Assalamualaikum semua....Hari ni pun tak ada n3 masak2 sebab hari ni kak antan dan family ke Kuala Pilah sebab menghantar along balik ke asrama. Segan pulak tadi nak ambik gambar masa kat sekolah along, nanti orang kata dia ni masa nak daftar anak pun nak amik gambar kan....jadi gambar adik2nya je lah yang menjadi tatapan. Gambar ni diambil masa balik tadi sebab kami singgah di R n R Beranang untuk solat.
si manja awan....
aqil dengan ateh...suka sangat ler tu.....
Bila sampai ke rumah dan menjelang malam ni terasa pulak sunyi sebab sorang dah tak de, yelah dah terbiasa dekat 1 bulan setengah along ada kat rumah kan...selalu dok kelahi dengan dia...yelah bukan kelahi apa, biasa lah kan...anak lelaki, semua perkara perlu disuruh dan ditegur. Dan yang paling terasanya nanti ialah kerana along ni kuat makan, bila petang dialah yang selalu merengek lapar..... itu yang menyebabkan kak antan selalu memasak petang2 tu. Bila dikenang2 mahu menitik air mata ni....Tapi ini sementara je kan sebelum nak terbiasa semula, tahun lepas pun cam ni jugak. Esok kak antan dah mula bertugas semula, bila dah sibuk tu tak terasalah sangat kan....
p/s Harapan ibu along belajar rajin2 ye...tahun depan dah nak PMR...ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 kami...
No comments:
Post a Comment