Thursday, April 29, 2010

Homemade Chocolate

Kelas homemade chocolate ni cik antan ikuti pada 3 April yang lepas. Seronok sangat dapat belajar coklat praline ni. Sebenarnya dah sekian lama cik antan mencari tempat untuk belajar dan akhirnya cik antan temui di Teratak Chetam. Alhamdulillah dekat dengan rumah. Walaupun penat, tapi cik antan sangat berpuas hati.


~mashmallow lolichoc~
~ini biskut munchy yang dicelup coklat~
~pelbagai perasa dan jenis~
~converture chocolate dan compound chocolate~

~roses yang intinya pelbagai rasa~




Tuesday, April 27, 2010

Cheese Cake

~ Blueberry Cheese Cake ~

Blueberry Cheese Cake ni dioder oleh Cikgu Aida dari SK Taman Jasmin, Kajang.

Happy Birthday Afiqah

~ Cupcakes iringan untuk Afiqah ~
Pada 14 April 2010 yang lepas genap usia puteri tunggal cik antan Nur Alya Afiqah 8 tahun. Cik antan telah meluangkan masa untuk membuat kek 'barbie doll' kepadanya. Kek ini dibawa ke rumah pengasuhnya untuk dipotong dan dimakan bersama-sama kawan-kawannya.



Monday, April 26, 2010

Hari Keluarga

~ Muhammad Aqil Fahmi ~
~ Nur Alya Afiqah ~


~ Muhammad Zaqwan Fikri dan Muhammad Luqman ~

Hari keluarga Kajang Prima telah diadakan pada 10-11 April 2010 di Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Kebetulan along yang pulang bercuti dapat bersama-sama kami menyertai hari keluarga tersebut. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat melihat anak-anak bergembira....




Telinga dan payung

Pengalaman pertama yang akan cik antan tulis pada blog ini merupakan pengalaman cik antan dalam membesarkan kelima-lima anak cik antan yang sememangnya nakal-nakal belaka. Masih cik antan ingat tarikh berlakunya peristiwa ini iaitu pada 23 Disember 2009, sehari sebelum diumumkan keputusan peperiksaan PMR. Ketika itu suami cik antan berada di Langkawi kerana mempunyai tugasan di luar. Sedang cik antan sibuk di dapur menyiapkan makan malam, cik antan dikejutkan oleh tangisan Aqil anak keempat cik antan. Ketika itu Aqil baharu sahaja selesai mandi bersama-sama adiknya Zaqwan atau lebih senang dipanggil Awan. Semasa cik antan mendapatkannya cik antan dapati ada darah yang mengalir melalui telinganya dan pada masa yang sama cik antan dapati Awan sedang memegang sekaki payung yang sedang terbuka.
Cik antan panik seketika. Selepas menelefon suami, suami cik antan menyuruh cik antan membawanya ke klinik yang berdekatan. Selesai solat maghrib, cik antan membawanya ke klinik. Doktor yang merawatnya memberitahu cik antan bahawa lukanya tidak serius dan dia memberikan antibiotik dan ubat titisan. Sebelum tidur, Aqil terus merungut-rungut yang telinganya sakit, dan cik antan terus memujuknya dengan mengatakan kesakitan tersebut berpunca daripada kesan luka tadi dan esok pasti akan sembuh. Aqil tertidur juga akhirnya....
Keesokannya, cik antan membawa semua anak cik antan ke sekolah kerana cik antan perlu mengedarkan slip peperiksaan PMR kepada murid-murid cik antan. Pulang dari sekolah cik antan membawa mereka ke Kamdar untuk membeli barang keperluan sekolah along yang mendapat tawaran ke sekolah berasrama. Ketika memandu pulang ke rumah cik antan seolah-olah terpanggil untuk melihat telinga Aqil dan cik antan agak terkejut kerana terdapat sesuatu yang berkilat di dalam telinganya. Cik antan terus membawanya ke klinik dan doktor yang merawatnya semalam mengesahkan memang ada besi payung yang tertinggal di dalam telinganya. Doktor tersebut cuba mengeluarkannya tetapi gagal kerana Aqil meronta-ronta dan kudrat cik antan tidak mampu untuk memegangnya walaupun dia hanya berusia 4 tahun ketika itu. Kami akhirnya dirujuk ke Hospital Kajang. Namun ketika cik antan sampai di bahagian kecemasan Hospital Kajang, kami diberitahu bahawa di situ tidak terdapat peralatan yang secukupnya dan kami disuruh ke Hospital Serdang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan cik antan ketika itu. Cik antan terus juga memandu ke Hospital Serdang walaupun cik antan tidak pernah ke sana, dan nasib kami baik kerana tidak ramai pesakit di bahagian ENT pada hari tersebut.
Aqil terus dibaringkan dan cik antan bersama-sama seorang jururawat memegangnya dengan kuat kerana Aqil masih juga meronta-ronta dan meraung. Akhirnya besi yang berada di dalam telinga Aqil berjaya dikeluarkan dan ketika doktor menunjukkan besi tersebut kepada cik antan, cik antan terkejut dan seolah-olah tidak percaya besi sebesar itu dapat masuk ke telinga Aqil.
Sehingga hari ini aku agak fobia bila anak-anak kecilku memegang payung. Bagi para ibu bapa di luar sana awasilah anak-anak anda, sesungguhnya sesuatu yang kadangkala tidak kita jangkakan boleh menimpa mereka.

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...