Dozen Roses Love Note

Sunday, May 22, 2011

Agar-agar Strawberi

Assalamualaikum semua....

Menu untuk minum petang dan merangkap projek nak menghabiskan saki baki susu cair dan strawberi yang ada dalam peti sejuk. Petang-petang yang panas ni sedap makan yang sejuk-sejuk macam ni...
 Agar-agar Strawberi

Bahan-bahannya:

1 paket @ 20gm agar2 strip
5 cawan air
3/4 tin susu cair
1 1/2 senduk gula
1 sudu besar strawberi emulco
strawberi 
 1. Masak agar-agar dan 5 cawan air hingga agar-agar hancur
2. Tapis agar-agar ke dalam periuk lain dan masukkan susu cair
3. Masukkan gula dan strawberi emulco
4. Masukkan strawberi yang dibelah 4
5. Bila dah mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam acuan ikut sendiri punya suka....
6. Sejukkan dan makan..... senang sangat2 kan....
P/s : Lain kali kalau nak buat strawberi tu kena potong kecil atau blender, sebab akak rasa macam masam sangat... berkerut muka makan...

4 comments:

  1. salam kak..sedapnye kak..mmg sesuai waktu2 panas nikan...

    ReplyDelete
  2. Kat rumah akak ni, tak kira panas ke sejuk..confirm habis... itu yang seronok tu...

    ReplyDelete
  3. Kelako pulak bila baca ayat akak "berkerut muka makan.." hehehe... Berkerut2 pun, abis licin kan..

    ReplyDelete
  4. Itulah Naz, akak ni jenis yang tak berapa suka masam..itu yang berkerut tu... tapi betul, habis licin...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails