Showing posts with label Kelas. Show all posts
Showing posts with label Kelas. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Kelas Lagi....

Assalamualaikum semua....
Dah malam2 ni baru boleh masukkan N3, itupun bukan tentang apa yang dimasak hari ni, tapi tentang aktiviti kak antan hari ni... Pagi2 tadi dah ke sekolah ada satu perjumpaan antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar yang perlu dimasukkan ke kelas intervensi iaitu pelajar yang masih tidak tahu membaca dan menulis. Tapi yang menyedihkan, daripada 67 orang pelajar yang terlibat, hanya 4 keluarga sahaja yang datang..jadi jawabnya lebih ramai guru daripada ibu bapa. Apa nak dikata... siapa yang nak disalahkan... sekolah cuba melaksanakan pelbagai program untuk membantu, tapi kami amat sukar untuk mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
Kak antan balik ke rumah pun dah pukul 1 tengah hari, jadi selepas zohor kak antan terus ke Bangi kerana nak ikut kelas Continental Cake...walaupun kak antan dah pernah mengikuti kelas ni dulu, apa salahnya menambahkan ilmu kan, tambahan pula daripada guru2 yang berbeza, pasti berlainan caranya...kat atas ni kek tiramitsu...
Ini pulak chef Azimah sedang menuang chocolate ganache ke atas kek Banana Bagatelle
Ini pulak kek karot..rupanya akak tak ambil gambar kek yang dah siap di sapu cream frosting...
Inilah rupa kek tiramitsu yang dah siap dipotong...yummy...

Wednesday, February 2, 2011

Kek Lapis...bestnya...

Assalamualaikum semua....
Masih ingat n3 malam tadi? Akak cakap akak join satu aktiviti kan? Ha...inilah aktivitinya, akak join kelas kek lapis....best sangat...tak sangka akak dapat buat kek lapis...jom layan gambar2nya dulu.
ini masa proses mencampurkan warna
Kak Pau @ cikgu mengajar melapis
asam untuk kek lapis masam manis....akak yang melapis kek ni tau....
Yang bertudung coklat tu Kak Murni, dari Lukut N9, yang baju biru tu Kak Rose dari Pontian, dari jauh diorang datang nak berguru dengan Kak Pau, diorang ni boleh dikatakan student tetap...diorang cakap akak rugi sebab baru first time join kelas ni, padahal duduk dekat...Kak Rose tu tengah susah hati sebab ada anaknya yang sedang belajar kat Mesir, kat sana sekarang internet pun break down..tapi malam tadi, akak baca kat fb dia, dia dah dapat hubungi anaknya..alhamdulillah. Yang kat belakang tu, yang bertudung hijau Kak Norjiah dari Kuantan, yang bertudung coklat muda tu Kak Saemah dari KL.
ini kek yang tengah dibakar..
gambar ni blur la pulak...inilah 6 jenis kek yang berjaya kami 7 orang siapkan
saat2 yang paling suspen...bila Kak Pau nak potong kek dan tengok hasil melapis kami tu...
kek lapis lengit
kek lapis prune
kek lapis mocha
kek lapis masam manis...ni akak yang melapis ni...cantik tak...kah3x, ada yang nak muntah tu...jangan muntah sedap kek ni....
kek lapis tembikai...ranumnya tembaikai ni kan....
kek lapis cheese berombak
ha...inilah kami 7 orang yang join kelas tu....model tak berbayar ni....

Jadi pada yang nak join kelas2 Kak Pau, buka laman web Citra Klasik...macam2 ada.....

ok cukup dulu untuk kali ni...banyak kerja nak buat ni, nak kemas rumah, nak buat kek..esok kan nak raya...baju mungkin tak siap...sebab semalam join kelas tu....tak pelah..pakai baju lama....kuang3x....hehehe...nak buat kek sebab esok nak balik mentakab....kemas rumah memang kena kemas tiap2 hari...bala tentera yang menyelerak ramai....misi cuti CNY nak siapkan 2 pasang baju yang dah dipotong sebelum raya puasa hari tu lagi....tapi rasanya misi tak tercapai ni...apa nak buat sibuk...first lady lah katakan.. dalam rumah ni je lah...kat luar tak...takut.... nanti kena saman....

Sunday, January 23, 2011

Kelas

Assalamualaikum semua...
N3 kedua hari ni tentang kelas yang kak antan hadiri petang tadi. Sebelum ni kak antan buat talam selalunya akan mengikut resepi sahaja, biasanya pun resepi daripada rakan2 blogger, tak pernah ikut kelas talam. Niat di hati memang nak sangat masuk kelas, cuma masa biasanya tak mengizinkan. Wah!wah!wah! macamlah sibuk sangat kan...Jadi hari ni, walaupun dalam kepala ni berserabut memikirkan perancangan strategik yang belum siap, pelan taktikal yang belum siap, kak antan redah juga ikut kelas kat rumah Azimah Cooking Class. Dia ajar 3 jenis talam dan satu jenis kuih lompang.
Yang ada warna coklat tu Talam Lamansari, yang hijau kuning tu Lapis Kentang.
Talam Lamansari
Ini Lompang Sagu Harmoni yang baru keluar dari kukusan.Yang dah ready untuk dihidangkan boleh tengok balik gambar yang paling atas. Azimah Cooking Class ni kat Bangi. Rakan2 kak antan di Kajang yang dah lama menceburi bidang ni, mesti dah lama mengikuti kelas Puan Azimah ni, kak antan je lah yang tertinggal, kita ni kan budak baru belajar. Sesiapa yang nak tahu tentang Azimah Cooking Class, bolehlah add beliau kat fb atas nama Azimah Cooking Class.

Sunday, July 25, 2010

Kelas Laksa

Hari ni cik antan ikut kelas laksa di Prima Saujana, Kajang. Jadi cik antan belajar 3 jenis laksa. Laksam Terengganu
Laksa Johor
Laksa Sarawak
ni ketiga2 jenis laksa, cik antan upload jgk kat fb, ramai ler kawan2 cik antan yang terliur. Nanti ye kawan2 bila2 senang cik antan akan praktikkan.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...