Showing posts with label Kek Buah Kukus. Show all posts
Showing posts with label Kek Buah Kukus. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Yang Terakhir...

Assalamualaikum semua...

Sebelum bertolak ke Alor Setar, akak masukkan dulu n3 tentang tempahan terakhir sebelum akak sekeluarga berkelana di Kuantan pulak....


 CMC tempahan Kak Endon untuk birthday anaknya Adam...
 Blueberry cheesecake, tempahan cikgu SMK Taman Jasmin 2... sorry tak sempat tanya nama..
 Kek buah kukus dan carrot cake tempahan cikgu2 sekolah akak hari Jumaat lepas..
Yang paling akhir... cream puff tempahan Saleza dan Kartini pada hari Ahad...

Terima kasih semua... sehingga berjumpa lagi...

Saturday, January 29, 2011

Kek Buah Kukus

Assalamualaikum semua....
N3 hari ni tentang kek buah kukus yang kak antan siapkan malam tadi. Pagi tadi kak antan hantar pada tuannya. Kek ni ditempah oleh Kak Ainizam bagi pihak ibunya yang nak menghadiri kenduri besannya. Kira buah tanganlah ni. Gambar kat atas ni, gambar kek terakhir yang baru keluar dari kukusan.
Kak Ainizam tempah 5 biji semuanya....Terima kasih ye Kak Jam. Resepi untuk buat kek ni akak ambik dari blog Chetam. Jadi akak C n P kat sini ye...


KEK BUAH KUKUS
Sumber: Kak Liza

Bahan:
  • 300 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus
  • 4 biji telur gred B
  • 1 1/4 buku mentega 
  • 250 gm buah-buahan campuran( gaulkan dengan sedikit tepung di atas)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 sudu teh cream of tartar
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • sedikit pewarna coklat
  • 1 cawan gula untuk gula hangus

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila, dan pewarna coklat
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata. (hati2 dengan air gula yang panas)
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

Wednesday, November 17, 2010

Tempahan Raya

Kek buah kukus 1kg
1 buku
Kedua-duanya ditempah oleh Kak Jam. TQ Kak Jam...

Tuesday, September 7, 2010

Kek Gula Hangus dan Kek Buah Kukus

Kek-kek ni tempahan Kak Tinie dan Kak Jam untuk beraya.Kak Tinie nak bw balik Kelantan.

2 biji kek buah kukus Kak Jam, sori Kak Jam tersilap langkah... berat sama tapi saiz berbeza...
yang siap untuk dihantar... ingatkan ini tempahan terakhir sebelum raya, rupanya ada lagi yang nak menempah.. mungkin tak sempat cik antan nak uploadkan gambarnya nanti... lepas raya lah ye.....

Saturday, July 24, 2010

Friday, July 23, 2010

Tempahan Kak Zana

sebuku kek buah kukus ni tempahan Kak Zana
2 buku lagi rezeki anak2 murid cik antan

Tuesday, July 20, 2010

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...