Showing posts with label makan tengah hari. Show all posts
Showing posts with label makan tengah hari. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Brunch : Nasi Lemak Sambal Sotong

Assalamualaikum semua.....

Sebenarnya hari ni baru nak tayang menu semalam. Nasi lemak ni akak masak semalam. Asalnya nak masak untuk breakfast, dah plan dari malam sebelumnya, tetiba dh tengah malam baru terperasan halia dah habis..jadi terpaksalah tunggu lewat sikit untuk beli halia...
Resepinya sama jer macam nasi lemak orang lain, cuma akak tak gunakan beras basmathi, tapi akak gunakan beras siam cap serindit.. mesti orang Kelantan tahu sangat dengan beras ni... beras ni suami akak beli masa ke KB dulu... tapi adik ipar akak cakap, tak elok sangat makan beras siam ni sebab bahan kimianya banyak sebab itulah beras ni tahan lama...
Selain tu akak masukkan santan cair, halia dan serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula...
Sambal sotong tu pulak, sambal tumis biasa jer... tak de yang istimewanya...
Jadi semalam semuanya kekenyangan makan nasi lemak....

Sunday, October 9, 2011

Sambal Terung Telunjuk

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 tentang menu tengah hari semalam. Sambal terung telunjuk... akak panggil terung telunjuk, tak taulah yang lainnya panggil apa.
Resepi ni mengikut Kak Radhiah... ustazah kat sekolah akak.... memang best... pedas....

Bahan-bahannya
  • 10 biji terung telunjuk - dibelah 2
  • 1 keping tempe - potong dadu ( sebenarnya yang ini akak tambah sebab ada stok tempe)
  • Sedikit ikan bilis - ketiga-tiga bahan ni digoreng garing
  • 10 tangkai cili padi - diblender
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris
  2. Bila bawang dan kekuningan masukkan cili padi yang diblender tadi - hati2 pasti bersin...
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  4. Masak hingga kering, bila dah kering masukkan bahan-bahan yang digoreng garing tadi. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan...


Thursday, June 2, 2011

Asam pedas ikan pari

Assalamualaikum semua

Menu makan tengah hari hari ni, masih lagi ikan pari... asam pedas ikan pari campur belimbing buluh.
 Resepinya main campak2 jer, mungkin sama jer dengan resepi orang lain. Jom tengok resepinya. Akak masukkan belimbing tu secara kebetulan jer, bila keluar belakang rumah nak ambik serai tadi,nampak belimbing bergayut-gayut terus je lah petik.Terbaca pg tadi Kak Jee dok mencari belimbing buluh, kalau dekat2 boleh hantar...

Bahan-bahannya:

Ikan pari secukupnya
15 tangkai lada kering
1 labu bawang besar sederhana besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
sedikit belacan
air asam jawa
2 batang serai
sedikit belimbing buluh
daun kesum.. ( suka2 sebab daun kesum yang hubby tanam kat belakang rumah dah hidup)

Lada kering, semua bawang, buah keras dan belacan diblender hingga halus dan tumiskan hingga naik bau.
Masukkan serai yang sudah diketuk dan belimbing buluh
Masukkan air asam jawa dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan pari dan tunggu hingga mendidih lagi dan masukkan daun kesum.
Perasakan dengan garam. Siap.... 
 Ini pulak ciskek yang akak siapkan pagi tadi.Kek ni ditempah oleh Kak Nor jiran akak sempena birthday suaminya Cikgu Kamal hari ini. Tahun lepas Kak Nor tempah kek karot, tahun ni beralih rasa ke ciskek pulak

Projek semalam....


Assalamualaikum semua....

Projek yang disiapkan semalam...
 Kek hantaran yang ditempah melalui Sal... tuannya berhajatkan kek fondant biru putih
 Pertama kali membuatnya, tanpa sebarang bimbingan...harap tuan punyanya berpuas hati..
 untuk makan tengah hari semalam... akak masak simple jer... ikan pari bakar cicah air asam
untuk minum petang akak bakarkan kek gula hangus @ kek sarang semut

Sunday, March 27, 2011

Gulai Lemak Ketam

Assalamualaikum semua....

Baru nak masukkan n3, sebenarnya ni apa yang dimasak semalam, Gulai Lemak Ketam campur nenas..sedapnya... akak guna serbuk kari masak lemak cap o. Tak tahulah kat sini orang panggil gulai atau kari, kalau kat Kedah memang kami panggil gulai lemak. Kak antan ingat lagi, kalau kecik2 dulu mak kak antan masak gulai lemak ni pakai rempah gulai lemak cap tarbus. Sekarang rempah tu masih ada, cuma pasarannya tak sampai ke sini. Kak antan kalau balik Alor Setar selalu jugak beli buat bekalan. Tapi sekarang nasib baik ada cap O ni. Ini pun rempah yang dipakai sejak dulu di Kedah. Sebenarnya pemilik syarikat Olah Enterprise ni cikgu kat sekolah kak antan dulu, cikgu Nordin, dia gunakan nama isterinya Olah. Rempah ni akak jumpa kat Tesco, terus beli....
Sebenarnya resepi yang akak guna, resepi main campak2 je....

Bahan-bahannya

  • 3 ekor ketam
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • santan secukupnya
  • Nenas secukupnya (jika suka)
Cara memasaknya

  1. Bawang merah dan putih ditumbuk dan dibancuh dengan serbuk kari.
  2. Masukkan dalam periuk, tambah sedikit air dan dimasak sehingga kering air.
  3. Masukkan santan dan kemudian masukkan ketam.
  4. Masukkan nenas, garam dan biarkan sehingga mendidih dan masak.
* Tumis atas darat
tak tahu orang kat sini panggil apa
Beberapa ulas bawang merah dimayang.
Tumiskan dalam minyak (agak-agak) beserta daun kari.
Bila garing, tuangkan ke dalam kuah gulai tadi, kacau dan tutup sebentar.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...