Dozen Roses Love Note

Monday, December 17, 2012

Pancake

Assalamualaikum semua....

Hari masukkan tentang pancake yang akak buat untuk sarapan 3 hari lepas kot.
Dah lama teringin nak buat pancake, jadi google2 jugak dan resepinya semua lebih kurang jer.Jadi buat jelah cara yang paling mudah...
Awan mula2 tengok macam pelik jer sebab biasanya diorang makan lempeng... tapi pagi tu ibu dia nak jadi omputih sikit... jadilah pancake...
Jom layan resepi..

Bahan-bahannya:
  • 3 sudu butter yang dicairkan
  • 1 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu - akak pakai susu full cream
  • 1 sudu teh baking powder


Cara-caranya
  • Akak masukkan semuanya dalam blender dan blender sekejap.
  • Panaskan non stick pan dan masakkan sehingga garing...


Tuesday, December 4, 2012

Puding Durian

Assalamualaikum semua
Dah agak lama tak update blog ni... selalunya jenguk2 jgk,tapi sejak kebelakangan kekadangnya lupa sekejap kat blog disebabkan sibuk dengan tugas2 rasmi... secara tidak rasminya tugas2 tu dah selesai malam tadi, tapi secara rasminya minggu depan. Tapi apa2pun sekarang ada lah jugak masa nak bersenang lenang sempena cuti sekolah ni.
Jadi untuk hari ni akak nak masukkan n3 tentang puding durian yang dah lama habis sebenarnya...
Puding ni akak buat minggu lepas lg... kalau sesiapa yang pernah mencuba puding jagung yang ada kat blog akak, resepi untuk puding durian ni pun sama, cuma akak tak masukkan whipping cream je.. ok jom layan resepi


Bahan-bahannya

1 kotak ( 1 liter ) susu
1 cawan tepung kastard
8 sudu besar gula pasir
1/2 @ 3/4 cawan isi durian

Cara memasaknya
Campurkan kesemua bahan dan masak atas api sederhana hingga mendidih dan masak...
*puding ni juga lembik, sesuai kalau dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil...

Selamat mencuba.... sementara durian tengah banyak sekarang ni, jangan lupa mencuba...


Saturday, November 17, 2012

Crepe Durian


Assalamualaikum semua...
Akhirnya sampai jugak seru untuk akak mengerepe... 
Dah dua orang yang bertanya sejak akak masukkan gambar crepe durian ni di fb..... 
Kesian Yana, sorry ye... tak sempat makan crepe akak... dah bersalin... itulah kan nak memasak ni perlukan kerajinan, kalau dah virus m menyerang macam2lah alasannya... tapi yang akak demam tu memang betul... bab2 sakit ni akak tak berani nak tipu...

Berbalik pada crepe yang akak siapkan malam tadi... belum sampai ke tuannya pun lagi... petang nanti baru nak hantar, crepe ni ditempah oleh Rozlin.... inipun kali kedua Lin bertanya, barulah jadi crepenya.... kata Lin, anak2nya yang 3 orang tu yang suka sangat...

Untuk resepinya, akak rasa dah ada di kebanyakan blog, jadi akak link kan aje lah ye...
Resepi crepe ni boleh dirujuk di blog Izah http://izahdaut.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe-filling-cream.html 
http://fizanordin.blogspot.com/2012/10/durian-crepe-resipi-3.html dan ada satu lagi blog yang menggunakan 6 jenis tepung iaitu blog Cikgu Ani
Jadi rajinkan diri, jenguk2lah kat dapur tu tengok apa yang ada dan tengok2lah resepi tu yang mana yang rasa2nya lebih senang dan mudah dibuat, tapi yang utamanya durian kenalah ada... tapi sekarang ni durian dah senang cari dan akak tengok sekarang ni dah ada cempedak, jadi kalau tak suka durian bolehlah ganti dengan cempedak ataupun boleh jugak kalau nak letak isi mangga.

Jadi rajin2kan diri ye... Along yang baru merasa pagi tadi dah request.... Ibu nanti buat lagi ye....

Monday, November 12, 2012

Selamat bercuti..

Assalamualaikum semua...
Sedang buat apa ye pagi2 ni? Pasti ada yang sedang bersiap2 nak ke tempat kerja atau mungkin ramai jugak yang bercuti sebab anak2 dah mula cuti sekolah. Pada yang anak2nya menduduki peperiksaan SPM pasti tak senang duduk dibuatnya...
Bagi akak, alhamdulillah.... cuti sekolah dah bermula walaupun akak sebenarnya mungkin tak bercuti.... huhuhu... anak2 semuanya dah berkumpul, along pun ada kat rumah.... jadi inilah masa untuk nak berkreasi dengan kuali atau periuk kan... tapi.... ada ke masa akak ni... cuba2lah nanti ye....
Untuk tempahan, mungkin akak bercuti kot... gambar kat atas tu sebenarnya gambar rv brownies yang ditempah oleh Najilla Khamis lepas...harap sangat Najilla berpuas hati...

Sunday, November 4, 2012

November dah menjelma

Assalamualaikum semua...
Malam ni curi-curi masa masukkan n3 sebelum betul2 sibuk selepas ni. Kat atas ni RV Brownies yang ditempah oleh Naimah.
Ini pulak puding jagung yang ditempah oleh Ida
Kek coklat tempahan Pn. Khor

Kek karot tempahan Syuhada

Monday, October 29, 2012

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum semua....

Sebelum diteruskan n3 blog ini akak ingin mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua pengunjung blog akak yang tak seberapa ni...
Dah lama rasanya tak menaip di sini... Blog ini pun dah jarang-jarang dikunjungi... sibuk bercampur dengan badan yang kurang sihat... itulah yang sering diingatkan... ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... sesekali nikmat yang diberikan ditarik... terasa peritnya... namun tetap kita perlu bersyukur...
 Happy birthday Irsa... Kek Barbie... yang ditempah oleh Rozlin untuk birthday anaknya Irsa.... selepas kek barbie ni siap... akak terus tak bangun... demam yang agak teruk... selera makan terus hilang... hampir seminggu untuk pulih... itupun sehingga sekarang belum seratus peratus terasa sihat.....dah dua minggu rasanya....
 Ini pulak Blueberry cheese cake yang ditempah oleh Puan Khor... dua hari sebelum kek barbie di atas..
 Sekali lagi tempahan Puan Khor.... kali ni 1/2 kg kek karot sebelum bercuti hari raya Aidil Adha
1/2 kg lagi ditempah oleh Jun....
Bila membakar kek karot ni teringat pada Ustazah Nazuha semasa akak di Kajang dulu.... family dia memang peminat setia kek karot ni... sekarang hanya tinggal kenangan...

Tuesday, October 16, 2012

Harapan..

Assalamualaikum semua...

Apa kahabar ye... harap semuanya sihat2 sejahtera hendaknya... Hari ni perasaan agak tenang sikit... sebab minggu lepas, memang kacau... sebabnya mengenangkan along yang memduduki peperiksaan PMR di asrama. Rasa bersalah pun bercampur baur sebab akak tak sempat pun nak menjenguk along sebelum dia menduduki peperiksaan PMR tu.Suami akak sejak beberapa minggu ni tersangatlah sibuknya... sampaikan hujung minggu pun tak ada kat rumah.... akak ni cuak sikit nak memandu dari Kuantan ke Kuala Pilah tu sebab jalannya yang agak berbahaya... akak harap sangat along faham... harapan seorang ibu pada anak-anaknya memanglah tinggi kan... tapi walau apapun keputusannya nanti akak redha... Namun akak tetap mendoakan yang terbaik buat along... harapnya along dah berusaha sebaik mungkin...
 Sekadar menayangkan kek yang dibuat minggu-minggu lepas... RVC untuk adik As
RVC sempena dinner sekolah akak Jumaat lepas...

P/S : Untuk along... setiap saat ibu mendoakan along, namun ibu redha apa saja keputusan along nanti... yang penting ibu harapkan anak-anak ibu membesar dan berjaya serta menjadi anak yang soleh dan membahagiakan semua orang...

Wednesday, October 3, 2012

Popia Kentang

Assalamualaikum semua...
Tetiba jer hari ni terajin nak masukkan n3 tentang popia ni... Sebenarnya dah tayang pun gambar popia ni minggu lepas kot.... saja je hari ni nak masukkan resepi, walaupun orang lain semua dah tahu... Popia ni akak buat Ahad dua minggu lepas, masa akak buat tu husband akak tak ada, akak ada mms gambar kat dia, tapi dia tak terima katanya... akak ada jugak simpan sikit, frozen kan untuk dia rasa... jadi minggu lepas, akak gorengkan sebelum dia pergi kerja... sebab tak sempat makan, dia bawa ke pejabat jer... bila petang tu akak nak tanya jgk... bukan apa... takut dia lupa makan.... tak sempat akak tanya dia cakap... sedap lah popia tadi... beli kat mana?...Terus akak cakap... amboi.... under istimate ibu ye!.... (dalam hati seronok jugak sebab kena puji.. .. hihiihii... mok cik perasan) Macam akak tulis dulu lah, akak ni tak pernah buat popia... itu yang semuanya macam tak konfiden aje dengan popia tu...oops.. tak konfiden dengan akak... daripada anak sampai ke bapaknya. Resepinya biasa2 jer.. mungkin orang lain buat lagi sedap kot... tapi pada yang ingin mencuba, boleh lah mencuba...

Popia Kentang

Bahan-bahannya
  • Kulit popia secukupnya
  • 5 biji kentang - akak parut je macam buat inti popia biasa
  • Sekeping daging kisar Ramly
  • 1 labu bawang besar ( potong dadu )
  • 2 pokok daun sup ( hiris )
  • Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
Cara-caranya

Tumiskan bawang besar hingga layu
Masukkan daging kisar dan biarkan betul2 masak.. kalau tak suka daging boleh jer ganti dengan ayam
Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kentang.... masak hingga betul-betul masak
Masukkan daun sup dan garam secukupnya...
Kemudian bolehlah digulungkan dalam kulit popia gamkan hujungnya dengan telur dan bolehlah digoreng

Sunday, September 30, 2012

Tempahan

Assalamualaikum semua..

Sekadar memasukkan tempahan minggu ini..
 Cheese cake tempahan Asfarida

Talam Tokyo tempahan Su...
CMC Tempahan Teh Azhua

Monday, September 24, 2012

Tiba-tiba saham menjulang tinggi...... Talam Skoteng

Assalamualaikum semua....
Apa khabar semua... harapan akak dan doa akak semuanya sihat-sihat ye... Bagi suri rumah pasti sedang sibuk ni... membasuh, mengemas dan dah mula fikir-fikir nak masak apa... atau dah fikir dari semalam ye... akak je lah yang lambat ye... rancang2nya nak goreng mi je ari ni....
Sedar tak sedar hari ni dah 24 hb... cepatnya masa berlalu... rasanya macam baru je akak berpindah ke Kuantan ni tup tup dah dekat 4 bulan pun... tapi bila tengok pada n3 kat blog akak, ini baru n3 ke-5 untuk bulan ni... entahlah... sekarang ni malas sangat nak update... kalau awal tahun dulu alasannya sebab tak ada mood berjauhan daripada suami dan 2 orang anak yang kecik tu, tapi sekarang.... sama je... itulah sifat manusia yang suka membangau kan... kesalahan sendiri tak nampak, selalu meletakkan kesalahan tu atas sesuatu. Minggu lepas rasanya tak sibuk sangat, tempahan pun tak banyak akak terima dapatlah berehat sikit, dahlah bersekolah sampai hari Sabtu... itulah dulu nak beraya sangat kan... suami akak pulak seminggu tak ada, dari hari Selasa lepas, petang nanti baru sampai.... balik sekolah petang nanti terpaksalah akak ke airport pulak menjemput dia.... sibuknya memanjang, tapi itulah tugas dia... dah 17 tahun kahwin... dah faham sangat... dah selalu kena tinggal... tak pe.. dia sayangkan akaklah tu kan... 
Panjang pulak akak berceloteh pagi ni ye.. berbalik pasal tajuk kat atas.... saham menjulang tinggi... saham apa ye? Jangan salah faham... bukan saham akak, saham akak tak pernah tinggi pun... maksud akak saham Talam Skoteng kat atas ni... tiba-tiba je sahamnya naik, banyak pulak tempahan untuk talam ni.... sampai stok skoteng kat rumah akak pun habis.... stok tu dibawa dari Kajang.... kat Kuantan ni tak tau nak cari kat mana.... nanti kena tanya blogger2 memasak yang dah lama kat Kuantan ni lah.... nasib baik suami akak selalu meeting kat Putrajaya... haaa... tengok tu, ada hikmahnya kena tinggal kan? bolehlah akak suruh dia ke Bangi, beli skoteng untuk akak.... nasib baik ada....jadi sekarang ni dah ada lah stok skoteng kat rumah akak... sesiapa yang nak mencuba Talam Skoteng ni, nanti akak masukkan resepi ye.... sekarang layan dulu mood akak yang rajin nak menaip ni.... bukan senang mood ni nak datang.
 Talam Skoteng dan Talam Tokyo kat atas ni, tempahan  Su daripada SMK Astana, sekolah akak mengajar dulu, akak tak sempat kenal dengan Su, tapi tempahan ni dibuat selepas dipromosi oleh Fazelina dan Rozlin.... terima kasih ye Faz dan Lin...Tempahan ni diambil tengah hari Jumaat lepas.

1/2 kilo RVC ni pun ditempah oleh Su semalam sempena birthday suami tersayang... terima kasih ye Su.... harap Su berpuas hati..
Ini pulak Talam Keladi... dah lama teringin nak makan... tapi kat Kuantan ni akak tak tau nak cari keladi kat mana, kalau kat Kajang dulu dah tentu akak tuju ke Billion atau pasar... kat Kuantan ni tak pernah lagi akak jejak kaki kat Pasar Kuantan, sebab kat kawasan akak tinggal ni dah ada semuanya....(keladi je tak de) 
Tiba-tiba hari Ahad lepas, masa ke Giant akak terjumpa keladi cina yang kecik2 tu.... tak pe lah kan tak de keladi Malaysia, keladi Cina pun oklah.... jadi hari Sabtu hari tu, bertukarlah keladi cina tu jadi Talam Keladi...oooops... beli keladi hari Ahad... Talam Keladi hari Sabtu.... hehehe... tengoklah tahap kerajinan akak, berapa lama keladi tu terperap kat dalam peti sejuk.... nasib baik keladi tak boleh tumbuh.... 
Ini pulak hidangan untuk minum petang semalam.... Popia Kentang.... si kecik akak Awan, suka sangat makan popia, tapi dia tak sebut popia, dia sebuat kopia.... masa bulan puasa hari tu, macamlah dia puasa.... boleh dikatakan tiap2 hari belikan popia goreng yang disira tu untuk dia... masa akak balik sekolah petang Jumaat tu, dia siap pesan... Ibu.... esok beli kopia.... terfikir jugak kat manalah akak nak cari popia... balik sekolah  petang dah lewat. Hari Sabtu hari tu, balik pukul 5, singgah jugak Pasar Malam kat Jalan Gambut tu... sebab baru pukul 5....batang hidung popia pun akak tak nampak, peniaganya baru letak label... kuali pun dalam van lagi... jadi akak cuma belikan rojak ayam je untuk dia.
Jadi semalam, bawa dia pergi Tunas Manja sebab dah berhajat nak buatkan popia untuk dia... tapi buat popia kentang je sebab akak tengok kentang akak dah bertunas... akak ni jarang sangat-sangat buat popia, dia pun tak pernah tengok akak buat popia. Bila sebelah petangnya akak keluarkan kulit popia, dia siap tanya.... Ibu, ibu pandai ke buat kopia?....
Haa... inilah rupa skoteng... atau dipanggil juga pacar cina... seingat akak, akak dah masukkan gambar skoteng ni dulu.... Jadi untuk sesiapa yang ingin mencuba Talam Skoteng... akak turunkan resepinya kat sini, resepinya tentulah daripada Chef Asma... tapi adalah yang diubah sikit2... nak cipta resepi sendiri belum mampu... ye lah akak ni pun masih lagi belajar masak-memasak ni...

Talam Skoteng

Lapisan Bawah

Bahan A
  • 70 gm skoteng - rebus hingga jernih, lalukan air dan toskan
Bahan B
  • 150 gm tepung beras
  • 250 ml santan pekat
  • 450 ml air
  • 1 sudu besar tepun hoen kwee putih
  • 90 gm gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  1. Bancuh bahan B dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga pekat dan masukkan skoteng yang sudah ditoskan tadi
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit ( saiz loyang 10 x 10 in )
Lapisan Atas
  • 150 gm tepung gandum
  • 190 gm gula pasir
  • 4 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar perisa rose
  1. Bancuh  semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga pekat dan tuangkan ke atas lapisan bawah yang telas dicakar dengan garfu.
  3. Kukus selama 30 minit.


