Dozen Roses Love Note

Friday, June 1, 2012

Yang Terakhir...

Assalamualaikum semua...

Sebelum bertolak ke Alor Setar, akak masukkan dulu n3 tentang tempahan terakhir sebelum akak sekeluarga berkelana di Kuantan pulak....


 CMC tempahan Kak Endon untuk birthday anaknya Adam...
 Blueberry cheesecake, tempahan cikgu SMK Taman Jasmin 2... sorry tak sempat tanya nama..
 Kek buah kukus dan carrot cake tempahan cikgu2 sekolah akak hari Jumaat lepas..
Yang paling akhir... cream puff tempahan Saleza dan Kartini pada hari Ahad...

Terima kasih semua... sehingga berjumpa lagi...

Tuesday, May 29, 2012

Yang Dah Lama...

Assalamualaikum semua...

Diharapkan semunya sihat-sihat ye... dah lama tak update di sini.... sibuk bercampur dengan malas.... ditambah lagi dengan anak-anak yang dah mula bercuti, jadi ibu nak guna komputer kena mencelah-celah lah ye... 
Mood sekarang gembira sebab akak dah dapat tukar ke Kuantan, cuma mood nak mengemas yang tak datang-datang... nak buat cam mana ye....
 Apam Polkadot yang tak berapa jadi ni ditempah oleh Cikgu Hindun, sehari sebelum hari guru..
Yang selainnya ni semua tempahan untuk hari guru 16hb yang lepas...
 Cupcake tempahan Linda untuk Sofea, anak saudaranya... 
 Cream Puff dan
 CMC, tempahan Kak Jam untuk anaknya...
2 kotak Koleh Kacang ni juga tempahan Cikgu Hindun pada hari guru

Terima kasih semua....

P/S : Izinkan kulepas penatku, untuk sejenak lelap di bahumu.... ( tiba-tiba masuk mood vanilla coklat )

Saturday, May 19, 2012

Alhamdulillah... akhirnya sinar itu muncul juga...

Assalamualaikum semua.....

Hari ini sekadar ingin berkongsi berita gembira yang akak dapat hari ini..
Alhamdulillah... akhirnya permohonan pertukaran akak diluluskan setelah menunggu beberapa bulan. Terima kasih akak ucapkan kepada semua yang mendoakan kelulusan ini.
Sebenarnya perasaan gembira dan sedih berbaur..... biasalah kan.... Gembira memang gembira sebab dapat bersatu kembali dengan keluarga akak,tapi sedih juga bila nak meninggalkan sekolah sini dan mula meneroka kembali ke sekolah baru yang belum tahu di mana.... Walau apapun satu rutin kehidupan yang baru akan bermula lagi dalam hidup akak... semoga semuanya membawa pengalaman baru untuk disimpan sebagai kenangan dan pengajaran nanti.... bila dicongak-congak... sekolah seterusnya mungkin sekolah yang ke-5 dan pengetua yang akan akak temui nanti merupakan pengetua akak yang ke-12.... 
Satu lagi yang memeningkan kepala akak sekarang ialah nak mengemas barang2.... banyaknya.... tak tau dari mana nak mula.....kerja sekolah pun banyak yang perlu diselesaikan sebelum bertukar.... 
1 Jati....
Hati ni tertanya-tanya juga, siapalah yang akan mengambil alih kelas tersebut nanti.... pasti pening kepala dibuatnya... namun apakan daya, itulah hakikat yang perlu diterima apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut... Sesiapa pun yang menerimanya diharapkan redhalah ye... mereka hanyalah anak2 muda yang inginkan perhatian....tetapi perlakuan mereka selalunya mencabar kewibawaan kita sebagai guru. 

Friday, May 18, 2012

Dulu abang sekarang adik...

Assalamualaikum semua...

Hari ni masukkan tempahan untuk hari Isnin lepas. Tempahan daripada Azmar yang juga sedang cuti bersalin... Terpaksalah suaminya datang ambik kat rumah akak.
Kalau dulu Azmar tempah untuk anak lelaki sulungnya... kali ni untk anak keduanya pulak Aimi...
 Untuk Aimi, nak gambar princess...
Ini pulak untuk si abang yang memang suka sangat makan kek... terpaksalah Azmar menempah RVC ni untk si abang sebab takut berebut pulak dengan si adik... Terima kasih Azmar... Azmar tak boleh makan tau...

Thursday, May 17, 2012

Guru Dihormati Murid Disayangi...

Assalamualaikum semua.....

Lama betul tak update blog ni.... malas sangat2... Dah banyak gambar2 terperap kat dalam hp... Pagi ni cuba jugak masukkan satu dulu... kalau rajin, masukkan lagi selepas ni, kalau tak.... tau taulah bila pulak...
Haaa.... baca tajuk kat atas bukan sempena hari guru semalam ye... itu sebenarnya tema yang pengetua minta kami semua amalkan untk bulan Mei....
 Jadi hari ni masukkan gambar kek yang ditempah oleh Mahani minggu lepas. Sebenarnya Mahani sekarang ni sedang cuti bersalin, dia sms akak order kek ni untuk pelajar2 kelasnya yang mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun minggu lepas. Kalau tak silap akak sebelum tu anak2 murid dia ni ke rumah melawat Mahani dan baby....
Yang dalam kotak2 dan bekas plastik tu creampuff yang juga ditempah Mahani untuk cikgu2 yang menolongnya mengambil alih subjek dan kelasnya sepanjang dia bercuti.... jadi betul la kan... guru dihormati, murid disayangi....

Sunday, May 6, 2012

Sekadar Mampu

Assalamualaikum semua....

Sengaja nak masukkan menu tengah hari tadi... kari kepala ikan Jenahak... hari ni suami dengan anak2 ada kat Kajang sebab esok Pahang kan cuti.. jadi esoklah baru diorang balik ke Kuantan. Resepi macam biasa je... rasa2nya semua pandai kot buat kari ikan....
 Selamat menjamu mata...
 Ini pulak kek gula hangus yang dibawa ke sekolah Jumaat lepas
 Tempahan2 pada hari Jumaat. Kek karot tempahan cikgu SMK Taman Jasmin 2.
 Talam Tokyo, Koleh Kacang dan apam dot2, tempahan Cikgu Hindun dari SK Taman Jasmin.
1 buku kek gula hangus tempahan Kak Suhaibah untuk ibu mertuanya... Tempahan yang diterima sekadar mampu untuk disiapkan... maaf ada yang terpaksa ditolak...

Terima kasih semua...

Wednesday, May 2, 2012

Rupa-rupanya....

Assalamualaikum semua....

Lama rasanya tak menulis kat blog ni... biasanya dalam seminggu tu cuba jugak dimasukkan n3, tapi hujung minggu baru ni dah malas nak menyelit dengan anak2... jadi hari ni barulah boleh masukkan n3 yang ada sikit2 ni.....sebenarnya minggu lepas baru akak perasan, rupa2nya along tak pernah merasa koleh kacang... itupun akak perasan bila hari Jumaat lepas akak buatkan koleh kacang tempahan untuk hari Sabtu... macam biasalah kalau Aqil dengan Awan ada, mesti diorang akan berebut yang melekat kat kuali tu... si along pun berebut sama... lepas tu dia cakap, sedaplah ibu, koleh kacang... ibu buatlah along nak makan.... baru akak perasan, selama ni dia tak pernah merasa... jadi kebetulannya hari Isnin dia cuti, sebelum akak ke sekolah tu smpatlah akak kacaukan untuk dia...
 Koleh kacang untuk along....
 Ini pulak Talam Kentang Berlauk yang akak buat untuk jamuan nazir Khamis lepas... penat ooo... walaupun sediakan untuk sepuluh orang makan je... untuk pagi, talam, krim puff dan bihun....
 Chicken pie ni bersama2 dengan kek gula hangus untuk minum petang..
 Ini hidangan untuk minum pagi... sempat diambil gambar, hidangan untuk makan tengah hari dah tak sempat, sebab nazir pun dah ada kat bilik tu...kat rumah dah tak ingat sebab dah kalut sangat....
 Persediaan yang dibuat untuk menyambut kedatangan nazir....kami kerja 13 hari beb...minggu lepas..hehehe...penat.... harap2 berbaloi....
 Apa-apapun memang respek pada pengetua cemerlang kami Puan Latifah....
 Doa-doakan ye....kami berjaya...
 Ini pulak krim puf tempahan pada hari Sabtu...
dan koleh kacang tempahan Sabtu inilah yang buatkan along mengidam ni....hehehe...semuanya dah balik...tinggallah kami bertiga kembali... huhuhu...

P/S : Bulan Mei dah menjelma... harap2 membawa khabar gembira nanti... doakan ye rakan2 blogger dan pengunjung yang berkunjung ke sini, semoga akak dan keluarga bersatu kembali....

Sunday, April 22, 2012

Sepanjang Minggu Ini....

Assalamualaikum semua....

Masukkan tempahan untuk sepanjang minggu ini....
 Tempahan Isnin
 Tempahan Rabu
 Tempahan Jumaat
 Tempahan Sabtu
Tempahan Ahad

Terima kasih semua....

Monday, April 16, 2012

Friends Forever...

Assalamualaikum semua....

Pasti ramai yang sedang menjalankan tugas hari ini setelah bercuti 2 hari....Akak masukkan aktiviti akak dengan kawan2 semalam di Precint 11, Putrajaya.
 Sebenarnya menghadiri jemputan untuk sambutan hari jadi anak kawan sekolah akak Nita, tapi yang seronoknya dah jadi macam gathering untuk kami semua... cuma tak puas rasanya nak sembang2. Inilah kawan2 sekolah akak masa di Tingkatan 1 hingga 5. Kami tetap rapat walau hanya sentiasa berhubung di alam maya... 5 tahun membesar bersama2 di asrama menjadikan kami begitu rapat. Sehingga sekarang inilah tempat akak berkongsi masalah. Pasti akan ada yang sudi memberikan nasihat dan kata2 semangat. Akak berharap sangat persahabatan ini akan kekal selamanya. Rasanya kami dah macam saudara walaupun masing2 dah ada keluarga dan kerjaya masing2
 Kek Ais Krim untuk birthday girl
 Aisyah yang menyambut hari jadi ke-11
 Nampak muka Ju'a kat atas tu, sebab semasa kami bergambar tu Ju'a dah balik dengan babynya...
 Nita sedang mengagih2kan kek....
 Zaira yang dah kesejukan....
 Masak kat rumah Nita...
Talam Tokyo....permintaan Huzai...

P/s : Harap2 lepas ni boleh berkumpul lagi.... untuk ibu2 pulak... masak2 dan makan2 macam semalam...

Thursday, April 12, 2012

Yang Mampu...

Assalamualaikum semua....

Sekadar mengupdate blog yang agak lama menyepi......
Nak tulis tentang apa ye.... Ntah.... sekarang semuanya malas.
Tempahan?...
Seboleh2nya ditolak.... badan yang kurang sihat dijadikan alasan
Memang betul tak berapa sihat.... tapi kalau dulu walaupun tak berapa sihat, semangat tetap kuat, segalanya cuba disiapkan.
Memang betul semangatku yang hilang
Semangat yang hilang membuatkan aku sering goyah...
Keyakinan entah ke mana....
Yang mampu dibuat hanya mampu berdoa
Aku perlukan keluargaku untuk kembalikan semangatku
Ya Allah Ya Tuhanku
Ampuni segala dosaku..
Satukan kembali keluargaku
Hanya itu pintaku saat ini....

P/s : Sepi... rindu.... adalah lukisan perasaanku yang tak pernah siap...

Saturday, April 7, 2012

Pengalaman 3 hari

Assalamualaikum semua....

N3 hari ni tentang pengalaman 3 hari akak menghadiri kursus komputer di IPG Teknik Cheras.
 Ahli kumpulan akak selama 3 hari akak menghadiri kursus, Yap, Kak Zu, akak dan Maslina.
Seronok sebenarnya sekali sekala menghadiri kursus ni, sebab dapat kawan baru, mempelajari ilmu baru, lupa sekejap hal2 yang secara rutinnya berlaku di sekolah, tapi yang tak seronoknya.... bila balik ke sekolah,  bertimbun2 kerja nak disiapkan. Sepanjang 3 hari tu kami dibekalkan dengan ilmu wonder share dan wix.com... memang menarik dan rasanya masa 3 hari tu tak cukup....
 Yang tak disangka2 semasa berkursus akak berjumpa dengan bekas anak murid akak dulu, Mazlina... walaupun akak tak mengajar dia, tapi alhamdulillah dia masih ingat pada cikgunya ni... sedangkan semasa tahun 1998 tu akak mengajar di Pandan Jaya hanya 5 bulan lebih je dan dia ketika tu baru tingkatan 1. Terasa sangat diri ni dah tua..hihihi.. cepatnya masa berlalu...
Kalau n3 sebelum ni akak tulis tentang kesesakan yang terpaksa akak hadapi pada hari pertama, ini pulak kesesakan yang akak hadapi pada hari kedua... walaupun akak keluar lebih awal, tengok tu gelap lagi kan... tapi jalan dah sangat sesak... tapi pengalaman akak untuk hari kedua ni berbeza sebab akak tersilap masuk lorong...bagi sesiapa yang pernah melalui Highway Cheras pada sebelah pagi, pasti tahu tentang laluan kontra, tapi akak ni tak tahu... ingatkan masuk lorong tu boleh laju, rupa2nya....huhuhu... akak terbabas sampai ke KL, menggelabah cari jalan untuk berpatah balik ke Cheras, nasib baik masih sampai tepat pada waktunya... betul2 memberi pengalaman pada akak, sebab akak tak pernah memandu dalam Kuala Lumpur, tiba2 kena pusing satu KL untuk berpatah balik.

Tuesday, April 3, 2012

Tak sanggup lagi....

Assalamualaikum semua...

Malam ni terajin pulak nak mengupdate blog yang selalunya hanya diupdate seminggu sekali..
Mulai hari ini dan selama 3 hari akan dipanggil berkursus di IPG Teknik, Cheras.
Surat pangilan akak terima minggu lepas, jadi hari Ahad lepas, kebetulan suami akak balik, sempatlah pergi tinjau2 jalan, dan suami akak memang dah ingatkan, jalan ni biasanya pagi2 'jammed'. Akak ni cuma ingatkan biasa2 je.. tapi pagi tadi, bila akak melalui jalan ni... mak ai.... teruknya.. tak sanggup rasanya nak menempuh untuk 2 hari lagi.... Untuk esok, kena keluar lebih awal, walaupun tadi dah keluar lebih kurang 6.30pagi...
Gambar agak blur sebab diambil sambil memandu.. 
tapi tengoklah lampu merah sepanjang jalan di depan sana.
 Sambil2 memandu tadi terfikir2, macam manalah orang yang terpaksa melalui situasi ni setiap hari....


Monday, April 2, 2012

Secara Tiba-tiba....

Assalamualaikum semua....

Secara tiba-tiba.... macam lagu lah pulak kan... tapi lagu apa ye... akak dah tak ingat tajuknya...
Sebenarnya akak masukkan gambar2 tempahan untuk Jumaat lepas, sebab secara tiba2 je banyak pulak tempahan untuk hari tu... 
 Tempahan Fira
 Tempahan Kak Habsah untuk anaknya
 Tempahan Kak Non
 Tempahan Kak La
 Juga tempahan Kak Habsah untuk anak buahnya
Terima kasih semua... harap semuanya berpuas hati...

P/s : Kembali membina harapan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails