- Kulit popia secukupnya
- 5 biji kentang - akak parut je macam buat inti popia biasa
- Sekeping daging kisar Ramly
- 1 labu bawang besar ( potong dadu )
- 2 pokok daun sup ( hiris )
- Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
Detik demi detik berlalu tanpa mampu diputar kembali. Langkah demi langkah perlu diatur pada perhentian yang sementara ini. Segala suka dan duka, senyum dan tangis pasti berbaur mencipta pengalaman dan lukisan kenangan pada kanvas kehidupan. Blog ini aku jadikan wahana untuk aku berkongsi pengalaman, pendapat dan minat bersama kalian....
Wednesday, October 3, 2012
Popia Kentang
Sunday, August 7, 2011
Lepat Pisang
Tuesday, May 17, 2011
Kuih Kaswi
- 300 gm gula merah
- 240 gm gula pasir
- 450 ml air
- 2 helai daun pandan
- # Semua bahan di atas dimasak atas api sederhana hingga gula larut dan sejukkan
- 190 gm tepung gandum
- 120gm tepung ubi
- 60 gm tepung beras
- 900 ml air
- 3/4 camca besar air kapur
- Satukan bahan di atas, dan satukan dengan bahan A tadi.
- Tapis dan kukus di dalam loyang yang sudah disapu minyak, selama lebih kurang 45 min.
- Bila masak hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur garam.
Wednesday, April 20, 2011
Kuih Tako
- 1 cawan tepung jagung
- 6 cawan air
- 1 cawan air daun pandan
- 2 1/2 senduk gula
- 1 cawan tepung jagung
- 7 cawan santan
- sedikit garam
Sunday, February 13, 2011
Donat
Bahan2nya:Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
- 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
- 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
- 50g Marjerin/butter
- 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
- 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
- 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
- 1 Biji Telur
- 1/2 Sudu Teh Garam
- Gula Halus atau topping kegemaran anda
- 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara Membuatnya:- Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
- Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
- Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
- Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
- Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
- Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
- Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
- Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Thursday, February 10, 2011
Talam Labu
TALAM LABU
Lapisan bawah - [labu ]
1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.
Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau
Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.
Sunday, January 30, 2011
Puteri Ayu

Puteri AyuBahan-bahan ( Yatie dapat 36 ketul, akak dapat 26 ketul )
- 4 biji telor
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil ovalette
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil b. powder
- 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
- perisa pandan, atau perisa kegemaran
Inti Kelapa
- 2 cawan kelapa parut putih
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
- Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
- Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
- Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Tuesday, January 4, 2011
Apam Pisang
Apam Pisang
Bahan-Bahannya
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula perang
4 biji pisang emas, sederhana besar*(kak antan guna 3 biji pisang berangan)
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya
- Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap. Kak antan guna bekas besar, jadi perlu dikukus 30-45 minit.
- Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..
Friday, December 24, 2010
Talam Tokyo
Assalamualaikum...sebelum tidur malam ni cik antan masukkan entri Talam Tokyo ni....Talam Tokyo ni diode oleh jiran cik antan Kak Nor, katanya ada majlis makan2 kat rumah saudaranya. Ni baru keluar pengukus ni...panas2 lagi belum masuk kotak pun lagi. Cik antan kena hantar subuh2 esok sebab esok Kami sekeluarga nak balik Mentakab....Haa.... untuk dibawa balik ke Mentakab cik antan buatkan Seri Muka dan ciskek, tapi entrinya lepas cik antan balik nanti ye...Tungguuuuuu.....(macam biasa resepi kat label Resepi ye....cik antan ni pemalas sikit, sekali lagi terima kasih untuk Maz)
Tuesday, December 21, 2010
Tertunai Hajat di Hati
Tengok...tak cantik rupanya, resepinya main agak2 je... sebab nak buat sikit je kan... jadi, sapa2 yang nak buat kena pandai2 lah ubah suai resepi ni ye....- 400gm tepung beras
- 2 liter air
- 400ml santan pekat
- 2 tongkol jagung
- 6 ulas nangka ( potong dadu )
- 4 biji pisang ( potong nipis )
- 100gm kacang hijau ( direbus )
- 50 gm kacang tanah ( disangai )
- Daun pandan
- Gula pasir secukupnya
- 200gm gula merah ( masak )
- Larut tepung dan air dan kacau di atas api.
- Masukkan santan pekat dan daun pandan, kacau seketika.
- Masukkan gula pasir dan gula merah. Kacau hingga agak pekat.
- Masukkan jagung, nangka, pisang, kacang tanah dan kacang hijau.
- Kacau hingga betul2 masak.
- Sejukkan dan bolehlah dipotong.
Thursday, December 16, 2010
Puding Jagung Berkrim
Seronok tengok anak-anak makan. Puding jagung berkrim...... cik antan yang bagi nama tu, resepi ni cik antan dapat daripada Kak Munirah, kawan cik antan, harap-harap Kak Muni tak marah cik antan kongsikan resepi dia kat sini. Jangan marah ye Kak Muni, semoga rezeki Kak Muni bertambah-tambah lepas ni.
Puding Jagung BerkrimBahan-bahannya:
- 1 kotak fresh milk ( 1 liter )
- 1 kotak whipping cream ( 200ml @ 250ml )
- 1 cawan tepung kastard
- 1 tin jagung krim
- 1 cawan gula ( cik antan kurangkan jadi 1/2 cawan)
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan dalam periuk.
- Kacau atas api sederhana hingga pekat, mendidih dan masak.
- Tuang dalam cawan2 kecil ( puding ni lembik, tak boleh dipotong, jadi kena masukkan dalam bekas2 kecil )
Monday, December 13, 2010
Terima Kasih Nazuha
Saturday, December 11, 2010
Talam Suji dan Nasi Goreng Kuali
- 180g tepung suji
- 450 ml air
- 200g gula pasir
- 2 biji telur
- 200 ml santan
- 250 ml air
- pewarna kuning
- Rendam Bahan A selama 1/2 jam
- Satukan Bahan B, kacau rata dan tapis dalam A
- Kacau atas api sederhana hingga naik wap.
- Kukus selama 25 minit.
Bahan A
- 265 gm gula merah ( tu je yang ada malam tu, tapi cik antan rasa ok je )
- 60 gm gula pasir
- 500 ml air
- 150 gm tepung gandum
- 4 biji telur
- 250 ml santan
- 1/2 sdt garam
- 1 sdt chocolate emulco ( optional)
- Rendam A untuk hancurkan gula
- Satukan Bahan B, kacau rata
- Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis.
- Kacau atas api sederhana hingga naik wap
- Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus 30 mint. ( cakar2 sikit permukaan lapisan bawah tu...)
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah dan Tepung Talam
Pesan seorang rakan jangan lupa baca doa akhir tahun...baca 3 kali pada akhir waktu asar dan baca doa awal tahun 3 kali selepas sembahyang maghrib. Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita pada tahun ini dan syaitan tidak akan mengganggu kita pada tahun yang bakal menjelang..
Ni untuk minum petang ni, kuih Tepung Talam. Resepinya cik antan ambik daripada Buku Aneka Minuman Petang terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Nak ambil gambar kulitnya pun dah tak de kulit ( punyalah merujuk...tapi hari ni je lah baru menjadi kuihnya..) kuihnya sedap tetapi agak lembik bahagian bawahnya, tapi sebenarnya cik antan suka cuma mungkin sukar sikit nak memotongnya. Satu lagi sepatutnya cik antan pakai loyang yang kecik sikit, tapi cik antan pakai loyang 10 x 10" itu yang nipis je kuihnya.... Jom layan resepiResepi Tepung Talam
Bahan-bahan Lapis Bawah
- 300gm gula merah + 500 ml air ( dimasak hingga larut)
- 150gm tepung gandum
- 50 gm tepung beras
- 25 gm tepung jagung
- 25 gm tepung kastard
- 700 ml air suam ( rasanya kena kurangkan )
- 1 sudu teh air kapur
Bahan-bahan Lapis Atas
- 600 ml santan - 1 biji kelapa
- 130 gm tepung beras
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
Cara Membuatnya :
- Satukan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap.
- Tuang ke dalam loyang dan kukus 25 minit.
- Satukan semua lapisan atas dan masakkan atas api sederhana hingga naik wap.
- Garis-gariskan permukaan lapisan bawah tadi. Tuangkan lapisan atas dan kukus lagi selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
Sunday, December 5, 2010
Abok-abok

isi dalamnya....jom layan resepinya.... senang jer...- 300gm sagu
- 150gm kelapa parut
- 100 gm gula merah
- 1 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya ( cik antan pakai 2 pelepah )
Cara Membuatnya: - Sagu dibersihkan dan direndam 10 minit kemudian ditoskan.
- Gaul sagu dengan kelapa dan garam.
- Sediakan kelongsong, masukkan 1 sudu besar sagu kemudian 1 sudu kecil gula merah dan ditutup dengan 1 sudu besar sagu dan tutup kelongsong.
- (kalau buat kelongsong macam cik antan tu kenalah gunting dulu bagi cantik sikit)
- Dah siap semua, kukus 30 minit.
Sebenarnya hari ni sebelah paginya cik antan sekeluarga pergi menyaksikan pertandingan kucing di PICC. Jom layan gambar-gambar kucing.

tengok telinganya.... kucing ni pemalu sikit...Saturday, December 4, 2010
Puding Roti Sos Kastard
sedap sangat sebab tak manis...
Resepinya cik antan dapat dari MyResipi...resepi maya zakry...maya kata resipi internet, maaflah cik antan tak tau lah asalnya resepi siapa...siapa2 pun yang punya resepi cik antan minta halal ye...Cik antan buat 1 setengah adunan daripada resepi asal jadi jom layan resepinya...- 1 kotak ( 1 liter) fresh milk
- 12 keping roti ( gardenia / apa2 yang sewaktu dgnnya)
Bahan B
- 6 sudu besar gula halus
- 3 sudu besar butter - dicairkan
- 3 biji telur ayam
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung
Bahan C (sos)
- 1 tin susu cair
- 3 sudu besar tepung kastard
- 3 sudu besar gula
Cara-cara Membuatnya:
- Koyak-koyakkan roti dan rendam dalam 750 ml susu segar lebih kurang setengah jam
- Kacau dan gaul rata bahan B dan campurkan dengan bahan A dan dikacau.
- Masukkan dalam loyang dan bakar dalam suhu 180'C selama 45min/sehingga masak. Sejukkan.
- Campurkan Bahan C dan lebihan fresh milk lebih kurang 250ml tadi dan kacau atas api sederhana hingga agak pekat.
- Hidangkan puding bersama-sama sos.
Friday, December 3, 2010
Bihun goreng simple dan Apam Karamel
Kat bawah ni pulak Apam Gula Hangus atau ada yang panggil Apam Karamel, dah lama cik antan tak buat apam ni. Sengaja buat awal untuk minum petang, harap2 apam ni masih wujud sampai ke petang...
Resepi apam ni cik antan dapat daripada mak cik antan, kira turun temurunlah ni...- 5 biji telur ayam
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1 cawan susu cair / santan ( kali ni cik antan pakai susu cair)
- 2 tsp baking soda
Cara membuatnya
- Masak gula dengan api yang perlahan hingga kuning. Masukkan air panas dan kacau(hati-hati dengan wap dan percikan gula yang panas). Sejukkan.
- Pukul telur hingga kembang.
- Masukkan air gula yang telah sejuk ke dalam telur.
- Masukkan susu cair / santan separuh dahulu.
- Masukkan tepung gandum dan kacau satu arah sahaja. Habiskan santan tadi dan kacau hingga tidak berketul.
- Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau hingga masak. Kalau gunakan acuan kecil, masa mengukus boleh dikurangkan.
Tuesday, November 30, 2010
Apam Tepung Gandum, Ayam Tandoori dan Nasi Hujan Panas
masih dalam kukusan....
cik antan ada masalah sikit masa nak keluarkan dari acuan...kena buat kajian sikit ni.... resepi ni cik antan dapat daripada kawan masa di Kuantan dulu. Thanks ye Ayu...boleh kan akak letak kat sini resepinya....Apam Tepung Gandum
Bahan-bahannya:
1 paket yis mauripan
4 cawan air
11/2 cawan gula
6 cawan tepung gandum
Cara membuatnya:
1. Rendam yis dan air, masukkan gula dan kemudian tepung gandum.
2. Kacau gunakan whisk hingga tidak berketul.
3. Masukkan dalam acuan (separuh acuan)
4. Biarkan selama 30min - 1 jam (kembang sekali ganda)
5. Kukus selama 15-20 minit.
6. Bila sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama-sama kelapa.
pes tandoori...
rakan masak cik antan...Mr. Chefel... cik antan nak gunakan untuk bakar ayam tandoori. Kalau sesiapa yang belum tahu tentang Mr. Chefel ni tanyalah kepada wakil Cosway berdekatan anda...(macam iklan pulak..)5 cawan beras(seelok2nya beras Basmathi, tapi cik antan pakai beras wangi)
Cara membuatnya:
Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea
Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...
-
Assalamualaikum semua... Tengok gambar tak ada kaitan kan dengan tajuk... dah lama akak menyepi, hari ni barulah rajin nak menulis. M...
-
Assalamualaikum semua... Baru balik dari sekolah ni sebab ada sukantara. Jadi hari ni memang tak ada n3 masak-memasaklah nampak gayanya. Ha...
-
Assalamualaikum semua..... Hari ini sekadar ingin berkongsi berita gembira yang akak dapat hari ini.. Alhamdulillah... akhirnya per...








