Dozen Roses Love Note

Tuesday, May 17, 2011

Kuih Kaswi


Assalamualaikum semua...

Menu untuk minum petang tadi...rasa teringin sangat nak makan kuih kaswi, jadi godek2 kat MyResipi, jumpa resepi CMG ni...
Gambarnya kelabu asap lah pulak kan... tak pe lah janji kuih kaswinya sedap. Jadi sesiapa yang nak resepi boleh tengok kat sini...Akak buat separuh adunan jer...
Bahan-bahannya
A
  • 300 gm gula merah
  • 240 gm gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • # Semua bahan di atas dimasak atas api sederhana hingga gula larut dan sejukkan
B
  • 190 gm tepung gandum
  • 120gm tepung ubi
  • 60 gm tepung beras
  • 900 ml air
  • 3/4 camca besar air kapur

  • Satukan bahan di atas, dan satukan dengan bahan A tadi.
  • Tapis dan kukus di dalam loyang yang sudah disapu minyak, selama lebih kurang 45 min.
  • Bila masak hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur garam. 


4 comments:

  1. Assallamualaikum kak Yus..

    Kak, resepi ni dapat tak kuih yang bila digoyangkan pinggan, bergegar2 kuihnya tu..??Maknanya kuihnya lembut..kenyal2 sikit..dan sedap? Naz suka kuih ni..Mintak akak punya sikit je lah dulu..Boleh kan...

    ReplyDelete
  2. Ok, nanti akak potongkan ye...bawa kena goyang2 sikit sebab nak bagi dia bergegar..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam kak yus..sedapnya kuih kaswi.atie pon lama x meng'kaswi'..hihi.jgn marah cikgu!sbb merojakkn bahasa..ngeeeeee

    ReplyDelete
  4. Haaa....ni cikgu BM nak marah ni sebab merojakkan bahasa...padahal cikgu BM pun ntah hapa2 jer bahasanya bila menulis kat blog ni....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails