Dozen Roses Love Note

Thursday, February 10, 2011

Talam Labu

Assalamualaikum semua...
Tengoklah kuih kat bawah tu...semangat orang Kedah ni...Hijau Kuning.
Sebenarnya kak antan buat talam labu tadi, stok labu banyak kat rumah. Lembut je talam labu ni, kak antan ikut resepi Kak Hanieliza. Jadi resipinya boleh tengok kat sini...
Resepinya kak antan c n p kat bawah ni ye....

TALAM LABU

Lapisan bawah - [labu ]

1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

2 comments:

  1. Assalam kak Antan sedapnya kuih talam ni kak..terliur lak saya mlm2 ni...nampak kemas jer akak buat ni...nanti nk cari labu buat jugalah...hehe

    ReplyDelete
  2. salam.. wahhh sedapnya sis
    posto posto.... hu3

    konsert Maher Zain pergi ker 28 feb nih?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails