Showing posts with label Afiqah. Show all posts
Showing posts with label Afiqah. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Toffee Caramel Cheesecake untuk puteri tunggalku..

Assalamualaikum semua...
Semalam 14 April 2013, genaplah 11 tahun usia puteri tunggal akak... Dah besar anak ibu..
Kebetulan sebab semalam cuti dapatlah jugak menggodek2 kek untuk Afiqah.
 Inilah hasilnya Toffee Caraamel Cheesecake... abaikanlah kecomotannya tu ye...
 Lapisan bawahnya sponge cake dan atasnya cheese...
Comotnya dengan karamel....

Untuk yang nak mencuba resepi yang akak guna sama jer dengan resepi dari blog Rasa Basyirah.... Jadi akak copy paste je lah resepi bahagian cheesenya kat sini...bahagian bawahnya tu boleh gunakan premix vanilla sponge cake yang ada jual di kedai-kedai bakeri..

Toffee Caramel Cheesecake

Tofee

Bahan:


40 gm almond nib

60 gm gula kastor


Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.


Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin ( akak gunakan 10 gm)

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)


Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais


Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan


100 gm walnut (imported) di tos dan cincang


Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan

P/S : Harapan ibu Ateh akan membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat...doa ibu dan abah akan sentiasa mengiringi perjalanan anak2 kami....



Wednesday, November 23, 2011

Ateh...

Assalamualaikum semua...

Hari Khamis dan Jumaat lepas, akak berkesempatan ke majlis penyampaian hadiah sekolah KAFA dan SK Taman Jasmin. Tapi gambar2 semuanya blur sebab ambik guna hp je...
 KAFA Integrasi Taman Jasmin...

 SK Taman Jasmin
 Terima kasih cikgu2 SK Taman Jasmin kerana membenarkan Ateh menduduki semula 3 kertas peperiksaan  sebab Ateh kan balik kampung masa neneknya meninggal hari tu, kalau tak... tak adalah Ateh nak naik pentas hari ni...

 Bersama-sama kawan baiknya, Nisa

Thursday, April 14, 2011

Puteri Tunggalku dah 9 tahun

Assalamualaikum semua.....

Baru terbaca tentang Nieza Finland yang menyambut hari jadinya hari ni. Rupa2nya sama dengan birthday anak perempuan kak antan Afiqah. Jadi hari ni genaplah umur Afiqah 9 tahun, tapi kalau tengok saiz badannya dah macam budak umur 12 tahun.
 Alhamdulillah, walaupun Afiqah atau mesra dipanggil ateh oleh adik beradiknya yang lain membesar dalam lingkungan lelaki, tapi dia masih memiliki sifat2 seorang perempuan. Afiqah seorang anak yang tak banyak ragamnya, sering membanggakan kami sekeluarga dan harapan akak biarlah dia membesar menjadi seorang anak yang solehah. 
 Jadi untuk birthdaynya hari ni, dia minta nak potong kek di sekolah KAFAnnya, jadi terpaksalah kak antan bakarkan 2 biji kek untuknya.Satu dipotong di sekolah dan satu lagi dipotong di rumah pengasuhnya..
 Ini kek yang nak dipotong di rumah pengasuhnya, mesti ikut selera si kecik Awan,kalau tak.....terpaksalah letak gambar Upin Ipin sebab itu yang dimintanya..
Ini pulak 16 cc khas untuk ketua bidang akak Kak Ros, yang juga menyambut hari jadinya hari ini. Selamat ulang tahun Kak Ros, semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah....Amin.

Tuesday, February 22, 2011

Projek Telekung Ateh

Assalamualaikum semua.....

Alhamdulillah...petang tadi siap jugak telekung ateh yang dah lama terbengkalai...Sebenarnya dah lama kak antan beli kain dan potong telekung ateh ni...tapi tak berjahit. Tujuan asal nak beli yang ready made je...tapi tak berkenan pulak sebab kainnya yang terlampau nipis. Jadi singgah Kamdar, beli kain putih yang agak tebal, puas hati sikit....Jadi inilah rupanya telekung yang jahitannya tak begitu kemas, sebab kak antan dulu tak belajar pun jahit telekung, pandai2 sendiri je....

Saturday, January 1, 2011

Kerja Last Minute

Assalamualaikum semua....
N3 pertama tahun 2011, bukan pasal masak-memasak, tapi pasal uniform sekolah anak... Inilah kerja last minute kak antan. Bila hubby tanya baju sekolah ateh nak beli ke, ringan je mulut cakap beli baju je..kain ibu jahit....last2nya disebabkan malas nak mengadap mesin jahit, hari ni lah baru siap kain si Ateh ni....

Friday, November 19, 2010

Hari Kecemerlangan Akademik SK Taman Jasmin


Ateh.... paling tinggi dalam kelasnya....

bersama-sama kawan baiknya.....
menerima anugerah daripada naib YDP PIBG

Angah.....

menerima hadiah terbaik Sains untuk kelasnya....inilah yang membuatkan cik antan sedih sebab angah memang lemah dalam subjek sains tapi dia cuba untuk membaiki prestasinya hingga jadi pelajar terbaik sains dalam kelasnya, tapi...untuk UPSR dia hanya dapat B, cik antan tau dia pun terkilan jugak.... tapi itulah ketentuan Allah. Rezeki telah ditentukanNya...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Berpisah 6 Melur

Pada 16 November SK Taman Jasmin menyambut Hari Kanak-kanak, alhamdulillah...banyak jugak tempahan yang cik antan terima, sekali untuk kelas Angah dan Ateh...jom jenguk2.... 2 cmc ditempah oleh cikgu Fariza
kek karot...sebiji ditempah Ustazah Nazuha dan sebiji ditempah cikgu Noraini, cikgu Noraini ni pertama kali menempah....harap berpuas hati....
40 butter cc ditempah cikgu Nor Liza..mungkin untuk kelasnya yang dengarnya ramai yang dapat 5A... Tahniah ye...

CMC 2.5kg untuk kelas Angah...Selamat Berpisah 6 Melur

Talam Tokyo untuk kelas Ateh....Ateh kata dah ramai yang janji nak bawa kek..
Teringat pulak cik antan...mungkin ini peluang untuk cik antan ucapkan terima kasih kepada cikgu2 SK Taman Jasmin yang telah mengajar anak2 cik antan... jadi cik antan buatkan sebiji cheese cake....

Majlis Ihtifal Anugerah Kecemerlangan KAFA Taman Jasmin




Terbaik kelas

Terbaik bahasa Arab
Angah di sebalik pintu...
Hadiah pelajar tahun 6

Sunday, August 1, 2010

Jamuan Kelas Ateh

Puding jagung berkrim.... permintaan daripada Ateh untuk jamuan kelasnya pada hari Jumaat lepas. Walaupun pada minggu ni cik antan sibuk dengan tempahan cheese tart dan ateh bagi tau cik antan pun dah hari Rabu sebab dia lupa, terpaksalah cik antan tunaikan permintaanya. Nanti kecik hati pulak anak dara cik antan yang sorang ni...
Puding jagung yang dah siap...

Friday, June 25, 2010

Piala Dunia oh World Cup

Sudah 2 minggu kalau tak silap cik antan, semua peminat bola sepak tertumpu ke bumi Afrika Selatan. Kalau tak silap cik antan perlawanan pusingan pertama untuk sesetengah kumpulan sudah pun selesai dan yang lainnya pun sudah hampir selesai. Dengar katanya pelbagai kejutan berlaku pada edisi kali ni. Cik antan ni tak lah minat pun dengan world cup ni, cuma bila suami cik antan dah tengok tu, pandang-pandanglah jugak. Kalau tanya cik antan sorang pun cik antan tak kenal pemain-pemain bola sepak dunia ni. Suami cik antan ni, boleh dikatakan minatlah jugak dengan bola sepak. Setiap hujung minggu pun selalu dia pergi main futsal, tapi cik antan rasa taklah addict sangat, sebab apa yang cik antan perasan sejak 2 minggu world cup berlangsung rasanya dua kali je dia bangun pukul 2 pagi. Mungkin tu perlawanan pasukan pilihan dia kot. Tapi bila dah masuk pusingan kedua ni tak taulah pulak kan, sebab sudah tentulah pasukan-pasukan hebat je yang bertanding selepas ni. Mungkin selalulah dia akan bangun pukul 2 pagi.
Sebenarnya bila berlangsungnya world cup, walaupun cik antan tak minat bola sepak ni, kenangan tentang world cup tetap ada. Sebabnya dua orang anak cik antan dilahirkan pada musim world cup. Angah dan Ateh. Angah dilahirkan pada Mei tahun 1998, cik antan tak ingatlah world cup tahun tu diadakan di mana, tapi apa yang cik antan masih ingat cik antan taklah sorang-sorang berjaga malam sebab suami cik antan pun berjaga nonton bola.
Ateh pula lahir pada April 2002, cik antan ingat tahun tu world cup di Korea dan Jepun sebab suami cik antan tak berjaga malam. Yelah perlawanan diadakan pada waktu petang dan waktu di Jepun dan Korea tak lah jauh berbeza dengan kita.
p/s : itulah pengalaman cik antan tentang world cup, setiap kali world cup berlangsung kenangan itu pasti akan terbayang di minda.

Tuesday, May 18, 2010

Penghargaan untuk guru-guru

Sebagai seorang guru cik antan amat menghargai jasa guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak cik antan, jadi cik antan sanggup berpenat lelah menyediakan ini untuk mereka...... 4 buku kek ni untuk guru kelas angah dan ateh...(sek. kebangsaan dan sek. agama)

Terima kasih cikgu
Cik antan juga turut menyediakan homemade chocolate ini untuk semua guru yang mengajar mereka


daripada Ateh untuk cikgunya...
daripada angah....
juga tidak ketinggalan daripada Aqil untuk cikgu tadikanya....
Cik antan juga turut menerima tempahan carrot cake daripada Azlina untuk menjamu rakan-rakan guru....
~Selamat Hari Guru~

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...