Showing posts with label Anak didikku. Show all posts
Showing posts with label Anak didikku. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Pengalaman 3 hari

Assalamualaikum semua....

N3 hari ni tentang pengalaman 3 hari akak menghadiri kursus komputer di IPG Teknik Cheras.
 Ahli kumpulan akak selama 3 hari akak menghadiri kursus, Yap, Kak Zu, akak dan Maslina.
Seronok sebenarnya sekali sekala menghadiri kursus ni, sebab dapat kawan baru, mempelajari ilmu baru, lupa sekejap hal2 yang secara rutinnya berlaku di sekolah, tapi yang tak seronoknya.... bila balik ke sekolah,  bertimbun2 kerja nak disiapkan. Sepanjang 3 hari tu kami dibekalkan dengan ilmu wonder share dan wix.com... memang menarik dan rasanya masa 3 hari tu tak cukup....
 Yang tak disangka2 semasa berkursus akak berjumpa dengan bekas anak murid akak dulu, Mazlina... walaupun akak tak mengajar dia, tapi alhamdulillah dia masih ingat pada cikgunya ni... sedangkan semasa tahun 1998 tu akak mengajar di Pandan Jaya hanya 5 bulan lebih je dan dia ketika tu baru tingkatan 1. Terasa sangat diri ni dah tua..hihihi.. cepatnya masa berlalu...
Kalau n3 sebelum ni akak tulis tentang kesesakan yang terpaksa akak hadapi pada hari pertama, ini pulak kesesakan yang akak hadapi pada hari kedua... walaupun akak keluar lebih awal, tengok tu gelap lagi kan... tapi jalan dah sangat sesak... tapi pengalaman akak untuk hari kedua ni berbeza sebab akak tersilap masuk lorong...bagi sesiapa yang pernah melalui Highway Cheras pada sebelah pagi, pasti tahu tentang laluan kontra, tapi akak ni tak tahu... ingatkan masuk lorong tu boleh laju, rupa2nya....huhuhu... akak terbabas sampai ke KL, menggelabah cari jalan untuk berpatah balik ke Cheras, nasib baik masih sampai tepat pada waktunya... betul2 memberi pengalaman pada akak, sebab akak tak pernah memandu dalam Kuala Lumpur, tiba2 kena pusing satu KL untuk berpatah balik.

Tuesday, March 27, 2012

Alhamdulillah... tempat kedua...

Hari ni sekadar berkongsi kegembiraan di sekolah.... Alhamdulillah pasukan pantun sekolah akak mendapat tempat kedua dalam pertandingan pantun Zon Kajang. Sejak bertukar ke petang tahun ni akak memang tak dapat banyak membantu, tapi alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu2 lain dan pengalaman tahun lepas mereka ni dapat menjadi naib johan... malangnya semuanya dah Tingkatan 5. 
 Yang jelasnya kelemahan diorang ni yang akak lihat tadi kurangnya keyakinan diri bila final diorang berjumpa dengan pelajar-pelajar Program Permata Pintar. Jadi itu yang perlu diperbaiki...
 Atikah... dua kali menjadi pemantun terbaik...
Aisyah yang sentiasa konsisten...

Wednesday, November 30, 2011

Cerita Hari ini...

Assalamualaikum semua....

Mesti semua tengah berehat sekarang ni kan... jadi masa lapang yang sekejap ni akak masukkanlah cerita hari ni... nak kata sibuk, taklah sibuk sangat...
 Tergolek2 krimpuf kan... haaaa... sebenarnya hari ni, ada kawan-kawan akak yang datang rumah belajar buat krimpuf ni... Sebenarnya Kak Liza teringin sangat nak belajar sebab anak2 dia suka makan dan dia takut tahun depan pulak akak bertukar ke Kuantan... jadi yang kat atas tu lah antara hasilnya... akak ni tak pernah terlintas langsung nak buat kelas, sebab sedar diri yang masih kurang ilmu, tapi untuk Kak Liza, dipenuhi jugaklah...
 Inilah Kak Liza, sebenarnya Kak liza tak bersendirian, dia datang dengan Azmar, tapi gambar si Azmar si Awan pulak dah delete. Suka sungguh dia main kamera sekarang. Tengah seronok sembang2, sambil tunggu krimpuf mengembang, akak dapat call dari anak murid akak, nak datang rumah... jadi krimpuf yang kat atas tu, jadi rezeki dioranglah... dapatlah Kak Liza dan Azmar bawa balik sikit sorang..
 Diorang datang berlima..

 Inilah anak murid akak...
 Akak ajar diorang ni masa di Kuantan dulu, tahun 2006-2007. Seronok dengan kedatangan diorang, diorang ni belajar kat KPM Beranang, dah habis...jadi Ahad ni dah balik Kuantan. Tak per, insyaAllah jumpa pulak kat Kuantan nanti
 Najiah
 Farhana
Krimpuf ni yang disiapkan semalam... 70 pcs, tempahan Kak Milah...

Sunday, October 16, 2011

Majlis Graduasi SMK Jalan Bukit Kali Ke-2

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah, akak memang memang memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Majlis Graduasi Kali ke-2 ini dapat dilaksanakan dengan jayannya. Mungkin gambar-gambar di bawah ini dapat menceritakan segalanya... terima kasih kepada yang menyumbangkan gambar-gambar sebab SU semalam terlalu sibuk sehingga tak sempat nak merakamkan detik-detik yang berlalu...majlis diadakan di Ballroom Hotel Equatorial, Bangi.
 back drop
 sebelum majlis bermula
 perarakan masuk perasmi bersama-sama pentadbir

 dimulakan dengan membawa Piala Seri Bitara
 bacaan doa
 Ucapan perasmian oleh Dr. Zulkefli Hj. Aini, Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) KUIS
 sesi penganugerahan sijil
 mc yang begitu komited dan profesional
 barisan AJK slaid show yang banyak jasa
 penerima anugerah Seri Bitara dan bapanya
 semasa biodatanya dibacakan
 bersama ibu tercinta
 antara graduan yang hadir
 bergambar kenangan selepas majlis
 barisan AJK yang bertungkus lumus demi kesempurnaan majlis
 barisan pentadbir
 barisan pentadbir dan AJK
 selepas majlis makan di Coffee House
 mungkin ini dapat menggambarkan semua perasaan

TERIMA KASIH SEMUA.. JASA KALIAN TETAP DIKENANG...

Monday, September 26, 2011

Murid-muridku Datang Beraya

Assalamualaikum semua...

Uploadkan gambar2 anak2 murid akak datang beraya semalam. Nak sangat datng beraya kat rumah, jadi akak pun tetapkanlah satu hari... jadi semalamlah harinya.. ingat nak masak2 makan kat sekolah je.. tapi diorang tak nak... terpaksalah pilih tarikh yang sesuai sebab majoritinya pelajar Ting 5 yang tengah trial sekarang ni... jadi bagi akak tarikh yang paling sesuai ialah 25hb... sebab cuma tinggal satu paper je lagi untuk diorang semua...





Ini pulak akak menerima kunjungan bekas anak murid akak semasa di Kuantan dulu.. rasanya dah 5 tahun tak jumpa...kebetulan si Iera ni sekarang jadi GSTT kat SMK Taman Jasmin 2, dapatlah akak jemput sekali....

Tuesday, July 5, 2011

Apam Dot ABC untuk Along

Assalamualaikum semua...

Teruk betul internet kat rumah akak ni... betul2 menguji.... ingat semalam nak masukkan n3 ni, tapi langsung tak boleh nak online.
Sebenarnya apam ni akak buat untuk along sebab dia datang kat Putra Jaya Ahad lepas.
Akak buat 2 versi, dot2 dan ABC, patutnya untuk Aqil atau Awan sesuai lah kan...

 
Diorang berempat masa kat PICC
Bertiga
Inilah sebabnya along ke PICC, Finale Wind Orchestra. Along memang aktif dalam orkestra,cuma sekolah dia tak dapat masuk final. Kalau masih ingat tentang dilema akak dulu, along nak ke Aceh tu memang atas tiket orkestra ni.
muka boring...

Nampak dari jauh along dok mengagihkan apam2 tu dengan kawan2 dia
Sebenarnya kami tak tunggu pun sampai pertandingan mula, sebab tempat tak cukup. Bila dah kena gerak dari tempat duduk tu, kami pun dah malas nak tunggu, sebab kalau nak tunggu kena duduk terpisah, susah pulak nak control budak2 ni... lagipun tujuan utama memang nak jumpa along je.... 

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...