Dozen Roses Love Note

Monday, March 14, 2011

Talam Keladi...tapi....

Assalamualaikum semua...

N3 kedua hari ni, juga tentang talam. Sebab keladi untuk Talam Keladi semalam masih berbaki jadi hari ni teringin pulak nak buat talam keladi, tapi..... akak suka2 je tukar kepala dia...
dah tak warna purple, akak ganti dengan kepala gula merah... tapi rasa dia ok jugak... resepi daripada Chef Asma, tapi bertukar pasangan lagilah nampak gayanya, bawah guna talam keladi, atas guna talam cendol, tapi.... banyak pulak tapinya kali ni, tapi akak ubah suai sukatan bahannya ikut apa yang ada kat dapur akak. Jom layan resepi...
Lapisan Bawah

Bahan-bahannya

  • A
  • 220 gm tepung beras cap bunga teratai
  • 40 gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
B
  • 300 gm keladi ( buang kulit, potong kiub dan kukus )

Cara-caranya

  1. Satukan semua bahan A
  2. Tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau rata, tuang dalam loyang 10 x 10 " dan kukus selama 30 min.
Lapisan Atas

Bahan-bahannya

A
  • 250 gm gula merah
  • 50 gm gula perang
  • 50ml air
  • 2 helai daun pandan disimpul
B
  • 150 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur
  2. Satukan bahan B dan kacau sebati
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis
  4. Kacau rata dan masak hingga naik wap
  5. Tuang ke atas lapisan bawah yang telah dicakar dengan garfu dan kukus selama 30 min.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails