Showing posts with label Jenan sekolahku. Show all posts
Showing posts with label Jenan sekolahku. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Friends Forever...

Assalamualaikum semua....

Pasti ramai yang sedang menjalankan tugas hari ini setelah bercuti 2 hari....Akak masukkan aktiviti akak dengan kawan2 semalam di Precint 11, Putrajaya.
 Sebenarnya menghadiri jemputan untuk sambutan hari jadi anak kawan sekolah akak Nita, tapi yang seronoknya dah jadi macam gathering untuk kami semua... cuma tak puas rasanya nak sembang2. Inilah kawan2 sekolah akak masa di Tingkatan 1 hingga 5. Kami tetap rapat walau hanya sentiasa berhubung di alam maya... 5 tahun membesar bersama2 di asrama menjadikan kami begitu rapat. Sehingga sekarang inilah tempat akak berkongsi masalah. Pasti akan ada yang sudi memberikan nasihat dan kata2 semangat. Akak berharap sangat persahabatan ini akan kekal selamanya. Rasanya kami dah macam saudara walaupun masing2 dah ada keluarga dan kerjaya masing2
 Kek Ais Krim untuk birthday girl
 Aisyah yang menyambut hari jadi ke-11
 Nampak muka Ju'a kat atas tu, sebab semasa kami bergambar tu Ju'a dah balik dengan babynya...
 Nita sedang mengagih2kan kek....
 Zaira yang dah kesejukan....
 Masak kat rumah Nita...
Talam Tokyo....permintaan Huzai...

P/s : Harap2 lepas ni boleh berkumpul lagi.... untuk ibu2 pulak... masak2 dan makan2 macam semalam...

Monday, November 28, 2011

Gathering dengan kawan-kawan lama...

Assalamualaikum semua....

Rasanya tak terlambat untuk akak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah untuk semua ye... 
Semoga kehidupan kita semua akan terus dirahmati dan diberkati...
Tak sempat akak nak buat n3 khas tahun ni, sebab kesibukan dan keterujaan nak buat gathering semalam.
 Semalam 27 November, kawan2 akak buat mini gathering kat rumah akak, sekali sambut birthday 2 orang anak diorang. jadi sempatlah akak siapkan dua biji kek, cheesecake untuk Myra dan..
 CMC untuk Fadhly dan mamanya, kawan akak Nita..
 Jadilah inilah gambar-gambar kenangan semalam yang akan terus tersimpan sebagai kenangan. Walaupun yang datang cuma 8 orang cukuplah untuk melepas rindu...
Ateh @ Mazni... yang tetap maintan comel, orang kuat Avon ni dan Huzai... mama yang penyayang...@ Noor Huzaimahtun... mama kepada Izzati @ Diana Geng Bas Sekolah, yang terlindung di belakang mamanya tu Izzatilah tu.. sayangnya gambar yang diambil dengan Afiqah semalam terdelete...
 sambil2 tu kami menjamu selera secara pot luck
 Ju'a@ Dr. Nur Izura lecturer kat UPM. Nita @ Norhanita Kayat yang kerja kat Kementerian Sumber Manusia, kalau tak silap akak
 Ati @ A'tiqah Rashidah, juga lecturer kat UITM Dungun... turun dari Dungun tu... yang berbaju oren Ujie @ Rudziah Umar... tetap maintain macam 23 tahun dulu, dia  lecturer matrikulasi kat Banting, dengan Ujie ni memang dah 23 tahun akak tak jumpa..
 Ju'a dan babynya yang dah 6 bulan....
 Inilah birthday girlnya... Myra anak kepada Huzai..
 Happy birthday cute girl...
 sayangnya birthday boy tak dapat datang ada kursus motivasi...
 mama je lah yang potong ye... birthday Nita sepatutnya 10 Nov hari tu...
 Happy belated birthday Nita....
 buah tangan dari Terengganu, Tq Ati...siap bawa kain batik dari Terengganu untuk diagihkan untuk kami..
bergambar kenangan.... yang paling tinggi Zuraini Harun dengan anaknya Zaira...

P/s : Bila berkumpul dan mendengar cerita-cerita kawan lama, betapa akak bersyukur kerana setakat ini,  dugaan yang akak terima tak sehebat dugaan sebahagian daripada kawan2 akak ni...Alhamdulillah.

Monday, August 1, 2011

Selepas 23 tahun....

Assalamualaikum semua....

Baru berkesempatan nak masukkan n3 tentang gathering yang akak join Sabtu 23 hb yang lepas.
Selepas 23 tahun kami semua menduduki SPM atau dengan kata lain meninggalkan sekolah tercinta, jadi pada 23hb lepas kawan akak si Faiz dan Huzai buat rancangan nak adakan gathering ni....
 Alhamdulillah... walaupun hanya melibatkan kami yang di kawasan tengah je, tapi boleh dikatakan agak meriah, walaupun dengan kehadiran 11 orang sahaja. Kami hanya libatkan yang perempuan je... kalau dibuka untuk lelaki mungkin lebih ramai...
Masing2 sibuk bercerita bila berjumpa... tambah nostalgik bila ada yang bawa album gambar lama masa kami f5 dulu... berderai tawa masing2...
 Semuanya bergembira.. kerana masing2 dah menggandakan saiz masing2 selepas 23 tahun...
 Bergambar kenangan....
 Bersama Nurul @ panggilannya Yod yang maintain ayu....
 member sekelas semasa tingkatan 4 dan 5, kelas yang menjadi kenangan indah... 5 Sc 3
 Ini pulak rakan2 satu dorm dari f1 sampai f5.... Rumah Sateria....
Si comel Zaira... yang sentiasa mencuri tumpuan...

Tuesday, November 30, 2010

Terkenang semasa dulu...

Sebenarnya dah lama dah cerita ni, dah lebih 2 bulan, cik antan pun tak tau kenapalah dulu terlupa nak masukkan, tapi tak pe walaupun dah lama tapi masih segar dalam ingatan cik antan dan kami semua.

Ini sebenarnya event reunion sekolah cik antan dulu, dibuat selepas aidil fitri dulu 12 September di WNS Homestay, Alor Setar. Reunion ni dianjurkan senior kami untuk menemukan semua badge yang pernah belajar kat Jenan atau SMSAH sekolah tercinta kami. Untuk badge cik antan yang dapat datang cuma 8 orang, tapi tak semua yang ada dalam gambar....

Azhar yang datang dengan anak dan isterinya....

Yang berdiri kat belakang tu Halim, sori ye Halim, kami semua tertukar kau dengan Zamani..faham-fahamlah dah lebih 20 tahun tak jumpa.....

ni cik antan dengan junior2 cik antan...

Zli dgn K A, senyuman yang masih seperti dulu, K A pun datang dengan keluarga, yang tak ada dalam gambar Haliza, sori ye... kami terpegun dengan keayuan Haliza tetap maintain macam dulu....

p/s : Sesungguhnya kenangan bersekolah dan membesar di Jenan, meniti hari-hari bergelar remaja bersama-sama kawan akan tetap dikenang hingga akhir hayat. Di sinilah ku kenal erti kasih makna sayang...kawan-kawanku yang kusayang, mengenali dan mengingati kenangan bersama-sama kalian membuatkan aku bahagia...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...