Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Ikan Bakar

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 menu berbuka puasa semalam, ikan bakar..
Tapi untuk pengetahuan semua... ikan bakar ni bukan akak masak ye.... hubby akak beli daripada anak buahnya yang berniaga di Bazaar Ramadhan Puchong Perdana kot, jadi sesiapa yang nak merasa bolehlah ke Bazaar Ramadhan kat situ... sedap...

Tuesday, August 2, 2011

Semalam dan Hari Ini

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 menu semalam dan hari ni.... akak masak simple2 je....
 Semalam akak buat puff ayam, inti pai ayam dulu ada lebih dan akak frozenkan, jadi keluarkan pastry puff, buatlah dalam 5 ketul... hubby akak kalau tiap2 hari buat jemput2 ikan bilis pun tak per... itu feveret dia... jadi semalam MIL akak gorengkan sikit untuk dia... tak sempat nak ambik gambar...
 Lauknya pulak sayur lemak pucuk labu... MIL akak bawa dari kampung... dia berpuasa awal ni kat rumah akak... sekali sekali makan sayur kampung ni... sedap....
Ini pulak menu hari ni... asam pedas ikan kembung rebus... hubby akak beli ikan rebus semalam dari pejabat dia... kuihnya hari ni MIL akak suruh beli jer... jadi akak jejakkan lah jugak kaki ke Bazaar Ramadhan hari ni.....

Monday, June 13, 2011

Murtabak Diraja Frozen

Assalamualaikum semua...

Susah betul nak masukkan n3 sekarang sebab internet kat rumah akak ni sekejap ada, sekejap tak de, macam biskut ler pulak...
n3 hari ni nak masukkan tentang murtabak diraja ni, hubby akak beli masa dia pergi ke KB baru2 ni...
 Sebenarnya kami makan murtabak ni sambil layan final piala FA hari Sabtu hari tu... ok jugak rasa murtabak ni.... katanya kat Kelantan famous sangat..
 Masa kat Kuantan dulu, hubby akak pernah beli yang kat Pekan tu...
Inilah kotaknya...

Monday, June 6, 2011

Balik Mentakab

Assalamualaikum semua...

2 hari tak bersiaran...akak sekeluarga balik ke Mentakab. Bnayk aktiviti yang dijalankan kat sana, walaupun balik 2 hari jer... aktiviti hari Sabtu tak sempat dirakamkan sebab kamera tertinggal.
 Semuanya dapat berkumpul... aktiviti semalam.... bakar lemang...
 kek karot yang dideco semalam untuk anak sedara dari KB. Lenny menyambut birthday yang ke-4 semalam
 Ini pun kek karot untuk Zurena, SIL kak antan yang menyambut anniversarynya yang ke-6, juga semalam....
 cantik tak ayam bakar ni posing...
 inilah birthday girlnya...
 ramai betul pembantu....
 lebih kurang 3.30 petang, kami terpaksa bertolak balik ke Kajang sebab hari ini, awal2 pagi hubby akak nak ke Kota Bharu pulak... tengoklah jalan yang jem tu.. kami sampai lebih kurang pukul 6.45 petang.
 Nasi kerabu yang dimasak SIL akak Zurita yang tinggal di KB


 inilah rupa lemangnya...
sedap.....

Friday, June 3, 2011

Bakso Simple

Assalamualaikum semua...

Menu makan malam hari ni...bakso simple @ kosong. Memang betul2 kosong tak der rencah2nya pun.
 Anak-anak akak memang suka sangat bakso ni, especially meat ball tu...

 Inilah rupa bungkusan meatball yang akak guna, hubby akak belikan, akak pun tak tahu dari mana.Tapi memang sedap..akak pernah beli kat pasaraya tapi tak sedap...
 Resepi bakso akak simple jer... tak taulah betul2 bakso atau bukan

Bahan2nya:

1 paket meatball
1 labu bawang besar yang agak besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai diketuk
2 sudu besar lada hitam
minyak untuk menumis
air secukupnya
( boleh masukkan daging yang direbus bersama air rebusan daging kalau ada)

Blender bawang, halia dan lada hitam
Tumiskan bahan yang diblender hingga wangi dan masukkan serai
Masukkan meatball
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan mereneh seketika
Perasakan dengan garam
Sedia dimakan dengan bihun yang dah dicelur

Akak buatkan sambal kicap,.
Lebih sedap dimakan dengan tauge dan kobis yang dipotong halus.
Ini menus simple sarapan pagi tadi, jemput2 oat dengan kuah kacang...

Wednesday, May 25, 2011

RVC: Sekadar mencuba untuk birthday seorang rakan...

Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang Red Velvet Cake yang akak cuba buat semalam. Sekadar mencuba untuk makan-makan dan meraikan hari lahir seorang rakan guru...
 Inilah rupa kejadiannya, dengan deco yang tak kemas dalam dalam operasi nak menghabiskan strawberi dalam peti sejuk...jadi akak susun je lah kat atas kek tu... nasib baik strawberi tu warnanya merah kan...cuba bayangkan strawberi tu warnanya biru... nak sebut red velvet pun dah macam teragak2 kan...
 Ini masa kat sekolah
 Kek coklat... bukan akak buat
 Jeli kelapa muda..pun bukan akak buat... ini kawan akak si Wan Nazrul yang buat... ramai yang pandai masak kat sekolah akak... jadi sebab itulah akak kata, akak memasak sekadar suka-suka.... untuk menambahkan ilmu di dada. Menu utamanya laksa Penang yang ditempah daripada kawan akak yang lagi pandai memasak, Siti Hajara.
 Inilah orangnya... yang menyambut hari jadinya hari ini... baru masuk 30 tahun.... sebaya akak...oooppps....baca dulu habis-habis...sebaya akak 10 tahun lalu....
 Acara makan beradab... tapi suap strawberi...
Comotnya...lah...sapa lah yang buat kek ni yer....

Akak ambik resepinya daripada blogresepi... nak terjah klik kat sini....

Nanti akak copy paste kan resepinya...akak tak ubah apa2 pun..... tak pandai... n3 kat blog ni pun banyak resepi yang di copy paste, tak de resepi akak sendiri pun....itu tandanya akak ni bukannya pandai... sekadar ingin mencuba dan berkongsi... jadi terima kasihlah banyak2 pada blogger2 yang memang tak kedekut ilmu untuk berkongsi... pasti murah rezeki semuanya...

Red Velvet Cake Recipe
Source: Joyofbaking

·         2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour (I used normal flour)
·         1/2 teaspoon salt
·         2 tablespoons (15 grams) cocoa powder
·         1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
·         1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
·         2 large eggs
·         1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk – see recipe below
2 tablespoons liquid red food coloring (I added to 4 tablespoon)
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda
1 tespoon baking powder (I added this too)
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two – 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 25 – 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the freezer for at least an hour. (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)
Buttermilk Recipe
Add 1 tablespoon of white distilled vinegar, cider vinegar, or lemon juice to 1 cup (240 ml) of milk. Let this mixture stand 5 to 10 minutes before using.
Cream Cheese Frosting
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cup confectioner sugar
Mix everything in a big bowl and whip the cream until stiff peaks formed.
Assemble: With a serrated knife, cut each layer in half, horizontally. You will now have four layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting. Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.
Makes one- 9 inch (23 cm) four layer cake.

P/s : Sapa2 yang nak cuba tu translate sendiri ye....

Tuesday, May 24, 2011

Sambal Bacang

Assalamualaikum semua...

Menu makan malam hari ni..
 Ikan kerapu masak 3 rasa dan sambal bacang
 Resepi campak2 jer... akak pakai sos 3 beradik tu, bawang besar, bawang putih, lada kecik, serai, daun limau, garam dan gula
Sambal bacang dan daun ulam raja... Jom makan...

Sunday, May 22, 2011

Agar-agar Strawberi

Assalamualaikum semua....

Menu untuk minum petang dan merangkap projek nak menghabiskan saki baki susu cair dan strawberi yang ada dalam peti sejuk. Petang-petang yang panas ni sedap makan yang sejuk-sejuk macam ni...
 Agar-agar Strawberi

Bahan-bahannya:

1 paket @ 20gm agar2 strip
5 cawan air
3/4 tin susu cair
1 1/2 senduk gula
1 sudu besar strawberi emulco
strawberi 
 1. Masak agar-agar dan 5 cawan air hingga agar-agar hancur
2. Tapis agar-agar ke dalam periuk lain dan masukkan susu cair
3. Masukkan gula dan strawberi emulco
4. Masukkan strawberi yang dibelah 4
5. Bila dah mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam acuan ikut sendiri punya suka....
6. Sejukkan dan makan..... senang sangat2 kan....
P/s : Lain kali kalau nak buat strawberi tu kena potong kecil atau blender, sebab akak rasa macam masam sangat... berkerut muka makan...

Saturday, May 21, 2011

Mee Rakyat

Assalamualaikum semua...

Mee rakyat?...ada mee untuk rakyat ke.....tak lah sebenarnya dah lama tak goreng mee. Pagi tadi goreng mee untuk breakfast, alang2 tak yah ke sekolah sebab LADAP hari ni dibatalkan, bolehlah goreng mee ni. Mee goreng simple jer  kosong je...sebab tu lah teringat kenangan masa kat UPM dulu. Kami selalu jugak ke kantin UPM tu ( tak tau lah sekarang ni masih wujud ke tak kantin UPM tu )kan selalu ada mee yang digoreng banyak yang dimasukkan dalam talam besar tu..siapa nak cedok je kan...kami panggil mee tu mee rakyat...ye lah mee biasa, kosong je...banyak pulak tu..sekarang ni pun kat kantin2 ada, cuma taklah sebanyak tu...
 Jadi..inilah breakfast kami sekeluarga pagi tadi..mee goreng simple jer..akak cuma letak meat ball, karot setengah batang dan tomato sebiji...tapi disebabkan semuanya memang suka mee, akak goreng 3 bungkus...liciiiinnnn. Kat rumah ni semuanya suka mee goreng kecuali along, mungkin sebab dia dah jemu makan mee masa dalam perut dulu kot...masa mengandung kat dia, masa alahan teruk, akak cuma boleh makan mee goreng je...ada ke macam tu....pakar2 sains kena buat kajian lah ni....
Mee kuning ni pulak kami kirim dengan Ustazah kat sekolah akak yang duduk kat Semenyih...dia duduk dekat dengan rumah orang yang buat mee kuning ni..jadi memang sedap sebab tak de bahan pengawet, tak payah nak celur2 bagai...basuh jer dah cukup...
Meat ball ada sebungkus lagi tu...teringin nak buat bakso...tapi tunggu along balik dulu lah...bakso dia makan..Banyak pulak akak melalut ye...mee rakyat lah...mee kuninglah...baksolah  Resepi untuk mee ni biasa2 jer...semua pandai goreng mee kan...tak ada yang istimewanya...

Friday, May 20, 2011

Trainee....

Assalamualaikum semua....

N3 kedua hari ni tentang pot luck kat sekolah akak tadi. Pot luck ni kami adakan sebab trainee yang buat praktikum kat sekolah akak nak habis dah praktikalnya...
Menu utamanya nasi kerabu....Ketua Bidang akak sponsor...yang kat atas ni, yang ditempah daripada akak. Seri muka, talam tokyo, cream puff dan talam peanut butter.
Talam Peanut Butter
Haa...ini je lah yang sempat dimasak untuk anak2 akak makan malam tadi...dalam2 pada dok sibuk siapkan tempahan, perut anak2 kena jugak jaga. Simple je..ikan keli masak lemak...tapi jenis potong2 dan campak2..
Akak rebus dulu ikan keli tu sebab isinya tebal sangat, masukkan asam keping, lepas tu masukkan santan, potong cili padi, bawang merah dan halia dah tu campak je...jangan lupa masuk garam...tapi anak2 akak suka...

Saturday, May 14, 2011

Kek Ais Krim dan Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum semua...

N3 sebelum masuk tidur, sebenarnya nak cuba try...blogger ni dah ok ke tak...terbukti dah ok lah ye....upload gambar pun kejap jer....Sebenarnya kak antan baru balik dari rumah Kak Ani, baby sitter anak-anak akak. Dia buat makan-makan malam ni sempena sambutan hari jadi anak bongsunya dan sambutan hari ibu...
 Jadi inilah kek ais krim untuk Abby anak bongsunya yang menyambut hari jadi yang ke-15. Kek ni diode dari Baskin Robin....memang sedap...tapi bagi akak tak berapa sesuai bagi golongan yang berumur, bagi budak2 oklah.....sebabnya manis sesangat.....
Ini pulak untuk ibu-ibu, Blueberry Cheese Cake, rasanya Kak Ani ode dari Secret Recipe.

Friday, April 29, 2011

Penangan Cream Puff CMG


Assalamualaikum semua....

Baru berkesempatan nak masukkan n3 masak-memasak. Semua yang kat bawah ni kak antan bawa ke sekolah hari Khamis lepas sebab kat sekolah ada makan2. Group cikgu2 bahagian belakang bilik guru kak antan buat makan2. Kami yang kat depan ni pergi makan je lah.... sebab kata diorang group depan (group kitaorang lah tu) dah selalu buat makan2.
Talam dan Cream Puff
Talam Tokyo tempahan Pn Lau Bee Bee
Koleh kacang ditempah oleh Norliyanti
Talam Keladi juga tempahan Lau Bee Bee
Cream Puff yang besusun-susun. Gara2 akak buat hari tu, ramai pulak yang menempah, padahal tujuan asal akak buat hanyalah untuk makan2 kat bilik guru sebab si Azmar dah lama teringin nak makan. Tetiba je haaa, Maslina tempah 20biji selepas tengok gambar akak upload kat fb, Azmar tempah 40 biji untuk makan2 dan yang terkejutnya akak Pn Lau Bee Bee tempah 100 biji, 80 untuk makan2 dan 20 untuk dibawa balik untuk anaknya...itulah penangan cream puff CMG, ramai yang puji sedap puff CMG ni, ada yang minta resepi pun dan telah dicuba, seronok sangat sebab menjadi....terima kasih yer CMG. Nak resepi bolehlah klik kat sini....

Sunday, April 24, 2011

Cendol...

Assalamualaikum semua...

Sekali lagi masukkan n3 tentang semalam. Sebenarnya cendol ni kak antan dan family nikmati petang semalam. Sekali sekala pekena cendol kan, best....
Sebenarnya cendol ni kak antan beli daripada salah sorang student kat sekolah kak antan. Mak dia buat sendiri. Sebenarnya kami cikgu2 baru tahu. Tahun lepas selalu beli daripada kakaknya yang dah t5,jadi ingatkan tahun ni dah tak boleh beli cendol ni, rupanya masih ada adiknya di t3, bolehlah kami cikgu2 membelinya lagi.
Kak antan gantikan santan dengan susu cair...sedap jugak, nikmatnya rasa bila meneguk cendol yang bercampur susu cair dan gula merah ni....
Ini pulak puding cendol kak antan yang tak berapa jadi. Untuk ni kak antan beli cendol kat luar jer...Sebenarnya puding ni akak buat hari Khamis lepas. Teringin nak makan puding cendol ni, tapi tak ikut resepi betul2 main masuk jer, jadi mungkin sebab itulah tak berapa jadi. Bahagian cendolnya terkurang santan, cair jer...kak antan tak sertakan resepi ye sebab main agak2 jer, nanti kalau dah ada resepi yang proper kak antan cuba lagi dan masukkan resepinya..kena beli cendol dari student kak antan tu jugak baru sedap....

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...