Monday, May 2, 2011

Ke Pulau Pangkor...

Assalamualaikum semua....

Sebenarnya hari Jumaat hari tu kak antan dapat surat kena mengikuti satu bengkel di Pulau Pangkor. Tarikhnya 3 hingga 5 Mei di Coral Bay, Pulau Pangkor. Hotel yang kat atas ni lah kot. Disebabkan transport tak disediakan, terpaksalah hubby kak antan hantar esok dan jemput Khamis nanti. Kenalah tinggal budak2 tu dengan hubby kak antan. Rasa2nya ok lah  kot kan....Hubby kak antan ni bab masak-memasak tu boleh jugaklah. Cuma baju bdk2 sekolah terpaksalah kak antan siapkan untuk 3 hari ni. Macam manalah si Awan nanti ye...kak antan dengan dia tak pernah berpisah lagi sejak dia lahir...harap2nya nanti tak banyaklah ragamnya bila kena tinggal dengan abahnya...
Blog ni pun mungkin diam je lah kot untuk 3 hari, atau kalau boleh akak bersiaran dari sana ok jugak kan...takut jadualnya padat jer nanti. Apa2pun harap semuanya ok....

1 comment:

  1. salam..alahai ciannya..cuti panjang kena gi bengkel pula. tapi takpe, sesekali je.

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...