Dozen Roses Love Note

Wednesday, November 30, 2011

Cerita Hari ini...

Assalamualaikum semua....

Mesti semua tengah berehat sekarang ni kan... jadi masa lapang yang sekejap ni akak masukkanlah cerita hari ni... nak kata sibuk, taklah sibuk sangat...
 Tergolek2 krimpuf kan... haaaa... sebenarnya hari ni, ada kawan-kawan akak yang datang rumah belajar buat krimpuf ni... Sebenarnya Kak Liza teringin sangat nak belajar sebab anak2 dia suka makan dan dia takut tahun depan pulak akak bertukar ke Kuantan... jadi yang kat atas tu lah antara hasilnya... akak ni tak pernah terlintas langsung nak buat kelas, sebab sedar diri yang masih kurang ilmu, tapi untuk Kak Liza, dipenuhi jugaklah...
 Inilah Kak Liza, sebenarnya Kak liza tak bersendirian, dia datang dengan Azmar, tapi gambar si Azmar si Awan pulak dah delete. Suka sungguh dia main kamera sekarang. Tengah seronok sembang2, sambil tunggu krimpuf mengembang, akak dapat call dari anak murid akak, nak datang rumah... jadi krimpuf yang kat atas tu, jadi rezeki dioranglah... dapatlah Kak Liza dan Azmar bawa balik sikit sorang..
 Diorang datang berlima..

 Inilah anak murid akak...
 Akak ajar diorang ni masa di Kuantan dulu, tahun 2006-2007. Seronok dengan kedatangan diorang, diorang ni belajar kat KPM Beranang, dah habis...jadi Ahad ni dah balik Kuantan. Tak per, insyaAllah jumpa pulak kat Kuantan nanti
 Najiah
 Farhana
Krimpuf ni yang disiapkan semalam... 70 pcs, tempahan Kak Milah...

6 comments:

  1. salam kak...
    rezeki anak muridlah pagi tu dpt mkn krimpuf..

    ReplyDelete
  2. kak yusss..mieza suka krim puff..kalau dok dekat2 sini teringin mieza nak ngoder dan belajar sekali dgn kak yus :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak,
    Suka saya melihat orang belajar. Mesti seronok, kan? :)

    ReplyDelete
  4. Ucu, betul tu memang betul2 rezeki diorang. Sekelip mata jer licin

    ReplyDelete
  5. Mieza, betul ke suka? Dtglah sini @ pun cuba buat, senang je...

    ReplyDelete
  6. Indah, akak ni tak pandai pun nak ngajar, cuba2 je lah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails