Showing posts with label Puff. Show all posts
Showing posts with label Puff. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Tempahan Hari Ini

Assalamualaikum semua...

Hari masukkan n3 untuk tempahan yang dihantar hari ini...
 Talam Keladi dan Seri Muka tempahan daripada Fira... terima kasih Fira...
dan puff inti kaya... sekali lagi ditempah oleh Kak Zaharah sebab yang ditempah sebelum ni tak cukup kata anak-anaknya...Tq Kak Zaharah...

Thursday, January 12, 2012

Tempahan....sibuk....lupa..

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tempahan untuk minggu ni... kata kawan2 akak, diorang kena tempah untuk sibukkan akak, supaya bila sibuk akak akan lupa sekejap.... ye ke...
 45 pcs cream puff untuk mesyuarat ALK Koperasi
 20 pcs untuk Kak Zaharah, tapi lain dari selalu, Kak Zaharah nak isikan kaya...
 permintaan anak-anaknya
 15 biji pai ayam, juga utk mesyuarat ALK Koperasi
 Lebih inti ayam tu, esoknya akak isikan dalam puff pastry...
20 pcs cp tempahan Kak Zana dan 20 pcs Zawiyah...
Tq semua...
Tapi tefikir...betul ke lupa...

Thursday, July 14, 2011

4 Jam

Assalamualaikum semua.....

Masukkan n3 tentang kek yang ditempah pada hari Selasa lepas. Akak dapat tempahan dalam pukul 3.30 petang. Masa tu akak masih ada kat kedai... kek nak diambil pukul 6 petang... akak minta tangguh sampai pukul 7.00.
 Bayangkan macam mana akak bekerja nak menyiapkan kek ni... kesian pulak kalau tak dipenuhi, kat kawasan akak ni memang ada kedai kek, tapi mungkin lebih selesa dengan yang homemade ni kan...
 Kek ni sebenarnya ditempah oleh cikgu SMK Taman Jasmin... namanya akak lupa... sorry ye...nanti akak tanyakan Kak Nor... ditempah sempena birthday anak saudaranya, yang menolongnya menjaga anaknya. Akhirnya kek ni diambil jam 8.00 malam, bernafaslah sikit akak... anyway terima kasih ye...
 Ini pulak kek coklat yang ditempah oleh Zawiyah dan dihantar tadi....
sebelum di touch up..
 selepas di touch up
120 pcs cream puff kat atas ni pulak ditempah oleh Kak Zihan, yang juga dihantar tadi.... terima kasih semua...

Monday, July 11, 2011

Apple Puff

 Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah dah kenyang pun berbuka hari ni... Untuk berbuka petang tadi akak cuba2 buat epal puff ni... dah lama teringin nak mencuba tapi tak kesampaian sebab sekian lama akak dok mencari kulit puff pastry tu. Rupanya banyak pun kat Tesco, cuma akak kot yang rabun... tak nampak... bila bulan lepas ronda2 kat bahagian sejuk beku tu dan ternampak puff pastry ni, rasa macam nak menjerit nak bagi tau semua orang kata dah jumpa.... punyalah jakunnye kan... orang lain dah lama pun buat.
 Untuk resepi intinya rujuk macam2 blog tapi akhirnya ikut suka sendiri je, ikut apa yang ada...
ternganga-nganga puffnya sebab tak ditekan kuat dengan garfu.
 Tapi sedihnya anak2 tak berapa suka sebab mungkin rasa kulit kayu manis tu... jadi terpaksalah akak habiskan di sekolah esok...harap2 tak timbul kontroversi pulak ye.... orang2 tertentu je yang faham ni... setahu akak tak salah kan masak bagi orang makan... cuma tak boleh lah nak menjamu semua orang kalau bendanya sikit.
Kalau nak resepi inti cara akak, senang jer... resepi orang lain pun sama je sebenarnya...

Apple Puff

Bahan-bahannya
  • 3 biji epal hijau dikupas dan dipotong dadu
  • 1 sudu besar butter
  • 5 sudu makan gula pasir ( ikutkan akak nak masukkan gula perang, tapi xde stok) 4 sudu dah cukup kot, sebab akak rasa agak manis... tadi tak boleh nak rasa
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 paket puff pastry jenama Kawan
Cara2nya
  1. Cairkan butter, dan kemudian masukkan kulit kayu manis
  2. Masukkan epal bersama2 sedikit air dan masukkan gula
  3. Masukkan garam dan masak hingga lembut dan kering
  4. Sudukan ke atas kulit pastry, dan lipat 2, tekan sekelilingnya dengan garfu, torehkan bahagian atasnya dan sapukan telur dan bakar dalam suhu 180' celcius sehingga garing di atasnya


Saturday, July 9, 2011

Krim Puff dan Apam Dot-dot lagi...

Assalamualaikum semua....

Tempahan yang disiapkan hari ini... lepas ni baru boleh nak rehat...
 100 pcs krim puff, ditempah Kak Milah
 apam dot-dot lagi..


kedua-duanya ditempah oleh Ummi... terima kasih semua...

Sunday, June 26, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum semua.....

Layan je lah ye gambar2 cream puff ni... virus M dah menyerang.....
 tempahan untuk hari Jumaat....
 tempahan untuk hari Sabtu.... bersama-sama talam tokyo
terima kasih.....

Sunday, June 19, 2011

Tempahan semalam

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang tempahan semalam.
 Ditempah oleh Kak Rozlina dari SMK Kajang Utama
 60 biji cream puff
Talam Peanut Butter
TQ Kak Rozlina, harap semuanya berpuas hati....

Monday, April 25, 2011

Cream Puff dengan krim kastard

Assalamualaikum semua....

N3 untuk malam ni ialah tentang cream puff yang akak buat petang tadi. Resepinya akak ambik daripada sifu kita, siapa lagi kalau bukan cik Mat Gebu kita. Cream puff CMG ni memang kelas. Akak buat 2 aduanan...liciiiiin. Malamnya akak buat lagi 3 adunan sebab ingat nak bawa ke sekolah esok, hubby pun kata nak bawa ke ofis, anak2 pun cakap nak bawa bekal ke sekolah.
Untuk kali ini resepinya akak link kan aje ye ke blog CMG ye, jadi sesiapa yang nak resepi bolehlah klik kat sini ye...di sini akak c n p kan resepinya...boleh yer Mat...


BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar ( akak tak letak)
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...
Sorry ler, kelabu asap je gambonya...Untuk adunan petang, akak pakai inti CMG, tapi untuk yang malam akak pakai instant custard jer...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...