Wednesday, September 19, 2012

Kari @ Gulai Siam

Assalamualaikum semua....

Hari ni datang mood rajin sikit nak update blog... tapi sebenarnya apa yang dimasukkan ni, lauk yang dimasak Ahad lepas... bagi penggemar kari, kalau nak lainkan sikit rasanya bolehlah mencuba.
Resepi ni akak dapat daripada adik ipar akak semasa balik beraya hari tu... tapi ada yang diubahsuai...Kalau kat Kedah dipanggil gulai... kalau kat sini dipanggil kari... Jom tengok resepinya..
Kari @ Gulai Siam
  • 1/2 kilo ikan ( apa-apa jenis ikan je yang sesuai - akak guna ikan kembong- kat kedah dulu guna ikan Temolian)
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 500ml santan pekat dan ditambah dengan air sebanyak yang dikehendaki...
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Rebung secukupnya ( tapi akak gantikan dengan bendi dan tomato- tak sempat cari rebung )
Cara memasaknya
  1. Masukkan santan dan air secukupnya ke dalam periuk
  2. Masukkan serbuk rempah kari dan pes tomyam
  3. Bila dah sebati, masukkan bendi @ rebung.
  4. Kemudian masukkan ikan dan seterusnya tomato.
  5. Masukkan daun limau. Biarkan mendidih.
  6. Perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
Senang je kan...... Selamat Mencuba...

3 comments:

  1. Salam, pertama kali kewujudan ikan temolian ni, hehehe..

    Saya kahwin orang utara, dulu memang selalu confuse bila husband suruh masak gulai, saya masaklah asam pedas tapi dia kata salah, hahaha

    ReplyDelete
  2. Hehehe... memang kami kat sana panggil kari tu gulai... kami tak de istilah kari...

    ReplyDelete
  3. Orang Utara memang panggil gulai...teringat masa menetap di Kulim dulu..mula2 pelik gak depa panggil gulai sebab kat sini gulai tu masak lemak cili api.

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...