Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Kari @ Gulai Siam

Assalamualaikum semua....

Hari ni datang mood rajin sikit nak update blog... tapi sebenarnya apa yang dimasukkan ni, lauk yang dimasak Ahad lepas... bagi penggemar kari, kalau nak lainkan sikit rasanya bolehlah mencuba.
Resepi ni akak dapat daripada adik ipar akak semasa balik beraya hari tu... tapi ada yang diubahsuai...Kalau kat Kedah dipanggil gulai... kalau kat sini dipanggil kari... Jom tengok resepinya..
Kari @ Gulai Siam
  • 1/2 kilo ikan ( apa-apa jenis ikan je yang sesuai - akak guna ikan kembong- kat kedah dulu guna ikan Temolian)
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 500ml santan pekat dan ditambah dengan air sebanyak yang dikehendaki...
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Rebung secukupnya ( tapi akak gantikan dengan bendi dan tomato- tak sempat cari rebung )
Cara memasaknya
  1. Masukkan santan dan air secukupnya ke dalam periuk
  2. Masukkan serbuk rempah kari dan pes tomyam
  3. Bila dah sebati, masukkan bendi @ rebung.
  4. Kemudian masukkan ikan dan seterusnya tomato.
  5. Masukkan daun limau. Biarkan mendidih.
  6. Perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
Senang je kan...... Selamat Mencuba...

Tuesday, July 10, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua...

Buat apa ye pagi2 ni? Pasti ramai yang sibuk di pejabat atau ada yang tengah sibuk memasak....
Tajuk tentang ikan patin, tup2 gambar kek pulak... Sebenarnya kek gula hangus dan gulai ikan patin ni akak masak Jumaat lepas sempena pot luck kat sekolah akak...dah licin semuanya...
Bila dah post kat fb, ada kawan akak yang bertanya resepi ikan patin masak tempoyak ni. Jadi akak masukkan kat sini semula... ikut cara akaklah ye... tak taulah sama ke tak dengan resepi orang Temerloh... akak ni anak Kedah yang dah lama merantau... celup sana kejap, celup sini kejap... walau apa-apapun negeri Jelapang Padi tetap tanah tempat tumpah darahku...

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin - bersihkan dan potong ikut suka
  • 10 tangkai cili padi - nak pedas boelh tambah lagi
  • 4 sudu makan tempoyak
  • daun kesum dan bunga kantan
  • sedikit kunyit hidup
  • asam keping
  • 2 batang serai

Cara-caranya

  1. Cili padi diblender bersama-sama kunyit hidup.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
  3. Tempoyak diblender dengan air secukupnya
  4. Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
  5. Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
  6. Masak sehingga sebati semuanya, kalau suka masam masukkan asam keping.
  7. Perasakan dengan garam dan kalau suka sedikit gula... sedikit je.. jangan sampai manis pulak ye...
Untuk Nita... selamat mencuba kalau dah ada tempoyak nanti kay...

Sunday, December 11, 2011

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum semua....

Hari ni pagi2 curi masa sekejap mengadap lappy, masukkan n3 tentang sambal hitam Pahang yang sempat akak buat Rabu lepas. Memang sedap sambal ni. Kebetulan pulak nak menghabiskan belimbing kat belakang rumah yang bergayut-gayut dan dah banyak yang gugur tu.
Bahan-bahannya:


  • 15 biji belimbing buluh yang direbus hingga kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 6 biji cili padi ( ikut kepedasan cili padi masing-masing)
  • segenggam ikan bilis
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

  1. Belimbing direbus hingga kering atau kehitaman, perlu selalu dibalik-balikkan sebab takut hangit dan melekat.
  2. Bawang merah, bawang putih dan cili padi ditumbuk halus. Ikan bilis ditumbuk kasar (terpulang masing-masing, boleh juga ditumbuk halus)
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk.
  4. Kemudian masukkan belimbing.
  5. Masak hingga kering dan perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Perlu selalu dikacau macam buat serunding.
Selamat mencuba... anak2 akak pun suka makan. Kami sempat makan sekali saja, yang selebihnya habis diratah along...

