Sudah 2 minggu kalau tak silap cik antan, semua peminat bola sepak tertumpu ke bumi Afrika Selatan. Kalau tak silap cik antan perlawanan pusingan pertama untuk sesetengah kumpulan sudah pun selesai dan yang lainnya pun sudah hampir selesai. Dengar katanya pelbagai kejutan berlaku pada edisi kali ni. Cik antan ni tak lah minat pun dengan world cup ni, cuma bila suami cik antan dah tengok tu, pandang-pandanglah jugak. Kalau tanya cik antan sorang pun cik antan tak kenal pemain-pemain bola sepak dunia ni. Suami cik antan ni, boleh dikatakan minatlah jugak dengan bola sepak. Setiap hujung minggu pun selalu dia pergi main futsal, tapi cik antan rasa taklah addict sangat, sebab apa yang cik antan perasan sejak 2 minggu world cup berlangsung rasanya dua kali je dia bangun pukul 2 pagi. Mungkin tu perlawanan pasukan pilihan dia kot. Tapi bila dah masuk pusingan kedua ni tak taulah pulak kan, sebab sudah tentulah pasukan-pasukan hebat je yang bertanding selepas ni. Mungkin selalulah dia akan bangun pukul 2 pagi.
Sebenarnya bila berlangsungnya world cup, walaupun cik antan tak minat bola sepak ni, kenangan tentang world cup tetap ada. Sebabnya dua orang anak cik antan dilahirkan pada musim world cup. Angah dan Ateh. Angah dilahirkan pada Mei tahun 1998, cik antan tak ingatlah world cup tahun tu diadakan di mana, tapi apa yang cik antan masih ingat cik antan taklah sorang-sorang berjaga malam sebab suami cik antan pun berjaga nonton bola.
Ateh pula lahir pada April 2002, cik antan ingat tahun tu world cup di Korea dan Jepun sebab suami cik antan tak berjaga malam. Yelah perlawanan diadakan pada waktu petang dan waktu di Jepun dan Korea tak lah jauh berbeza dengan kita.
p/s : itulah pengalaman cik antan tentang world cup, setiap kali world cup berlangsung kenangan itu pasti akan terbayang di minda.
No comments:
Post a Comment