun dari malam tadi kak antan tak makan nasi, tak de selera. Perut dah terasa sakit sebab dah masuk angin. Anak2 kak antan ni memang suka makan nasi goreng, malam tadi angah tumbuk cili padi buat sambal tempoyak jadi sebab sambal tu masih ada, terhasillah nasi goreng kat atas ni...kalau nak cuba.....

Nasi Goreng Tempoyak
  • Nasi yang dimasak dengan 3 cawan beras( sejukkan dulu ye)
  • 2 sudu besar sambal tempoyak ( tumbuk cili padi dan garam, gaul dengan tempoyak)
  • 3 biji telur
  • segenggam ikan bilis
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 4 batang serai dihiris nipis (betul2 nipis tau)
  • minyak dan garam secukupnya
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan serai, kemudian masukkan ikan bilis
  2. Kemudian masukkan sambal tempoyak
  3. Bila agak garing pecahkan telur
  4. Kemuadian masukkan garam
  5. Bila sudah rata, masukkan nasi dan digaul rata.
Suka tengok anak2 makan, Alhamdulillah...syukur kepada Allah sebab dikurniakan anak2 yang tak memilih bila masuk bab makan....

Saturday, December 4, 2010

Nasi Dagang

Salam pagi Sabtu semua, pagi2 dah berdagang ni. Macam yang cik antan cakap dalam n3 semalam, hari ni tengah hari nak makan kenduri, jadi apa maknanya tu...ye....cik antan tak payahlah penat2 nak masak untuk makan tengah hari...
Balik dari majlis akad nikah semalam teringat pulak beras nasi dagang yang adik ipar cik antan bawa masa dia datang dulu. Cakap pada hubby berhentilah kat kedai nak beli kelapa parut. Jadi malamnya cik antan pun rendamlah beras nasi dagang ni. Tapi gatal pulak tangan cik antan nak menimbang beras nasi dagang ni... cik antan agak sepatutnya sebungkus tu ada lah dalam sekilo, tiba2 bila ditimbang 980gm sahaja. Apa maknanya tu...jadi pada yang berniaga tu ingat2lah rezeki tu kurniaan Allah.
Bangun pagi2 hari mulalah cik antan mengukus nasi dagang ( ni first time masak ni, orang Kedah masak nasi dagang.....) tengok gambar tu...dalam pengukus lagi, dengan wapnya lagi...
Bila dah masak komen drpd QC (hubby cik antanlah..siapa lagi) kurang lemak, kurang garam...tapi....ha...ada tapinya...oklah sebab ni kali pertama buat...jadi lepas ni kalau masak lagi tak cukup rasanya lagi...faham2lah kan. Kuahnya memang tak berapa jadi sebab utamanya santan kurang. Lain kali belajar lagilah ye... Sebelum memasak semalan cik antan ada merujuk resepi nasi dagang daripada MyResepi.com resepi daripada minami133, jadi resepinya lebih2 kurang macam tu lah ye cuma cik antan tukar beras pulut jadi beras nasi dagang dan adalah sukatan yang diubah sikit2. Resepi asal boleh rujuk kat sini, siap dengan resepi kuahnya sekali. Ni resepi yang cik antan buat.
Resepi Nasi Dagang
  • 3 cawan beras wangi + 2 cawan beras nasi dagang ( rasanya lebih baik 4 + 1 )
  • 2 @ 3 cawan santan pekat (agak2 dengan keadaan nasi)
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh halba
  • bawang dan halia secukupnya ( hiris nipis2)
Cara Membuatnya:
  1. Beras dibasuh dan direndam semalaman
  2. Panaskan air sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus hingga naik wap ( petua yang cik antan dapat, pastikan jangan semua lubang pengukus tu tertutup )
  4. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas lain dan gaulkan dengan air atau seeloknya santan cair yang bercampur garam secukupnya sehingga beras kembang.
  5. Kukus kali kedua dan ulang langkah 4 tapi kali ni gaul dengan santan pekat yang bercampur garam secukupnya. Masukkan bawang, halia dan halba.
  6. Kalau ikutkan dah boleh dimakan, tapi cik antan kukus lagi sekali supaya lebih lembut. Jadi terpulanglah...
P/s : Resepi untuk kuahnya lain kali ye.... tak lulus lagi....

Tuesday, November 30, 2010

Apam Tepung Gandum, Ayam Tandoori dan Nasi Hujan Panas

Hari ni cik antan cuba buat apam tepung gandum, jadi inilah hasilnya... masih dalam kukusan....
cik antan ada masalah sikit masa nak keluarkan dari acuan...kena buat kajian sikit ni.... resepi ni cik antan dapat daripada kawan masa di Kuantan dulu. Thanks ye Ayu...boleh kan akak letak kat sini resepinya....


Apam Tepung Gandum

Bahan-bahannya:

1 paket yis mauripan
4 cawan air
11/2 cawan gula
6 cawan tepung gandum

Cara membuatnya:

1. Rendam yis dan air, masukkan gula dan kemudian tepung gandum.
2. Kacau gunakan whisk hingga tidak berketul.
3. Masukkan dalam acuan (separuh acuan)
4. Biarkan selama 30min - 1 jam (kembang sekali ganda)
5. Kukus selama 15-20 minit.
6. Bila sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama-sama kelapa.

pes tandoori...
rakan masak cik antan...Mr. Chefel... cik antan nak gunakan untuk bakar ayam tandoori. Kalau sesiapa yang belum tahu tentang Mr. Chefel ni tanyalah kepada wakil Cosway berdekatan anda...(macam iklan pulak..)
inilah untuk makan malam ni...nasi hujan panas dan ayam tandoori. Resepi nasi hujan panas?
Kat bawah ye....
Resepi Nasi Hujan Panas
Bahan-bahannya:

5 cawan beras(seelok2nya beras Basmathi, tapi cik antan pakai beras wangi)
6 cawan air
1 cawan susu cair(cawan yang sama dengan beras)
2 sudu besar mentega
1 inci halia
3 ulas bawang merah
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
kulit kayu manis
sedikit pewarna
sedikit garam
1 ketul kiub ayam

Cara membuatnya:
1. Basuh beras dan toskan
2. Tumis bawang, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan susu cair
4. Masukkan beras dan masak
5. Bila dah kering titikkan pewarna merah, hijau, kuning
6. Bila dah masak, gembur2kan...

Wednesday, May 19, 2010

Merai Tetamu

Pada hari Isnin lepas suami cik antan telah menjemput bekas rakan-rakan sepejabatnya semasa di Kuantan dulu untuk makan malam di rumah. Jadi cik antan telah menyediakan hidangan yang ringkas ini untuk mereka... Nasi Ayam
Ayam yang siap terhidang

Pada malam kedua cik antan telah menyediakan ayam masak merah dan sayur kobis masak lemak dicampur dengan udang kering. Alhamdulillah, berselera mereka makan.
Ayam Masak Merah

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...