Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Cameron Highland lagi.....

Assalamualaikum semua...

Seperti yang dijanjikan, akak masukkan pulak gambar-gambar di Cameron Highland masa kami melawat ladang strawberi, anggur, kektus dan macam2 lagilah.. Masalahnya akak lupa pulak nama ladang ni dan minta maaflah kerana mutu gambar kurang memuaskan... jadi layan je lah gambar2 ye...












Pendapat akak, Cameron Highland memang satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi dan sangat sesuai untuk menenangkan fikiran...
^
^
^
P/S : Sunyi, sepi, sayu dan pilu bersatu.... dan itulah AKU... sabarlah wahai hati.... 

Tuesday, December 27, 2011

Cameron Highland : Ladang Teh

Assalamualaikum semua....

Hari ni akak masukkan gambar2 masa akak dan family ke Cameron Highland 16 dan 17 Disember lepas.
Sebenarnya kami bukanlah bercuti secara mutlaknya... hanya mengikut suami yang ada mesyuarat kat situ...

Pemandangan masa berhenti kat ladang teh Bharat




Ini pulak pemandangan daripada hotel tempat akak dan keluarga tinggal Heritage Hotel
Pemandangan Banjaran Titiwangsa..
Nanti akak masukkan pulak gambar2 masa tgk pokok2 kat sana...

Wednesday, November 23, 2011

Ke Port Dickson

Assalamualaikum semua...

Isnin baru2 ni, akak dan anak2 ikut suami yang berkursus di PD. Walaupun dua hari satu malam jer, tapi cukuplah untuk membuatkan anak-anak bergembira.
 Suka sangat anak2 akak bila dapat mandi kat kolam, terutama yang kecik2 tu..
 along
 angah
 ateh
 Aqil@acik
 Awan
 Pemandangan sebelah petang di pantai PD
 Pemandangan dari bilik 702 Corus Paradise Resot



Sejurus sebelum bergerak pulang...

Wednesday, June 29, 2011

Orang lain dah lama...

Assalamualaikum semua....

Susah betul nak upload gambar dua tiga hari ni.... lambat bebenor.... dah tu dia macam hang jer....
Asalnya nak masukkan 3 keping gambar.... last2nya dah fed up 2 pun cukup lah....
Orang lain dah lama kan buat stampku ni, akak baru dapat. Itupun pesan dengan orang sebab masa wakil Pos Malaysia datang sekolah akak, akak kebetulannya ada bengkel kat luar.... dah le tak ada gambar yang menarik. Eloknya buatlah gambar satu family kan... tapi tak de yang sesuai....
Ada gambar diorang bertiga jer.... mau kecik hati angah dengan Aqil... tapi apakan daya.... dah ajak hubby akak ambik gambar satu family sebab hajat hati nak tempah lagi stamp ni.... buat kenang-kenangan setem sendiri kan.....

Sunday, June 12, 2011

RVC lagi...untuk yang tersayang..

Assalamualaikum semua....

Hari ini 12hb Jun merupakan hari ulangtahun kelahiran hubby kak antan yang ke-41....Selamat Hari Jadi Abang... didoakan semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki oleh Allah dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
 Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang baik dan abah yang penyayang untuk anak-anak kita. Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan.
Selamat Hari Jadi sekali lagi untuk abang dan ketahuilah kami semua sayangkan abang....

Monday, June 6, 2011

Balik Mentakab

Assalamualaikum semua...

2 hari tak bersiaran...akak sekeluarga balik ke Mentakab. Bnayk aktiviti yang dijalankan kat sana, walaupun balik 2 hari jer... aktiviti hari Sabtu tak sempat dirakamkan sebab kamera tertinggal.
 Semuanya dapat berkumpul... aktiviti semalam.... bakar lemang...
 kek karot yang dideco semalam untuk anak sedara dari KB. Lenny menyambut birthday yang ke-4 semalam
 Ini pun kek karot untuk Zurena, SIL kak antan yang menyambut anniversarynya yang ke-6, juga semalam....
 cantik tak ayam bakar ni posing...
 inilah birthday girlnya...
 ramai betul pembantu....
 lebih kurang 3.30 petang, kami terpaksa bertolak balik ke Kajang sebab hari ini, awal2 pagi hubby akak nak ke Kota Bharu pulak... tengoklah jalan yang jem tu.. kami sampai lebih kurang pukul 6.45 petang.
 Nasi kerabu yang dimasak SIL akak Zurita yang tinggal di KB


 inilah rupa lemangnya...
sedap.....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...