Monday, November 28, 2011

Gathering dengan kawan-kawan lama...

Assalamualaikum semua....

Rasanya tak terlambat untuk akak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah untuk semua ye... 
Semoga kehidupan kita semua akan terus dirahmati dan diberkati...
Tak sempat akak nak buat n3 khas tahun ni, sebab kesibukan dan keterujaan nak buat gathering semalam.
 Semalam 27 November, kawan2 akak buat mini gathering kat rumah akak, sekali sambut birthday 2 orang anak diorang. jadi sempatlah akak siapkan dua biji kek, cheesecake untuk Myra dan..
 CMC untuk Fadhly dan mamanya, kawan akak Nita..
 Jadilah inilah gambar-gambar kenangan semalam yang akan terus tersimpan sebagai kenangan. Walaupun yang datang cuma 8 orang cukuplah untuk melepas rindu...
Ateh @ Mazni... yang tetap maintan comel, orang kuat Avon ni dan Huzai... mama yang penyayang...@ Noor Huzaimahtun... mama kepada Izzati @ Diana Geng Bas Sekolah, yang terlindung di belakang mamanya tu Izzatilah tu.. sayangnya gambar yang diambil dengan Afiqah semalam terdelete...
 sambil2 tu kami menjamu selera secara pot luck
 Ju'a@ Dr. Nur Izura lecturer kat UPM. Nita @ Norhanita Kayat yang kerja kat Kementerian Sumber Manusia, kalau tak silap akak
 Ati @ A'tiqah Rashidah, juga lecturer kat UITM Dungun... turun dari Dungun tu... yang berbaju oren Ujie @ Rudziah Umar... tetap maintain macam 23 tahun dulu, dia  lecturer matrikulasi kat Banting, dengan Ujie ni memang dah 23 tahun akak tak jumpa..
 Ju'a dan babynya yang dah 6 bulan....
 Inilah birthday girlnya... Myra anak kepada Huzai..
 Happy birthday cute girl...
 sayangnya birthday boy tak dapat datang ada kursus motivasi...
 mama je lah yang potong ye... birthday Nita sepatutnya 10 Nov hari tu...
 Happy belated birthday Nita....
 buah tangan dari Terengganu, Tq Ati...siap bawa kain batik dari Terengganu untuk diagihkan untuk kami..
bergambar kenangan.... yang paling tinggi Zuraini Harun dengan anaknya Zaira...

P/s : Bila berkumpul dan mendengar cerita-cerita kawan lama, betapa akak bersyukur kerana setakat ini,  dugaan yang akak terima tak sehebat dugaan sebahagian daripada kawan2 akak ni...Alhamdulillah.

10 comments:

  1. Thanks Za for uploading the pictures..such a nice memory...and a start of a new year..Salam Maal Hijrah :-)

    ReplyDelete
  2. Welcome Atie....n Salam Maal Hijrah...memori terindah.

    ReplyDelete
  3. mmg beshkan bila berkumpul ramai2 begini lebih2 lagi kalau dah lama sgt tak jumpa..riuh rendah kita bertukar cerita dan bergelak ketawa..meriah!

    ReplyDelete
  4. Betul Mieza memang seronok sangat... bertukar-tukar cerita...

    ReplyDelete
  5. mesti seronokkan kak dpt jumpa kengkawan...mesti banyak cakap dari makan kan...hihihi....:)

    ReplyDelete
  6. Betul tu Ucu... dah tak rasa lapar pun... seronok nak bercerita jer...

    ReplyDelete
  7. Salam puan antan.. wahh pasti seronok jumpa teman lama.. moga silaturrahim yg terjalin berkekalan..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Ani... memang seronok jumpa kawan2 lama ni... riuh rendah bercerita dan ketawa...

    ReplyDelete
  9. Selamat ulang tahun buat kedua2nya.. moga sentiasa d rahmati dan d bawah lindungan Allah S.W.T... amin..
    comel sungguh birthday girl tu yer akak... geram tgk dia.. ^_^
    kek2 tu pun cantik... nmpk sedap sgt..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Diana... birthday girl tu, adik kepada Izzati yang jadi Diana dalm GBS dulu tu...

    ReplyDelete

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...