Sunday, June 6, 2010

Kes Kecurian di Kejirananku

Semalam ketika cik antan sedang menghadiri majlis kenduri kahwin salah seorang guru di sekolah cik antan di Restoran Tasik Impian, suami cik antan menerima satu sms daripada kawannya. Daripada sms itu dia dimaklumkan bahawa berlaku satu kes kecurian kereta di kawasan rumah kedai berhampiran rumah cik antan. Cik antan memang biasa di kawasan rumah kedai tersebut dan sememangnya kawasan tersebut sentiasa sibuk dengan orang ramai. Menurutnya ceritanya, jiran kami D telah turun daripada keretanya untuk ke kedai dan meninggalkan isterinya yang sedang memangku anak dan seorang lagi anak mereka yang berusia 6 tahun di dalam kereta tanpa mengunci kereta.
Tiba-tiba datang dua orang lelaki India masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta tersebut. Isteri D yang panik telah mengambil keputusan turun dari kereta tersebut. Jadi kereta dan anak mereka yang berusia 6 tahun tersebut telah dilarikan. Namun nasib masih menyebelahi mereka kerana anak itu ditinggalkan di tepi jalan dan telah dihantar oleh orang awam ke balai polis. Jadi pada malam ini diadakan kenduri doa selamat kerana anak mereka telah dijumpai.
p/s : Jadi untuk para suami dan para ibu berhati-hatilah ketika meninggalkan isteri dan anak2 di dalam kereta, pastikan kereta berkunci. Peringatan ini juga sebenarnya ditujukan untuk diri cik antan....

No comments:

Post a Comment

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...