Wednesday, September 19, 2012

Kari @ Gulai Siam

Assalamualaikum semua....

Hari ni datang mood rajin sikit nak update blog... tapi sebenarnya apa yang dimasukkan ni, lauk yang dimasak Ahad lepas... bagi penggemar kari, kalau nak lainkan sikit rasanya bolehlah mencuba.
Resepi ni akak dapat daripada adik ipar akak semasa balik beraya hari tu... tapi ada yang diubahsuai...Kalau kat Kedah dipanggil gulai... kalau kat sini dipanggil kari... Jom tengok resepinya..
Kari @ Gulai Siam
  • 1/2 kilo ikan ( apa-apa jenis ikan je yang sesuai - akak guna ikan kembong- kat kedah dulu guna ikan Temolian)
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 500ml santan pekat dan ditambah dengan air sebanyak yang dikehendaki...
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Rebung secukupnya ( tapi akak gantikan dengan bendi dan tomato- tak sempat cari rebung )
Cara memasaknya
  1. Masukkan santan dan air secukupnya ke dalam periuk
  2. Masukkan serbuk rempah kari dan pes tomyam
  3. Bila dah sebati, masukkan bendi @ rebung.
  4. Kemudian masukkan ikan dan seterusnya tomato.
  5. Masukkan daun limau. Biarkan mendidih.
  6. Perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
Senang je kan...... Selamat Mencuba...

Monday, September 17, 2012

Yang Lepas-lepas...

Assalamualaikum semua...
Pasti semuanya sedang bergembira bercuti bersama-sama keluarga... Akak pun alhamdulillah dapatlah berkumpul sekeluarga sebab along pun balik bercuti.... Dah lama akak tak mengemas kat blog ni... sibuk dan malas pun ada... Jadi hari ni masukkan tempahan yang dah lepas.... rasa-rasanya dalam dua minggu ni kot....
Birthday cake tempahan Syuhada, sempena birthday anak kesayangan.... 
 Talam-talam ni pulak tempahan Kak Wan dan Kak Jasimah
 Talam Skoteng... tempahan Faz dan cikgu-cikgu kat sekolah
 CMC tempahan Teh Azhua untuk birthday anaknya Azrin yang sama tadika dengan Awan....
 Talam Suji dan Seri Muka... juga tempahan Teh Azhua n the gang untuk pot luck pagi Jumaat lepas
 Talam Skoteng dan Seri Muka
 sebenarnya Sarihat nakkan separuh-separuh.... yang selebihnya pasti habis jugak....
 RVC... tempahan Asfarida Sabtu lepas
 CMC tempahan Siti Rosnah semalam
Siti menempah bersekali dengan Talam Suji...
Terima kasih semua....

Tuesday, September 4, 2012

Puding Jagung

Assalamualaikum semua...

Semalam akak masak Puding Jagung ni... dah lama tak makan dan dah lama janji dengan kawan-kawan kat sekolah... jadi, semalam baru terlaksana...Terima kasih kepada Kak Munirah yang nak berkongsi resepi puding ni dengan cikgu-cikgu kat Jalan Bukit...
Bagi yang nak mencuba...


  • 1 kotak ( 1 liter ) susu UHT
  • 1 kotak ( 200 @ 250 ml ) whipping cream
  • 1 tin jagung ( cream style )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 8 sudu besar gula pasir
Campurkan semua bahan, kacau rata dan kacau di atas api sederhana hingga mendidih dan masak.
Tuang ke dalam acuan... ( puding ni lembik ye... tak boleh dipotong )

RVC Menjadi Pilihan dan Permintaan

Assalamualaikum semua....

Hari ini,cuba masukkan n3, termasuk tempahan-tempahan sebelum hari raya hari tu... Kebanyakannya tentang RVC yang menjadi pilihan dan permintaan cikgu-cikgu kat sekolah akak....
 Kedua-dua kek kat atas ni ditempah oleh Asfarida untuk majlis perkahwinan adiknya pada hari Sabtu baru-baru ni.
 Ini pulak tempahan hari Rabu terakhir sebelum bercuti hari raya hari tu... Terima kasih Najilla, Hafiza dan Hamiza..
 Ini pulak tempahan yang akak hantar pagi Jumaat sebelum balik berhari raya... Terima kasih Kak Mai..( cuba ye RVC ni ) dan Rozlin... Harap semuanya berpuas hati.
Selitkan jugak tempahan dua jenis talam ni yang ditempah juga oleh Asfarida pada hari Ahad lepas... Pagi tadi pun hantar lagi satu loyang Talam Skoteng ke rumahnya sebab mak As nak bawa ke Masjid Afzan sebab katanya ada majlis hari raya... Terima kasih ye...

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka

Assalamualaikum semua...

Salam merdeka daripada akak untuk semua... Pasti ada yang pergi menyaksikan perarakan mengikut negeri masing2 ye...Kalau kat Kuantan ni, diadakan di Padang MPK 1, akak dengan anak2 yang kecik ni tengok kat tv kat rumah je.... angah dengan suami akak ke Padang MPK 1.
Semua kita bangga menjadi anak Malaysia kan?.. Termasuk juga akak,bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini... sebuah negara yang aman makmur...
Sekadar ingin berkongsi pengalaman akak semalam. Di sekolah-sekolah untuk bulan kemerdekaan ni pasti akan diadakan sambutan mengikut sekolah masing-masing dan tidak terkecualilah di sekolah akak, dan salah satu aktiviti, pastinya pertandingan menghias kelas patriotik.... jadi hari Rabu lepas,akak masuk kelas akak, akak pun umumkan, esok kita akan hias kelas untuk bulan kemerdekaan, jadi bawalah apa-apa yang sepatutnya....
Jadi... semalam.... tak ada seorangpun anak murid akak yang bawa apa-apa... Tak apalah mungkin diorang tak ada bajet kot.... Akak pun dah sediakan serba sedikit bendera dan sebagainya... Jadi bermulalah operasi menghias kelas... sekadar buat permulaan, sebab niat akak akan disambung lagi pada minggu depan...
Tapi, apa yang membuatkan akak terkilan ialah sikap sesetengah anak murid akak ni yang langsung tidak mengendahkan apa yang dibuat kawan-kawan... Mereka ni boleh duduk dalam kumpulan masing-masing dan bersembang ,bersenda gurau dan mulalah membuat bising dan yang pastinya yang membantu akak menghias kelas semuanya terdiri daripada pelajar-pelajar bangsa kita... bukan nak masukkan isu perkauman di sini, tapi itulah hakikatnya.... 
Lepas dah siap tu, mulalah akak pun bagi syarahan sikit kat diorang... memang sukar nak terapkan semangat kebangsaan ni pada diorang... Inilah generasi yang akan memimpin negara pada tahun hadapan... Rasa-rasanya sebab itulah subjek Sejarah dijadikan subjek wajib lulus untuk peringkat SPM....

Tuesday, August 28, 2012

Samperit Comel

Assalamualaikum semua.....

Rasa-rasanya dah lama tak update blog ni.... Pertamanya virus M menyerang... keduanya lappy kesayangan akak ni masuk wad lama... baru dapat tadi..... 
Terasa pulak nak update blog malam ni... Biskut Samperit Comel ni pada mulanya akak buat untuk diagihkan pada kawan-kawan sekolah, tak ada niat apa-apa pun...Tiba-tiba esoknya....
" Akak.... buatlah jual biskut samperit semalam... anak saya suka makan....."
" Hey... mu buat jual tak kuih semalam... akau nak beli... anak aku suka makan..."
Tiba-tiba ada pulak cikgu-cikgu yang minta nak beli.... kalau ikutkan hati memang malas sangat akak nak buat.... tapi bila diingatkan anak-anak yang nak makan.... digagahkan lah jugak diri ini untuk membuatnya...

Jadi terhasillah biskut samperit comel ni... tapi taklah banyak pun akak buat... dapatlah dalam 9@10 balang... akak bawa ke sekolah 6 balang.... Jadi sesiapa yang nak resepinya bolehlah klik di SINI..

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum semua...
Pasti semua sedang bergembira menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini kan.... Akak sekeluarga tahun ini menyambut Syawal di tempat akak di Jalan Kuala Kedah....
Pada kesempatan ini, akak ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya dalam post post akak selama ini ada yang menyinggung perasaan mana mana pihak... Semoga kedatangan Syawal pada tahun ini membawa kebahagiaan untuk semua dan sama-samalah kita berdoa semoga dipanjangkan umur dan dapat bertemu kembali dengan Ramdhan pada tahun hadapan...
Akhir sekali, terima salam sayang daripada akak untuk semua pengunjung Antan Bertingkah

Monday, July 30, 2012

Puding Tauhu.... versi orang malas...

Assalamualaikum semua....
Maaflah... abaikanlah gambar yang teruk kat atas ni ye.... dahlah resepi tentang orang malas, gambar pun nampak sangat kemalasannya. Semalam akak buat Puding Tauhu untuk berbuka puasa, tapi resepinya resepi  versi orang malas sebabnya akak tak pakai acuan yang cantik2 bagai hanya tuang dalam bekas je, lepas tu main ceduk2 pakai sudu je masa nak makan dan resepinya pun tak ikut resepi asal daripada tuan punya resepi Kak Nor, main masuk2 je... jom layan resepi orang malas ni ye....

Bahan-bahannya:
  • 1 paket agar2 straw
  • 1 1/2 liter air
  • 1 kotak (200 ml) santan Kara
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin kecik susu pekat
  • 1 tin laici
Cara-caranya
  1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar hancur.
  2. Masukkan santan, susu cair dan susu pekat sambil dikacau...
  3. Bila menggelegak, tutup api dan tuanglah ke dalam acuan sesuka hati... kalau malas ikut akaklah ye...
Untuk kuahnya:
  1. Air daripada 1 tin laici dicampur dengan 2 tin air ( pakai tin laici tadi)
  2. Masukkan 8 sudu gula ( akak rasa kena kurangkanlah.... bagi yang suka manis ok lah)
  3. Bila menggelegak angkat.
  4. Semuanya disejukkan dalam peti sejuk supaya lebih segar bila dimakan.
Untuk yang nak resepi asal boleh rujuk kat blog Kak Nor Secubit Garam ye kat SINI....

Sunday, July 29, 2012

Talam Tokyo ke Shah Alam dan Dungun...

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-9 kita berpuasa, terasa begitu cepat masa berlaku. Terasa macam baru semalam je dok sibuk nak tengok anak bulan, tau-tau dah 9 hari... Mungkin juga disebabkan kesibukan seharian membuatkan kita tidak sedar detik-detik yang berlalu kan....
Berbalik kepada tajuk hari ni tentang Talam Tokyo... sejak bulan puasa ni, jauh pulak berjalan si TT ni.... semuanya bermula dengan Talam Tokyo yang akak buat semasa pot luck sehari sebelum puasa dulu, lepas tu cikgu2 sekolah akak dah merancang untuk menempah pada hari Isnin berikutnya untuk berbuka....
 Ini TT yang ditempah oleh kawan akak Atiqah dari Dungun semalam, kebetulan dia datang servis kereta di Kuantan Jumaat lepas jadi dia tempah sekali TT, sebab sebelum tu kawan kami jugak, Huzai dari Shah Alam menempah TT ni sebab kebetulan suaminya ada kerja luar di Kuantan... Itulah yang akak cakap... TT ni jauh berjalan.... satu ke Shah Alam, satu ke Dungun...
 Inilah TT yang akak sediakan untk pot luck lepas... bersama-sama dengan RVC...
 Ini pulak TT yang ditempah oleh cikgu2 Isnin lepas... Untuk hari Selasa, akak buatkan Seri Muka Gula Merah, terlupa pulak nak diambil gambar dan hari Rabu siapkan TT Huzai bersama-sama Talam Suji untuk cikgu2 sekolah akak... Itulah yang dikatakan kesibukan yang melanda membuatkan kita lupa masa yang berlalu... Hari Khamis akak rehat sehari untuk selesaikan kerja2 PBS akak. Jangan pulak nanti dikatakan membelakangkan tugas hakiki kan... Alhamdulillah markah PBS pun dah selesai di 'key in' sehingga band 3 untuk kebenyakan pelajar...
Ini pulak tempahan untuk Jumaat, lebih kurang 150 biji krim puff untuk cikgu2 sekolah akak. Semalam siapkan tempahan TT Atiqah dan hari ni.... nak rehat lah pulak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails