Dozen Roses Love Note

Thursday, January 13, 2011

Labu Masak Tempoyak dan Ikan Kerapu

Assalamualaikum semua....
Sebenarnya ni menu makan malam semalam, tak sempat nak masukkan malam tadi. Malam tadi kak antan masak labu lagi. Banyak hubby kak antan beli labu dulu sebab labu kan tahan lama. Jadi malam tadi ni yang terakhir kak antan habiskan...

Tak tau lah orang lain suka ke tak masak macam ni, tapi kalau nak cuba apa salahnya...Jom tengok resepi..

Labu Masak Tempoyak
  • 1/2 biji labu
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit ikan bilis
  • 5 tangkai cili padi ( siapa yang suka pedas boleh lebihkan )
  • 1 sudu besar bumbung tempoyak
  • santan secukupnya.
Bawang dan lada dikisar dan panaskan dalam periuk, bila air agak kering masukkan ikan bilis.
Kemudian masukkan labu, kemudian masukkan tempoyak dan santan.
Masak sehingga labu lembut dan perasakan dengan sedikit garam.
Ini pulak ikan kerapu yang kak antan masak ala-ala 3 rasa, tapi macam kak antan cakap sebelumnya kak ni memasak selalunya tak ada perancangan, mana yang ada je lah...Jenguk kat belakang rumah ada belimbing buluh jadi petik, masukkan je lah.

Untuk sapa2 yang nak jenguk resepinya....

3 ekor ikan kerapu - gaul garam kunyit dan digoreng
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
5 batang cili padi dipotong 2
1 labu bawang besar dipotong dadu
6 biji belimbing buluh dipotong nipis
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukupnya

Tumiskan bawang merah dan putih dan cili padi
Bila garing masukkan sos cili, tomato dan sos tiram
Masukkan sedikit air
Masukkan belimbing dan bawang besar
Bila bawang dan layu masukkan daun limau purut
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah agak pekat masukkan ikan dan gaul2kan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails