Dozen Roses Love Note

Saturday, January 15, 2011

Direnjis-renjis dipilis....

Assalamualaikum semua.....
Tengah hari tadi dapur kak antan tak berasap sebab ada jemputan kahwin. Penolong Kanan sekolah kak antan, kahwinkan anaknya... Majlis diadakan di Maeps, Serdang. 2 orang sekali anaknya yang berkahwin yang sulung dan yang ketiga....
Pelamin....
Pasangan pertama Dr. Khairiyah Sidek dan pasangannya Zoel-Fazlee Omar
Pasangan kedua Sakinah Sidek dan Mehdi Soltanzadeh.... perkahwinan antara 2 budaya.... pengantin lelakinya berasal dari Iran
Sakinah ni dulu belajar di sekolah kak antan, sejak di sekolah lagi sentiasa menjadi perhatian semua termasuk guru2 disebabkan sifat dan perwtakannya yang lemah lembut selembut wajahnya....
Pasangannya Mehdi Soltanzadeh, nanti bila majlis menyambut menantu di Iran, kalau cikgu2 nak ikut sekali boleh.... tapi tambang sendiri mau bayar haaaa.......
Balik dari kenduri tu kami terus singgah di Hospital Serdang, melawat kawan kak antan yang pernah kak antan tuliskan dulu.... Alhamdulillah dia dah semakin pulih....

2 comments:

  1. Salam Kak Antan,
    sy bukan guru, tapi boleh rasa , bila tengok anak2 murid dah kawin baru sedar cepat betul masa berlalu kan.

    ReplyDelete
  2. Memang betul Aidah, itu belum lg tgk anak2 kahwin...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails