Assalamualaikum semua....
Dah seminggu rasanya blog ni menyepi, jadi malam ni cuba jugak masukkan n3, tapi bukan n3 masak-memasak, n3 tentang permohonan pertukaran akak ke Kuantan. Hari Khamis lepas keputusannya dah keluar, dan keputusannya..." Permohonan pertukaran anda ke negeri Pahang tidak diluluskan ". Bila baca je kenyataan tu, gelap sekejap rasanya, dah tak tau apa nak kata lagi dah. Terus call suami, bagi tahu... dan... dia pun terus balik ke Kajang malam tu jugak sebab esoknya, Jumaat nak cuba ke KPM, kat Putrajaya untuk buat rayuan. Jadi, rayuan dah dibuat dan akak terpaksa menunggu lagi hingga bulan Disember nanti untuk keputusannya. Jadi sekarang apa lagi yang boleh akak buat melainkan berdoa semoga permohonan rayuan tu diluluskan.
Kalau dulu selalu berkira-kira apa nak dibuat bila keputusan tu diumumkan... pertamanya nak uruskan persekolahan anak-anak, kemudian dah tentulah dan kemaskan barang-barang apa yang patut... tapi sekarang akak rasa kosong... tak tau apa nak diharapkan dan difikirkan, apa nak dibuat selepas ni... nak uruskan pertukaran anak... nak kosongkan meja kat sekolah.... nak kemas barang masuk kotak... rasanya semua tak boleh nak buat lagi.... sebab... keputusannya masih belum pasti.... tapi yang paling pasti...akak akan terus berdoa semoga permohonan rayuan akak diterima dan akak selalu berharap akan terbit sinar mentari di celah-celah awan mendung dan gerimis semalam yang akan memancarkan sinar pelangi indah dalam kehidupan akak sekeluarga... insyaAllah.... Jadi untuk sesiapa yang membaca n3 akak kali ni, tolong doa-doakan ye, semoga rayuan akak diterima. Terima kasih...
sabar ye dgn dugaan ni...
ReplyDeletekesiannya kat kak yus..suami kerja di kuantan ye kak..mmg rasa frust sgt kan bila nak pindah tp permohonan tak diluluskan...mieza doakan semoga rayuan akak akan diterima dan urusan perpindahan ini dipermudahkan Allah hendaknya..amin :)
ReplyDeleteKak Norlie.... terima kasih... tolong doa-doakan ye....
ReplyDeleteItulah Mieza... frust sangat rasa... Mieza pun tolong doa2kan ye... harapnya rayuan tu dipertimbangkan.
ReplyDelete