Dozen Roses Love Note

Tuesday, February 1, 2011

Ikan ala-ala stim lagi....

Assalamualaikum semua....
Hari ni baru masukkan n3, semalam masak simple2 je....anak2 semua tak sihat, hubby kak antan yang demam 2 minggu lepas pun tak berapa nak sihat lagi, Aqil pun demam, sakit tekak, semalam Awan pun dah mula panas badan, ateh dengan angah dok merungut sakit dan pening kepala...tinggal ibunya aje....walaupun semalam kepala berdenyut2 jugak tapi terpaksa diamkan diri...kalau semua dah sakit..susah jugak kan...hari ni alhamdulillah, masing2 dah mula aktif, walaupun tak berapa sihat betul. Jadi ikan kat atas ni kak antan masak untuk makan tengah hari tadi, sama macam ikan siakap yang dulu, cuma hari ni akak ganti dengan ikan kerapu....tapi sorilah ye ikan kerapu akak tak pandai posing...buruk je rupanya..tapi hari ni akak tambah belimbing buluh 3 biji. Bila keluar kat belakang rumah tadi nak ambik serai dan daun bawang ternampak belimbing bergayut 3 biji, daripada gugur je nanti petik je lah...itulah tanah ada lah sekangkang kera ( pandai orang dulu2 sukat ye..., itupun sebab tak de duit nak renovate kat belakang tu) bolehlah bercucuk tanam serba sedikit ( banyak yang mampus pun) serai baru nak hidup, kalau selalu dok ambik tu, lama2 mampus lah... pokok bawang ada sepokok...dah habis dah daunnya kena potong tadi...haa....yang banyak kak antan tengok tadi pokok ulam raja...along tabur benih dia dulu...nanti boleh dipetik buat ulam atau kerabu...sedap tu..
Panjang pulak ceritanya ye.... lepas makan tengah hari tadi kak antan join satu aktiviti, nak tahu aktiviti apa kena tunggu n3 selepas ni lah, sama ada malam ni kalau rajin atau esok... itu pun tak tau lah gambar ok ke tak, kak antan lupa bawa kamera, pakai hp je...jadi kalau nak tahu tunguuuuu. Wassalam....jumpa lagi...

3 comments:

  1. assalam kak, alahai siannya semua tak sihat tu...semoga cepat baik yer...bestkan boleh tanam mcm2 kat umah akak tu mcm kat umah mak saya kat kg la...mcm2 mak saya tanam nk guna petik jer kat luar tu.btw saya suka ikan kukus2 mcm ni kak...senang dan bagus utk kesihatan.

    ReplyDelete
  2. Hajat hati memang nak tanam macam2 Nieza, tapi masa tak berapa ada nak menjaga...

    ReplyDelete
  3. salam...
    ya la skrg nie memang musim la akak.....
    jgn lupa makan ubat nooo......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails