Showing posts with label Minum petang. Show all posts
Showing posts with label Minum petang. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Popia Kentang

Assalamualaikum semua...
Tetiba jer hari ni terajin nak masukkan n3 tentang popia ni... Sebenarnya dah tayang pun gambar popia ni minggu lepas kot.... saja je hari ni nak masukkan resepi, walaupun orang lain semua dah tahu... Popia ni akak buat Ahad dua minggu lepas, masa akak buat tu husband akak tak ada, akak ada mms gambar kat dia, tapi dia tak terima katanya... akak ada jugak simpan sikit, frozen kan untuk dia rasa... jadi minggu lepas, akak gorengkan sebelum dia pergi kerja... sebab tak sempat makan, dia bawa ke pejabat jer... bila petang tu akak nak tanya jgk... bukan apa... takut dia lupa makan.... tak sempat akak tanya dia cakap... sedap lah popia tadi... beli kat mana?...Terus akak cakap... amboi.... under istimate ibu ye!.... (dalam hati seronok jugak sebab kena puji.. .. hihiihii... mok cik perasan) Macam akak tulis dulu lah, akak ni tak pernah buat popia... itu yang semuanya macam tak konfiden aje dengan popia tu...oops.. tak konfiden dengan akak... daripada anak sampai ke bapaknya. Resepinya biasa2 jer.. mungkin orang lain buat lagi sedap kot... tapi pada yang ingin mencuba, boleh lah mencuba...

Popia Kentang

Bahan-bahannya
  • Kulit popia secukupnya
  • 5 biji kentang - akak parut je macam buat inti popia biasa
  • Sekeping daging kisar Ramly
  • 1 labu bawang besar ( potong dadu )
  • 2 pokok daun sup ( hiris )
  • Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
Cara-caranya

Tumiskan bawang besar hingga layu
Masukkan daging kisar dan biarkan betul2 masak.. kalau tak suka daging boleh jer ganti dengan ayam
Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kentang.... masak hingga betul-betul masak
Masukkan daun sup dan garam secukupnya...
Kemudian bolehlah digulungkan dalam kulit popia gamkan hujungnya dengan telur dan bolehlah digoreng

Monday, September 24, 2012

Tiba-tiba saham menjulang tinggi...... Talam Skoteng

Assalamualaikum semua....
Apa khabar semua... harapan akak dan doa akak semuanya sihat-sihat ye... Bagi suri rumah pasti sedang sibuk ni... membasuh, mengemas dan dah mula fikir-fikir nak masak apa... atau dah fikir dari semalam ye... akak je lah yang lambat ye... rancang2nya nak goreng mi je ari ni....
Sedar tak sedar hari ni dah 24 hb... cepatnya masa berlalu... rasanya macam baru je akak berpindah ke Kuantan ni tup tup dah dekat 4 bulan pun... tapi bila tengok pada n3 kat blog akak, ini baru n3 ke-5 untuk bulan ni... entahlah... sekarang ni malas sangat nak update... kalau awal tahun dulu alasannya sebab tak ada mood berjauhan daripada suami dan 2 orang anak yang kecik tu, tapi sekarang.... sama je... itulah sifat manusia yang suka membangau kan... kesalahan sendiri tak nampak, selalu meletakkan kesalahan tu atas sesuatu. Minggu lepas rasanya tak sibuk sangat, tempahan pun tak banyak akak terima dapatlah berehat sikit, dahlah bersekolah sampai hari Sabtu... itulah dulu nak beraya sangat kan... suami akak pulak seminggu tak ada, dari hari Selasa lepas, petang nanti baru sampai.... balik sekolah petang nanti terpaksalah akak ke airport pulak menjemput dia.... sibuknya memanjang, tapi itulah tugas dia... dah 17 tahun kahwin... dah faham sangat... dah selalu kena tinggal... tak pe.. dia sayangkan akaklah tu kan... 
Panjang pulak akak berceloteh pagi ni ye.. berbalik pasal tajuk kat atas.... saham menjulang tinggi... saham apa ye? Jangan salah faham... bukan saham akak, saham akak tak pernah tinggi pun... maksud akak saham Talam Skoteng kat atas ni... tiba-tiba je sahamnya naik, banyak pulak tempahan untuk talam ni.... sampai stok skoteng kat rumah akak pun habis.... stok tu dibawa dari Kajang.... kat Kuantan ni tak tau nak cari kat mana.... nanti kena tanya blogger2 memasak yang dah lama kat Kuantan ni lah.... nasib baik suami akak selalu meeting kat Putrajaya... haaa... tengok tu, ada hikmahnya kena tinggal kan? bolehlah akak suruh dia ke Bangi, beli skoteng untuk akak.... nasib baik ada....jadi sekarang ni dah ada lah stok skoteng kat rumah akak... sesiapa yang nak mencuba Talam Skoteng ni, nanti akak masukkan resepi ye.... sekarang layan dulu mood akak yang rajin nak menaip ni.... bukan senang mood ni nak datang.
 Talam Skoteng dan Talam Tokyo kat atas ni, tempahan  Su daripada SMK Astana, sekolah akak mengajar dulu, akak tak sempat kenal dengan Su, tapi tempahan ni dibuat selepas dipromosi oleh Fazelina dan Rozlin.... terima kasih ye Faz dan Lin...Tempahan ni diambil tengah hari Jumaat lepas.

1/2 kilo RVC ni pun ditempah oleh Su semalam sempena birthday suami tersayang... terima kasih ye Su.... harap Su berpuas hati..
Ini pulak Talam Keladi... dah lama teringin nak makan... tapi kat Kuantan ni akak tak tau nak cari keladi kat mana, kalau kat Kajang dulu dah tentu akak tuju ke Billion atau pasar... kat Kuantan ni tak pernah lagi akak jejak kaki kat Pasar Kuantan, sebab kat kawasan akak tinggal ni dah ada semuanya....(keladi je tak de) 
Tiba-tiba hari Ahad lepas, masa ke Giant akak terjumpa keladi cina yang kecik2 tu.... tak pe lah kan tak de keladi Malaysia, keladi Cina pun oklah.... jadi hari Sabtu hari tu, bertukarlah keladi cina tu jadi Talam Keladi...oooops... beli keladi hari Ahad... Talam Keladi hari Sabtu.... hehehe... tengoklah tahap kerajinan akak, berapa lama keladi tu terperap kat dalam peti sejuk.... nasib baik keladi tak boleh tumbuh.... 
Ini pulak hidangan untuk minum petang semalam.... Popia Kentang.... si kecik akak Awan, suka sangat makan popia, tapi dia tak sebut popia, dia sebuat kopia.... masa bulan puasa hari tu, macamlah dia puasa.... boleh dikatakan tiap2 hari belikan popia goreng yang disira tu untuk dia... masa akak balik sekolah petang Jumaat tu, dia siap pesan... Ibu.... esok beli kopia.... terfikir jugak kat manalah akak nak cari popia... balik sekolah  petang dah lewat. Hari Sabtu hari tu, balik pukul 5, singgah jugak Pasar Malam kat Jalan Gambut tu... sebab baru pukul 5....batang hidung popia pun akak tak nampak, peniaganya baru letak label... kuali pun dalam van lagi... jadi akak cuma belikan rojak ayam je untuk dia.
Jadi semalam, bawa dia pergi Tunas Manja sebab dah berhajat nak buatkan popia untuk dia... tapi buat popia kentang je sebab akak tengok kentang akak dah bertunas... akak ni jarang sangat-sangat buat popia, dia pun tak pernah tengok akak buat popia. Bila sebelah petangnya akak keluarkan kulit popia, dia siap tanya.... Ibu, ibu pandai ke buat kopia?....
Haa... inilah rupa skoteng... atau dipanggil juga pacar cina... seingat akak, akak dah masukkan gambar skoteng ni dulu.... Jadi untuk sesiapa yang ingin mencuba Talam Skoteng... akak turunkan resepinya kat sini, resepinya tentulah daripada Chef Asma... tapi adalah yang diubah sikit2... nak cipta resepi sendiri belum mampu... ye lah akak ni pun masih lagi belajar masak-memasak ni...

Talam Skoteng

Lapisan Bawah

Bahan A
  • 70 gm skoteng - rebus hingga jernih, lalukan air dan toskan
Bahan B
  • 150 gm tepung beras
  • 250 ml santan pekat
  • 450 ml air
  • 1 sudu besar tepun hoen kwee putih
  • 90 gm gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  1. Bancuh bahan B dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga pekat dan masukkan skoteng yang sudah ditoskan tadi
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit ( saiz loyang 10 x 10 in )
Lapisan Atas
  • 150 gm tepung gandum
  • 190 gm gula pasir
  • 4 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar perisa rose
  1. Bancuh  semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga pekat dan tuangkan ke atas lapisan bawah yang telas dicakar dengan garfu.
  3. Kukus selama 30 minit.


Wednesday, October 26, 2011

Agar-agar Roti

Assalamualaikum semua....

Masukkan n3 pencuci mulut yang dibuat semasa majlis tahlil mak mentua akak Sabtu lepas, masa hari Jumaat akak kukuskan Seri Muka, dan untuk Sabtu akak buatkan Agar-agar Roti ni.
Resepi agar-agar ni sempat suami akak godak2 kat internet tapi bila akak nak link kan tak jumpa pulak... jadi tuan empunya resepi kalau terbaca n3 ni tolong inform akak ye... bukan niat tak nak link kan tapi akak tak jumpa. Jadi jom semak resepi, jadi sesiapa yang tahu ni resepi siapa tolong bagi tahu ye....

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 paket agar-agar (20 gm)
Air secukupnya ( bila dimasukkan dalam periuk tenggelam agar2)
3 sudu besar gula

Bahan B
3 keping roti
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar sunquick
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna kuning dan hijau atau warna yang disukai

Cara-caranya:

Masakkan agar-agar dan air sehingga hancur
Masukkan gula

Roti dicarik-carikkan dan diblender bersama-sama telur, susu cair dan susu pekat.
Kemudian tuangkan ke dalam agar-agar tadi atas api yang perlahan, kacau rata.
Masukkan sunquick dan esen vanilla. Tunggu sehingga masak.
Asingkan dua cawan atau lebih untuk dicampurkan dengan pewarna.
Tuangkan agar-agar ke dalam loyang dan tuangkan 2 bahagian yang berwarna secara berselang seli @ mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba.... agar-agar ni memang sedap sebab terasa susu dan sunquick tu...

Sunday, June 19, 2011

Roti Jala

Assalamualaikum semua....

Harapan akak semuanya sihat jer petang2 Ahad ni... tentu penuh aktiviti hari ni sempena menyambut hari bapa kan... akak sekeluarga tak ke mana2 pun, cuma pagi tadi ke Pasar Borong Selangor kat Serdang tu... walaupun tak der perancangan nak membeli apa2... habis jugak duit bila ke situ....
 Untuk minum petang ni, teringin pulak nak menjala....
Inilah hasilnya...roti jala hijau kuning. Akak minta maaf ye.. kalau roti jala, akak memang tak pandai nak bagi resepi, akak main bancuh je... tepung gandum, air dan telur, juga sedikit garam...kepekatannya agak2 je lah...

Wednesday, June 8, 2011

Puding Tauhu

 Assalamualaikum semua.....

Hari ni tergerak nak buat puding tauhu yang ditayang di rumah Mas dan Izah. Sebelum ni kawan akak dah pernah buat, masa jamuan hari jadi yang akak masukkan n3 baru2 ni, masa yang akak buatkan RVC tu. Ada jugak akak mintak resepi dari si Azmar, lebih kurang je lah dengan resepi Kak Nor ni... terima kasih ye Kak Nor atas resepi puding yang sedap ni. Mohon di c n p ye... Resepi ni dicopy dari rumah Mas-Duniaku
Puding Tauhu



Bahan :

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan

Cara membuat Puding Tauhu :

  1. Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  2. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  4. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  5. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  6. Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.
Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara Membuatnya :
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Tuesday, June 7, 2011

Blueberry Creamcheese Buttercake

 Assalamualaikum semua...

Hari akak bakarkan kek ni, Blueberry Creamcheese Buttercake. Sebenarnya nak menghabiskan baki creamcheese kat dalam peti sejuk. Kebetulan tengok kat rumah Dr. Ina, jadi terus terpikat...
 Comot jer.. sebabnya belum sempat sejuk dah tak sabar2 nak potong. Menurut Kak Ina resepi kek ni diambil dari rumah Yatie dan Yatie pulak dari rumah Kak Jun. Minta izin semua ye di c n p kat sini...

BLUEBERRY CREAMCHEESE BUTTERCAKE



Bahan-Bahan
·                     1 1/2 cawan gula halus
·                     1 sudu teh esen vanilla
·                     150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
·                     2 1/4 cawan tepung naik sendiri
·                     250gm butter
·                     250gm cream cheese
·                     1/3 cawan susu segar
·                     3 biji telur


Cara-Cara
1.                  Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang. (kita guna loyang bulat 9")
2.            Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3.            Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan      susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
4.            Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
5.            Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
6.            Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
7.            Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.


Ini pulak 2 ketul English Cottage Bread yang sekali lagi dibakar hari ini....resepi boleh klik kat sini..

Monday, June 6, 2011

Roti Pondok Inggeris dicampur kentang

Assalamualaikum semua....

Untuk minum petang anak2 hari ni akak cuba bakar roti pondok inggeris ni, ambik resepi dari blog CMG tapi diderhaka sikit ye cik mat, akak tambah kentang lenyek...
inilah rupa kejadiannya...
tekstur dalamnya....
Jom layan resepinya....

English Cottage Bread
( sumber asal : Alex Goh )
( sumber : CMG)

BAHAN-BAHANNYA :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver (akak tak letak)
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
30 gram kentang lenyek ( rebus dan lenyek baru ditimbang)
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*
CARA MEMBUATNYA 
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Tuesday, May 31, 2011

Bubur Skoteng

Assalamualaikum semua..

N3 tentang bubur yang dibuat petang semalam. Bila cuti2 sekolah ni bertambah ramai kat rumah ni.
 Inilah bubur skoteng yang dibuat dan dicampur dengan sagu
 Rupa skoteng yang dah kembang, rasanya kenyal2 gitu... Skoteng ni mesti direbus dulu. Masak air hingga mendidih dan masukkan skoteng, tunggu sampai skoteng jernih sepenuhnya..
Untuk yang semalam ni, akak guna 100 gm skoteng, 30 gm sagu, santan pekat 250 ml, air secukupnya dan gula merah secukupnya bersama-sama secubit garam dan tak lupa dua helai daun pandan.

Sunday, May 22, 2011

Agar-agar Strawberi

Assalamualaikum semua....

Menu untuk minum petang dan merangkap projek nak menghabiskan saki baki susu cair dan strawberi yang ada dalam peti sejuk. Petang-petang yang panas ni sedap makan yang sejuk-sejuk macam ni...
 Agar-agar Strawberi

Bahan-bahannya:

1 paket @ 20gm agar2 strip
5 cawan air
3/4 tin susu cair
1 1/2 senduk gula
1 sudu besar strawberi emulco
strawberi 
 1. Masak agar-agar dan 5 cawan air hingga agar-agar hancur
2. Tapis agar-agar ke dalam periuk lain dan masukkan susu cair
3. Masukkan gula dan strawberi emulco
4. Masukkan strawberi yang dibelah 4
5. Bila dah mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam acuan ikut sendiri punya suka....
6. Sejukkan dan makan..... senang sangat2 kan....
P/s : Lain kali kalau nak buat strawberi tu kena potong kecil atau blender, sebab akak rasa macam masam sangat... berkerut muka makan...

Tuesday, May 17, 2011

Kuih Kaswi


Assalamualaikum semua...

Menu untuk minum petang tadi...rasa teringin sangat nak makan kuih kaswi, jadi godek2 kat MyResipi, jumpa resepi CMG ni...
Gambarnya kelabu asap lah pulak kan... tak pe lah janji kuih kaswinya sedap. Jadi sesiapa yang nak resepi boleh tengok kat sini...Akak buat separuh adunan jer...
Bahan-bahannya
A
  • 300 gm gula merah
  • 240 gm gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • # Semua bahan di atas dimasak atas api sederhana hingga gula larut dan sejukkan
B
  • 190 gm tepung gandum
  • 120gm tepung ubi
  • 60 gm tepung beras
  • 900 ml air
  • 3/4 camca besar air kapur

  • Satukan bahan di atas, dan satukan dengan bahan A tadi.
  • Tapis dan kukus di dalam loyang yang sudah disapu minyak, selama lebih kurang 45 min.
  • Bila masak hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur garam. 


Sunday, May 8, 2011

Seri Muka

Assalamualaikum semua...

N3 sebelum masuk tidur hari ni tentang seri muka yang kak antan buat hari ni untuk minum petang tadi
 Sebenarnya resepinya akak ambik dari Myresipi...resepi NanaSham, tapi adalah yang diubahsuai sikit2. Jadi sesiapa yang nak resepi asal boleh klik kat sini ye...
Resepi yang kat bawah ni, yang akak dah ubahsuai sikit2 ye....

Bahan-bahannya
  • 500 gm beras pulut ( akak rendam lebih kurang 3 jam)
  • 400 ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
Untuk lapisan atas
  • 120 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung kastard
  • 220 gm gula pasir halus
  • 4 biji telur gred A
  • 450 ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300 ml air + beberapa helai daun pandan dikisar
Cara-caranya
  1. Toskan beras pulut, dan satukan dengan santan, garam dan minyak. Ratakan dan kukus selama 30 minit.
  2. Bila sudah masak, keluarkan dari loyang dan tekan pulut menggunakan sudu.
  3. Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
  4. Kacau atas api sederhana sehingga pekat atau naik wap.
  5. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit.
  6. Bila sejuk bolehlah dipotong.

Saturday, April 30, 2011

Bubur Skoteng campur keladi dan sagu

Assalamualikum semua....

Bubur yang kak antan buat petang atau dah agak malam, semalam.Memikirkan santan dan keladi yang masih berbaki dan teringat pulak yang Kak Ummi pun pernah tayang kat rumah dia, jadi terhasillah bubur ni....
Akak campurkan skoteng yang dah direbus, keladi yang dipotong kiub, sagu, gula merah dan santan. Sukatannya skoteng jer yang akak sempat timbang 50 gm, santan pekat dalam 100 ml, yang lainnya main letak2 jer. Akak buat sikit sebab takut anak2 tak suka, rupanya liciiin....

Monday, April 25, 2011

Cream Puff dengan krim kastard

Assalamualaikum semua....

N3 untuk malam ni ialah tentang cream puff yang akak buat petang tadi. Resepinya akak ambik daripada sifu kita, siapa lagi kalau bukan cik Mat Gebu kita. Cream puff CMG ni memang kelas. Akak buat 2 aduanan...liciiiiin. Malamnya akak buat lagi 3 adunan sebab ingat nak bawa ke sekolah esok, hubby pun kata nak bawa ke ofis, anak2 pun cakap nak bawa bekal ke sekolah.
Untuk kali ini resepinya akak link kan aje ye ke blog CMG ye, jadi sesiapa yang nak resepi bolehlah klik kat sini ye...di sini akak c n p kan resepinya...boleh yer Mat...


BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar ( akak tak letak)
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...
Sorry ler, kelabu asap je gambonya...Untuk adunan petang, akak pakai inti CMG, tapi untuk yang malam akak pakai instant custard jer...

Sunday, April 24, 2011

Cendol...

Assalamualaikum semua...

Sekali lagi masukkan n3 tentang semalam. Sebenarnya cendol ni kak antan dan family nikmati petang semalam. Sekali sekala pekena cendol kan, best....
Sebenarnya cendol ni kak antan beli daripada salah sorang student kat sekolah kak antan. Mak dia buat sendiri. Sebenarnya kami cikgu2 baru tahu. Tahun lepas selalu beli daripada kakaknya yang dah t5,jadi ingatkan tahun ni dah tak boleh beli cendol ni, rupanya masih ada adiknya di t3, bolehlah kami cikgu2 membelinya lagi.
Kak antan gantikan santan dengan susu cair...sedap jugak, nikmatnya rasa bila meneguk cendol yang bercampur susu cair dan gula merah ni....
Ini pulak puding cendol kak antan yang tak berapa jadi. Untuk ni kak antan beli cendol kat luar jer...Sebenarnya puding ni akak buat hari Khamis lepas. Teringin nak makan puding cendol ni, tapi tak ikut resepi betul2 main masuk jer, jadi mungkin sebab itulah tak berapa jadi. Bahagian cendolnya terkurang santan, cair jer...kak antan tak sertakan resepi ye sebab main agak2 jer, nanti kalau dah ada resepi yang proper kak antan cuba lagi dan masukkan resepinya..kena beli cendol dari student kak antan tu jugak baru sedap....

Wednesday, April 20, 2011

Kuih Tako


Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang kuih tako yang kak antan buat petang tadi. Dah lama sebenarnya teringin nak buat, tambah2 lagi bila setiap hari dok memandang pokok pandan yang semakin besar dan merimbun. Jadi hari ni barulah impian terlaksana...
Resepi kuih tako ni akak dapat semasa mengajar di SMK Pandan Jaya dulu daripada seorang rakan guru. Kalau tak silap kak antan, Kak Masriah namanya...sorry ye akak, sebab dah lama dah lupa nama, yelah dah hampir 13 tahun akak tinggalkan Pandan Jaya. Minta halal ye bila resepi ni dikongsikan di sini.

Bahan2nya
(bahagian bawah)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 1/2 senduk gula
(bahagian atas)

  • 1 cawan tepung jagung
  • 7 cawan santan
  • sedikit garam
Caranya

Sama je bahagian atas dan bawah,campur semua bahan, kacau atas api sederhana sehingga menggelegak dan tuangkan ke dalam acuannya.
Untuk bahagian atas pun diulang cara yang sama...


# Sepatutnya dimasukkan sengkuang cina di bahagian bawahnya, tapi kali ni akak tak masukkan...

Monday, March 14, 2011

Talam Keladi...tapi....

Assalamualaikum semua...

N3 kedua hari ni, juga tentang talam. Sebab keladi untuk Talam Keladi semalam masih berbaki jadi hari ni teringin pulak nak buat talam keladi, tapi..... akak suka2 je tukar kepala dia...
dah tak warna purple, akak ganti dengan kepala gula merah... tapi rasa dia ok jugak... resepi daripada Chef Asma, tapi bertukar pasangan lagilah nampak gayanya, bawah guna talam keladi, atas guna talam cendol, tapi.... banyak pulak tapinya kali ni, tapi akak ubah suai sukatan bahannya ikut apa yang ada kat dapur akak. Jom layan resepi...
Lapisan Bawah

Bahan-bahannya

  • A
  • 220 gm tepung beras cap bunga teratai
  • 40 gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
B
  • 300 gm keladi ( buang kulit, potong kiub dan kukus )

Cara-caranya

  1. Satukan semua bahan A
  2. Tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau rata, tuang dalam loyang 10 x 10 " dan kukus selama 30 min.
Lapisan Atas

Bahan-bahannya

A
  • 250 gm gula merah
  • 50 gm gula perang
  • 50ml air
  • 2 helai daun pandan disimpul
B
  • 150 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur
  2. Satukan bahan B dan kacau sebati
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis
  4. Kacau rata dan masak hingga naik wap
  5. Tuang ke atas lapisan bawah yang telah dicakar dengan garfu dan kukus selama 30 min.

Tuesday, March 1, 2011

Qasidah

Assalamualaikum semua...

Tiba2 petang tadi terasa teringin pulak nak makan qasidah. Masa kecik2 dulu mak kak antan selalu jugak buat terutamanya dalam bulan puasa. Jadi tadi cuba2lah buat, tak tahulah betul ke tak. Tapi dapatlah menghilangkan rasa teringin tu....
 Kak antan nak bagi resepi yang betul2 susah sikit sebab tadi main bancuh je....
comot je kan... kalau sesiapa nak cuba, kak antan bancuh tepung gandum dengan air, kemudian tapis dalam periuk, masukkan gula dan pewarna kuning. Kacau atas api sederhana hingga masak dan berkilat. Tuang dalam bekas dan taburkan bawang goreng di atasnya... kalau resepi ni ada salahnya..sesiapa yang tahu, betulkanlah ye....

Sunday, February 27, 2011

Sagu je..


Assalamualaikum semua...

Untuk makan2 di sekolah along hari nisebab dia dah nak balik ke asrama, kak antan masakkan sagu je.
Kebetulan ada lebih sagu hijau kat rumah.
Akak guna 2 cawan sagu, jadi airnya lebih kurang 5 cawan dan gulanya 1 1/2 cawan. Makan dengan kelapa parut. Ok lah anak2 semua suka...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...