Tuesday, October 25, 2011

Daging Salai Masak Lemak campur Pucuk Ubi dan Belimbing Buluh

Assalamualaikum semua....

Masukkan pulak n3 tentang daging salai masak lemak... sebenarnya ni bukan menu hari ni pun, menu minggu lepas. Suami akak bawa balik daging salai dari Kuala Lipis, masa dia ke sana dulu.
Akak masak daging salai ni campur sikit dengan pucuk ubi dan belimbing buluh....resepinya agak2 je
Bahan2nya:

  • Daging salai
  • Santan
  • Serai
  • Pucuk ubi
  • Belimbing buluh
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Asam keping
  • Sedkit kunyit
Cara2nya
  1. Tumbuk bawang dan lada kecik. Masak atas api hingga kering air.
  2. Masukkan santan dan serai yang diketuk dan kunyit.
  3. Masukkan daging, pucuk ubi dan belimbing.
  4. Masukkan asam keping kalau tak cukup masam dan garam secukupnya.

Thursday, September 8, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum semua....

Masih ingat lagi pada ikan patin yang ditangkap di Mentakab hari raya hari tu?... Haaaa inilah dianya.... dah jadi gulai tempoyak pun.... sebenarnya ni menu hari Isnin lepas, dah licin dah pun.....Rasa2nya akak dah pernah bagi resepi dulu... tapi akak masukkanlah lagi sekali,tapi resepi main agak2 je ye....
Ikan Patin Masak Tempoyak


Bahan-bahannya

  • 4 ketul ikan patin
  • 7 tangkai cili padi ( ikut citarasa masing2 untuk tahap kepedasannya)
  • 4 sudu makan tempoyak ( ini pun ikut citarasa masing2, lagi banyak lagi pekat)
  • daun kesum
  • asam keping
  • garam secukupnya
Cara memasaknya
  1. Lada dan tempoyak diblender sekali ( cara akak sebab nak cepat)
  2. Masukkan bahan blender ke dalam periuk dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan air, dan kemudian ikan patin.
  4. Bila dah mendidih masukkan asam keping dan daun kesum. ( boleh juga masukkan bunga kantan)
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, tapi hati2 jangan sampai manis pulak.

Tuesday, August 9, 2011

Ikan Bakar

Assalamualaikum semua...

Masukkan n3 menu berbuka puasa semalam, ikan bakar..
Tapi untuk pengetahuan semua... ikan bakar ni bukan akak masak ye.... hubby akak beli daripada anak buahnya yang berniaga di Bazaar Ramadhan Puchong Perdana kot, jadi sesiapa yang nak merasa bolehlah ke Bazaar Ramadhan kat situ... sedap...

Thursday, June 2, 2011

Asam pedas ikan pari

Assalamualaikum semua

Menu makan tengah hari hari ni, masih lagi ikan pari... asam pedas ikan pari campur belimbing buluh.
 Resepinya main campak2 jer, mungkin sama jer dengan resepi orang lain. Jom tengok resepinya. Akak masukkan belimbing tu secara kebetulan jer, bila keluar belakang rumah nak ambik serai tadi,nampak belimbing bergayut-gayut terus je lah petik.Terbaca pg tadi Kak Jee dok mencari belimbing buluh, kalau dekat2 boleh hantar...

Bahan-bahannya:

Ikan pari secukupnya
15 tangkai lada kering
1 labu bawang besar sederhana besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
sedikit belacan
air asam jawa
2 batang serai
sedikit belimbing buluh
daun kesum.. ( suka2 sebab daun kesum yang hubby tanam kat belakang rumah dah hidup)

Lada kering, semua bawang, buah keras dan belacan diblender hingga halus dan tumiskan hingga naik bau.
Masukkan serai yang sudah diketuk dan belimbing buluh
Masukkan air asam jawa dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan pari dan tunggu hingga mendidih lagi dan masukkan daun kesum.
Perasakan dengan garam. Siap.... 
 Ini pulak ciskek yang akak siapkan pagi tadi.Kek ni ditempah oleh Kak Nor jiran akak sempena birthday suaminya Cikgu Kamal hari ini. Tahun lepas Kak Nor tempah kek karot, tahun ni beralih rasa ke ciskek pulak

Tuesday, February 22, 2011

Semalam Telur Rebus..hari ni ayam..

Assalamualaikum semua...

Menu makan malam tadi, ayam goreng bercili campur nenas. Sebenarnya malam tadi kak antan masak masakan yang sama tapi menggunakan telur rebus yang digoreng. Anak2 kak antan berselera sungguh makan. Jadi malam ni, kak antan tukarkan pulak dengan ayam goreng. Sebenarnya cara masaknya sama je macam masak sambal tumis biasa, cuma kak antan masukkan nenas dan sedikit sos tomato. Jadi rasanya ala2 masam manis gitu....

Sunday, February 13, 2011

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum semua.....
Dah siap makan semua...kak antan dah banyak hari dok mengidam nak makan asam pedas ayam yang macam kat rumah Kak Nor. Mengidam? aish...bukan mengidam yang tu... rasanya cukup dah kot 5 orang. Lagipun kak antan kalau mengandung alamatnya dapur tak berasap sebab alahnya teruk sangat. Walaupun ikut resepi macam yang kat rumah Kak Nor, tapi adalah jugak yang diubah2 sebab bahan2 yang tidak mengizinkan. Jadi jom lah kita makan....

ASAM PEDAS AYAM
resipi : Ana Wahid
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dan direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia

*2 biji buah keras dan sedikit belacan (akak tambah)

6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
1 sudu besar halba ~ k.nor letak 1 sudu kecil ( sama akak pun letak 1 sudu kecil)
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk (akak letak 2 batang)
daun kesum - ikut suka banyaknya ( huhuhu...ini yang sedihnya, daun kesum xde..x lengkap asam pedas akak)
1 biji tomato - dibelah empat (akak tak de tomato jadi akak gantikan dengan 5 biji belimbing buluh )
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan belimbing, gula dan garam secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan

Sunday, February 6, 2011

Puyuh Goreng

Assalamualaikum semua....
Menu santapan kami sekeluarga tengah hari tadi, sebelum along balik ke asrama. Pagi tadi hubby kak antan belikan burung puyuh. Tapi bukanlah yang fresh,yang frozen je... bolehlah untuk anak-anak makan....
Kak antan goreng biasa je, gaulkan dengan garam kunyit dan masa nak goreng golekkan dalam tepung gandum
tengoklah tergolek2 tu....

Saturday, February 5, 2011

Makan-makan di Mentakab

Assalamualaikum semua....
N3 ketiga hari ni....semua tentang aktiviti makan2 di Mentakab semasa kak antan balik sana Khamis lepas.
Masa otw balik hari tu, kak antan hantarkan sekali 2 kotak talam tu dan hubby kak antan singgah pasar Kajang sebab nak cari batang keladi, dia teringin nak makan, jadi nak minta maknya masakkan. Jadi tengah hari tu, inilah hidangannya...Batang Keladi Masak Gulai Tempoyak. Bahan2nya: Batang Keladi, ikan bilis, tempoyak, bawang besar, dan cili padi. Cili padi ditumbuk bersama2 garam dan dimasukkan dalam periuk bersama2 air. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dihiris, bila air dah mendidih masukkan batang keladi yang dah disiang, kemudian masukkan santan dan tempoyak. Perasakan dengan garam dan asam keping, kalau belum cukup masinnya...
Sebelah petangnya barulah dipotong kek along tu... tengoklah isi dalamnya....
Ini pulak menu makan tengah hari semalam. Ayam Goreng Sos Black Pepper (kak antan bagi nama tu) ayam diperap dengan garam, kunyit, gula dan sos black pepper. Sedap...resepi adik ipar kak antan..
Tak puas makan gulai keladi masak tempoyak, sekali lagi dimasakkan sambal tempoyak, kali ni ditambah dengan pucuk ubi kayu dan pucuk kaduk
Siput sedut..biras kak antan masak, dicampurkan dengan keladi... cili padi dan serai.
ni pulak masak lemak kulat sisir, dicampur dengan ikan bilis, bawang dan pucuk cekur manis.
Ntah berapa banyaklah makanan berlemak yang kak antan makan.. bertambah tinggilah kolestrol kak antan....kena jaga kalori lepas ni nih...ye ke...boleh percaya ke...

Tuesday, February 1, 2011

Ikan ala-ala stim lagi....

Assalamualaikum semua....
Hari ni baru masukkan n3, semalam masak simple2 je....anak2 semua tak sihat, hubby kak antan yang demam 2 minggu lepas pun tak berapa nak sihat lagi, Aqil pun demam, sakit tekak, semalam Awan pun dah mula panas badan, ateh dengan angah dok merungut sakit dan pening kepala...tinggal ibunya aje....walaupun semalam kepala berdenyut2 jugak tapi terpaksa diamkan diri...kalau semua dah sakit..susah jugak kan...hari ni alhamdulillah, masing2 dah mula aktif, walaupun tak berapa sihat betul. Jadi ikan kat atas ni kak antan masak untuk makan tengah hari tadi, sama macam ikan siakap yang dulu, cuma hari ni akak ganti dengan ikan kerapu....tapi sorilah ye ikan kerapu akak tak pandai posing...buruk je rupanya..tapi hari ni akak tambah belimbing buluh 3 biji. Bila keluar kat belakang rumah tadi nak ambik serai dan daun bawang ternampak belimbing bergayut 3 biji, daripada gugur je nanti petik je lah...itulah tanah ada lah sekangkang kera ( pandai orang dulu2 sukat ye..., itupun sebab tak de duit nak renovate kat belakang tu) bolehlah bercucuk tanam serba sedikit ( banyak yang mampus pun) serai baru nak hidup, kalau selalu dok ambik tu, lama2 mampus lah... pokok bawang ada sepokok...dah habis dah daunnya kena potong tadi...haa....yang banyak kak antan tengok tadi pokok ulam raja...along tabur benih dia dulu...nanti boleh dipetik buat ulam atau kerabu...sedap tu..
Panjang pulak ceritanya ye.... lepas makan tengah hari tadi kak antan join satu aktiviti, nak tahu aktiviti apa kena tunggu n3 selepas ni lah, sama ada malam ni kalau rajin atau esok... itu pun tak tau lah gambar ok ke tak, kak antan lupa bawa kamera, pakai hp je...jadi kalau nak tahu tunguuuuu. Wassalam....jumpa lagi...

Monday, January 24, 2011

Ikan Siakap ala-ala Stim

Assalamualaikum semua...
N3 makan malam hari ni, Ikan Siakap ala-ala stim. Resepi ni dah lama kak antan dapat daripada seorang rakan. Sekarang kak antan sendiri tak tahu dia di mana. Betul2 lost contact. Walau apa2pun terima kasih ye Kak Rosni, walaupun resepi ni tak diikut 100 peratus tapi tetap sedap...Nak tau sebab apa ala2 stim? Jom layan resepi.

  • 1 ekor ikan siakap (dilumur dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk, beserta garam dan air limau nipis)
  • 5 ulas bawang putih - mayang
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 1" halia - mayang
  • 2 batang serai titik
  • segenggam cili padi - dipotong halus
  • 2 sudu sos tiram ( kak antan tak masukkan sebab tak ada)
  • air limau nipis lagi ( kak antan guna lemon sebab nak habiskan stok)
  • daun bawang - dihiris
Cara-caranya
  1. Panaskan kuali dan masukkan air.
  2. Masukkan ikan berserta dengan bahan2 perapan tadi.
  3. Biarkan air mendidih bersama-sama ikan.
  4. Masukkan semua bahan yang dimayang dan dihiris dan juga serai yang diketuk.
  5. Masukkan juga sos tiram.
  6. perah air asam limau - tutup api.
  7. Hidangkan.
Jadi dah tau sebab apa kak antan kata ala2 stim. Bukannya distim tapi sama macam direbus je kan...tapi rasanya macam ikan yang distim...Kalau nak tahu rasanya...cubalah...

Thursday, January 20, 2011

Kari Daging

Assalamualaikum semua....
Walaupun hari ni cuti, tapi inilah baru dapat nak masukkan n3 hari ni... Banyak pulak aktiviti hari ni. Jadi tengah hari tadi masak yang simple2 je, untuk makan malam baru dapat masak kari ni. Bolehlah angah makan sekali esok sebelum solat Jumaat.
Kari Daging ( tak de sukatan ye... pandai2 agak je lah...)

Bahan2nya:
  • Daging
  • Ubi kentang
  • Rempah kari daging
  • Bawang merah ( untuk menumis dan ditumbuk)
  • Bawang putih ( untuk menumis dan ditumbuk )
  • Halia ( untuk menumis dan ditumbuk )
  • Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Santan
  • Minyak untuk menumis
Cara2nya
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah, daun kari, bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis
  2. Bila agak garing, masukkan bawang dan halia yang ditumbuk.
  3. Kemudian masukkan rempah kari
  4. Masukkan daging yang dipotong nipis. Biar hingga naik minyak.
  5. Masukkan santan dan ubi kentang. Masak hingga kentang empuk.
  6. Perasakan dengan garam.

Thursday, January 13, 2011

Labu Masak Tempoyak dan Ikan Kerapu

Assalamualaikum semua....
Sebenarnya ni menu makan malam semalam, tak sempat nak masukkan malam tadi. Malam tadi kak antan masak labu lagi. Banyak hubby kak antan beli labu dulu sebab labu kan tahan lama. Jadi malam tadi ni yang terakhir kak antan habiskan...

Tak tau lah orang lain suka ke tak masak macam ni, tapi kalau nak cuba apa salahnya...Jom tengok resepi..

Labu Masak Tempoyak
  • 1/2 biji labu
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit ikan bilis
  • 5 tangkai cili padi ( siapa yang suka pedas boleh lebihkan )
  • 1 sudu besar bumbung tempoyak
  • santan secukupnya.
Bawang dan lada dikisar dan panaskan dalam periuk, bila air agak kering masukkan ikan bilis.
Kemudian masukkan labu, kemudian masukkan tempoyak dan santan.
Masak sehingga labu lembut dan perasakan dengan sedikit garam.
Ini pulak ikan kerapu yang kak antan masak ala-ala 3 rasa, tapi macam kak antan cakap sebelumnya kak ni memasak selalunya tak ada perancangan, mana yang ada je lah...Jenguk kat belakang rumah ada belimbing buluh jadi petik, masukkan je lah.

Untuk sapa2 yang nak jenguk resepinya....

3 ekor ikan kerapu - gaul garam kunyit dan digoreng
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
5 batang cili padi dipotong 2
1 labu bawang besar dipotong dadu
6 biji belimbing buluh dipotong nipis
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukupnya

Tumiskan bawang merah dan putih dan cili padi
Bila garing masukkan sos cili, tomato dan sos tiram
Masukkan sedikit air
Masukkan belimbing dan bawang besar
Bila bawang dan layu masukkan daun limau purut
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah agak pekat masukkan ikan dan gaul2kan...

Monday, January 10, 2011

Sup Ikan Kikik Mak Iloi-Iloi

Assalamualaikum semua...
N3 hari ni sebelum tidur dan sambil tunggu Talam Tokyo masak, hubby kak antan minta buatkan Talam Tokyo untuk dibawa ke pejabatnya esok, ada majlis perpisahan untuk salah seorang staffnya yang bertukar bahagian. Sup ikan kat atas tu untuk makan malam tadi, bila hari2 bekerja ni, masak pun yang simple2 je, main campak2 je...memang tak de planning langsung, mana yang ada dalam peti sejuk je lah...Tak nak bebel panjang, dah ngantuk, Talam Tokyo pun dah masak...gambar talam esok ye....Jom layan resepi sup ikan kikik kak antan yang dicampak2 je..

Sup Ikan Kikik

  • 3 ekor ikan kikik
  • 1' halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis serba sedikit
  • sebatang lobak yang dihiris nipis
  • garam
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
  2. Bila dah kuning masukkan air secukupnya
  3. Masukkan karot.
  4. Bila karot separuh lembut, masukkan ikan dan kemudian garam. Tunggu sehingga masak.
p/s: Lebih sedap kalau ditambah suun...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...